You are on page 1of 1

1.

Tabiat keteguhan & ketekunan-BUAT SAMPAI JAYA


Seseorang itu tidak berundur semasa mengahadapi cabaran dan dugaan sebaliknya akan
sentiasa bercuba sedaya upaya dengan menggunakan cara yang berbeza-beza supaya
dugaan yang dihadapinya dapat diselesai dan diatasi.
2. Tabiat mendengar dengan empati-PERASAAN ORG LAIN
Seseorang itu perlu memahami orang yang disekelilinginya dengan mendengar apa yang
dituturkan oleh orang yang disekelilingi tersebut. Dalam sebuah sesi perbualan, pendengar
tidak boleh mengganggu percakapan orang lain. Sebaliknya, seseorang penutur perlu
memandang kepada mata pendengar semasa bercakap sebagai tanda kehormatan
terhadap pendengar. Dalam sesi perbualan, pendengar juga perlu sentiasa menjaga hati
pendengar dengan mengelakkan diri daripada mengeluarkan perkataan-perkataan ataupun
perkara yang mungkin mencederakan hati orang lain.
3. Tabiat mengurus dorongan intuitif (impulse)-BERFIKIR/AMBIL MASA/TENANG/HATI-
HATI
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan ataupun tindakan, seseorang itu perlulah
menenangkan hati terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan ataupun keputusan.
Seseorang itu perlu mengelakkan diri daripada sikap tergesa-gesa dalam membuat sesuatu
tindakan sebaliknya perlu berfikir secara matang dan membuat perancangan sebelum
mengambil tindakan yang selanjutnya.
4. Tabiat mudah suai (fleksibel)-UBAH PERSPEKTIF/ALTERNATIF/PERTIMBANGAN
OPTIONS
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan ataupun tindakan, seseorang itu perlu berfikir secara
terbuka dalam memikirkan cara pelaksanaan yang paling berefisyen dan berefektif.
Seseorang itu perlu berfikir di luar kotak dalam perancangan pelaksanaan sesuatu tugasan
dan tindakan. Hal ini dikatakan kerana sesuatu tugasan ataupun halangan boleh
diselesaikan dan diatasikan dengan berbagai-bagai cara. Dengan ini, seseorang itu perlu
sentiasa bertanya kepada diri sendiri sama ada terdapat cara alternatif yang lebih efektif
dalam melaksanakan ataupun menyelesaikan sesuatu tugasan.
5. Tabiat mengaplikasikan pengetahuan lalu dalam situasi baharu- GUNA PENG.SEDIA
ADA DLM TINDAKAN
Dalam kehidupan seharian, seseorang itu perlulah sentiasa mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang telah dipelajari sebelum ini dalam melaksanakan dan mengatasikan
sesuatu tugasan ataupun halangan. Dengan ini, seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu
tindakan yang paling efektif dalam menyelesaikan segala halangan dan dugaan yang telah
dihadapinya. Oleh hal yang demikian, seseorang itu perlu sentiasa menambahkan dan
mengukuhkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan berusaha meningkatkan ilmu
pengetahuan yang sedia ada dengan mempelajari sesuatu yang baharu.

You might also like