You are on page 1of 21

SOALAN

ARAS KOGNITIF SOALAN ESEI DAN OBJEKTIF (TAKSONOMI BLOOM)

ARAS PENGETAHUAN

a) Tujuan

Mengingati semula perkara-perkara yang sudah dipelajari yang melibatkan


mengingat semula fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar.

b) Objektif Pendidikan Am

- mengetahui istilah biasa


- mengetahui fakta spesifik
- mengetahui kaedah dan prosedur
- mengetahui konsep asas
- mengetahui prinsip

c) Objektif Pendidikan Spesifik


(Hasil Pembelajaran Spesifik)

menakrifkan mengenal pasti


melabelkan menyenaraikan
menggalurkan menulis semula
menyatakan

d) Contoh soalan esei dan objektif

Soalan esei

i) Bilakah Sultan Mansur Shah menjadi sultan Melaka?


ii) Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kedua?
iii) Apakah teori Evolusi Darwin?

Soalan objektif

i) Unit asas bagi benda hidup ialah

(A) sel
(B) tisu
(C) organ
(D) saraf
ii) Siapakah Presiden Amerika Syarikat yang ketiga?

(A) Clay
(B) Adams
(C) Madison
(D) Jefferson

e) Ciri soalan berasaskan pengetahuan

i) Soalan menggunakan proses mental pengetahuan.

ii) Perkataan yang kerap digunakan ialah siapa, apa, di mana, bila, definisi,
mengingat semula, namakan, mengenali dan lain-lain.

iii) Soalan memerlukan maklumat atau isi kandungan yang serupa dengan
pengajaran guru dan buku teks.

iv) Soalan tidak memerlukan penjawab mengatur isi dalam bentuk yang
baru.

v) Jawapan boleh ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.

vi) Soalan itu bertujuan mendapatkan maklumat biasa seperti pertanyaan


siapa, apa dan di mana.

vii) Jawapan soalan ringkas.

ARAS KEFAHAMAN

(a) Tujuan

Memahami sesuatu bahan. Keadaan ini berlaku ketika menterjemah, menghurai


dan menjangkakan apa yang mungkin berlaku berdasarkan sumber. Hasil
pembelajaran melangkaui aras mengingat semula.

Menolong penjawab mengatur fakta supaya boleh difahami. Memerlukan


penjawab memilih fakta berkaitan bagi tujuan menjelaskan, menghurai dan
membandingkan.

(b) Objektif Pendidikan Am

- memahami fakta dan prinsip


- menghuraikan bahan verbal
- menghuraikan carta dan graf
- menterjemah graf kepada bentuk lain
- menelah kesan
- menjelaskan kaedah dan prosedur
(c) Objektif Pendidikan Spesifik

menghuraikan menukarkan
mempertahankan membezakan
menerangkan melanjutkan
merumuskan memberi contoh yang mudah
menulis semula dalam bentuk lain bentuk lain
menelah meramal

(d) Contoh Soalan Esei dan Objektif Aras Kefahaman

Soalan Esei

(i) Apakah maksud gambar ini?


(ii) Beri purata hujan tahunan untuk negeri ini berdasarkan graf di atas,.
(iii) Huraikan masalah-masalah yang dihadapi pelarian Iraq.
(iv) Apakah yang mungkin akan terjadi…………………?

Soalan Objektif

(i) Manakah yang berikut contoh kredit perniagaan?

(A) Pengusaha kilang meminjam wang untuk membina kilang.


(B) Peniaga saham meminjam wang untuk membeli saham dan bon
(C) Pengusaha kilang meminjam wang untuk membeli bahan mentah.
(D) Eksekutif perniagaan meminjam wang untuk membuat rumah
baharu.

(ii) Pernyataan, "Kebolehpercayaan ujian adalah perlu tetapi bukanlah


syarat yang mencukupi bagi memutuskan kesahan ujian" bermakna

(A) ujian yang sah mempunyai suatu peringkat kebolehpercayaan


(B) ujian yang berkebolehpercayaan berkemungkinan langsung tidak
sah
(C) ujian yang berkebolehpercayaan mempunyai suatu peringkat
kesahan
(D) ujian yang sah berkemungkinan langsung tidak
berkebolehpercayaan

(e) Ciri Soalan Beraras Kefahaman


(i) Soalan memerlukan penggunaan proses mental kefahaman. Terdapat
tiga langkah proses kefahaman

- Terjemahan

Konsep atau mesej yang diketahui ditukarkan dalam bentuk lain


seperti perkataan kepada lambang atau sebaliknya.

- Tafsiran

Yang merangkumi terjemahan pada satu-satu bahagian daripada


komunikasi; memperlihatkan perhubungan antara bahagian-
bahagian dan dengan kehidupan sebenar; membezakan
bahagian-bahagian penting yang terdapat pada sesuatu mesej
(komunikasi).

- Melanjutkan (extrapolasi)

Yang melangkaui komunikasi dengan membuat inferens tentang


kesan (consequences) atau fahaman menjangkau masa, sampel
dan topik.

(ii) Perkataan yang kerap digunakan (berasaskan situasi tertentu):

Jelaskan, huraikan, bandingkan, bezakan, nyatakan dalam perkataan


anda sendiri, dan sebagainya.

(iii) Maklumat asas telah diberi kepada pelajar.

(iv) Memerlukan material atau alat komunikasi untuk diterjemahkan,


ditafsirkan dan dilanjutkan. Komunikasi ini hendaklah baharu, belum
diajarkan lagi tetapi terdapat asas persamaan.

(v) Penjawab menyatakan kefahamannya dalam perkataan dan bentuknya


sendiri atau membuat pilihan jawapan berdasarkan kefahamannya
sendiri.

ARAS PENGGUNAAN

(a) Tujuan

Menggunakan pengetahuan mujarad (abstrak) untuk menyelesaikan sesuatu


situasi maujud (konkrit). Pengetahuan mujarad ini mungkin dalam bentuk
fikiran am, peraturan, prosedur, generalisasi, prinsip, dan teori.
Kesemuanya perlu diingati bagi digunakan untuk mengatasi situasi/masalah.

(b) Objektif Am

- menggunakan konsep dan prinsip dalam situasi baharu


- menggunakan peraturan dan teori secara praktik
- menyelesaikan masalah Matematik (dengan formula)
- membentuk carta dan graf
- menunjukkan penggunaan kaedah yang betul

(c) Objektif Spesifik

mengubah mengira
menunjukkan menemui
meminda mengubahsuai
mengendalikan menyediakan
mempertalikan menyelesaikan
menggunakan

(d) Contoh Soalan Esei dan Objektif

Soalan Esei

(i) Pelajar telah diajar garisan bujur dan lintang.

Tandakan tempat-tempat pada peta kosong Semenanjung Malaysia yang


mempunyai garisan lintang dan bujur seperti berikut:

2oU 69oT

(ii) Anda telah ditugaskan menyediakan makanan untuk satu perkhemahan.


Bilangan peserta perkhemahan ialah 100 orang. 85 orang ialah
murid lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 15 tahun dan 15 orang
lagi lelaki dan perempuan dewasa. Anda perlu memberi perhatian
terhadap peruntukan wang dan mutu nilai pemakanan.

Tuliskan menu untuk lima hari bagi minum pagi, makan tengah hari,
minum petang dan makan malam.

Soalan Objektif

(i) Tangga di dalam kolam mandi kelihatan bengkok di bahagian yang


terendam di dalam air.
Pernyataan manakah memberikan penjelasan yang terbaik tentang
fenomena ini?

(A) Pembiasan cahaya oleh permukaan air.


(B) Penyebaran cahaya semasa memasuki air.
(C) Cahaya tidak bergerak lurus ketika di dalam air
(D) Pesongan cahaya akibat perbezaan laju cahaya di udara dan air.

(ii) Hasil pembelajaran yang mana sukar dinilai secara objektif?

(1) Konsep
(2) Penggunaan
(3) Penikmatan
(4) Tidak semua di atas

Perubahan yang paling baik dibuat pada soalan di atas ialah dengan cara

(A) menukar 'bukan semua di atas' kepada "tafsiran"


(B) mengubah pokok soalan kepada bentuk kenyataan
(C) menggantikan perkataan "sukar" kepada huruf besar
(D) menggunakan abjad bagi menggantikan huruf pada pilihan

(e) Ciri Soalan Aras Penggunaan

(i) Soalan menggunakan proses mental penggunaan.


(ii) Objektif penggunaan perlu memasukkan 3 frasa, iaitu kebolehan
menggunakan, prinsip/generalisasi, dan masalah/situasi baharu.

(iii) Perkataan yang kerap digunakan ialah menggunakan, memilih, membuat,


mengira dan selesaikan.

(iv) Situasi masalah hendaklah baharu, tidak serupa dengan masalah yang
diajar.

(v) Masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan prinsip dan


generalisasi selepas tindakan dan pilihan daripada pengetahuan yang
dipelajari.

(vi) Pelajar perlu melalui langkah berikut sebelum menjawab soalan


penggunaan:

a) Pernyataan masalah mestilah diubahsuai sebelum mula


menjawab, daripada segi apa yang diberi/diperlukan,
mengetepikan unsur yang tidak perlu, membentuk, mentafsir
semula masalah.
b) Letakkan pada satu paradigma (contoh yang konkrit) atau
model.
c) Cari prinsip dan generalisasi yang relevan.
d) Gunakan prinsip menyelesaikan masalah.

(vii) Pastikan soalan penggunaan mengandungi situasi, masalah dan arahan


bertindak balas, lihat contoh:

Anda berminat menjadi guru sementara di sebuah sekolah rendah. Anda


telah mempunyai pengalaman menjadi guru tadika selama satu tahun.

Sekarang anda menganggur. (Situasi/Rangsangan)

Tulis sepucuk surat permohonan kerja yang rasmi kepada pengarah


pendidikan negeri bagi menjelaskan latar belakang anda dan sebab anda
memohon kerja tersebut. (Masalah/Tugasan)

Surat anda akan dinilai berdasarkan kejelasan, kelancaran, kekemasan


dan penjelasan diri anda yang menarik. (Arahan bertindak balas/kriteria)

(viii) Anda boleh membina soalan penggunan dengan langkah berikut:

(a) Bentuk masalah


(b) Tambah situasi
(c) Tambah arahan bertindak

ARAS ANALISIS

(a) Tujuan
Pelajar bukan sahaja diperlukan mengingat, mengatur dan menggunakan
pengetahuan, mereka juga dikehendaki membuat analisis atas dasar
menaakul sebab dan akibat.

Meleraikan sesuatu komunikasi (situasi) kepada bahagian atau unsur


supaya relatif hieraki fikiran diperjelas atau perhubungan antara fikiran
dieksplisitkan.

Analisis juga bertujuan menjelaskan organisasi sesuatu komunikasi


dan cara aturannya yang berkesan, berasas dan tersusun.

(b) Objektif Am

- Mengenali andaian yang tidak dinyatakan (Apakah di sebaliknya?)


- Mengenali kesilapan logik dalam taakulan
- Membezakan fakta dan inferens
- Menilai relevan data
- Menganalisis struktur (Apa, Bagaimana hubungannya?)
- Organisasi sesuatu hasil (seni)

(c) Objektif Spesifik

mencerakinkan membezakan
mengasingkan menjelaskan dengan contoh
memilih membahagikan
menyediakan gambar rajah menunjukkan
(d) Contoh Soalan Esei dan Objektif

Soalan Esei

(i) Mengapakah kanak-kanak biasanya tidak bersetuju dengan


penjaganya?
(ii) Cara manakah langkah kesihatan awam memburukkan lagi
masalah kependudukan?
(iii) Kenal pasti empat sebab Hamlet tidak membunuh King Claudius
di peringkat awal walaupun ia bertujuan demikian, ia hanya
dibunuh pada akhir drama itu.

Huraikan bagaimana anda menentukan sebab-sebab itu.

Soalan Objektif

(i) Ahli kaji bumi bersetuju dengan hipotesis, iaitu bumi telah
mengecut.
Kenyataan manakah daripada yang berikut menjadi bukti terbaik
tentang hipotesis ini?

(A) Bumi tidak berbentuk spera tepat


(B) Banjaran gunung terdiri daripada gunung lipat
(C) Kuasa graviti bumi berbeza-beza di permukaan bumi
(D) Kepadatan kerak bumi lebih tinggi daripada kepadatan
muka bumi.

(ii) Pada zaman silam, glasier telah melitupi kawasan Great Lakes.

Kenyataan manakah lebih memberi sokongan langsung


terhadap pendapat tersebut?

(A) batu-batan ignias didapati di kawasan ini.


(B) Liputan air batu masih terdapat di Greenland.
(C) Mendapat tidak teratur dijumpai di kawasan ini.
(D) Kawasan ini sejuk secara perbandingan pada musim
panas.

(e) Ciri Soalan Aras Analisis

(i) Soalan menggunakan proses mental analisis - sama ada


analisis unsur, analisis perhubungan dan analisis prinsip
organisasi.

(ii) Perkataan yang kerap digunakan ialah mengapa, kenapa, faktor


apa, buat rumusan, menentukan bukti (menyokong, analisis).

(iii) Situasi masalah mestilah baharu, tidak biasa atau berbeza


daripada pengajaran.

(iv) Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada
pada pelajar.

(v) Kecekapan analisis berdasarkan perbandingan dengan analisis


yang dibuat oleh pakar.

(vi) Memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahuan yang


dipelajari.

(vii) Cara membuat : ada bahagian situasi atau setting dan arahan
tindak balas tetapi tiada masalah.

Bayangkan kemungkinan A.S. Neil dan B.F. Skinner mengajar


kanak-kanak berenang. (Situasi)

Dari segi apakah teknik pengajarannya berbeza atau sama?


Jelaskan. (Arahan tindak balas)
a. Situasi

Situasi hendaklah biasa, mengandungi unsur-unsur


tertentu, perhubungan dan prinsip organisasi yang perlu
dianalisis.

b. Arahan tindak balas

Meminta pelajar mengenal pasti unsur-unsur tertentu,


perhubungan dan prinsip organisasi, dilanjutkan dengan
pertanyaan bagaimana analisis itu dibuat atau meminta
pelajar membandingkan dan membezakan.

ARAS SINTESIS

(a) Tujuan

(i) Mencantumkan unsur atau bahagian supaya menjadi satu keseluruhan -


melibatkan mengatur dan menggabungkan unsur supaya terbentuk
corak/struktur yang baharu.
(ii) Hasil gabungan ini mungkin merupakan satu komunikasi yang unik
(novel), satu cadangan operasi (mesin) atau satu set perhubungan
mujarad (teori).
(iii) Menekankan pemikiran bercapah, bukan bertumpu; penyelesaian satu-
satu masalah tidak boleh dibuat pada peringkat awal.
(iv) Membuat telahan, hasilkan komunikasi asli atau menyelesaikan masalah,
- terdapat pelbagai jawapan yang kreatif, tidak hanya satu jawapan betul.
(tidak terkawal)

(b) Objektif Am

- Menulis sesuatu tema


- Menyampaikan sesuatu ucapan
- Menulis kerja kreatif (tiada kaitan dengan apa yang diajar)
- Mencadangkan sesuatu pandangan
- Mencadangkan perancangan
- Menyelesaikan masalah
- Membentuk skema klasifikasi

(c) Objektif Spesifik

menggabungkan mengumpulkan
menggubah (bunga) mencipta
mereka mengelolakan
merancangkan merumuskan
menuliskan
(d) Contoh Soalan Esei dan Objektif

Soalan Esei

(i) Dalam keadaan manakah kemungkinan negara-negara di dunia boleh


bersatu dan bekerjasama?

(ii) Andaikan anda telah ditugaskan bertanggungjawab mengutip derma bagi


membuat sebuah padang permainan di kawasan perumahan anda.

Bincang dan rancangkan satu kempen untuk mendapatkan derma


dengan jayanya.

Soalan Objektif

(i) Anda syak satu sebatian mengandungi hidrogen.

Cara yang manakah anda boleh mengujinya?

(A) Sediakan satu larutan sebatian dan dielektrolisiskan dengan alah


Hoffman.
(B) Letakkan sat sampel sebatian dalam penunu bunsen dan pastikan
jika terdapat wap air.
(C) Panaskan sebatian sehingga mengeluarkan cahaya dan buat
analisis dengan menggunakan pyrometer.
(D) Lalukan cahaya pada larutan sebatian dan analisis spektrum yang
dihasilkan dengan menggunakan spektroskop.

(Situasi : masalah baharu dan langkah baharu)

(e) Ciri Soalan Aras Sintesis

(i) Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.

(ii) Perkataan yang kerap digunakan ialah menelah, menghasilkan, tuliskan,


cadangkan, apa akan terjadi.

(iii) Masalah, tugas atau situasi hendaklah baharu kepada pelajar atau
berbeza dengan pengajaran.

(iv) Diberikan kebebasan kepada pelajar menjawab sama ada dari segi isi
atau masa.

(v) Hasilnya boleh dinilai oleh "pengguna" seperti pembaca atau pemerhati.

(vi) Soalan tidak perlu perinci kerana ia akan membataskan kreativiti.

(vii) Bentuk soalan esei dan objektif beraras sintesis memerlukan masalah
untuk diselesaikan. Dalam aras penggunaan, pelajar menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pengetahuan tertentu (abstrak) yang
sudah dipelajari secara langsung. Dalam sintesis pula pengetahuan yang
digunakan melangkaui pelbagai pengetahuan yang ada bagi
menghasilkan perkara atau pemikiran yang unik. Soalan sintesis juga
memerlukan arahan tindak balas yang boleh menghasilkan kerja kreatif
seperti masa yang mencukupi dan bidang masalah yang luas.

ARAS PENILAIAN

(a) Tujuan

Membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu tujuan tentang fikiran, tugasan,


penyelesaian, kaedah, benda dan sebagainya. Ia menggunakan kriteria dan
standard untuk tafsiran sama ada perkara tersebut tepat, berkesan,
memuaskan dan cermat. Kriteria itu boleh berupa dalaman (internal) atau luaran
(external).

(b) Objektif Am

- Menimbangkan ketekalan logik sesuatu tulisan


- Menimbangkan kecukupan rumusan disokong oleh data
- Menimbangkan nilai sesuatu kerja (seni) dengan menggunakan kriteria
dalaman/luaran.

(c) Objektif Spesifik

menilai membandingkan
menyimpulkan menunjukkan perbezaan
mengupas membezakan
membuat justifikasi menafsirkan

(d) Contoh Soalan Esei dan Objektif

Soalan Esei

(i)
Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan litaran elektrik mekanisma penghidup satu mesin.


Adakah litaran itu mencukupi menghidupkan mesin tersebut?

Keterangan tentang mesin disediakan.


Tulis satu laporan ringkas tentang penilaian anda terhadap keupayaan
litaran yang ada menghidupkan mesin tersebut. Penilaian anda seberapa
boleh hendaklah spesifik dengan sokongan dan bukti.

Tulis laporan ini sepanjang lebih kurang dua muka surat.

(ii) Sejauh manakah pada fikiran anda masyarakat sekarang bersedia


membatasi kemudahan bergerak dengan kereta bagi menjimatkan
tenaga?

(iii) Mungkinkah pernyataan ini dipertahankan atau dilupakan sahaja?


Mengapa?

Soalan Objektif

(i) Pernyataan manakah terbaik untuk menjelaskan perkara berikut:

"Geologi sebahagian besarnya adalah sains pemerhatian bukan sains


cubaan"

(A) Adalah sukar mengkaji fenomena geologi di bilik makmal.


(B) Selagi proses geologi boleh dibuat adalah perlu menjalankan ujian
percubaan.
(C) Fenomena geologi berlaku dalam masa yang lama dan meluas,
sukar hendak dikawal.
(D) Sesuatu fikiran terbuka boleh didapati semasa mengkaji secara
semula jadi berbanding dengan cara artifisial.

(ii) Baru-baru ini satu rencana popular telah menyatakan jika sebuah kapal
angkasa meluncur dengan sangat pantas dari muka bumi, kelajuannya
akan membuat tarikan graviti tidak berkuasa. Manusia di dalam kapal itu
merasa kehilangan berat.

Pernyataan ini boleh dinilaikan sebagai

(A) Tepat, sebab dua kuasa terlibat dalam situasi itu boleh
meniadakan kuasa antara satu dengan lain.
(B) tidak tepat, kerana lantai ruang orang itu akan menekannya
apabila roket semakin naik, tekanan itu menimbulkan rasa
bertambah berat dan bukan sebaliknya
(C) tidak tepat, kerana peluang tarikan oleh roket dan tarikan graviti
bumi sama pada orang itu adalah kecil.
(D) Tepat, sebab berat sesuatu benda berkurangan dengan cepatnya
apabila semakin berkurangan jarak dari pusat bumi.

(e) Ciri Soalan Berasaskan Penilaian

(i) Soalan hendaklah dalam proses mental penilaian.

(ii) Situasi masalah yang hendak dinilai mestilah baharu, tidak biasa atau
berbeza daripada pengajaran.
(iii) Perkataan yang selalu digunakan ialah menimbangkan, menaksirkan,
menentukan, dan mempertahankan.

(iv) Lebih daripada satu kriteria (jika terdapat satu kriteria sahaja ia
digunakan untuk soalan aras penggunaan).

(v) Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.

(vi) Soalan penilaian dibentuk berdasarkan tiga bahagian, iaitu apa yang
hendak dinilai, arahan tindak balas, dan kriteria yang digunakan dalam
penilaian itu.

(vii) Langkah menulis soalan penilaian

a) Pelajar diberi sesuatu untuk dinilai seperti sebuah puisi,


satu organisasi atau litaran elektrik.

b) Sepatutnya ada kriteria yang menjadi asas penilaian


seperti:

- Mungkinkah sesuatu boleh digunakan?


- Adakah berjaya menegakkan keamanan?
- Adakah secocok dengan struktur dalaman yang
diterima?
- Adakah kesannya positif?

c) Adakan tindak balas spesifik - iaitu panjang dan perincian


jawapan.

Peringatan untuk perincian dan mempertahankan buah


fikiran adalah perlu dibuat bagi membezakan cakap
kosong dengan penilaian bertanggungjawab.

SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK KEMAHIRAN MEMBACA NYARING

NAMA : ________________________________________________________
Bil. Kemahiran YA TIDAK

A. Aspek suara dan penyebutan

a Suara jelas
b Sebutan baku
c Nada suara yang sesuai

B. Aspek kelancaran

a Lancar, tanpa tersekat-sekat


b Mengikut unit makna/pemikiran/frasa
c Mengikut tanda baca yang betul
d Kadar kelajuan yang sesuai

C. Aspek kefahaman

a Yakin dan menunjukkan kefahaman tentang bahan


yang dibaca.
b Mengikut maksud teks (berita, cerita, fakta dll) atau
mesej penulis (marah, sedih, gembira dll.)
c Intonasi yang bertepatan dengan makna dalam
teks.
d Patuh pada tanda baca yang terdapat dalam teks.

SKALA

1 2 3 4 5

a Suara jelas
b Sebutan baku
c Nada suara yang sesuai

RUBRIK
LOG KEMAHIRAN MEMBACA

  Novice Apprentice Proficient Distinguished


Scale I: Seldom reads Occasionally reads Reads most days Daily reading for
extended periods
Frequency of
Independent
Reading
Scale II: Reads below Reads at and Reads at Reads at and
independent level below independent independent level beyond student's
Difficulty Level of level independent level
Books Selected
Scale III: Little or no Little Willingness to try Sampling of books
experimentation experimentation books from from different
Variety of Genres with genres with genres different genres genres
Represented
Scale IV: Fails to complete Completes less Completes many Completes most of
many class and than half of books of the books the books initiated;
Completion of group books initiated; initiated; completion of class
Books Started completes some of completion of and group books
class and group class and group
books books

RUBRIK/SKEMA

SKEMA HOLISTIK PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

MARKAH CIRI

86 -100 Karangan menepati tajuk. Tidak terdapat kesalahan bahasa,


A lancar dan berkesan. Tidak ada atau hampir tidak ada
kesalahan bahasa. Struktur ayat dan perbendaharaan kata
beragam dan luas. Isinya tepat dan tersusun secara sistematik
dan jelas. Pemerengganan, ejaan dan tanda bacaan digunakan
dengan betul. Keseluruhan persembahan karangan berkesan
dan menarik. Pendapat calon matang.

70 – 85 Karangan berkaitan dengan tajuk. Bahasa calon baik. Struktur


B ayat dan perbendaharaan kata memuaskan. Isi mencukupi dan
diolah agak menarik. Kemahiran mekanis memuaskan.

56 – 69 Karangan masih berkaitan dengan tajuk. Terdapat kesilapan


C kecil tatabahasa. Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak
terhad dan mudah. Isi mencukupi dan dioleh secara
sederhana. Terdapat sedikit kesilapan ejaan.

40 – 55 Kurang pemahaman tentang tajuk karangan. Terdapat


D kelemahan bahasa yang agak ketara daripada aspek
tatabahasa dan perbendaharaan kata. Isi kurang dan lemah
daripada segi pengolahannya. Penyusunan juga lemah.

0 – 39 Kurang pemahaman tentang tauk atau terpesong langsung.


E Penguasaan bahasa sangat lemah. Kesalahan bahasa yang
teruk. Isi ada tetepi tidak cukup.Sangat lemah dalam
pengolahan dan penyusunan. Keseluruhan kaangan tidak
menarik dan susah hendak ditatapi dan difahami.

SKEMA/RUBRIK PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


(ANALITIK)

Aspek Pangkat Ciri


Idea pokok dibincang secara jelas dengan sokongan
Cemerlang dan butiran konkrit, penting dan bersabit.
Idea pokok dibincangkan tetapi dengan terlalu
Isi ringkas dan am. Perbincangan disokong dengan
Sederhana butir-butir konkrit tetapi kadangkala butiran tersebut
diulang-ulang, tidak berkaitan dan tidak lengkap.
Idea pokok kurang jelas, atau mengelirukan, atau
Lemah tidak disokong dengan butiran konkrit dan berkaitan.
Tema dikembangkan dengan teratur selangkah demi
selangkah; terdapat kepaduan dalam pemerenggan
Cemerlang dan peralihan dari perenggan ke perenggan lain
berkesan. Tema dikembangkan secara menarik dan
seimbang dengan penekan yang wajar.
Pelan tema kadangkala tidak teratur, dikembangkan
Susunan secara tidak seimbang atau memberi penegasan
Sederhana yang tidak sesuai; antara perenggan ada kaitan
tetapi peralihan dari satu perenggan ke perenggan
lain kadangkala tidak licin dan membosankan.
Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan
dengan tidak konsisten, tidak kena mengena, atau
Lemah diulang-ulang; antara perenggan tidak bertalian dan
peralihan dari satu perenggan ke perenggan lain
tidak jelas dan tidak berkesan.
Ayat dibina dengan baik: bersepadu, berkesan dan
pelbagai ragam. Perkataan yang dipilih dan
Cemerlang digunakan sangat berkesan: menarik, tepat dan
penuh dengan bunga bahasa. Tidak terdapat
kesalahan tatabahasa, ejaan dan tanda baca.
Ayat digunakan dengan tetapi tidak bersifat luar
biasa dan kadangkala seragam. Perkataan yang
Bahasa Sederhana dipilih sesuai: jelas dan kadangkala berbunga
bahasa. Terdapat sedikit penyimpangan tatabahasa,
tanda baca dan ejaan.
Ayat tidak ada kesepaduan, tidak bertalian, keliru,
tidak sempurna, dan membosankan. Perkataan yang
Lemah dipilih dan digunakan tidak munasabah: kabur, tidak
berbunga bahasa, atau tidak standard. Penglahiran
idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan
tatabahasa, tanda baca dan ejaan.

Koh Boh Boon (1981)


BORANG MARKAH DEBAT PARLIMEN

NAMA HAKIM

PUSINGAN TEMPAT

USUL

KERAJAAN PEMBANGKANG

KAEDAH

KAEDAH
JUMLAH

JUMLAH
GAYA

GAYA
ISI

ISI
NAMA PENDEBAT NAMA PENDEBAT

40 40 20 100 40 40 20 100

1 1

2 2

3 3
20 20 10 50 20 20 10 50
PENGGULUNGAN PENGGULUNGAN

JUMLAH JUMLAH

MARGIN TANDATANGAN HAKIM


TIPIS (1-4) PEMENANG PENDEBAT TERBAIK

SELESA (5-8) KERAJAAN TANDATANGAN KETUA HAKIM


BESAR (9-12)
PEMBANGKANG
BORANG PEMARKAHAN

TAJUK: _____________________________________________________________________________________________________________

NAMA PERSERTA : ___________________________________________________________________________________________________

TARIKH : ___________________________________

Isi Penyampaian Bahasa Adab Bonus Jumlah


30 markah 40 markah 20 markah 5 markah 5 markah

 Isi bernas  Lancar  Penguasaan  Markah ditolak  Keseluruhan


 Data tepat dan  Nada yang sesuai bahasa baik, jelas atas sebab persembahan.
logik  Yakin dan tepat. kritikan terhadap  Kesopanan
 Dihuraikan  Gaya yang  Gaya bahasa isu sensitif –  Perawakan/
secukupnya menarik yang berkesan, agama, bangsa, perwatakannya.
 Ketertiban iaitu tepat kepada budaya dan
Panduan memberi susunan idea maksud yang peribadi – serta
markah hendak perlakuan atau
disampaikan. tutur kata yang
2 markah – 1 isi kurang sopan.
1 markah – huraian
1 markah – contoh/
data-data

Disahkan bahawa jumlah markah di atas adalah betul

Disahkan oleh : ________________________________________________________________ _______________________________


(NAMA HAKIM) (TANDATANGAN)
GRAFIK

PENYELESAIAN MASALAH

KEMUNGKINAN PILIHAN PENYELESAIAN


(Bagaimanakah masalah ini dapat diselesaikan?)

1.
2.
3.
4.

PILIHAN PENYELESAIAN

Kesan (Apakah yang Sokong atau tidak Nilai (Penting atau tidak
akan berlaku jika pilihan kesan itu? Mengapa?)
itu diterima?)

PILIHAN BAHARU

You might also like