You are on page 1of 8

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (3) (2017): 56-63 ISSN-2289-8174 56

KESEDARAN GURU DI KOTA KINABALU, SABAH DALAM PENGETAHUAN DAN


PERSEPSI TERHADAP AUTISM SPECTRUM DISORDER (ASD) (AWARENESS TOWARDS
KNOWLEDGE AND PERCEPTION OF AUTISM SPECTRUM DISORDER (ASD) AMONG
TEACHERS IN KOTA KINABALU, SABAH)

Mariani Majin1
Shazia Iqbal Hashmi
Agnis Sombuling

Fakulti Psikologi dan Pendidikan


Universiti Malaysia Sabah
1
Corresponding author: marianimajin@gmail.com

ABSTRACT

This research paper aimed to provide an awareness study about teacher’s knowledge of Autism
Spectrum Disorder (ASD) and their perception of interest and perceived efficacy in working with ASD
children in Kota Kinabalu, Sabah. In addition, the purpose of this study also to examine the relationship
between teacher’s knowledge of ASD and their perception. Methodology of this research is based on a
survey of 240 questionnaires, which is given to each teacher from 6 selected primary schools in Kota
Kinabalu, Sabah. The data collected were then analyzed by using the SPSS (Version 23), using
Pearson’s correlation test to study the hypotheses that had been developed. The results showed a
significant positive correlation between teachers’ knowledge of ASD and their perception of interest
and perceived efficacy in working with ASD children. Thus, findings of this study concluded that there
is still lack of awareness regarding of ASD in Kota Kinabalu, Sabah. Therefore, researcher suggested
that it is important in the future for every school to implement a basic courses, proper training,
workshops or related seminars for their teachers, as based from the present study showed that teachers
have a quite high perception of interest and perceived efficacy in working together with ASD children.

Keywords: autism spectrum disorder, teachers’ knowledge, perception, primary school teacher

PENGENALAN Kementerian Kesihatan Malaysia


menganggarkan bahawa kadar kelaziman ASD
Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah adalah 1:600 pada tahun 2004, dan jumlah ini
sejenis gangguan perkembangan yang dijangka akan meningkat lebih tinggi pada
melibatkan kesukaran dalam pembelajaran, masa kini, atas sebab peningkatan secara
komunikasi dan interaksi sosial (American mendadak pada kadar kelaziman ASD di
Psychiatric Association, 2013). Menurut Amerika Syarikat (Toran et al., 2016).
Persatuan Psikiatrik Amerika (2013) juga
menyatakan bahawa tanda-tanda ASD bermula Berdasarkan statistik terkini dari Tina et
sejak awal kanak-kanak lagi, dan al., (2014) menunjukkan bahawa ASD adalah
kebanyakannya akan berakhir sepanjang hayat. masalah perkembangan yang sangat serius.
Berdasarkan statistik komuniti dari Rangkaian Maka dengan itu, keperluan pengetahuan
Pemantauan dan Pencegahan Penyakit Autisme umum tentang ASD dalam kalangan guru dan
(ADDM) Pusat Penyakit dan Pencegahan kemahiran latihan untuk menghadapi kanak-
Penyakit (CDC) (2016) menyatakan bahawa kanak ASD harus dilaksanakan, dalam kursus
pada tahun 2012, kadar kelaziman ASD telah latihan guru pada masa hadapan. Perkara ini
meningkat pada 1 dari 68 kanak-kanak yang penting agar para guru dapat memahami kanak-
telah dikenalpasti menghidap ASD, yang mana kanak ASD dengan lebih baik, dalam
ia bersamaan dengan nisbah 4:1 pada kanak- membantu mereka dan secara tidak langsung
kanak lelaki dan perempuan (Baio, 2014). mempunyai penjelasan yang tepat dalam
Sementara, dalam negara Malaysia, bahagian
57

memaklumkan kepada ibu bapa mereka untuk sekiranya guru mempunyai pengetahuan ASD,
menjalankan pemeriksaan dengan segera. secara tidak langsung dapat membantu ramai
pihak terutamanya ibu bapa kanak-kanak.
Seterusnya, berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh Dolah, Yahaya dan Chong (2011), Selain daripada itu, persepsi atau tafsiran yang
menjelaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak tidak benar dalam kalangan kanak-kanak ASD
yang telah sah didiagnosis menghidap ASD, seperti salah faham bahawa kanak-kanak
mendapat pemeriksaan yang agak lewat oleh tersebut mengalami masalah mental juga turut
para profesional dan doktor. Hal ini disebabkan menjadi isu dalam kajian ini. Hal ini kerana,
kekurangan kesedaran serta pengetahuan dalam bukan semua kanak-kanak ASD tersebut
kalangan guru dan ibu bapa, yang mana mengalami masalah mental malah sebenarnya,
pemeriksaan ASD pada usia yang lebih awal mereka dikatakan adalah lebih pandai dan
dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan menyerlah berbanding dengan kanak-kanak
lebih banyak peluang untuk kanak-kanak ASD normal. Namun, terdapat sedikit perbezaan
belajar dengan lebih baik (Ullah et al.,2015). dalam cara kanak-kanak ASD tersebut meluah
Persoalannya, mengapa guru? Ini adalah kerana dan menunjukkan tingkah laku mereka
guru adalah salah seorang yang meluangkan (Kliegman et al., 2007). Justeru, sekiranya para
lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan guru mempunyai pengetahuan berkenaan
kanak-kanak pada usia yang muda. Justeru, ia dengan masalah ASD, pengkaji yakin bahawa
adalah penting bagi setiap guru untuk persepsi guru akan menjadi lebih baik untuk
mempunyai pengetahuan umum mengenai berinteraksi dan mengendalikan kanak-kanak
ASD (Ullah et al., 2015). yang menghidap masalah ASD.

Menurut Stone dan Rosenbaum (1988), dalam Sehubungan itu, isu berkenaan dengan jumlah
kajian mereka berkenaan dengan pemahaman peningkatan kanak-kanak yang telah
autisme di kalangan ibu bapa dan guru di didiagnosis ASD di Malaysia juga
Amerika Syarikat, mendapati bahawa kedua- menimbulkan kebimbangan ramai pihak
dua kumpulan responden iaitu (ibu bapa dan berkenaan seperti para pengkaji, pakar
guru), mempunyai pandangan dan pemahaman perubatan, sektor kesihatan awam, sektor
yang berbeza berkaitan dengan pendidikan dan kerja sosial (Sun & Allison,
autisme. Akibatnya, ia membawa kepada kesan 2010). Misalnya, jika dilihat dalam laporan
negatif terhadap usaha kerjasama pada kedua- kesihatan negara Malaysia dalam kajian Tina et
dua belah pihak. Maka, sekiranya para guru al.,(2014) menunjukkan bahawa kadar
telah diiktiraf mempunyai sekurang-kurangnya kelaziman kanak-kanak ASD yang telah
pengetahuan umum berkenaan dengan ASD, berdaftar adalah tidak tetap. Hal ini disebabkan
perkara sedemikian tidak akan terjadi dan pihak atau sektor yang berkenaan
sejujurnya ia akan membantu untuk mengkategorikan masalah ASD dalam
meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran ketidakupayaan yang lain. Sebagai contoh,
berkenaan dengan ASD pada ibu bapa. ketidakupayaan pada perkembangan mental,
kognitif dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
Seterusnya, jika dilihat pada sorotan kajian terdapat satu kajian tempatan yang dijalankan
lepas, isu kekurangan pengetahuan dalam oleh Azizan (2008) menyatakan bahawa
kalangan guru-guru di Malaysia masih wujud. terdapat 1 dalam setiap 625 orang kanak-kanak
Bukti dapat dilihat dalam kajian Susanna di Malaysia berpotensi menghidap masalah
Philips (2005), berkenaan dengan tahap ASD. Maka, dapat disimpulkan bahawa kadar
pengetahuan guru mengenai autisme yang kelaziman dalam kalangan kanak-kanak ASD
dijalankan di Malaysia, terutamanya dalam sangat tinggi.
aspek-aspek kognitif, sosial dan emosi kanak-
kanak. Justeru, hasil keputusan kajian tersebut Berdasarkan beberapa sorotan kajian lepas,
menunjukkan bahawa sebanyak 84.3% kajian penyelidikan mengenai ASD di Malaysia
daripada responden, iaitu para guru masih tidak adalah sangat terhad (Tina et al., 2014) turut
dapat mengenalpasti antara jenis perkhidmatan menjadi salah satu isu dan sekiranya ada, ia
sokongan yang disediakan untuk kanak-kanak kebanyakannya hanya memberi tumpuan
ASD, serta pakar yang boleh dirujuk oleh ibu kepada strategi pengendalian, rawatan serta
bapa untuk membantu kanak-kanak ASD.Maka, pembelajaran yang digunakan pada kanak-
Jurnal Psikologi Malaysia 31 (3) (2017): 56-63 ISSN-2289-8174 58

kanak ASD sahaja. Manakala, bagi kajian Responden dan Lokasi Kajian
pengetahuan dan persepsi guru tentang kanak- Subjek kajian adalah terdiri daripada 240 guru-
kanak ASD pula masih terhad. Namun, terdapat guru sekolah rendah yang mengajar murid-
kajian awal yang dijalankan oleh Suhaily dan murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6, dari 6 buah
Siti Syuhada (2014), yang melibatkan sekolah rendah yang dipilih dengan
kesedaran, pengetahuan dan sikap terhadap menggunakan kaedah persampelan secara
kanak-kanak dengan ASD, tetapi sampel yang rawak di kawasan bandar, iaitu daerah Kota
digunakan hanya dalam kalangan komuniti Kinabalu di Sabah.
tempatan di Lembah Klang, Malaysia sahaja.
Alat kajian
Maka dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa Semua item dalam borang soal selidik telah
kajian ini sangat penting kerana menurut disesuaikan dalam konteks budaya Malaysia
Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia untuk mengkaji pengetahuan ASD dalam
(NASOM) pada tahun 2014 juga menyatakan kalangan guru di Kota Kinabalu, Sabah,
bahawa kajian atau penyelidikan mengenai Malaysia dan persepsi mereka terhadap minat
pengetahuan tentang autisme perlu dan keberkesanan yang dipercayai dalam
dipertingkatkan, dan seterusnya untuk melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak-
memastikan tahap pemahaman pada masa kini kanak ASD. Berdasarkan analisis,
di kalangan guru tentang ASD dalam Malaysia. kebolehpercayaan dalam borang soal selidik
Selain itu, keperluan untuk memahami lebih didapati tinggi pada pengetahuan guru tentang
baik tentang ASD bukan sahaja memberi ASD (α=.769) dan (α=.828) untuk persepsi
tumpuan kepada satu pihak sahaja tetapi guru terhadap minat dan keberkesanan yang
semuapihak yang berkenaan, seperti sistem dipercayai dalam melibatkan diri untuk bekerja
pendidikan Malaysia, sistem kesihatan, dengan kanak-kanak ASD.
ekonomi dan masyarakat (Joanna, 2015). Oleh
itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti Sebagai makluman, asal borang soal selidik
kesedaran akan pengetahuan ASD guru dan yang digunakan adalah dari kajian yang
persepsi guru terhadap minat dan keberkesanan dijalankan oleh Lian et al., (2008) dari kajian
yang dipercayai dalam melibatkan diri untuk berkenaan dengan pengetahuan, sikap dan
bekerja dengan kanak-kanak ASD di Kota amalan di kalangan guru prasekolah mengenai
Kinabalu, Sabah. gangguan perkembangan dan tingkah laku
kanak-kanak di Singapura. Kemudian, soal
Hipotesis Kajian selidik yang sama diadaptasi dan digunakan
Berikut merupakan hipotesis alternatif yang dalam kajian Liu et al., (2016) tentang
dibina:- pengetahuan, sikap dan persepsi ASD dalam
1. Terdapat hubungan antara pengetahuan guru persampelan berstruktur guru prasekolah di
ASD dan persepsi guru terhadap minat dan China.
keberkesanan yang dipercayai dalam
melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak- Dalam kajian ini, satu set borang soal selidik
kanak ASD. digunakan untuk membuat pengumpulan data
dan borang soal selidik tersebut terbahagi
kepada 3 bahagian, iaitu:
METODOLOGI
Bahagian A : Demografi Responden
Reka Bentuk Kajian Bahagian ini mengandungi maklumat diri
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk responden yang terdiri daripada jantina, umur,
tinjauan dengan menggunakan borang soal etnik, agama, tahap pendidikan tertinggi, tahun
selidik bagi mengukur pengetahuan ASD dan mengajar di sekolah, pernah mendapatkan
persepsi terhadap minat dan keberkesanan yang latihan pendidikan awal kanak-kanak (secara
dipercayai dalam melibatkan diri untuk bekerja formal), pernah mendapatkan latihan
dengan kanak-kanak ASD dalam kalangan pendidikan khas (secara formal), pengalaman
guru-guru sekolah rendah. bersama kanak-kanak pendidikan khas, pernah
mendengar berkenaan dengan ASD dan sedikit
soalan tambahan mengenai sumber maklumat
didapati berkenaan dengan ASD, di mana
59

soalan tersebut telah disesuaikan daripada Data yang dikumpul kemudian dianalisis
kajian Ullah et al., (2015). dengan menggunakan perisian IBM Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi
Bahagian B : Pengetahuan ASD Guru 23. Pada peringkat permulaan, pembersihan
Bahagian ini terdiri daripada 17 kenyataan data dijalankan untuk mengenalpasti data yang
dengan pilihan “betul”, “tidak” dan "tidak tahu" hilang. Seterusnya, analisis deskriptif
mengenai ASD. dijalankan untuk meneliti demografi para guru,
pengetahuan ASD guru dan persepsi terhadap
Bahagian C : Persepsi Guru terhadap Minat minat dan keberkesanan yang dipercayai dalam
dan Keberkesanan mendapatkan Latihan melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak-
Khas kanak ASD. Akhir sekali, ujian korelasi
Bahagian ini terdiri daripada 8 item, merujuk dijalankan untuk mengkaji hubungan
kepada persepsi guru terhadap minat dan pengetahuan guru tentang ASD dan persepsi
keberkesanan yang dipercayai dalam mereka terhadap minat dan keberkesanan yang
melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak- dipercayai dalam melibatkan diri untuk bekerja
kanak ASD, mengandungi sistem skala 5 likert, dengan kanak-kanak ASD.
dari 1 "sangat tidak bersetuju" hingga 5 "sangat
setuju".
DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan hasil dapatan kajian


Analisis Data deskriptif dan inferensi. Hasil analisis
diperincikan seperti berikut:
Hasil analisis deskriptif

Jadual 1: Data demografi responden


Kekerapan Peratus
(n = 240) (%)
Jantina
Lelaki 50 20.8
Perempuan 190 79.2
Pendidikan
Diploma 46 19.2
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf 186 77.5
Ijazah Sarjana atau lebih tinggi 8 3.3
Latihan formal dengan kanak-kanak berkeperluan khas
Ya 17 7.1
Tidak 223 92.9
Pengalaman kerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas
Berdasarkan masa lalu / pengalaman 97 40.4
Sekali mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas 15 6.3
Kelas semasa dihadiri dengan kanak-kanakkeperluan khas 31 12.9
Tidak pernah 97 40.4
Pernah mendengar Autism Spectrum Disorder (ASD)
Ya 189 78.8
Tidak 51 21.3
Sumber maklumat ASD didapati
Media cetak 43 17.9
Media elektronik 42 17.5
Latihan 15 6.3
Seminar / Bengkel 25 10.4
Rakan-rakan sekerja / Pengajar 48 20.0
Lain-lain 16 6.7
Jurnal Psikologi Malaysia 31 (3) (2017): 56-63 ISSN-2289-8174 60

Dalam kajian ini, sebanyak 240 borang soal 78.8% (189) guru menyatakan bahawa mereka
selidik telah diedarkan kepada para pernah mendengar berkenaan dengan ASD dan
guru. Berdasarkan hasil kajian yang didapati 21.3% (51) daripada mereka memberi respon
dalam Jadual 1, menunjukkan bahawa 20.8% tidak pernah.
(50) terdiri daripada guru lelaki dan 79.2%
(190) adalah guru perempuan. Sementara Sehubungan itu, Jadual 1 juga turut
19.2% (46) guru adalah dari Diploma, 77.5% menunjukkan 17.9% (43) guru mendapat
(186) dari Ijazah dan hanya 3.3% (8) guru dari sumber maklumat berkenaan dengan ASD dari
Ijazah Sarjana Muda. media cetak, 17.5% (42) dari media elektronik,
6.3% (15) dari latihan, 10.4% (25) dari seminar
Dalam Jadual 1 juga menunjukkan bahawa atau bengkel yang pernah dihadiri dan
hanya 7.1% (17) guru telah mengikuti latihan seterusnya, 20.0% (48) yang merupakan catatan
formal dengan kanak-kanak berkeperluan khas paling tinggi dari rakan-rakan sekerja atau
dan 92.9% (223) guru menyatakan tidak pernah. tenaga pengajar yang lain dan selebihnya 6.7%
Bagi pengalaman kerja dengan kanak-kanak (16) adalah lain-lain.
berkeperluan khas berdasarkan pengalaman
menunjukkan sebanyak 40.4% (97) guru, 6.3% Bagi hasil keputusan pengetahuan ASD para
(15) yang pernah mengajar kanak-kanak guru dalam Jadual 2, menunjukkan bahawa
berkeperluan khas dan 12.9% (31) guru hanya 42.2% (101) guru menjawab dengan
menyatakan bahawa kelas semasa mereka betul melebih daripada separuh item dalam
dihadiri kanak-kanak keperluan khas. borang soal selidik pengetahuan ASD guru,
Seterusnya, sebanyak 40.4% (97) guru tidak manakala 57.8% (139) adalah tidak betul, iaitu
pernah mengalami bagaimana untuk kurang daripada separuh item.
mengendali atau mengajar kanak-kanak
berkeperluan khas. Akhir sekali, terdapat

Jadual 2: Hasil keputusan pengetahuan ASD guru


Pengetahuan guru mengenai ASD Kekerapan Peratus
(N = 240) (%)
Jawapan betul melebihi daripada separuh item 101 42.2%
Jawapan tidak betul kurang daripada separuh item 139 57.8%

Seterusnya, bagi persepsi guru terhadap minat guru memberi respon yang tinggi, manakala
dan keberkesanan yang dipercayai dalam 3.8% (18) guru menunjukkan respon yang
melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak- rendah terhadap minat dan keberkesanan yang
kanak ASD dalam Jadual 3, menunjukkan dipercayai dalam melibatkan diri untuk bekerja
bahawa hampir 96.2% (222) dengan kanak-kanak ASD.

Jadual 3: Hasil keputusan persepsi guru terhadap minat dan keberkesanan yang dipercayai dalam
melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak-kanak ASD
Persepsi Kekerapan Peratus
(N = 240) (%)
Respon tinggi dalam minat dan keberkesanan yang dipercayai 222 96.2%
Respon rendah dalam minat dan keberkesanan yang dipercayai 18 3.8%

Selain daripada itu, ujian korelasi juga guru terhadap minat dan keberkesanan yang
digunakan untuk menentukan hubungan yang dipercayai dalam melibatkan diri untuk bekerja
wujud di antara pembolehubah bebas yang dengan kanak-kanak ASD.
merupakan pengetahuan guru tentang ASD dan
pembolehubah terikat yang merupakan persepsi Berdasarkan Jadual 4, ujian korelasi
menunjukkan terdapat hubungan positif yang
61

signifikan dari skor pengetahuan guru ASD dan pengetahuan ASD di kalangan guru, ia juga
persepsi guru terhadap minat dan keberkesanan secara tidak langsung akan membawa kepada
yang dipercayai dalam melibatkan diri untuk skor rendah pada persepsi guru terhadap minat
bekerja dengan kanak-kanak ASD (r=.179, p dan keberkesanan yang dipercayai dalam
<.05). Justeru, hasil kajian ini menunjukkan melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak-
bahawa jika terdapat skor rendah pada kanak ASD.

Hasil analisis inferensi

Jadual 4: Hasil keputusan ujian korelasi antara hubungan pengetahuan ASD guru dan persepsi guru
terhadap minat dan keberkesanan yang dipercayai dalam melibatkan diri untuk bekerja dengan kanak-
kanak ASD
Skala nilai r Sig
Pengetahuan guru mengenai ASD
.179 ** .005
Persepsi para guru
**. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-ekor).

PERBINCANGAN Justeru, hasil keputusan tersebut menunjukkan


skor yang rendah kerana hanya 25.2%
Berdasarkan hasil kajian yang didapati, mengenali ciri-ciri kanak-kanak autisme,
walaupun 78.8% guru menyatakan bahawa 40.5% tidak pasti dan selebih daripada itu iaitu
mereka pernah mendengar berkenaan dengan 34.3% adalah tidak mengenali.
ASD, tetapi tidak semua dari mereka benar-
benar memahami serta mengetahui ciri-ciri Sebagai cadangan, pengkaji meneliti bahawa
ASD. Sehubungan itu, pengkaji juga kajian ini adalah sangat penting kerana ia dapat
menyokong bahawa masih terdapat beberapa menggalakkan bilangan guru untuk mengetahui
orang guru keliru dengan kanak-kanak ASD lebih lanjut mengenai ASD. Hal ini kerana,
serta kanak-kanak berkeperluan khas yang lain, semasa pengkaji mengagihkan borang soal
seperti kanak-kanak hiperaktif seperti yang selidik, hampir semua responden memerlukan
dinyatakan dalam Jadual 2, menunjukkan penjelasan tentang ASD selepas selesai
jawapan tidak betul iaitu kurang daripada menjawab borang soal selidik tersebut. Dengan
separuh item mencatat sebanyak 57.8%. ini mungkin kaedah kualitatif seperti
Dengan itu, hasil dapatan kajian ini wawancara secara peribadi dengan responden
menunjukkan persamaan dalam kajian yang boleh dicadangkan untuk kajian pada masa
dijalankan oleh Durand-Zaleski et al., (2012) akan datang. Sebagai tambahan, kajian ini juga
dalam sebuah kajian yang mengkaji kesedaran dapat menyediakan data semasa dan secara
tentang autisme dengan nama yang tidak tidak langsung dapat memotivasi pengkaji-
semestinya disertai pengetahuan tentang ciri- pengkaji lain atau masa depan untuk
ciri gangguan tertentu. Justeru, hasil dapatan mendapatkan lebih banyak penemuan serta
kajian menunjukkan walaupun 95% responden pemahaman yang lebih baik berkenaan dengan
dapat mengenali kanak-kanak ASD, namun ASD.
kurang daripada 70% berupaya menyatakan
ciri-ciri khas ASD. Menurut See (2011), peningkatan jumlah
kanak-kanak ASD mempunyai lebih daripada
Sehubungan itu, kajian ini juga turut 60,000 kanak-kanak di Malaysia dan
menunjukkan keputusan yang hampir sama menyebabkan banyak stigma negatif dan sosial
dengan data kajian lepas yang telah dijalankan yang berkaitan dengan ASD dalam masyarakat
di Malaysia (Suhaily & Siti Syuhada, 2014), pada masa kini, dan semuanya adalah atas
iaitu kajian berkaitan dengan pengetahuan, sebab kekurangan kesedaran dan pengetahuan
sikap dan kesedaran dalam kalangan mengenai ASD. Dengan penemuan dalam
masyarakat terhadap kanak-kanak ASD. kajian ini, Malaysia boleh bekerjasama untuk
meningkatkan kesedaran, pengetahuan tentang
Jurnal Psikologi Malaysia 31 (3) (2017): 56-63 ISSN-2289-8174 62

ASD supaya persepsi dan sikap yang lebih RUJUKAN


postif dapat diterapkan dalam kalangan guru,
ibu bapa serta masyarakat, seperti pernyataan American Psychiatric Association. (2013).
yang disebut oleh Quirantes (2009) bahawa Diagnostic and statistical manual of
semua usaha bersama yang berjaya adalah mental disorders (5th Ed.). USA: APA.
kerjasama daripada semua pihak termasuk ibu Baio J. (2014). Prevalence of Autism Spectrum
bapa, guru, sekolah, pusat kesihatan, agen dari Disorder Among Children Aged 8
kumpulan sokongan dan kanak-kanak ASD Years Autism and Developmental
sendiri. Disabilities Monitoring Network, 11
Sites, United States, 2010. MMWR
KESIMPULAN Surveill Summ CDC, 63, 1–21.
Centers for Disease Control and Prevention.
Secara kesimpulannya, berdasarkan hasil (2016). Prevalence and
kajian yang didapati, ternyata masih kurang Characteristics of Autism
pengetahuan tentang ASD dalam kalangan Spectrum Disorder among
guru-guru yang mana ia secara tidak langsung Children Aged 8 Years – Autism and
memberi kesan yang besar kepada persepsi Developmental Disabilities
terhadap kanak-kanak dengan ASD di Monitoring Network (ADDM), Sites,
Malaysia. Walaupun banyak responden U.S., 2012. Atlanta, GA: CDC,
menyatakan pernah mendengar mengenai ASD, Surveillance Summaries, 65:3.
namun masih ramai yang tidak memahami apa Dolah, J., Yahaya, W. A. J. W., & Chong,
sebenarnya ciri-ciri kanak-kanak ASD ini. T. S. (2011). A Preliminary
Keadaan ini membuktikan bahawa sesetengah Investigation: Potential of
daripada mereka masih tidak dapat mengenali Interactive Mltimedia Learning
dan keliru dengan ciri-ciri kanak-kanak ASD, Awareness (IMLA) in Enhancing
di mana mereka menganggap bahawakategori Awareness of Autistic
kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang Characteristics among Parents and
nakal, kanak-kanak hiperaktif dan Society in Malaysa. Electronic
sebagainya. Oleh itu, kekeliruan tentang Journal of Computer Science
gangguan ini masih berlaku walaupun guru- and Information Technology
guru tersebut adalah guru dari pendidikan khas (eJCSIT), 3(1), 19-25.
(Stone & Rosenbaum, 1988). Durand-Zaleski, I., Scott, J., Rouillon, F.,
& Leboyer, M. (2012). First
Selain daripada itu, berdasarkan kajian lepas national survey of knowledge,
turut menyatakan bahawa tahap kesedaran di attitudes and behaviours towards
Malaysia masih rendah dan ini menyebabkan schizophrenia, bipolar disorders and
kanak-kanak atau orang dewasa yang autism in France. Di laman
menghidap ASD sering disalah faham dan sesawang:
dianggap sebagai orang yang mempunyai http:/www.biomedcentral.com/14
masalah mental (Hew, 2000) walaupun 1244X/12/128
sebenarnya tidak. Akhir sekali, para guru, ibu Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin
bapa, keluarga, saudara mara atau penjaga Mohd. Mokhtar Tahar, & Norani
dinasihatkan untuk sentiasa memerhatikan Salleh. (2010). Tahap Latihan,
pelajar atau kanak-kanak mereka supaya kanak- Pengetahuan dan Keyakinan Guru
kanak istimewa ini mempunyai peluang untuk guru Pendidikan Khas Tentang
memenuhi golongan profesional dan berupaya Autisma. Jurnal Pendidikan
untuk bekerja pada bidang yang sesuai di masa Malaysia, 35(1), 19-26.
hadapan kelak. Hew, M. (2000, Feb 9). A misunderstood
condition. New Straits Times, p. 5.
Joanna, M. L. (2015). Living with Autism
in Malaysia. Kuala Lumpur:
Institute for Democracy and
Economic Affairs (IDEAS).
Kliegman, R., Behrman, R., Jenson, H., &
Stanton, B. (2007). Nelson
63

Textbook of Pediatrics 18th Tina, T. X. N., Lay, W. L., Hui, M. L., Noel,
Edition. PA: Elsevier/Saunders. K. H. C., &Arnold, C. K. C.(2014).
Lian, W. B., Ying, S. H., Tean, S. C., Lin, Prevalence, Diagnosis, Treatment and
D. C., Lian, Y. C., &Yun, H. L. Research in AutismDisorders (ASD) in
(2008). Preschool teachers’ Singapore and Malaysia.
knowledge, attitudes and practices International Journal of Special
on childhood developmental and Education 29(3), 82-92.
behavioral disorders in Singapore. The National Autism Society of Malaysia
J Paediatric Chid Health, 44(4), 187- (NASOM). (2013). Di laman
194. sesawang:
Liu, Y., Li, J., Zheng, Q., Zaroff, M. C., Hall, http://www.nasom.com.my/
J. B., Li, X. H., & Hao, Y. (2016). Toran. H., Westover, J. M., Sazlina, K.,
Knowledge, attitudes, andperceptions Suziyani, M. & Mohd Hanafi, M.
of autism spectrum disorder in a Y. (2016). The Preparation,
stratified sampling of preschool Knowledge and Self Reported
teachers in China. Competency of Special Education
BMPsychiatry,16(142). Teachers Regarding Students with
Mavropoulou, S., & Padeliadu, S. (2000). Autism. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum.
Greek teachers’ perceptions of 24(1): 185-196.
autism and implications for Ullah, S., Aqdas, I. M., Khan, N., Nabi, G.,
educational practice: A preliminary & Aziz, T. (2015). Awareness
analysis. Autism: The International Regarding Autism in Schools’
Journal of Research and Practice, Teachers at District Lower Dir,
4(2), 173-183. Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.
See, C. M. (2012). The use of music and Universal Journal of Medical
movement therapy to modify Science, 3(3), 55-59.
behaviour of children with autism. Quirantes, D. (2009). Collaborative Approach
Pertanika Journals Social Sciences to Autism: A Parent’s Perspective.
& Humanities 20(4), 1103-1116. Journal for Specialists in
Stone, W. L., & Rosenbaum, J. L. (1988). Pediatric Nursing,14(3), 203-205.
A comparison of teacher and parent
views of autism.Journal of Autism
and Developmental Disorders, 18(3),
403-414.
Suhaily binti Md Shamsudin &Siti
Syuhada binti Abdul Rahman.
(2014). A Preliminary Study:
Awareness, Knowledge and
Attitude of People towards
Children with Autism. Proceeding
of the Social Sciences
Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-
967-11768-70). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Sun, X., & Allison, C. (2010). A review of
the prevalence of Autism Spectrum
Disorder in Asia. Research in
Autism Spectrum Disorder, 4(2),156-
167.
Susanna Philips. (2005). Tahap-tahap
Pengetahuan Mengenai Sindrom
Autisme di Kalangan Guru Kelas
Biasa. Di laman sesawang:
http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana
/Sindrom.htm

You might also like