You are on page 1of 38

1

MODUL AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN

MODUL 1 (ASAS KELAB & PERSATUAN DAN MESYUARAT AGUNG)


Tahun 3 : Asas Kelab dan Persatuan
Tahun 4 : Maklumat Kelab dan Persatuan
Tahun 5 : Asas Aktiviti Kokurikulum
Tahun 6 : Pemarkahan PAJSK

MODUL 2 (KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN)


Tahun 3 : Asas Barangan dan Wang
Tahun 4 : Tabiat Berjimat Cermat
Tahun 5 : Sumber dan Produk
Tahun 6 : Usahawan Muda

MODUL 3 (PERMAINAN TRADISIONAL)


Tahun 3 : Pengenalan Permainan Tradisional
Tahun 4 : Permainan Dam Ular
Tahun 5 : Permainan Congkak
Tahun 6 : Permainan Batu Seremban

MODUL 4 (KHIDMAT MASYARAKAT


Tahun 3 : Pengenalan Khidmat Masyarakat
Tahun 4 : Asas Khidmat Masyarakat (Rumah)
Tahun 5 : Khidmat Masyarakat di Sekolah
Tahun 6 : Kitar Semula

2
MODUL ASAS KELAB / PERSATUAN & MASA
1 MESYUARAT AGUNG 2 jam
OBJEKTIF
1. Menyemai rasa sayang murid terhadap kelab / persatuan
2. Menerapkan nilai tanggungjawab murid terhadap kelab / persatuan
3. Memupuk sikap bekerjasama dan saling bantu dalam organisasi

PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membimbing Mesyuarat Agung Persatuan.
3. Agenda dalam mesyuarat Agung adalah seperti berikut:
a. Ucapan alu-aluan pengerusi (Guru Penasihat).
b. Ucapan tetamu kehormat (Guru Besar / Pentadbir) – jika ada.
c. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu.
d. Pembentangan laporan aktiviti kelab / persatuan tahun sebelum.
e. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan tahun sebelum.
f. Pelantikan ahli jawatankuasa tahun semasa iaitu:
i. Pengerusi
ii. Timbalan Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong bendahari
vii. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang)
viii. Pemilihan 2 orang juru audit
g. Membahaskan usul yang diterima.
h. Merancang takwim aktiviti tahun semasa.
i. Ucapan penangguhan

KOKURIKULUM

1. Maksud Kegiatan kokurikulum ialah apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang
untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah.
2. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada elemen berikut:
a. Pasukan Badan Beruniform
b. Kelab dan Persatuan
c. Sukan dan Permainan.
3. Tujuan dilaksanakan Kelab dan Persatuan di sekolah:
a. Melatih murid berpersatuan dan menguruskan organisasi dengan cekap dan
teratur.
b. Memupuk dan menyemai elemen sukarelawan serta mencurahkan bakti kepada
masyarakat, agama, dan negara.
c. Melahirkan masyarakat yang prihatin dan peka terhadap negara, berdisiplin, bantu-
membantu serta hormat-menghormati antara satu sama lain.
d. Mengelak remaja terjebak dengan gejala sosial.

3
KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN

1. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada 3 elemen iaitu pasukan badan beruniform, kelab
persatuan dan sukan permainan.
2. Objektif pelaksanaan aktiviti kelab dan persatuan adalah seperti berikut:
a. Melatih murid menjadi lebih aktif dan dinamik sesuai dengan arus pembangunan
negara.
b. Memupuk semangat berkerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan
pelajar.
c. Memberi ruang kepada murid untuk menyalur semangat cintakan sekolah dan
tanah air melalui program-program terancang kokurikulum merentasi kurikulum.
3. Kelab dan persatuan terdiri daripada 3 elemen berikut:
a. Kelab / persatuan berdasarkan mata pelajaran
i. Persatuan Bahasa Melayu.
ii. Persatuan Sains dan Matematik.
b. Kelab / persatuan berdasarkan hobi / minat
i. Kelab Fotografi
ii. Kelab Filateli (setem)
iii. Kelab Kembara.
iv. Kelab Kebudayaan
c. Kelab / persatuan bawah agensi
i. Kelab Doktor Muda – Kementerian Kesihatan Malaysia
ii. Kelab Rukun Negara – Kementerian Perpaduan
iii. Kelab Pengguna – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)


1. Bilangan waktu perjumpaan minimum bagi kokurikulum dalam setahun
a. Pasukan Badan Beruniform (12 kali setahun)
b. Kelab dan Persatuan (12 kali setahun)
c. Sukan dan Permainan (12 kali setahun)
2. Waktu aktiviti kokurikulum – 2 jam seminggu (2 jam bagi setiap perjumpaan)
3. Pecahan markah kokurikulum dalam PAJSK
a. Jawatan - 10 markah
b. Peringkat - 20 markah
c. Komitmen - 10 markah
d. Khidmat sumbangan - 10 markah
e. Kehadiran - 40 markah
f. Pencapaian - 20 markah

4. Markah JAWATAN dalam sistem PAJSK


Bil Jawatan Markah
1 Pengerusi / Kapten Pasukan / Ketua Rumah 10 markah
2 N.Pengerusi / Penolong Ketua Rumah / Penolong Kapten / 8 markah
Setiausaha / Bendahari
3 Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari / Ahli Jawatankuasa 6 markah
4 Ahli Aktif 4 markah
5 Ahli Berdaftar 2 markah

5. Markah PENGLIBATAN dalam PAJSK


Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3

4
(Peserta) (Jawatankuasa) (Meramaikan majlis)
Antarabangsa 20 markah 10 markah 7 markah
Kebangsaan 17 markah 9 markah 6 markah
Negeri 14 markah 8 markah 5 markah
Daerah 11 markah 7 markah 4 markah
Sekolah 8 markah 6 markah 3 markah

6. Markah
Peringkat Johan Naib Johan Ketiga Keempat Kelima
Antarabangsa 20 markah 19 markah 18 markah 17 markah 16 markah
Kebangsaan 17 markah 16 markah 15 markah 14 markah 13 markah
Negeri 14 markah 13 markah 12 markah 11 markah 10 markah
Daerah 11 markah 10 markah 9 markah 8 markah 7 markah
Sekolah 8 markah 7 markah 6 markah 5 markah 4 markah

LENCANA
SEKOLAH

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB KEMBARA


SK BANDAR TASIK KESUMA, SELANGOR TAHUN 2021

Tarikh : 8.1.2021
Masa : 7:30 – 8:30
Tempat : Pusat Sumber SMKBTK
Kehadiran : 1. Puan Siti Zanariah bt. Ismail - Guru Penasihat
2. En. Muhammad Hafiz Faiq - Guru Penasihat
3.
4.
5.

1.0 Ucapan aluan Pengerusi


1.1 Pn. Siti Zanariah (pengerusi mesyuarat) mengalu-alukan kedatangan semua ahli
jawatankuasa kelab dan mengucapkan terima kasih kepada ahli kelab yang
baharu kerana memilih untuk memasuki Kelab Kembara.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada AJK kelab bagi tahun lepas kerana telah
menjalankan tugas dengan cemerlang.
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah
memberikan kerjsama semasa menjayakan aktiviti pada tahun lepas. Pengerusi
mengharapkan agar semua AJK dan ahli kelab akan terus memberikan kerjasama
dalam semua program yang akan dianjurkan pada tahun ini.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar semua jawatankuasa yang akan dilantik dapat
menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab selain menjadi
‘role model’ atau murid contoh kepada ahli yang lain.  
1.5 Ahli jawatankuasa boleh dilucutkan jawatan sekiranya tidak menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang diamanahkan.
1.6 Semua ahli perlu memberikan kerjasama dan sokongan kepada semua AJK yang
baharu.
1.7 Kehadiran ahli kelab dalam setiap perjumpaan adalah wajib. Murid yang tidak
hadir 3 kali akan diberi surat amaran. Kehadiran untuk setiap perjumpaan akan
direkodkan.

5
1.8 Semua ahli wajib menyertai aktiviti sekurang-kurangnya peringkat sekolah.
Murid diberi peluang dan dibenarkan untuk menyertai program di peringkat yang
lebih tinggi iaitu peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan
peringkat antarabangsa.
1.9 Penyertaan murid dalam program atau pertandingan akan diambilkira sama ada
sebagai peserta, penyokong atau memberi khidmat sebagai jawatankuasa.
1.10 Sila maklumkan kepada guru penasihat dari semasa ke semasa setiap
penglibatan luar oleh murid dengan menunjukkan Buku Kokurikulum sebagai
bukti.
1.11 Guru Penasihat akan merekod dalam ruangan penglibatan murid dalam Buku
Laporan Kegiatan Kokurikulum.
1.12 Markah pencapaian akan diambilkira sekurang-kurangnya untuk peringkat
sekolah hingga tempat ke lima.
1.13 Murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap unit kokurikulum yang
disertai supaya mendapat markah yang cemerlang.
1.14 Setiap hari Rabu murid diwajibkan memakai pakaian seragam pasukan badan
beruniform.
1.15 Masa perjumpaan kelab Kembara adalah pada pukul 7.30 hingga 9 pagi mengikut
jadual yang akan dipaparkan di papan kenyataan.
1.16 Murid hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan hadir di setiap perjumpaan
seperti yang dijadualkan.
1.17 Kutipan yuran ahli kelab adalah tidak dibenarkan.

2.0 Pelantikan AJK Baharu


2.1 Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik ahli jawatankuasa yang baharu.
2.2 Pelantikan AJK kelab yang baharu dijalankan secara undian.
2.3 Ahli Jawatankuasa Kelab Kembara adalah seperti berikut:
a. Muhammad Hafiz Farhan - Pengerusi
b. Nurul Aqilah bt. Raimee - Naib Pengerusi
c. Nur Khalisa binti Nazar - Setiausaha
d. Ariz Haziq b. M.Hafiz - Naib Setiausaha
e. Mohamad Ali b. Suhaimi - Bendahari
f. Muhammad Haikal Bin Shukor - AJK Darjah 6
g. Nur Aleeya Syakira Binti Ishak - AJK Darjah 6
h. Farra Nadhirah Binti M. Ariffin - AJK Darjah 5
i. Nurul Amanina Binti Ab Aziz - AJK Darjah 5
j. Muhammad Amir Bin Jaafar - AJK Darjah 4
k. Ariff Afiq Bin Muhd Syamsul - AJK Darjah 4

3.0 Takwim aktiviti bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:


3.1 Mesyuarat Agung Kelab Kembara - 25 Januari 2021
3.2 Program Usahawanan Muda - 10 Februari 2021
3.3 Permainan Tradisional Kita - 24 Februari 2021
3.4 Khidmat Masyarakat - 10 Mac 2021
3.5. Kebudayaan Malaysia - 31 Mac 2021
3.6 Reka Cipta dan Inovasi - 14 April 2021
3.7 Patriotik - 26 Mei 2021
3.8 Program Interaktif (Bahasa Melayu) - 30 Jun 2021
3.9 Perlindungan Alam Sekitar - 14 Julai 2021
1.11 Keselamatan - 18 Ogos 2021
3.11 Integriti - 15 September 2021
3.12 Majlis Penghargaan Kelab Kerjaya - 29 September 2021

4.0 Hal-hal lain


Tiada

6
5.0 PENUTUP 
Pn Siti Zanariah mengucapkan terima kasih kerana telah memilih Kelab Kembara sebagai
kelab persatuan. Ahli diingatkan untuk sentiasa hadir pada setiap perjumpaan dan diharap
semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.30 pagi

Disediakan oleh,                                     Disahkan oleh,

(NUR KHALISA BT. NAZAR)                   (SITI ZANARIAH BINTI ISMAIL)


Setiausaha Kelab Kembara                    Guru Penasihat Kelab Kembara
SK Bandar Tasik Kesuma SK Bandar Tasik Kesuma

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN ………………………………………………………………


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ……………………………………………..
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)


1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan
Peraturan-Peraturan(Perlembagaan) ………………………………………………………………………
yang selepas ini disebut sebagai ‘persatuan’ sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : ……………………………………………………………………


b. Alamat : ……………………………….…………………………………..
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai ………………………………………………………… dengan


lebih terpimpin dalam menimba ilmu, kemahiran dan memupuk semangat
bertanggungjawab serta disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli kelab akan sedaya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam
aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

7
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATAN KUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATAN KUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi


7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.4 Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

8
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.6 Penolong Bendahari


7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa


7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira


7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan
bertangungjawab ke atasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM ………….. seorang sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,
sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

9
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamer dan disahkan oleh Pengetua/Guru
Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

…………………….. .……………..…….. .……….…………..


(Setiausaha) (Pengerusi) (Guru Penasihat)

Tarikh: ……………… Tarikh: ………………. Tarikh: ………………

DISAHKAN PERLEMBAGAAN INI:

………………………………………..
( )

Tarikh : …………………

10
MODUL ASAS KELAB / PERSATUAN & DARJAH
1 MESYUARAT AGUNG 3
TAJUK ASAS KELAB DAN PERSATUAN
1. Baca maklumat di bawah dengan teliti.

a. Aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari _______________________


(selasa / rabu / khamis).

b. Setiap murid ___________________ (tidak / wajib / ponteng) menghadiri aktiviti


kokurikulum.

c. Peralatan yang perlu di bawa semasa aktiviti kelab dan persatuan ialah
_________________ dan _____________________. (alat tulis / kompas / buku
catatan)

d. Masa untuk aktiviti kelab dan persatuan ialah selama _______________ (1 jam /
2 jam / 3 jam).

e. Contoh aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan ialah program _______________.


(lawatan / makan / kawad kaki)

f. Aktivi kelab / persatuan dibimbing oleh guru ________________________ (kelas /


penasihat / besar)

g. Kelab dan persatuan anda akan diketuai oleh seorang ______________________


(ketua / pengerusi / kapten)

h. Setiap murid wajib memilik sebuah kad atau buku ____________________ (besar
/ kecil / kokurikulum).
2. Lengkapkan lukisan dan warnakan poster aktiviti kelab dan persatuan di bawah

Semakan Guru : …………………………….….… Tarikh : ………………………


( )

11
MODUL ASAS KELAB / PERSATUAN & DARJAH
1 MESYUARAT AGUNG 4
TAJUK ASAS AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Baca maklumat di bawah dengan teliti dan asingkan antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti
pembelajaran.

Menanam pokok bunga di taman mini


Menulis nota sains di papan putih
Membuat latih tubi matematik
Gotong royong membersihkan kawasan sekolah
Menyertai lawatan ke Zoo Negara
Mengumpul setem di dalam album setem
Menulis karangan surat tidak rasmi dalam buku karangan
Menyertai pertandingan kawad kaki

a. Aktiviti Kokurikulum
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
v. ___________________________________________________________

a. Aktiviti pembelajaran (akademik)


a. ______________________________________________________________
b. ______________________________________________________________
c. ______________________________________________________________
2. Warnakan poster aktiviti kokurikulum di bawah

Semakan Guru : …………………………….….… Tarikh : ………………………


( )

12
MODUL ASAS KELAB / PERSATUAN & DARJAH
1 MESYUARAT AGUNG 5
TAJUK MAKLUMAT KELAB / PERSATUAN
1. Tuliskan nama guru penasihat kelab / persatuan anda dalam ruangan di bawah.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

2. Tuliskan nama Ahli Jawatankuasa Kelab / Persatuan anda dalam ruangan di bawah.
a. Pengerusi : ________________________________________
b. Naib Pengerusi : ________________________________________
c. Setiausaha : ________________________________________
d. Pen. Setiausaha : ________________________________________
e. Bendahari : ________________________________________
f. Pen. Bendahari : ________________________________________
g. AJK:
i. _________________________________________________
ii. _________________________________________________
iii. _________________________________________________
iv. _________________________________________________
v. _________________________________________________

3. Tuliskan takwim aktiviti persatuan anda bagi tahun ___________________


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________
e. __________________________________________________________________
f. __________________________________________________________________

4. Tuliskan 3 sumbangan anda dalam kelab / persatuan anda.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

Semakan Guru : …………………………….….… Tarikh : ………………………


( )

13
MODUL ASAS KELAB / PERSATUAN & DARJAH
1 MESYUARAT AGUNG 6
TAJUK PEMARKAHAN PAJSK
1. Isi jadual pemarkahan PAJSK berikut dengan betul

JAWATAN KEHADIRAN PERINGKAT PENCAPAIAN KOMITMEN KHIDMAT


PENGLIBATAN SUMBANGAN

JUMLAH = 110 markah

2. Isi jadual di bawah dengan betul berkaitan markah PENCAPAIAN dalam PAJSK

PERINGKAT JOHAN N. JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA

Antarabangsa
Kebangsaan
Negeri
Daerah
Sekolah

3. Isi jadual di bawah dengan betul berkaitan markah jawatan dalam PAJSK

JAWATAN MARKAH
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha / Bendahari
Pen. Setiausaha / Pen. Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Ahli Aktif
Ahli Biasa

4. Tuliskan 1 tugas utama bagi jawatan berikut dalam kelab dan persatuan.
a. Pengerusi : _______________________________________________
b. N.Pengerusi : _______________________________________________
c. Setiausaha : _______________________________________________
d. Bendahari : _______________________________________________
e. Ahli Jawatankuasa: _______________________________________________

Semakan Guru : …………………………….….… Tarikh : ………………………

14
( )

MODUL KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN MASA


2 2 jam
OBJEKTIF
1. Menyungkil bakat murid yang cenderung menjalankan aktiviti keusahawanan
2. Menjana pendapatan kelab dan persatuan.
3. Menggalakkan murid menabung sebagai salah satu budaya dalam hidup

PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil campuran pelbagai kelas / darjah.
Setiap kumpulan diminta membuat tajuk berikut:
Kumpulan 1 : Cara / kaedah menambah wang simpanan dalam tabung (peta i-
think)
Kumpulan 2 : Kaedah berjimat-cermat dalam perbelanjaan (peta i think)
Kumpulan 3 : Ciri-ciri seorang usahawan (peta I think)
Kumpulan 4 : Membuat poster iklan menjual sandwich

USAHAWAN

1. Usahawan ialah seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan yang bertujuan untuk
mendapatkan keuntungan.
2. Contoh kegiatan usahawan:
a. Berniaga – makanan, pakaian, pusat kecantikan.
b. Penternak – ayam, itik, lembu, kambing, ikan dan sebagainya
c. Bertani – tanam sayur-sayuran, buah-buahan dan ladang (sawit, getah, teh, kopi dan
sebagainya).
d. Industri kilang – kilang membuat makanan (roti, kerepek), kilang perabot (kerusi meja,
sofa), kilang pakaian (pakaian sekolah, batik)
e. Bidang pelancongan – hotel, taman pertanian, taman tema air
f. Pereka fesyen – membuat baju
3. Faedah menjalankan aktiviti keusahawanan:
a. Sumber pendapatan diri, keluarga dan negara.
b. Menarik pelancong asing.
c. Memberi peluang pekerjaan dan mengelak pengangguran.
d. Mengurangkan kemiskinan rakyat.
4. Ciri seorang usahawan:
a. Kreatif – boleh mencipta sesuatu yang baharu, bermutu dan berguna.
b. Inovatif – boleh mengubahsuai sesuatu barangan.
c. Berusaha dengan gigih dan tekun untuk mencapai kejayaan.
d. Jujur dan amanah.
e. Tidak mudah berputus asa.

Kelebihan Menyimpan Wang di Bank

1. Simpanan dijamin selamat dari kehilangan atau kecurian.


2. Simpanan selamat daripada bencana seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan
sebagainya.
3. Simpanan menjadi bertambah melalui pemberian bonus.
4. Dapat menjamin masa hadapan seperti membiayai pengajian, modal perniagaan, membeli

15
keperluan hidup seperti rumah, kereta dan sebagainya.
5. Melatih diri berjimat cermat dan bijak berbelanja.
6. Bijak menguruskan wang sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
7. Membentuk sebuah negara yang maju dan sejahtera kerana dana negara adalah tinggi.

KEPERLUAN ASAS SEBUAH PERNIAGAAN


1. Modal perniagaan (wang simpanan atau pinjaman bank)
2. Lesen perniagaan
3. Tempat perniagaan (kedai, ladang, gudang)
4. Pekerja
5. Bahan mentah / sumber
6. Alat pengangkutan (motosikal / van / lari dan sebagainya).

TOKOH USAHAWAN MALAYSIA

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhari


Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al Bukhari menjadi role model bagi usahawan
generasi Y. Sehingga tahun 2014, nilai asetnya mencecah RM 11.07 bilion. Beliau merupakan
orang ke-6 terkaya di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah. Beliau
merupakan anak ke-3 daripada 7 orang adik beradik.
Ketika berumur 9 tahun, beliau terpaksa mengikut bapa saudaranya ke Johor Bharu dan
pulang semula ke Alor setar pada umur 15 tahun dan menamat tingkatan 5 di Sekolah
St.Micheal's..
Beliau memulakan pengembaraan sebagai seorang usahawan pada tahun 1970 dengan
menjual daging. Kemudian pada tahun 1972, beliau mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A.
Seterusnya, dengan bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA, beliau membeli 2
buah lori Mercedes 911LS dan memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau
menubuhkan syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas. Terlalu
banyak cabang industri dan syarikat yang telah berjaya ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Selain itu juga, beliau menubuhkan sebuah badan khas yang diberi nama Yayasan Al
Bukhary. Beliau merupakan individu yang mampu melihat peluang untuk menjalankan perniagaan
mempunyai daya pemikiran yang kritikal (critical thinking) serta tidak mudah putus asa. Beliau
juga membantu masyarakat dalam menyumbang kepada aspek tanggungjawab sosial.

16
MODUL KEUSAHAWANAN DAN DARJAH
2 KEWANGAN 3
TAJUK ASAS BARANGAN DAN WANG
1. Baca maklumat di bawah dengan teliti.
 Tempat menyimpang wang di rumah
 Wang yang mempunyai nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen
 Wang perbelanjaan harian
 Wang kertas berwarna merah
 Tempat menyimpan wang dalam jumlah yang banyak

a. Wang saku - _______________________________________________


b. Tabung - _______________________________________________
c. Bank - _______________________________________________
d. Duit siling - _______________________________________________
e. RM10 - _______________________________________________

2. Padankan barangan di bawah dan harga yang bersesuaian

a. Pensel 2B   RM1.50

b. Air mineral   RM80.00

c. Kuih Karipap   RM1.00

d. Buku tulis biasa   RM30.00

e. Lencana sekolah   RM1.00

f. Kasut sekolah   RM0.50

g. Beg sekolah   RM0.50

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

17
MODUL KEUSAHAWANAN DAN DARJAH
2 KEWANGAN 4
TAJUK TABIAT BERJIMAT CERMAT
1. Tuliskan kegunaan wang saku anda.
a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

c. __________________________________________________________________

d. __________________________________________________________________

2. Baca maklumat di bawah dengan teliti

 Membawa bekal air dari rumah


 Membeli permainan di kedai runcit
 Menyimpan duit baki perbelanjaan sekolah.
 Menutup suiz lampu dan kipas yang tidak digunakan.
 Membeli alat tulis yang perlu sahaja.
 Menolong ayah mencuci kereta yang sudah kotor
 Membeli beg sekolah yang terlalu mahal
 Tidak menukar kotak pensel baharu selagi tidak rosak
 Menolong ibu membuat kuih untuk dijual
 Berkongsi basikal dengan adik beradik yang lain

Tuliskan perilaku (perbuatan) berjimat cermat dalam ruangan di bawah


a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

c. __________________________________________________________________

d. __________________________________________________________________

e. __________________________________________________________________

f. __________________________________________________________________

g. __________________________________________________________________

h. __________________________________________________________________

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

18
MODUL KEUSAHAWANAN DAN DARJAH
2 KEWANGAN 5
TAJUK SUMBER DAN PRODUK
1. Baca maklumat di bawah dengan teliti

Telur dan daging kek dan kuih Kulit, daging dan tulang
langsir dan pakaian Sayur-sayuran dan buah-buahan Santan dan jeli

Berdasarkan maklumat di atas, asingkan bidang usahawan dengan produk yang akan
dihasilkan.

Bil Bidang Usahawan Produk (hasil)

1. Petani

2. Ternakan ayam

3. Tanaman kelapa

4. Ternakan lembu

5. Masakan

6. Jahitan

2. Warnakan poster di bawah dengan menarik

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

19
MODUL KEUSAHAWANAN DAN DARJAH
2 KEWANGAN 6
TAJUK USAHAWAN MUDA
1. Tuliskan keperluan-keperluan untuk menjalankan perniagaan membuat kek.
a. _________________________ c. ___________________________
b. _________________________ d. ___________________________

2. Tuliskan keperluan-keperluan untuk menjalankan penternakan lembu.


a. _________________________ c. ___________________________
b. _________________________ d. ___________________________

3. Tuliskan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
a. _________________________ c. ___________________________
b. _________________________ d. ___________________________

4. Bagaimanakah cara untuk menambah wang tabungan anda?


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

5. Nyatakan 3 faedah tabiat menabung. KBAT

a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
C. __________________________________________________________________

6. Mengapakah kita perlu menyimpan duit kita di dalam bank.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

20
MODUL MASA
3 PERMAINAN TRADISIONAL 2 jam
PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru memaklumkan kepada ahli persatuan beberapa minggu sebelum aktiviti agar murid
dapat mengadakan perbincangan dan membuat persediaan peralatan.
3. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil campuran pelbagai darjah.
4. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan dan menguruskan permainan
berikut:
Kumpulan 1 : Membuat layang-layang
Kumpulan 2 : Permainan Bola Beracun
Kumpulan 3 : Permainan Galah Panjang
Kumpulan 4 : Tuju Selipar / Tuju Tin
5. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

NOTA

1. Permainan tradisional di Malaysia merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak


dan ibu bapa mereka.

2. Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gajet anak-anak
pada masa kini, ianya tetap menghibur dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah.

3. Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan
pergerakan anggota badan iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan termasuklah
merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar,
menarik, menolak dan sebagainya. Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pergerakan ini
mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus
meningkatkan kemahiran motor kasar atau lebih dikenali sebagai ‘gross motor skills’.

4. Kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan keseronokkan dan menarik minat kanak-
kanak terhadap sesuatu perkara baharu seperti congkak, batu seremban dan dam.

5. Agak malang pada masa kini, permainan tradisional tidak lagi menjadi permainan utama bagi
generasi muda terutamanya kanak-kanak kerana mereka kurang terdedah dengan
kebudayaan permainan tradisional. Kanak-kanak lebih terdedah dengan permainan yang
berasaskan komputer dan digital.

6. Warisan permainan tradisional perlu dipelihara agar ianya tidak pupus begitu sahaja. Kajian
perlu dijalankan untuk mengembangkan lagi permainan tradisional dalam bentuk aplikasi
mudah alih yang mampu menarik golongan kanak-kanak untuk lebih mengenali dan
memahami apa itu permainan tradisional di samping melestarikan adat budaya bangsa.

7. Contoh permainan tradisional adalah seperti berikut:

a. Congkak – merupakan permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam


deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak.
Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa
banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga
kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.

21
b. Batu Seremban – merupakan permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan
kemudiannya disambut kembali. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang
pemain dan biasanya dimainkan oleh golongan perampuan. Alat yang digunakan dalam
permainan ini ialah 5 biji batu dan biasanya ia dimainkan di dalam rumah.

c. Galah panjang – merupakan sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang.


Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya
seramai sepuluh orang. Ianya juga dimainkan di kawasan tanah rata serta lapang dan ia
tidak memerlukan sebarang alatan.

d. Permainan guli ialah sejenis permainan menuju atau melontarkan guli dengan tepat
mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7
hingga dua belas tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang dan
dimainkan di kawasan yang lapang serta rata. Alatan yang diperlukan di dalam permainan
ini ialah beberapa biji guli.

e. Sepak bulu ayam - sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat sendiri
dengan menggunakan pucuk-pucuk tumbuhan di sekitar halaman rumah.  Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola
bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Permainan
ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh hingga
tujuh belas tahun.

f. Sepak raga - permainan menimbang dan mengawal bola raga. Ia bertujuan untuk menguji
kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan
menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kaum lelaki dan ia
memerlukan pemain yang ramai. Kawasan yang sesuai untuk bermain permainan ini
adalah di kawasan yang lapang dan rata. Satu bulatan besar dilukis pada tempat
permainan dan satu bulatan kecil pula dilukis di dalamnya. Alatan untuk permainan ini
hanyalah bola raga.

g. Wau - Permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat, manaikkan
dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini
tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih
menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan
dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.

h. Gasing - adalah permianan tradisional yang bertujuan menguji kepintaran pemain


memusingkan gasing supaya gasing dapat berpusing dalam jangka masa yang panjang.
Permainan ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang berumur sembilan
tahun ke atas. Jumlah pemain bagi permainan ini adalah 2 orang atau lebih dan
dimainkan di kawasan yang lapang dan rata. Alat yang diperlukan untuk permainan ini
ialah gasing timah, tali gasing, lopak, bong, bulu ayam, getah kecupu, bilah, dan sedikit
minyak pelincin

i. Catur Cina - merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Permainan ini mempunyai ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao
(meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti “raja” dalam catur) daripada
bertemu dalam garisan yang sama, serta “sungai” dan “istana” yang mengehadkan
pergerakan sesetengah buah catur

j. Permainan Yo-Yo Cina - Berasal dari negara China yang terdiri daripada dua cakera yang
sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang. Satu gerakan seli mengangkat
dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam
satu tangan, membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.

22
Pada hari ini, permainan ini digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat
persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina. Permainan ini boleh
dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara
atau melambung di sekitar belakang pengguna. Yo-yo yang barat akan mengekalkan
gerakan berputar melalui kesan putaran berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Min sekitar tahun 1386 hingga tahun
1644 selepas Masihi.

k. Kabaddi - merupakan acara sukan tradisional dari Asia Selatan. Nama ini berasal
daripada perkataan Tamil "kai" (tangan) dan "pidi" (tangkap) yang bermaksud "Memegang
Tangan". Dua pasukan menduduki bahagian yang bertentangan dengan kolam renang
yang kecil atau padang. Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar
"penyerang" ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik
pasukan lawan. Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya
sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan.
Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan. Jika dia tetap
berbuat demikian, dia akan dianggap sebagai "terkeluar". Terdapat juga garisan bonus
yang memastikan mata tambahan dapat dipungut oleh penyerang jika dia berjaya untuk
menyentuhnya dan kembali semula ke tempat asal pasukannya.

l. Kho-Kho - merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan
kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan
hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain
akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak
peserta-peserta lain. Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan,
disiplin, kesukanan, dan kesetiaan antara ahli pasukan.

Cara Permainan Bola Beracun

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.


2. Setiap kumpulan mempunyai ahli seramai enam orang.
3. Guru akan menyediakan gelanggang permainan berbentuk segi empat sama seluar 15m .
4. Ketua kumpulan akan melambung duit syiling untuk menentukan kumpulan
“penyerang” atau “mangsa”.
5. Setiap mangsa mempunyai nilai satu mata manakala ketuanya mempunyai lima mata.
6. Kesemua mangsa akan berada di dalam kawasan permainan.
7. Penyerang berada di dalam kawasan permainan dan mereka tidak dibenarkan memasuki
gelanggang.
8. Penyerang hanya boleh membaling bola beracun di bahagian pinggang dan ke bawah
mangsa.
9. Mangsa perlu berusaha untuk mengelak daripada terkena bola daripada penyerang.
10. Sekiranya mangsa terkena bola, mangsadianggap mati dan dikeluarkan dari gelangang.
11. Permainan akan tamat jika penyerang berjaya membaling semua mangsa
ataupun masa permainan telahpun tamat dalam masa dua minit.
12. Mata akan dikira berdasarkan jumlah ahli kumpulan mangsa yang ditangkap.
13. Apabila tamat permainan, kumpulan akan bertukar peranan

Kaedah bermain batu seremban

1. Buah Satu:

23
a. Kesemua buah hendaklah diselerakkan.
b. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
c. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
d. Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

2. Buah Dua:
a. Kesemua buah hendaklah diselerakkan.
b. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
c. Dalam masa yang sama, 2 biji buah di atas lantai harus dikutip
d. Labungan ibu kali kedua, 2 biji lagi harus dikutip.

3. Buah Tiga:
a. Kesemua buah hendaklah diselerakkan
b. Sebiji buah akan dijadikan ibu
c. Semasa ibu dilambungkan ke udara, hanya satu biji buah akan dikutip.
d. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

4. Buah Empat:
a. Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
b. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang
berada di lantai dengan serentak.

5. Buah Lima:
a. Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
b. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji
buah diatas lantai dengan serentak.
c. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama,
empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

6. Buah Enam:
a. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi
buah ibu.
b. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus
ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

7. Buah Tujuh:
a. Dua biji buah ibu yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
b. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
c. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
d. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
e. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

8. Buah Lapan:
a. Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
b. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
c. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
d. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan
sekali gus

9. Timbang:
a. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
b. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
c. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
d. Tangkap batu seremban yang ada di tangan
e. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

24
f. Batu yang dijatuhkan = 0 mata
g. Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Kaedah Bermain Congkak

1. Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain sahaja
2. Pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak
3. Papan congkak diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan yang sama banyak.
4. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.
5. Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu
demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’.
6. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan dalam
‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua.

Galah Panjang Tuju Selipar

Yoyo Cina Catur Cina

Kabaddi Kho-Kho

25
MODUL DARJAH
3 PERMAINAN TRADISIONAL 3
TAJUK PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL
1. Isi tempat kosong dalam ruangan di bawah berkaitan permainan tradisonal yang terdapat di
negara kita.
a. L A Y ____ ____ G - L ____ Y ____ ____ G

b. B A T U S ____ R ____ M ____ ____ N

c. C O N ____ K ____ K

d. Y O Y ____ C ____ N ____

e W ____ U

f. B O L A B ____ R ____ C ____ N

g. G A L A H P ____ N ____ A ____ G

h. K A B ____ A ____ I

i. K O N D A - K ____ N ____ I

j G ____ S ____ ____ G.

2. Gariskan jawapan yang betul berkaitan permainan tradisional.


a. Permainan ini menggunakan benang atau tali (bola beracun / layang-layang).

b. Permainan ini menggunakan buah dadu. (dam ular / catur)

c. Permainan ini dimainkan oleh orang lelaki sahaja (sepak raga / batu seremban)

d. Permainan tradisional ini menggunakan tali untuk memusingkannya (pancing /


gasing)

e. Biasanya dimainkan oleh orang perempuan (batu seremban / dam ular)

f. Alat permainan ini mempunyai banyak lubang. (dam / congkak)

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

26
MODUL DARJAH
3 PERMAINAN TRADISIONAL 4
TAJUK PERMAINAN DAM ULAR
1. Warnakan papan dam ular di bawah dengan menarik

2. Tuliskan jawapan yang betul dalam tempat kosong yang disediakan.


a. Tangga bermaksud ____________________________________ (turun ke bawah /
naik ke atas)
b. Ular bermaksud ____________________________________ (turun ke bawah /
naik ke atas)
c. Permainan ini mengguanakan buah ___________________. (batu / dadu)
d. Permainan ini boleh dimain oleh __________________ (seorang sahaja / 3 orang)
e. Peserta yang sampai dahulu di petak _________________(20 / 30), mereka akan
___________________ (kalah / menang)

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

27
MODUL DARJAH
3 PERMAINAN TRADISIONAL 5
TAJUK PERMAINAN CONGKAK

1. Baca maklumat di bawah dengan teliti.


 Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak
 Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan
memasukkannya satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’
 Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain sahaja.
 pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak.
 Papan congkak diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan yang sama
banyak.
 Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau
dimasukkan dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan
yang kedua

Susun semula cara-cara bermai congkak dalam ruangan di bawah.


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Bina papan congkah dalam ruangan yang disediakan.

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

28
MODUL DARJAH
3 PERMAINAN TRADISIONAL 6
TAJUK PERMAINAN BOLA BERACUN
1. Tuliskan kaedah bermain bola beracun dalam ruangan di bawah.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Warnakan poster permainan bola beracun di bawah dengan menarik.

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

29
MODUL MASA
4 KHIDMAT MASYARAKAT 2 jam
PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru mengingatkan murid untuk membuat persediaan peralatan aktiviti beberapa hari
sebelum sesi latihan iaitu membawa peralatan yang sesuai seperti kain buruk, berus, baldi,
gayung, berus cat, salur getah dan sebagainya mengikut kesesuaian.
3. Aktiviti khidmat masyarakat yang boleh dijalankan ialah:
a. Mengemaskini papan kenyataan.
b. Melukis / mewarna mural.
c. Pembersihan bilik khas / persekitaran sekolah.
d. Membaiki perabot rosak.
e. Membina taman mini / taman herba.
f. Mengumpul dan menjual barangan kitar semula.
4. Aktiviti dijalankan secara terkawal di bawah pengawasan guru.

Khidmat Masyarakat
1. Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan. Kerja-
kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan bebanan, memberi manfaat, dan kesejahteraan kepada
masyarakat.
2. Objektif Khidmat Masyarakat.
a. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan prihatin terhadap masyarakat sekitar.
b. Mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri ndividu.
c. Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran.
d. Menerapkan nilai-nilai murni seperti tolak ansur, penyayang, kerjasama, tolong menolong antara
satu dengan yang lain tanpa mengira agama dan bangsa..
e. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara.
f. Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang
memerlukan bantuan.
3. Setiap murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti program khidmat masyarakat sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun.
4. Program khidmat masyarakat boleh dibuat di peringkat kelab / persatuan atau sekolah atau dalam
kumpulan kecil.
5. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
a. Gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah / taman
b. Mengecat kelas / bilik khas / surau
c. Menjalankan aktiviti ramah mesra dan sumbangan di rumah anak yatim dan rumah orang tua.
d. Menyertai misi bantuan bencana
e. Program saringan kesihatan, khidmat nasihat, pameran kesihatan dan ceramah secara percuma
6. Agensi luar yang turut terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
agensi kerajaan (GO), dan swasta agar memberi impak kepada komuniti.

30
Kitar Semula

1. Kitar Semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan baharu.


2. Kitar semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang ada
pada keadaan asli atau asal bahan tersebut.
3. Objektif kitar semula:
a. Mencegah pembaziran bahan yang berpotensi, berguna dan mengurangkan penggunaan
bahan mentah seperti aluminium, besi, petroleum.
b. Dapat mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), dan
pencemaran air (dari tempat pembuangan sampah).
c. Kelestarian alam sekitar dengan menggantikan penggunaan bahan mentah seperti
petroleum, besi, aluminium dan sebagainya.
4. Bahan yang boleh dikitar semula merangkumi jenis kaca, kertas, kadbod, logam, plastik, tayar, tekstil,
bateri, dan barangan elektronik.
5. Kompos atau penggunaan semula sisa biodegradasi lain seperti sisa makanan atau tanaman juga
merupakan bentuk kitar semula.
6. Proses kitar semula:
a. Bahan dihantar ke pusat kitar semula.
b. Bahan diasingkan mengikut kategori (kaca, besi / alumium, plastik)
c. Bahan dibersihkan dari kekotoran.
d. Bahan diproses menjadi bahan tersebut semula atau produk baru.
7. Dalam pengertian yang paling mudah, kitar semula bahan akan menghasilkan bekalan baharu dari
bahan yang sama seperti kertas pejabat terpakai akan ditukar menjadi kertas pejabat baru atau
bekas polistirena menjadi bekas polistirena baharu.
8. Dalam proses mengitar semula tin logam, produk boleh menjadi tin berulang kali tanpa had, tanpa
kehilangan ketulenan dalam produk.
9. Walau bagaimanapun, proses ini agak sukar atau kos yang tinggi jika dibandingkan dengan
menghasilkan produk yang sama dari bahan mentah atau sumber lain.
10. Selain itu kitar semula bahan juga boleh menghasilkan produk yang baharu untuk kegunaan
pengguna.
11. Selain itu juga kitar semula bertujuan untuk menyelamat bahan tertentu dari produk kompleks yang
bernilai seperti plumbum dari bateri kereta, atau emas dari papan litar bercetak atau kerana sifatnya
yang berbahaya seperti merkuri dari termometer dan termostat.

Sejarah Kitar Semula

1. Kitar semula telah diamalkan dalam sejarah manusia mengikut catatan pengikut Plato pada 400 SM.
2. Semasa berlaku kekurangan sumber, kajian arkheologi silam bagi sampah menunjukkan kurang
buangan rumah seperti arang kayu, perkakasan rosak, dan tembikar.
3. Pada zaman tersebut telah dilaksanakan kitar semula disebabkan oleh ketiadaan bahan baharu.
4. Sebelum zaman revolusi industri, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam dikutip di Eropah dan
dicairkan kembali untuk digunakan semula.
5. Di Britain, arang dari batang kayu dan arang batu dikumpul oleh pengumpul sampah dan di kitar
semula sebagai bahan asas untuk menghasilkan batu-bata.
6. Punca utama aktiviti kitar semula pada ketika ini adalah untuk mendapatkan bahan asal dan
bukannya untuk mendapatkan bahan baharu serta bertujuan untuk mengurangkan sampah di
kawasan awam yang semakin padat penduduk.
7. Pada tahun 1813, Benjamin Law melaksanakan proses menukar perca kain menjadi
benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan gabungan fiber kitar
semula dengan benang baharu. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar seperti Batley dan
Dewsbury hingga Perang Dunia Pertama.
8. Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia telah menggalakkan aktiviti kitar semula.
9. Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa Perang Dunia Kedua di semua negara
terbabit dalam perang, telah mendorong warga negara menderma logam sebagai sumbangan
patriotik paling besar dan penting.
10. Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang kemudiannya diteruskan di sesetengah
negara tanpa sumber mentah semulajadi seperti Jepun iaitu ketika selepas berakhir perang

31
BAHAN KITAR SEMULA

1. Kertas
a. Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti surat
khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak
boleh dikitar semula.
b. Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih dan kertas alatulis pejabat.
Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah
yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan
buku.
c. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya
mempunyai harga pasaran yang agak rendah.
d. Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya tidak dibeli oleh
pembeli.
e. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang membawa kepada
pencemaran.
 
2. Kaca
a. Semua jenis kaca termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas
kosmetik.
b. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut
warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang
menerima kaca yang bercampur aduk.
c. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima.
d. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran
contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
 
3. Plastik
a. Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik, botol minuman plastik, botol air mineral dan
bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
b. Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari
dengan kemajuan teknologi.
c. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan
dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu.
d. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan
juga bekas pengisi susu.
 
4. Logam
a. Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar
semula.
b. Aluminium dan tin minuman, foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar
semula.
c. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang
tinggi.
d. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam tersebut.

32
33
MODUL DARJAH
4 KHIDMAT MASYARAKAT 3
TAJUK PENGENALAN KHIDMAT MASYARAKAT
1. Warnakan poster di bawah.

2. Baca maklumat di bawah dengan teliti


 Menebas rumput yang panjang
 Membakar sampah sarap
 Menyapu sampah dan daun kering
 Menebang pokok
 Mencantas pokok bunga
 Meracun rumput dan lalang
 Membuang daun kering

Tuliskan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa aktiviti gotong-royong dalam poster di


atas.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….

34
( )

MODUL DARJAH
4 KHIDMAT MASYARAKAT 4
TAJUK ASAS KHIDMAT MASYARAKAT (RUMAH)

1. Baca maklumat di bawah dengan teliti.

 Membersih ruangan bilik tidur anda


 Mencuci kereta ibu bapa
 Membaiki perkakasan elektrik yang rosak seperti televisyen
 Membersihkan sangkar atau tempat tinggal haiwan peliharaan.
 Mencuci parit atau longkang sekitar rumah anda
 Membaiki kerosakan motosikal ayah
 Membersihkan mencuci kawasan dapur dan bilik mandi
 Menanam pokok-pokok di sekitar rumah anda.

Tuliskan aktiviti khidmat masyarakat yang boleh anda laksanakan di rumah.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________
e. __________________________________________________________________
f. __________________________________________________________________

2. Baca maklumat di bawah dengan teliti.


 Menjadikan rumah anda cantik dan ceria
 Menjadi rumah anda semakin besar
 Menjimatkan perbelanjaan keluarga
 Menjadikan anda tidak suka tinggal di rumah.
 Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan keluarga.

Tuliskan kebaikan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di rumah anda.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….

35
( )

MODUL DARJAH
4 KHIDMAT MASYARAKAT 5
TAJUK KHIDMAT MASYARAKAT DI SEKOLAH
1. Warnakan poster di bawah dengan menarik.

2. Berdasarkan gambarajah di atas, tuliskan aktiviti yang dilakukan semasa gotong-royong di


sekolah berkenaan.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

3. Baca penerangan di bawah dengan teliti.

Mengelap habuk pada meja dan tingkap


Memberihkan habuk atau pasir di lantai.
Membersihkan habuk kecil pada dinding, lampu dan kipas.
Menggali lubang atau membersihkan rumput yang tumbuh di tanah.
Bahan mengisi air untuk membersihkan sesuatu tempat
Membersihkan kekotoran pada lantai.

Tuliskan fungsi alatan di atas dengan betul dalam ruangan di bawah.

Bil Alatan Kegunaan


1. Penyapu
2. Mop
3. Kain buruk
4. Cangkul
5. Baldi dan gayung
6. Bulu ayam

36
Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh :
…………………………….
MODUL DARJAH
4 KHIDMAT MASYARAKAT 6
TAJUK KITAR SEMULA

1. Maksud kitar semula ialah ___________________________________________________


________________________________________________________________________

2. Persatuan anda telah mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula seperti
di bawah:

Botol kicap buku rujukan botol mineral piring kaca surat khabar
raket badminton rim basikal fail kertas akuarium kaca parang
tayar basikal tin susu majalah cermin tingkap botol air key board

Asingkan bahan yang boleh dikitar semula mengikut kategori yang betul.
Barangan Kaca
a. ______________________ d. ________________________
b. ______________________ e. ________________________

Barangan Plastik
a. ______________________ d. ________________________
b. ______________________ e. ________________________

Barangan Logam
a. ______________________ d. ________________________
b. ______________________ e. ________________________

3. Tuliskan 2 faedah melaksanakan kitar semula


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

4. Tuliskan proses pelaksanaan kitar semula


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________

Semakan Guru : …………………….……..……… Tarikh : …………………………….


( )

37
38

You might also like