You are on page 1of 5
Laporan Temubual Mengenai Kesan dan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Pada 2 April 2019, saya telah menjalankan sesi temubual bersama dua orang warga pendidik yang berlainan bangsa iaitu Pn.Najihah dan Pn.Pumathi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Theresa's Convent, Taiping, Perak. Tujuan saya metakukan sesi temubual tersebut adalah untuk mengetahui tentang kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia Perkara tersebut bertepatan dengan tugasan yang telah diberikan dalam kursus EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran yang mana mengkehendaki saya untuk menjalankan sesi temubual dengan warga pendidik di sekolah pilihan saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Semasa melaksanakan sesi temubual bersama Kedua-dua responden tersebut, saya telah mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan dengan Kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya khususnya di SJK (T) St Theresa's Convent, Taiping, Perak. Berdasarkan sesi temubual yang saya jalankan, terdapat beberapa kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid, guru, sekolah dan kurikulum. Menurut kedua-dua responden yang saya telah menemu bual terdapat empat aspek kepelbagaian sosiobudaya di SJK (T) St Theresa’s Convent, Taiping, Perak iaitu bangsa, bahasa, struktur sosial dan adat resam. Saya bersetuju dengan kenyataan responden-responden berkenaan dengan aspek sosiobudaya. Menurut Noriati A Rashid, Lee, Zulkifli Mahayudin dan Zakiah Noordin (2014) konsep sosiobudaya terdiri daripada beberapa aspek seperti bangsa, bahasa, struktur sosial, adat resam, Kepercayaan dan jantina. Dari segi bangsa, kebanyakan murid di sekolah tersebut adalah berbangsa India, Terdapat juga murid daripada bangsa-bangsa lain seperti Telugu, Malayalam, Islam dan Kristian. Dari segi aspek bahasa pula kebanyakan murid di sekolah tersebut menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi meskipun terdapat sedikit penggunaan bahasa ibunda manakala untuk aspek sktruktur sosial pula responden menyatakan bahawa terdapat dua peringkat struktur sosial di sekolah tersebut iaitu Kelas pertengahan dan kelas bawahan. Dari segi adat resam pula, terdapat pelbagai jenis adat resam dalam kalangan warga SJK (T) St Theresa's Convent, Taiping, Perak seperti membaca doa sebelum makan, memberi salam dan sebagainya Terdapat beberapa kesan kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid SJK (T) St Theresa’s Convent Taiping, Perak. Antaranya adalah kelas sosial. Berdasarkan sesi temubual yang dilaksanakan bersama kedua-dua warga pendidik tersebut, saya mendapat tahu bahawa murid di sekolah tersebut mempunyai pelbagai Kelas sosial sama ada rendah, sederhana ataupun tinggi. Menurut kedua-Kedua responden tersebut Kelas sosial di SUK (T) St Theresa's Convent, Taiping, Perak dipengaruhi oleh taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid juga mengakibatkan murid berkumpul mengikut Kumpulan tertentu mengikut bangsa, bahasa dan struktur sosial. Hal ini signifikan dengan teori perapatan Ainsworth jaitu kanak-kanak menjalinkan hubungan sosial dengan individu yang mempunyai persamaan dengan mereka (Wong, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani, 2016) Dalam sesi temubual yang telah dijalankan, kedua-dua responden tersebut telah menyatakan beberapa implikasi kepelbagatan sosiobudaya dalam kalangan murid berdasarkan empat aspek iaitu murid, guru, sekolah dan kurikulum. Dalam konteks murid, corak asas ke atas budaya murid merupakan salah satu implikasi kepelbagalan sosiobudaya yang dapat dilihat dalam kalangan murid di sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana pendekatan dalam menyelesaikan tugasan dan pendekatan untuk mengetahui sesuatu perkara adalah berbeza dalam kalangan murid di sekolah tersebut. Sebagai contohnya, di sekolah tersebut terdapat murid yang memfokuskan aspek afektif untuk mengetahui sesuatu perkara dan terdapat juga murid yang memfokuskan muzik dan pergerakan untuk mengetahui sesuatu perkara. Jadi, para murid harus mempunyai corak asas ke atas budaya mereka supaya dapat menyelesaikan sesuatu ‘tugusan mengikut kehendak dan kebolehan mereka. Menurut kedua-dua responden tersebut kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid juga memberikan implikasi terhadap guru kerana guru ialah insan yang bertanggungjawab membimbing murid untuk mencapai potensi diri dalam akademik, sosial dan vokasional (Noriati ‘A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2018). Berdasarkan pernyataan tersebut, antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid terhadap guru adalah guru harus memilih bahan sumber dan aktiviti pengagajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kehidupan seharian para murid. Hal ini demikian kerana peringkat mikrosistem dalam teori interaksi sosial bronfenbrenner menyatakan bahawa kanak-kanak merupakan penerima pengalaman aktif yang boleh bertanya tentang sesuatu perkara yang berkaitan kehidupan yang berhubung dengan persekitarannya (Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2018). Jadi, perlunya seorang guru mengajar sesuatu topik dengan mengaitkan kehidupan seharian para murid supaya dapat merangsang minat murid untuk melibatkan diti secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Selain itu, kedua-dua responden tersebut turut menyatakan bahawa tahap kecerdasan murid-murid di sekolah tersebut adalah berbeza. Dalam konteks ini, kedua-dua responden tersebut menekankan bahawa wajibnya seorang guru memberi layanan adil kepada semua murid tanpa sikap pilih kasih. Kedua-dua responden turut menyatakan bahawa seorang guru juga wajib mengenali latar belakang murid supaya dapat memahami segala masalah yang dihadapi oleh murid dan berupaya untuk menyelesaikannya. Seterusnya, Kedua-dua responden turut menyatakan bahawa tingkah aku para murid juga adalah berbeza di dalam bilik darjah kerana perbezaan dalam tingkah laku para murid dipengaruhi oleh faktor keluarga. Hal ini demikian kerana peringkat mesosistem dalam teori interaksi sosial bronfenbrenner menyatakan bahawa seorang kanak-kanak belajar daripada ibu bapa dan mencontohi tingkah laku ibu bapanya (Noriati ‘A. Rashid, Boon, Sharifan Fakhrian Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2018). Disamping itu, Kedua-dua responden juga turut menyatakan bahawa pentingnya aktivit kumpulan dalam mewujudkan suasana bilkk darjah yang mesra budaya. Menurut Noriati A Rashid, Boon dan Sharifan Fakhriah Syed Ahmad (2017) pembelajaran secara koperatif menggalakkan murid untuk menerima perbezaan sesama mereka. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang berikutnya adalah guru-guru SJK (T) St Theresa's Convent, Taiping, Perak sentiasa menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi untuk membudayakan penggunaan Bhasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Hal ini selaras dengan teori pembelajaran Albert Bandura yang mana murid belajar menerusi aktiviti peniruan (Wong, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani, 2016). Selanjutnya, kedua-dua responden tersebut juga turut menyatakan bahawa implikasi kepelbagaian sosiobudaya tidak hanya terhad dalam konteks murid dan guru malahan ia juga memberi implikasi terhadap sekolah. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid terhadap sekolah adalah pihak sekolah harus merancang aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan murid yang berlainan bangsa. Tamsiinya, pihak pengurusan sekolah boleh menganjurkan aktiviti gotong-royong, hari kebudayaan dan sebagainya untuk meningkatkan peluang interaksi sesama murid. Tambahan pula, pihak pengurusan sekolah juga perlu memberi perhatian terhadap program Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan Murid (RIMUP), Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti melukis mural, majlis rumah terbuka dan sebagainya untuk mempergiat program RIMUP di sekolah. Berdasarkan perspektif Kedua-Kkedua responden tersebut, kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid turut memberikan implikasi tethadap pengimplementasian kurikulum tersirat. Kedua-dua responden berpendapat bahawa implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid tethadap pengimplementasian kurikulum tersirat pengajaran dan pembelajaran termasuklah pemupukan nilai-nilai murni dalam diri murid. Seterusnya, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap kurikulum tersembunyi ialah guru memberikan peneguhan kepada murid tanpa mengira bangsa, agama dan kelas sosial sewaktu mengajar. Konklusinya, kepelbagaian sosiobudaya murid mempengaruhi pembelajaran murid dan memberi kesan kepada pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Pembelajaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan mudah berlaku sekiranya guru dapat menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dengan budaya murid supaya murid berasa mereka diterima dan bermotivasi untuk belajar. Amalan budaya bilik darjah yang positif dapat membentuk budaya murid yang posttif (Atan Long, 1978). Oleh itu, sebagai seorang bakal guru saya akan memiliki kesedaran Kepelbagaian sosiobudaya yang begitu tinggl supaya dapat mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya dengan mengintegrasikan kelima-lima elemen kepelbagaian sosiobudaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pedagogi berpusatkan murid, kurikulum pelbagai budaya, pemilihan bahan sumber, pengajaran berasaskan budaya dan iklim serta bilik darjah yang menyokong budaya. Jadi, saya perlu melakukan pelbagai persediaan rapi bagi menyokong pengurusan bilik darjan yang mesra budaya selain menerapkan budaya pembelajaran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rujukan Atan Long, (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Herald Printers Sdn. Bhd Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah A. Majid. (2018) Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Herald Printers Sdn.8hd Noriati A. Rashid, Lee, K.C, Zulkifli Mahayudin, & Zakiah Noordin. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Oxtord Fajar Sdn.Bha. Wong K.W, Mohamad Isa Azis, & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Herald Printers Sdn.Bhd.

You might also like