You are on page 1of 6

PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMAH (RKTP)


73400, GEMAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
HARI ANUGERAH KUALITI PRASEKOLAH
SK SUNGAI KELAMAH (RKTP)
2022

TARIKH :
22 FEBUARI 2022

MASA :
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT :
SK SUNGAI KELAMAH (RKTP)
1.0 TAJUK PROGRAM

Kertas Kerja Hari Anugerah Kualiti Prasekolah SK Sungai Kelamah (RKTP) 2022.

2.0 PENDAHULUAN

Hari Anugerah Kualiti ini ataupun Hari ‘Q’ merupakan hari Sambutan
Kecemerlangan serta Majlis Graduasi untuk kanak-kanak prasekolah yang akan
dijalankan pada 22 Febuari 2022 bertempat di Sekolah Sungai Kelamah (RKTP).
Hari Anugerah ini diadakan bagi meraikan usaha dan kejayaan kanak-kanak
prasekolah sepanjang berada di prasekolah. Hari ini juga dijalankan supaya
kanak-kanak berasa dihargai dan lebih bersemangat untuk memasuki alam baru
iaitu menjejak kaki ke Tahun 1 kelak.

3.0 OBJEKTIF

 Menghargai usaha dan pencapaian kanak-kanak sepanjang berada di


Prasekolah.

 Meraikan kejayaan kanak-kanak dalam semua aspek termasuk sosial, intelek


dan jasmani.

 Kanak-kanak berasa dihargai dan teruja untuk memasuki Tahun 1.

4.0 MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk meraikan usaha dan kejayaan kanak-kanak


sepanjang mereka berada di Prasekolah. Hari ‘Q’ ini membuatkan kanak-kanak
berasa lebih bersemangat dan boleh menyediakan mental dan fizikal mereka
untuk memasuki tahun 1. Lebih penting lagi, mereka berasa usaha dan kejayaan
mereka dihargai dan dan disayangi. Hari ‘Q’ ini akan menjadi pembakar
semangat mereka untuk menjadi murid yang lebih berjaya dalam semua aspek.
Semoga program ini berjalan dengan lancar dan kanak-kanak berasa gembira
sepanjang hari ‘Q’ ini dijalankan.
5.0 STRATEGI PROGRAM

 Perbincangan dengan ahli jawatankuasa.

 Menghantar kertas kerja program kepada pihak pentadbiran sekolah untuk


mendapat persetujuan.

 Melaksanakan program.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 22 Febuari 2022

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : SK Sungai Kelamah (RKTP).

7.0 KUMPULAN SASARAN

 45 orang murid prasekolah kelas Si Manja dan Si Comel.

8.0 PENILAIAN

Keberkesanan program dan pencapaian objektif akan dapat dinilai setelah


berlangsungnya program apabila murid berasa gembira sepanjang program dan
program ini berjalan dengan lancar.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn Rokiah binti Sadri (Guru Besar SKSK)


Timb. Pengerusi : Pn Supiyaton bt Mokti (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Azhari bin Ahmad (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj Nasseri bin Hj Ibrahim (GPK Kurikulum)
Setiausaha : Pn. Norliza binti Sakawi
Pen. Setiausaha : Pn. Nor Aziyah binti Rambly
AJK : Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
9.0 SUMBER KEWANGAN

 Peruntukan PCG Prasekolah


 Peruntukan Makanan Prasekolah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Butiran Kos (RM) Kuantiti Jumlah (RM)


(murid)

1. Hadiah tamat Persekolahan

(Buequet)

 Bunga Rm2.20
20 Rm46.20

 Bakul buequet Rm2.20


45 Rm99.00

 Coklat Delio Rm5.00


5 Rm25.00

 Lidi Rm7.50
1 Rm7.50

 Span Rm2.20
10 Rm22.00
 Reben Rm2.20
10 Rm22.00
 Selotape Rm10
2 Rm20.00
 Coklat Cloud 9
Rm 2.20
30 Rm 66.00
 Patung Bear
Rm 2.20
45 Rm 99.00

PERUNTUKAN PCG PRASEKOLAH JUMLAH : RM406.70


2. Makan Tengahari;

-Nasi ayam Rm5.00 45 Rm 225.00

-Air ribena Rm1.00 45 Rm 45.00

PERUNTUKAN MAKANAN PRASEKOLAH Jumlah : RM270.00

Jumlah keseluruhan

Peruntukan PCG Prasekolah Rm 406.70

Peruntukan Makanan Prasekolah Rm270.00

Jumlah Rm 676.70

9.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan agar Hari Anugerah Kualiti yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan Oleh, Diluluskan Oleh,

…………………………….…… ...............................................
(PN. NORLIZA BINTI SAKAWI) (PN. ROKIAH BINTI SADRI)
Penyelaras Prasekolah, Guru Besar
SK.Sungai Kelamah (RKTP) SK.Sungai Kelamah (RKTP)

You might also like