You are on page 1of 2

PEMBANTU OPERASI

RUJUKAN
i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2013 : Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi dan Pembantu
Awam.
ii. Surat Pemakluman Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Senarai Tugas Pembantu
Operasi bertarikh 26 September 2018.

(A) ASPEK TUGASAN

1. Menyampaikan tugas penyampaian atau kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan sempurna,


cekap dan berkesan.
a. Mengambil surat luaran dari pigeon hole dan mesin faks
b. Merekod/mendaftar surat masuk dan surat keluar ke dalam Buku Daftar Surat.
c. Masuk/Keluar dan dicap terima (kecuali surat berstatus sulit) dan menyerahkan kepada
Ketua Pembantu Tadbir.
d. Mengedarkan surat yang diterima kepada unit/kakitangan yang berkenaan
e. Mengedarkan surat dalaman/pekeliling dan surat panggilan mesyuarat kepada unit/
kakitangan yang berkenaan.
f. Menghantar surat-surat ke pejabat pos.

2. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen


a. Membuat salinan dokumen/surat/memo
b. Mencetak, mengetip dan menjilid dokumen yang diperlukan
c. Menyelenggara mesin fotostat serta memastikan dokumen yang dicetak/disalin direkod di
dalam Buku Daftar Penggunaan Mesin Fotostat.
d. Mencari, menyimpan dan menyusun dokumen/fail di rak/kabinet besi yang disediakan atau
di tempat penyimpanan
e. Memastikan borang-borang khas (pinjaman komputer, borang cuti dan lain-lain)
mencukupi.

3. Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan dari stor pejabat

a. Membantu dalam urusan mengambil, mengangkat, menyusun dan mengemas barang-


barang dari stor pejabat

b. Membantu kerja-kerja pelupusan aset yang telah usang dan tidak diperlukan

4. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan
peralatan di bilik mesyuarat diselenggara dengan baiknya.
a. Menerima tempahan bilik mesyuarat, mengemas dan memastikan susun atur bilik
mesyuarat dalam keadaan baik sebelum dan selepas mesyuarat.
b. Membantu kerja-kerja penyediaan peralatan dan bahan-bahan untuk kegunaan mesyuarat,
bengkel, kursus dan lain-lain majlis rasmi.
c. Memastikan kebersihan tempat sebelum, semasa dan selepas mesyuarat, bengkel, kursus
dan lain-lain majlis rasmi.

5. Membantu membawa peralatan penggambaran/peralatan ICT dan memastikan keselamatan


peralatan berkenaan.
6. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa
a. Menyusun dan mengemas buku-buku dan majalah untuk bacaan/rujukan pelanggan
b. Menjaga kebersihan bilik penyimpanan fail
c. Memastikan tahap kebersihan ruang kerja/pejabat dalam keadaan baik
d. Membantu mengemaskinikan papan maklumat sekolah berkaitan pentadbiran sekolah

7. Melaksanakan tugas pemanduan kenderaan pada bila-bila masa apabila diarahkan oleh Ketua
Jabatan.

8. Membawa kenderaan pejabat (atas kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan) sekiranya ketiadaan
pemandu

9. Membantu dan menjadi urusetia bengkel/kursus/mesyuarat sekiranya diarahkan

10. Membantu merekod dan mengurus pengambilan dokumen-dokumen seperti sijil-sijil peperiksaan
PT3/SMA/SPM/STPM/STAM dan Surat Akuan/Sijil Berhenti Sekolah.

11. Bertugas di kaunter pertanyaan/kaunter utama mengikut jadual

12. Membantu dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain

13. Membantu dalam penyediaan kad perakam waktu

14. Membantu urusan pendaftaran murid baru dan pertukaran murid.

15. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

You might also like