You are on page 1of 2

Kata Kerja Tunggal

Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga telah mendefinisikan kata kerja tunggal ialah kata

yang terbentuk tanpa imbuhan. Kata kerja tunggal dalam Bahasa Melayu tidak sebanyak kata

kerja yang terbentuk bersama dengan imbuhan. Kata kerja tunggal merupakan kata kerja

yang boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan. Selain itu juga, kata kerja tunggal ini

bersifat tak transitif. Antara contoh kata kerja tunggal iaitu makan, minum, tidur, ada, lahir,

terbang datang, pulang, balik dan banyak lagi.

Kata kerja tunggal dalam Bahasa Melayu juga mempunyai perkataan tunggal daripada

Akronim. Akronim membawa maksud perkataan yang terbentuk daripada cantuman huruf,

suku kata, dan bahagian lain daripada serangkai perkataan. Sebagai contoh kata kerja tunggal

yang terdiri daripada Akronim iaitu berdikari, hakis, pulihara, ubahsuai dan banyak lagi.

CONTOH

Contoh 1

Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut menetapkan pelajar yang akan pulang ke
kawasan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan menjalani
pengasingan kendiri selama enam hari di rumah keluarga masing-masing.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/700403/mahasiswa-di-lokaliti-
pkpd-tidak-boleh-balik-cuti-aidilfitri
Harian Metro, 29 April 2021
Contoh 2

Selepas buntu mencari gol penyamaan, tindakan pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak
membawa masuk Azamuddin Akil tampak berhasil apabila umpanan bekas pemain Pahang
itu membolehkan Sherman menyamakan kedudukan buat Helang Merah pada minit ke-86
Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/03/795567/sherman-selamatkan-
kedah
Berita Harian, 12 Mac 2021

Contoh 3

Pengendali Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino yakin pasukan kendaliannya
itu mampu bangkit selepas tewas kepada Manchester City 1-2 dalam aksi separuh akhir
pertama Liga Juara-Juara di Parc Des Princes awal pagi Khamis.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/136038/BERITA/Sukan/PSG-tiada-
masalah-bangkit-di-Manchester
Sinar Harian, 29 Mac 2021

You might also like