You are on page 1of 5

MPPE 1353 – Research Method in Education

DR Aqeel Khan

Research Design

KHATIYAYINI A/P RYOGANATHAN


MPP201004

School of Education

Faculty of Social Science and Humanities

Universiti Teknologi Malaysia


Tajuk: Hubungan Tekanan kerja dan motivasi kerja semasa pengajaran dan pembelajaran
atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah Kulai

Tujuan Kajian: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan
diantara tekanan kerja dengan motivasi kerja semasa pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan atas talian dalam kalangan guru senior sekolah rendah daerah Kulai. Kajian ini
dijalankan bagi melihat tahap tekanan kerja dan impanya kepada motivasi kerja dalam
kalangan guru semenjak bermulanya pandemic COVID 19 yang memaksa pembelajaran
dijalankan di atas talian. Selain itu, kajian memberikan keutamaan khusus kepada guru senior
yang secara mata kasar menghadapi pelbagai masalah dan kekangan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran atas talian ini.

Persoalan Kajian:

1. Apakah tahap tekanan kerja semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam
kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah Kulai?

2. Apakah tahap motivasi kerja semasa pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam
kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah Kulai?

3. Adakah terdapat hubungan diantara tahap tekanan kerja dengan motivasi kerja semasa
pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam kalangan guru senior Sekolah Rendah Daerah
Kulai?

Rekabentuk Kajian: Kajian ini akan mengunakan pendekatan kajian kuantitatif. Pendekatan
kuantitatif dedifinasikan sebagai salah satu kaedah yang menguji teori objektif dengan
mengkaji hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian (Creswell, 2009). Selain itu,
kajian akan mengunakan kaedah penyelidikan tinjauan dimana untuk mengumpul maklumat
dengan bertanya satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi
yang hendak dikaji (Majid, 2018). 

Populasi dan Persampelan:

Populasi dalam kajian ini merupakan guru-guru senior yang bekerja di sekolah rendah daerah
Kulai. Sejumlah 54 buah sekolah rendah didaftarkan dibawah Pejabat Pendidikan Daerah
Kulai dengan sejumlah 2340 orang guru dan dianggarkan bahawa 30% daripada mereka
adalah guru senior atau seramai 702 orang guru. Menurut (Banerjee & Chaudhury, 2010),
telah menyatakan bahawa persampelan kajian harus merujuk kepada jadual persampelan
Krenjie & Morgan (1970) bagi memastikan kajian yang dilakukan sah. Jumlah sampel kajian
yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seramai 256 orang guru senior. Sampel kajian
akan dipilih mengunakan dua kaedah iaitu sampel bertujuan dimana hanya guru senior di
setia sekolah yang akan dijadikan sasaran kajian manakala persampelan rawak untuk memilih
guru-guru senior sebagai sampel dalam kajian. Pengunaan kaedah persampelan rawak dan
persampelan bertujuan adalah lebih mudah dan kos efektif menurut (Murphy, 2016)

Instrumen Kajian : Secara amnya, kajian ini akan mengunakan soal selidik sebagai
instrument kajian dengan mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian Demografi sebagai
bahagian A, Soal selidik mengukur tahap tekanan kerja pada bahagian B dan soal selidik
mengukur motivasi kerja pada bahagian C.

Demografi : Jantina, Umur, Bangsa, Tahap pendidikan, Pengalaman mengajar.

Tahap Tekanan Kerja.

Tahap tekanan diukur menggunakan 13 item yang disesuaikan daripada ‘Instrument Teacher
Stress Inventory’ yang diperkenalkan oleh Boyle et al. (1995) dan telah diubahsuai oleh Woo
Sew Fun (2008) dan penyelidik sendiri (Mat et al., 2018) supaya dapat digunakan dalam
konteks kajian ini. Tahap tekanan telah diukur menggunakan skala Likert lima mata.

Tahap Motivasi Kerja

Tahap motivasi guru diukur menggunakan soal selidik yang dibina oleh Mehrabian dan Bank
(1978) iaitu A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency
(QMAT) Soal selidik ini mempunyai 16 item keseluruhan dan telah digunakan dalam
beberapa kajian lepas iaitu (Evonne & Gregory, 2017; Logavalli Balakrishnan & Jamallul
Lail Bin Abdul Wahab, 2018). Setiap soalan dijawab dengan mengunakan terma skala Likert.
Analisis Data:

Kajian ini akan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dalam proses analisis data.
Menurut, (Agung, 2016) statistik deskriptif adalah teknik yang digunakan untuk
menggambarkan, mencirikan, menyusun dan meringkaskan data yang diperoleh dari sampel
kajian. Data kajian akan dianalisi mengunakan perisian SPSS versi 23 untuk mendapatkan
hasil kajian. Dalam kajian ini, statistik deskriptif akan digunakan untuk memahami maklumat
demografi sampel yang diambil dan kekerapan dan peratusan setiap pemboleh ubah. Selain
itu, statistik Inferensial adalah teknik statistik yang membuat kesimpulan dan ramalan
mengenai populasi berdasarkan sampel (Vagias, 2006). Kedua-dua pemboleubah dalam
kajian ini telah dianalisis iaitu dapatan bagi tahap tekanan kerja dan juga tahap motivasi. Bagi
dapatan tahap tekanan kerja dan motivasi akan diperjelaskan mengunakan kaedah deskriptif
(min dan sisihan piawai) manakala bagi menentukan hubungan antara pembolehubah akan
digunakan korelasi Pearson.

Pengumpulan Data:

Terdapat beberapa langkah dalam proses pengumpulan kajian ini. Langkah pertama adalah
dengan mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kulau untuk
melaksankan kajian ini disamping soal selidik ini disediakan dalam bentuk (google form).
Kaedah ini lebih sesuai dengan keadaan dan situasi semasa. Seterusnya, soal selidik ini akan
diedarkan melalui Guru Penolong kanan Pentadbiran sekolah rendah di daerah Kulai untuk
disampaikan kepada guru-guru Senior yang dipilih secara rawak di sekolah masing-masing.
Pengkaji memberikan masa antara tiga hingga lima hari untuk mengumpul semua data
daripada setiap sekolah yang dapat dirujuk daripada capaian Gmail pengkaji sendiri. Data
yang telah dikumpulkan akan dianalaisis dan diintepretasikan sebelum pengkaji menjelaskan
dapatan kajian, perbincangan serat cadangan.

Etika Kajian:

Secara keseluruhan, tiada masalah etika yang besar dalam kajian ini kerana soal selidik yang
digunakan adalah yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta tidak
mengandungi sebarang soalan yang sensitive atau peribadi. Selain itu, sampel kajian juga
merupakan guru senior yang berpengalaman maka tidak perlu mendapatkan sebarang
kebenaran kecuali dari pihak PPD. Sampel kajian juga dibenarkan untuk menarik diri
daripada kajian ii selepas memperoleh set soal selidik.
References

Agung, I. G. N. (2016). Analisis Statistik Sederhana Untuk Pengambilan Keputusan.


Populasi, 11(2). https://doi.org/10.22146/jp.12342

Banerjee, A., & Chaudhury, S. (2010). Statistics without tears: Populations and samples.
Industrial Psychiatry Journal. https://doi.org/10.4103/0972-6748.77642

CRESWELL, J. W. (2009). RESEARCH DESIGN Qualitative, Quantitative, and Mixed


Methods Approaches. In SAGE Publications. https://doi.org/10.2307/1523157

Evonne, L. E., & Gregory, C. (2017). Hubungan Kepimpinan Pengetua Dengan Motivasi
Guru. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5), 145–159.
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2017-05-09-11.pdf

Logavalli Balakrishnan, & Jamallul Lail Bin Abdul Wahab. (2018). Amalan Kepimpinan
Distributif Penyelia dan Hubungannya dengan Motivasi Guru di Sekolah Dalam
Hospital (SDH) di Malaysia. LSP-GABC 2018 International Conference.

Majid, U. (2018). Research Fundamentals: Study Design, Population, and Sample Size.
Undergraduate Research in Natural and Clinical Science and Technology (URNCST)
Journal. https://doi.org/10.26685/urncst.16

Mat, N., Idris, N., Abdullah, N. A., Yazid, Z., & Alias, J. (2018). The Relationship between
Workload, Personal Factor, and E-Learning on Pressure Stage among Gen-Y. Jurnal
Personalia Pelajar, 21(2), 23–35.

Murphy, M. (2016). Population definitions for comparative surveys in education. Australian


Council for Educational Research.

Vagias, W. M. (2006). Likert-Type Scale Response Anchors Level of Agreement. Clemson


International Institute for Tourism & Research Development, Department of Parks,
Recreation and Tourism Management. Clemson University, 3–6.

You might also like