You are on page 1of 11

1

NAMA : ………………………………………………………………………………………
TINGKATAN : ……………………………

SULIT
942/1
Geografi
Kertas1
2022
2 jam

942 /1 STPM
SKEMA
MODUL G-CAKNA
GEOGRAFI

KERTAS 1

(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAHARU


(NEW MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan. Untuk kegunaan


pemeriksa
Bahagian A: Jawab soalan 1 dan satu soalan lain sama ada
soalan 2 atau soalan 3a atau 3b. Bahagian A
Bahagian B: Jawab soalan 4 dan satu soalan lain sama ada 1
soalan 5 atau soalan 6. 2
Jawapan untuk soalan 1 bagi Bahagian A dan soalan 4
3a
bagiBahagian B hendaklah ditulis dalam ruang yang disediakan
dalam kertas soalan ini. 3b
Untuk menjawab sama ada soalan 2 atau soalan 3 bagi Bahagian Bahagian B
A dan soalan 5 dan soalan 6 bagi Bahagian B, anda dikehendaki
4
menggunakan helaian jawapan yang dibekalkan. Mulakan setiap
jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan anda 5
mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama 6
dengan kertas soalan ini.
Jumlah
Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

____________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak
2

Bahagian A : Alam Sekitar Fizikal


( 40 markah)

Jawab semua soalan


1(a) Nyatakan tiga cara hakisan sungai [3]
Skema pemarkahan
a1 Hakisan hidraul

a2 Hakisan geselan/lelasan

a3 Hakisan lagaan

a4 Hakisan larutan

Mana-mana 3 x 1markah = 3m

1(b) Jelaskan tiga faktor fizikal yang mempengaruhi proses hakisan sungai [6]
Skema pemarkahan
b1 Kecerunan- cerun sungai curam halaju air bertambah/mengalir deras, meningkatkan
kadar hakisan (lelasan dan lagaan)

b2 Bentuk alur – alur lurus , hakisan menegak/mendalamkan alur, alur berliku – hakisan
terhadap tebing- sungai menjadi semakin lebar.

b3 Isipadu air / halaju – isipadu air banyak , tenaga keupayaan tinggi , meningkatkan lagi
hakisan (lagaan, lelasan).

b4 Jenis batuan- batuan lembut mudah dihakis cth. batu kapur (hidraul larutan)

b5 Bahan muatan / beban- banyak beban /muatan menyebabkan proses geselan dan
perlanggaran beban giat meningkat kadar hakisan

b6 Tumbuhan- tiada tumbuhan di tebing sungai menyebabkan tiada cengkaman akar


memudahkan hakisan berlaku
b7 Halangan-pokok tumbang, pulau kecil. batu besar dll
Mana-mana 3 X 2 markah = 6m
3

1(c) Huraikan 3 kepentingan bentuk muka bumi hakisan sungai kepada aktiviti
manusia [6]
Skema pemarkahan
c1 Air Terjun – pelancongan/ menjana kuasa elektrik hidraul
c2 Jeram – pelancongan/rekreasi
c3 Lubang periuk – pelancongan ( Telaga Tujuh di Langkawi)
c4 Lubuk – penternakan ikan
c5 Gaung- perikanan, sukan rekreasi
c6 Lurah – pelancongan, sukan dan rekreasi

Mana-mana 3 x 2 markah = 6m

2(a)Huraikan ciri-ciri yang terdapat dipermukaan bumi semasa Soltis [12]

Skema pemarkahan
a1-Pancaran matahari tepat atas kepala waktu tengahari di garisan sartan (soltis musim panas)
dan di garisan jadi (soltis musim sejuk)

a2-Hemisfera Utara akan mengalami siang lebih panjang daripada malam (soltis musim
panas / musim sejuk sebaliknya)

a3-Hemisfera Selatan akan mengalami malam lebih panjang daripada siang (soltis musim
panas / musim sejuk sebaliknya)

a4-Kutub Utara akan mengalami siang 24jam

a5-Kutub Selatan akan mengalami malam 24jam

a6-Berlakunya musim sejuk dan musim panas di Negara Hawa Sederhana


a7-Perubahan tekanan udara,angin dan hujan akibat penerimaan bahangan suria yang berbeza
di hemisfera utara dan selatan

Mana-mana 6 x 2markah=12m
4

2(b)Bincangkan kesan soltis musim panas kepada aktiviti manusia di kawasan iklim
sederhana [13]
Skema pemarkahan
b1-Suhu sederhana – pertanian/pelancongan

b2-Sinaran matahari banyak – pelancongan

b3-Sejatan tinggi – industri pengeringan

b4-Bebas fros – pertanian / sukan dan rekreasi

b5-Kerpasan -hujanmencukupidalam bentuk cecair-pertanian/perikanan

b6-Kelembapan udara rendah-industri pengeringan

b7-Getah pokok cair-menyukarkan proses penebangan pokok-aktiviti pembalakan terjejas.


Mana-mana 6x2markah + 1m(penegasan)=13m

3(a)(i) Sejauhmanakah aktiviti manusia mempengaruhi pergerakan jisim cepat [13]


Skema pemarkahan
Aktiviti Manusia

ai1-Pertanian

ai2-Pembalakan

ai3-Perlombongan

ai4-Pembinaan (bangunan/lebuh raya)

Faktor Fizikal

ai5-Hujan

ai6-Litupan tumbuhan

ai7-Kecerunan
5

ai8-Jenis tanih

ai9-Aspek-cerun mengadap hujan

ai10-Pergerakan tektonik-gempa bumi

**mana-mana 6 X 2m+ 1m(penegasan) = 13 markah

*Jawapan calon wajib merangkumi faktor manusia dan fizikal.


Sekiranya calon hanya menjawab hanya faktor manusia atau fizikal sahaja=maks.10m
shj

3(a)(ii)Jelaskan kesan pergerakan jisim cepat terhadap alam sekitar manusia [12]

Skema pemarkahan
aii1-Kerosakan dan kemusnahan harta benda orang awam

aii2-Mencedera dan mengorbankan nyawa

aii3-Menjejaskan emosi dan trauma

aii4-Menjejaskan aktiviti ekonomi- pertanian, pelancongan, pembinaan dll

aii5-Menjejaskan infrastruktur/kemudahab asas- sistem pengangkutan dan perhubungan/


bekalan air, elektrik domestik dan bahan bakar

aii6-Menjejaskan infrastruktur sosial- institusi pendidikan, kesihatan, jalan pengangkutan,


dan perhubungan telekomunikasi.
6

ATAU
3 (b)(i) Jelaskan perbezaan pembentukan batu enapan dengan batu metamofosis [12]

Skema pemarkahan

b.ii.1 Cara pembentukan-batuan mendap-pemendapan, pemadatan dan penyimenan,


manakala batu metamofosis proses peleburan semula suhu dan tekanan haba sangat tinggi

bii.2 Bahan- batuan enapan terdiri daripada pemendapan, pemadatan dan penyimenan fosil
hidupan manakala batuan metamofosis terdiri daripada batuan batu igneus dan batu enapan
yang mengalami tekanan dan suhu yang sangat tinggi

bii.3 Agen- agen pembentukan batuan enapan ialah air,angin,glasier manakala agen batuan
metamofosis ialah suhu dan tekanan yg sangat tinggi.

bii.4 Sifat- kekerasan batuan, batu enapan bersifat lembut seperti batu kapur manakala batuan
metamofosis batuan jelmaan yang sangat keras seperti marmar, berlian.

Mana-mana 4 x 3markah= 12m

3(b)(ii) Bincangkan enam kepentingan pelbagai jenis batuan kepada aktiviti


manusia [13]
Skema pemarkahan

bii1 - Batu granit bina jalan raya / bangunan /pelombongan

bii2 - Batu kapur Perusahaan – simen / konkrit /pelancongan

bii3 - Arang batu- bahan api masakan/ penjanaan kuasa elektrik/ kilang melebur besi dan
keluli

bii4 - Batu marmar Pembinaan lantai

bii5 - Batu permata berlian, delima, zamrud dll aksesori dan perhiasan

bii6- Batu pasir – industri kaca, bahan binaan.

Mana – mana 6 x 2m = 12m / fakta calon : batu enapan, igneus dan metamofosis shj tapa
nyatakan cth jenis batuan tersebut beri 2m sahaja setiap jenis batuan di atas
*batuan syal, basalt, garam batu + aktviti manusia yg relevan boleh terima=2m
*Fakta jenis batuan tidak boleh berulang tetapi huraian aktiviti manusia boleh berulang.
7

Bahagian B : Alam Sekitar Manusia

[40 markah]

4. (a) Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk. [3]

Skema Pemarkahan

ai Kadar kelahiran

a2 Kadar kematian

a3 Migrasi bersih

Mana-mana 3x 1markah =3m

(b) Jelaskan tiga kesan positif pertambahan penduduk terhadap sosiokonomi


sesebuah negara. [6]

Skema pemarkahan

b1 Tenaga buruh – menyediakan tenaga buruh yang mencukupi untuk sektor pekerjaan

b2 Infrastruktur – pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dipertingkatkan bagi


memenuhi permintaan penduduk.

b3 Pasaran – penduduk yang ramai menyumbang kepada perluasan pasaran bagi


barangan dan perkhidmatan.

b4 Pendapatan negara meningkat – penduduk bertambah – kutipan cukai

Mana-mana 3x2 markah =6m

(c) Jelaskan bagaimana kualiti penduduk menentukan tahap pembangunan


sesebuah negara. [6]

Skema pemarkahan
c1 Taraf pendidikan – pendidikan tinggi – menyumbang idea pembangunan negara

c2 Kemahiran – kemahiran tinggi – pembangunan cepat dan berkualiti

c3 Kesihatan – kesihatan yang baik – buruh berkualiti

c4 Sikap positif – sikap yang baik – meningkatkan kualiti buruh – pembangunan


meningkat

Mana-mana 3x2 markah=6m


8

5. (a) Bincangkan kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam
sekitar manusia. [13]

a1 Kekurangan sumber makanan – sumber perikanan dan pertanian terjejas

a2 Kekurangan sumber tenaga/bahan mentah – kehabisan tenaga yang tidak boleh


diperbaharui

a3 Menjejaskan kualiti hidup merosot – pencemaran kesihatan terjejas

a4 Krisis bekalan air – kemusnahan kawasan tadahan/pencemaran air

a5 Risiko bencana alam sekitar buatan manusia – pergerakan jisim dan tanah runtuh

a6 Kehilangan sumber & warisan kepada geberasi akan datang – kepupusan flora dan
fauna

a7 Peningkatan kos pemeliharaan dan pemuliharaan – baik pulih – tanah runtuh/ tanam
semula

a8 Peningkatan teknologi pengeluaran – penggunaan jentera

a9 Peningkatan sumber gantian – R&D getah tiruan,solar

ax Kesimpulan

Mana-mana 6 x 2 markah + kesimpulan = 13 m


9

5.(b) Huraikan keseimbangan ekosistem dapat menjamin daya tampung sumber alam
yang berterusan. [12]

b1 Pembangunan berterusan/lestari – memenuhi keperluan generasi kini dan akan


datang

b2 Penerokaan dan penggunaan sumber alam secara berhemah – tidak membazir dan
rasuah

b3 Langkah perundangan – penguatkuasaan hukuman, pemantauan

b4 Meningkatkan kecekapan pengurusan sumber/Memperkasa sistem pengurusan –


mengurang karenah birokrasi

b5 Kempen – media massa dan elektronik - penjagaan sumber alam

b6 Pendidikan alam sekitar – pendidikan formal di sekolah dan IPT -kesedaran kepada
golongan muda

b7 Kawalan terhadap pertumbuhan penduduk – mencapai keseimbangan penduduk dan


sumber

b8 Meningkatkan teknologi dan R&D – mencari sumber alternatif

Mana-mana 6 x 2 markah = 12 m
10

6. (a) Jelaskan faktor yang mempengaruhi proses pembandaran di Malaysia pada


masa kini. [12]

Skema pemarkahan
a1 Ekonomi – tumpuan ekonomi moden – perindustrian perniagaaan dan perkhidmatan,
peningkatan pelaburan

a2 Dasar Kerajaan – pembinaan bandar baru ,pembinaan projek di kawasan yang memberi kesan
besar terhadap pembangunan kawasan tersebut seperti Lapangan terbang dan Universiti

a3 Migrasi – migrasi luar bandar ke bandar, antarabangsa.

a4 Peningkatan kemudahan asas - utiliti.pengangkutan dan perhubungan

a5 Pertumbuhan penduduk semulajadi/kadar kelahiran.

a6 Sumber – tanah, mineral – bertambah.

Mana-mana 6 x 2 markah = 12 m

(b) Bincangkan kesan positif proses pembandaran terhadap sesebuah negara.


[13]
Skema Pemarkahan
b1 Sistem pengangkutan – cekap dan kemudahsampaian yang tinggi – memendekkan masa
perjalanan dan meninggikan darjah ketersampaian – cth ERL.

b2 Peluang pekerjaan – pertambahan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor terutama


yang berprestasi tinggi seperti perbankan dan kewangan

b3 Pertambahan kemudahan sosial – seperti hospital, pusat pengajian tinggi, sekolah


antarabangsa.

b4 Masyarakat lebih bermaklumat – kemudahan internet

b5 Perluasan pasaran – kemudahan pengangkutan dan telekomonikasi

b6 Perubahan budaya dan cara kerja penduduk – bekerja dari rumah , jimat masa, efisyen

b7 Pendapatan penduduk meningkat – kuasa beli meningkat – pemilikan meningkat

b8 Penngkatan kemudahan asas – utiliti, jalanraya dan perhubungan

b9 Perubahan kegiatan ekonomi – ekonomi moden

bx Kesimpulan
Mana-mana 6 x 2 markah + kesimpulan = 13 m
-SKEMA S1 TAMAT-
11

You might also like