You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI,

889, JALAN TEMENGGONG AHMAD,


84000 MUAR, JOHOR

TAJUK:

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN KELAS HIASAN SYAWAL

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI,


889, JALAN TEMENGGONG AHMAD,
84000 MUAR, JOHOR

TARIKH :

13 – 24 Julai 2014

ANJURAN:

GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


SAINS SEMESTER 8
DENGAN KERJASAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI
1.0 PENGENALAN

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh seluruh umat Islam setelah
sebulan berpuasa. Oleh itu, program keceriaan kelas bersempena sambutan hari raya
ini dicadangkan bagi memeriahkan lagi suasana dalam menantikan kehadiran Aidilfitri.

2.0 RASIONAL

Suasana kelas yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif. Bertepatan dengan sambutan bulan kebesaran Islam, ia
juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid iaitu saling bantu-
membantu dan bertanggungjawab dengan kebersihan dan keceriaan kelas masing-
masing.

3.0 MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk menceriakan suasana kelas sekaligus mengeratkan


silaturrahim antara guru dengan murid melalui aktiviti keceriaan yang dijalankan.

4.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah :

1) Menghayati bulan-bulan kebesaran Islam.


2) Mengeratkan silaturrahim antara guru dengan murid dan memberi ruang kepada
semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya.
3) Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong menolong.
4) Membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan
ceria mengikut tema hari raya.

5.0 TARIKH PROGRAM

13 – 24 Julai 2014 (2 minggu)


6.0 JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Perkara Tarikh


1. Keceriaan Kelas 13 – 21 Julai 2014
2. Penilaian 22– 23 Julai 2014
3. Penyampaian hadiah 24 Julai 2014

7.0 LOKASI PROGRAM

Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi, 889, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua kelas dan murid Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi. Penyertaan wajib bagi kelas-
kelas Tahap 2 dan terbuka bagi kelas Tahap 1 dan prasekolah.

9.0 ANJURAN

Guru pelatih PISMP Sains Semester 8 dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Parit
Kadzi.

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN DAN PERALATAN DIPERLUKAN

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah


1. Hadiah (Hamper) 3  Tempat pertama: RM100
Hamper RM 50
 Tempat kedua:
Hamper RM30
 Tempat ketiga:
Hamper RM20

Jumlah RM 100
11.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan daripada pihak sekolah.

12.0 JAWATANKUASA PENGENDALI PROGRAM

Penaung : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi


Encik Mohd Yazid bin Ahmad
Penasihat : Mentor
Puan Maryani binti Hashim
Pengerusi : Nur Farhana binti Muhammad Fuad
Setiausaha : Nur Adzrini binti Mohd Nayan
Hakim : 1) Puan Halimah bt. Md. Saru
2) Cik Fauzana bt. Zakaria
3) Puan Muslifah bt Mustaffa
AJK Cenderahati : Cik Siti Aishah bt Mohd Zaman
Puan Nurulhuda bt Halt
AJK Dokumentasi : Encik Zulhaidi bin Ahmari

13.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Rujuk Lampiran 1

14.0 PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga Allah membalas semua
usaha kita sebaiknya.

PERKARA TANDATANGAN/ ULASAN


Disediakan Oleh :
Nur Adzrini binti Mohd Nayan
Setiausaha,
Program Keceriaan Kelas Hiasan Syawal.

Disemak oleh,
Puan Maryani binti Hashim,
Mentor,
Program Keceriaan Kelas Hiasan Syawal.

Disahkan Oleh,
Encik Ismail bin A.Rahman,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi.

Ulasan Oleh,
KUKP/ Bahagian Kewangan

Diluluskan / tidak diluluskan oleh,


Encik Mohd Yazid bin Ahmad,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi.
LAMPIRAN
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan melibatkan penyertaan wajib bagi kelas-kelas Tahap 2 dan terbuka


kepada Tahap 1 dan Prasekolah..
2. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:
 Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding,
 Hiasan bertemakan hari raya yang menarik,
 Papan kenyataan hadapan dan papan kenyataan belakang dihias,
 Susun atur perabot (kerusi, meja, almari, dan lain-lain) dalam keadaan yang
teratur.
 Bonus:
 Disiplin pelajar di dalam kelas.
 Kedatangan baik / kes salah laku minimum.
3. Penilaian dibuat oleh hakim yang telah ditetapkan sepanjang minggu.
4. Kelas yang mendapat pungutan markah tertinggi akan diumumkan ketika
perhimpunan.

You might also like