You are on page 1of 13

3.

0 Status Orang Hilang Menurut Perspektif Hukum

Dari segi bahasa, al-mafqud bermaksud orang yang hilang. Dari segi istilah pula, al-


mafqud boleh dimaksudkan sebagai orang yang hilang dari tempat tinggalnya dalam tempoh
yang lama sehingga terputus berita untuk suatu tenpoh yang lama dan tidak diketahui juga
sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Terdapat beberapa perbezaan pendapat ulama berkenaan tempoh mafqud, iaitu


menurut Mazhab Hanafi menyatakan bahawa tempoh selama 90 tahun dengan andaian
bahawa jangka waktu tersebut orang-orang yang seusia dengannya telah wafat. Manakala,
Mazhab Maliki menyatakan bahawa tempohnya 70 tahun. hadith Rasulullah SAW
menyatakan bahawa usia umatku berkisar antara 60 sampai dengan 70 tahun . Seterusnya,
Mazhab Hanbali menyatakan bahawa tempohnya jika mafqud itu hilang dalam suasana
sedemikian, boleh diandaikan bahawa ia telah meninggal, seperti dalam perang atau
tenggelamnya kenderaan yang dinaiki dimana terdapat sebahagian penumpang selamat dan
sebahagian lagi tidak selamat maka di sini perlu menunggu sehingga 4 tahun. Sekiranya,
hilang dalam suasana yang tidak mungkin wafat seperti berniaga atau menuntut ilmu, perlu
menunggu sehingga berusia 90 tahun kerana di usia tersebut kemungkinan seseorang itu
dapat bertahan hidup berkurangan serta tertakluk pada pertimbangan hakim

Selain itu, menurut qaul jadid (pandangan baru) Mazhab Syafie, tempoh menunggu


bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah
meninggal dunia atau mentalak isterinya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama)
Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10
hari.

Tempoh Mafqud berdasarkan undang-undang syariah di Malaysia, iaitu daripada Seksyen


80, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561)
memperuntukkan yang berikut:

“Apabila solanya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan
bahawa tiada apa-apa khabar telah didengari mengenainnya selama empat tahun oleh
orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban
membuktikan yang masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya”.
Seksyen 80, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
(Akta 561) memperuntukkan yang berikut:

“Apabila solanya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan
bahawa tiada apa-apa khabar telah didengari mengenainnya selama empat tahun oleh
orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban
membuktikan yang masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya”.

Anggapan kematian bagi orang yang hilang dari segi undang-undang syariah amat
penting di mana ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah lain seperti masalah
pewarisan harta dan penyelesaian bagi status perkahwinan. Pengisytiharan anggapan
kematian oleh pihak Mahkamah Syariah bagi kes orang yang hilang, berdasarkan undang-
undang syariah yang telahh ditetapkan merupakan perkara yang sangat mustahak bagi
membantu dalam menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan status perkahwinan dan
perceraian. Hal ini hanya terhad kepada penyelesaian berkaitan dengan status perceraian
sahaja dan tidak melibatkan hal berkaitan pewarisan harta (Wan Noraini, 2012).

Secara keseluruhannya, undang-undang pusaka orang Islam (faraid) terletak di bawah


bidang kuasa negeri-negeri berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.
Manakala, pentadbiran keadilan termasuk pentadbiran pusaka bagi orang Islam adalah
terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, memperakukan dan
mengesahkan bahagian-bahagian yang akan diperoleh oleh waris-waris dalam bentuk Sijil
Faraid atau perakuan ahli waris hanya terletak pada kuasa Mahkamah Syariah. Sebelum
sesuatu anggapan kematian terhadap orang yang hilang dapat dikeluarkan undang-undang
syariah telah memberikan ketetapan tempoh masa selama empat tahun. (Ahmad Tarmizi &
Shahrul Ridhwan, 2013). Tempoh masa selama empat tahun ini telah digunapakai oleh
kesemua Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah negeri-negeri di Malaysia.

Konklusinya, MH370 telah dianggap mati kerana melebihi daripada tempoh Mafqud
berdasarkan undang-undang yang dinyatakan oleh Mahkamah Syariah iaitu selama 4 tahun.
Manakala, KRI Nanggala 402 juga telah dianggap mati setelah menerima kenyataan daripada
beberapa pakar kapal dan telah disahkan meninggal dunia oleh Panglima Angkatan Tentera
Nasional Indonesia (TNI) itu sendiri.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2015. “Isu Khas: Penjelasan Hukum terhadap Mangsa
MH370” dlm. Bayan Linnes Ke-11 (Siri Khas). https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-
linnas/2586-bayan-linnas-siri-ke-11-penjelasan-hukum-terhadap-mangsa-mh370 (Diakses
pada 2 Januari 2021)

3.1 Isu Berbangkit 1: Solat Jenazah Utk Mayat Yg Tidak Dijumpai

Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat
tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya. Solat jenazah ghaib ini
disyariatkan berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA yang
bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi
ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir
sebanyak empat kali”.

Terdapat pendapat daripada Mazhab hanafi dan Maliki bahawa ia dielakkan kerana jika ia
khususiyyah Nabi SAW, maka ia memerlukan bukti dalil yang sahih, tindakan Nabi SAW
adalah untuk diikuti dan diamalkan dengan sewajarnya. Terdapat juga persoalan ke atas siapa
disyariatkan sembahyang jenazah ghaib ini, maka terdapat khilaf dikalangan para ulama’ di
dalam permasalahan ini, berikut adalah ringkasannya:

Pendapat pertama iaitu daripada Al-Syafi’eyyah dan juga al-Hanabilah berpendapat


bahawa disyariatkan solat jenazah ghaib ini kepada semua yang ghaib dari negerinya
meskipun telah disolatkan pada tempat dia meninggal.

pendapat yang kedua ialah daripada al-Imam Ahmad dan juga Syeikh al-Sa’di serta
merupakan fatwa al-Lajnah al-Daimah, Arab Saudi, menyatakan bahawa jenazah yang
semasa hidupnya banyak memberi manfaat kepada umat Islam disyariatkan untuk diadakan
solat jenazah ghaib kepadanya seperti seorang alim ulama’, mujahid, seorang yang kaya
terkenal dengan sifat dermawannya atau yang setaraf dengannya.

Pendapat ketiga merupakan pandangan dari al-Imam Ahmad dan pandangan ini juga
dipegang oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan juga anak muridnya, al-Imam Ibn Qayyim
al-Jauziyyah telah menyatakan sekiranya tiada yang menyembahyangkan mayat tersebut di
tempat yang dia meninggal contohnya seseorang yang meninggal di negara bukan Islam serta
tiada siapa yang boleh menguruskan jenazahnya, solat jenazah ghaib akan disyariatkan.
Misalnya di tempat itu, mayat tersebut telah disembahyangkan maka gugur hukum untuk
melakukan solat sunat ghaib terhadap mayat tersebut.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita
kematian dan berlarutan selama tiga hari. Hal ini kerana, menurut yang maklum dari kitab-
kitab fiqh menyatakan tiga hari itu adalah tempoh bertakziah. Namun pendapat yang
muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika
kematian berlaku. Berdasarkan hujahan daripada sebahagian pendapat ulama maka solat
ghaib dalam isu MH370 dan juga KRI Nanggala 402 ini adalah wajar dilakukan.
3.2 Isu Berbangkit 2: Status Perkahwinan
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan suatu perakuan
menganggap seseorang suami telah mati dalam keadaan suami tersebut dipercayai telah mati
atau telah tidak didengar khabar berita mengenainya selama tempoh empat tahun atau lebih,
bagi maksud untuk membolehkan si isteri berkahwin semula. Atas permohonan isteri,
Mahkamah juga boleh membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh
sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52 Akta yang sama.

Sekiranya, isteri yang telah kehilangan suami untuk tempoh masa tertentu dan tidak
dapat menentukan sama ada suami masih hidup atau sudah meninggal dunia terdapat dua
pilihan dalam proses pembubaran perkahwinan tersebut. Yang pertama adalah untuk
mengemukakan bukti yang kukuh dan memohon perakuan untuk anggapan kematian selepas
menunggu selama empat tahun atau lebih.Yang kedua adalah jika isteri tidak mahu
memohon anggapan kematian, tetapi ingin memohon perceraian, maka isteri hendaklah
memohon pembubaran perkahwinan secara fasakh. Pengisytiharan anggapan kematian yang
dikeluarkan oleh pihak hakim bukan sahaja memberi kesan kepada status perkahwinan tetapi
juga memberi kesan dalam proses pengagihan harta sepencarian, harta pusaka, wasiat dan
perkara-perkara lain.

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksudnya: “Isteri orang yang mafqud masih dianggap
isterinya sehingga datang perkhabaran atau pembuktian yang nyata baginya.” dalam
Riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang dhaif

Kehilangan suami tanpa sebarang berita dan kepastian akan menjadi bebanan kepada isteri
kerana terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga, pada masa yang sama pelbagai
fitnah akan menimpa isteri. Maka islam memberikan jalan dan kelonggaran kepada isteri
dengan memberikan kuasa kepada Hakim Syariah bagi melaksanakan hukum fasakh antara
keduanya, agar dapat memberikan isteri peluang bagi memulakan kehidupan yang baru.

Rasulullah SAW memberikan panduan umum dalam Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-
Kubra, no. 15565, dengan sabdanya yang bermaksud: “Isteri orang yang hilang, masih
dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”

Riwayat daripada Umar RA bermaksud: “Berkenaan dengan isteri orang yang mafqud


hendaklah menanti 4 tahun kemudian  beriddah 4 bulan 10 hari”. Walaupun begitu,
keputusan Saidina Umar Ibn al-Khattab RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abd al-
Rahman bin Abi Laila di dalam Sunan al-Baihaqi al-Kubra, maksudnya: Umar telah
menetapkan isteri mafqud hendaklah menunggu 4 tahun kemudian hendaklah diceraikan
oleh wali suaminya kemudian hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Selepas itu dia
pun berkahwin lain.
3.3 Isu Berbangkit 3: Pengurusan Harta
Ahli keluarga yang ditinggalkan oleh al-mafqud adalah harta akhirat, manakala harta benda
yang ditinggalkan oleh al-mafqud adalah harta dunia, kecuali baki dan hutang piutang, yang
hanya boleh diwarisi oleh ahli keluarga mereka. Harta yang dimiliki oleh seseorang
hendaklah diutamakan kepada ahli keluarga iaitu waris berbanding orang lain, dan hanya 1/3
daripada harta itu disedekahkan kepada orang lain iaitu bukan ahli keluarga atau waris. Dari
aspek isu al-mafqud, seandainya seseorang (al-mafqud) telah hilang, maka pihak yang
terdekat (ahli keluarga/waris) perlu bertanggungjawab menguruskan harta al-mafqud
tersebut.

Firman Allah S.W.T pada surah al-Nisa, ayat 11 yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu
mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak
lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu
lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si
mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua
(separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu
perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi
jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya,
maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang
saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah
sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya
yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan
penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari
Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana ".

3.3.1 Kaedah orang hilang mewariskan harta

Para fuqaha' telah bersetuju bahawa orang yang hilang tidak dianggap mati kerana
asal usulnya masih hidup melainkan jika terdapat bukti bahawa orang yang hilang telah
meninggal dunia atau telah mencapai tempoh kebiasaan di Ẓannī bahawa dia (Al-Mafqūd)
tidak boleh hidup lebih lama daripada usia itu Oleh itu, orang hilang tidak boleh dianggap
sebagai telah mati secara langsung apabila dia hilang, dan hartanya tidak boleh digunakan
sebagai warisan. Ini kerana syarat mewarisi harta pusaka terdiri daripada tiga syarat iaitu
kematian pemilik harta, waris kehidupan apabila pemilik harta itu meninggal dunia dan
mengetahui keturunan waris.

Semua harta alih atau tak alih kepunyaan orang yang hilang tidak boleh diwarisi, dimakan
atau dimusnahkan dengan harta tersebut, kerana harta itu tetap menjadi milik orang yang
hilang sehingga hakim atau orang yang bertanggungjawab menentukan bahawa dia telah
kematian atau kematian yang dianggap sah. Kaedah ini telah digunakan di Malaysia Proses
pembahagian harta iaitu bersyarat untuk mendapatkan surat Mahkamah Tinggi Malaysia
mengisytiharkan kematian anggapan Harta boleh diagihkan kepada waris yang layak.

Jika anggapan kematian sedemikian diisytiharkan, dalam kes orang hilang mengikut
bukti yang diakui oleh syarak, dan telah disahkan mati, Justeru, keputusan yang dibuat oleh
hakim adalah berkaitan dengan pengisytiharan kematian dan mengikut tarikh yang ditetapkan
oleh bukti akan diguna pakai. Manakala waris orang yang hilang akan mewarisi hartanya
sejak hari itu (Ahmad Tarmizi dan Shahrul Ridhwan, 2013). Walau bagaimanapun, jika tiada
bukti yang kukuh bagi mengfailkan pengisytiharan anggapan kematian terhadap seseorang,
maka keputusan yang dianggap kematian akan dibuat berdasarkan keputusan ijtihad hakim.
(Ahmed Tamiz dan Shahrul Ridwan, 2013)

3.3.2 Penyelesaian Hutang ‘Orang Yang Hilang’

Segala hutang simati hendaklah diselesaikan, mengikut jumhur ulama, hutang-hutang Allah
adalah berkaitan dengan apa yang telah ditinggalkan oleh simati. Oleh itu sebelum diluluskan
wasiatnya dan setelah disempurnakan belanja mengkebumikannya sama ada diwasiatkan oleh
simati ataupun tidak wajib bagi menyelesaikan hutang terlebih dahulu. Hutang terbahagi
kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah dan hutang kepada manusia. Mengikut
pendapat Mazhab al Syafie hutang kepada Allah seperti zakat, kifarat dan haji, maka hutang
terhadap manusia hendaklah diselesaikan terlabih dahulu.

Dalam kes orang hilang, hak-hak ini juga sama untuk mereka selepas orang hilang ini
disabitkan atau meninggal dunia.

Dalam hal penyelesaian hutang, bagi seseorang yang telah disabitkan sebagai meninggal
dunia, maka hutangnya juga harus dilunaskan dengan secepat mungkin setelah selesai urusan
haknya yang lain seperti pengurusan jenazahnya. Hal ini adalah berpandukan kepada firman
Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa’, ayat 12, yang bermaksud: “Dan bagi kamu satu perdua
dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.
Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang
mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah
dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang
kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak
maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu
tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang
kamu dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan
anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara
perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau
pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu
pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah
ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-
wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-
tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Penyabar.”

Berdasarkan ayat ini, kita dapat melihat bahawa penyelesaian hutang bagi orang yang telah
meninggal dunia itu adalah lebih utama berbanding dengan urusan pembahagian harta
pusaka. Malah, situasi mendahulukan pelunasan hutang ini juga adalah terpakai bagi kes
orang yang hilang yang telah disabitkan sebagai meninggal dunia.

3.3.3 Pewarisan Harta Bagi Orang Yang Hilang Yang Kembali Setelah Disabitkan Sebagai
Mati

ika orang yang hilang yakni mafqud  muncul kembali setelah disabitkan sebagai mati oleh
hakim dan harta peninggalannya pula telah diagihkan kepada waris-warisnya. Maka, dia
mempunyai hak untuk menuntut semula kesemua harta yang telah diagihkan kepada kaum
kerabatnya yang lain sama ada dalam bentuk ‘ain (benda) atau seumpama dengannya atau
yang sama nilai dengannya.

Apabila seorang hakim telah memutuskan bahawa seseorang yang hilang itu telah meninggal
dunia kerana melebihi tempoh masa tertentu dan mengeluarkan surat anggapan kematian,
semua harta dan haknya telah digunakan sebagai warisan.

jika orang hilang muncul semula selepas disabitkan telah meninggal dunia oleh hakim dan
warisannya diagihkan kepada warisnya. Oleh itu, beliau mempunyai hak untuk menuntut
semula semua harta yang telah diagihkan kepada warisnya yang lain sama ada dalam bentuk
'ain (perkara) atau seumpamanya atau nilai yang sama. Dalam hal ini, para ulama bersetuju
bahawa orang hilang atau warisnya untuk menuntut semula haknya sebagai pemilik harta di
mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, iaitu Yang Arif Muhammad Khaldun Bin Mohamad
Sharif, yang menyatakan bahawa (Mohd Muslim & Siti Mashitoh, 2016): “Mahkamah dah
memutuskan kes dia (Mafqūd) telah mati tiba-tiba dia (Mafqūd) masih hidupkan a.. yang
pertama yang mengikut prosedur mal kita biasanya mana perintah tiba- tiba berubah
matannya maka pihak-pihak boleh memohon mengubah perintah mahkamah, perintah
mahkamah itu sendiri tiada masalah, pihak-pihak untuk rujuk kembali ke mahkamah bagi
pungutan permohonan mengubah perintah terdahulu itu tiada masalah, jadi sebarang
perubahan tu berlaku.”

Oleh itu, jelaslah bahawa sekiraanya orang yang hilang yang dianggap meninggal dunia itu
muncul kembali, maka hartanya harus dipulangkan kembali kepadanya. Sekiranya dia menjadi
salah seorang ahli waris, atau penerima pusaka, maka dia juga berhak menerima bahagiannya
daripada pembahagian pusaka tersebut.

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/undangbm.nsf/bydocunidp/
09F602117808982848256F8500038D18?OpenDocument

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/undangbm.nsf/bydocunidp/
09F602117808982848256F8500038D18?OpenDocument

https://sahabatsyarie.wordpress.com/2017/01/26/anggapan-kematian-al-mafqud/

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2586-bayan-linnas-siri-ke-11-penjelasan-hukum-
terhadap-mangsa-mh370

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/864-irsyad-al-fatwa-siri-ke-
suami-hilang-pulang-selepas-6-bulan#_ftn10

Wan Noraini, M. S. (2012). Islamic Law of Succession: A Practical Guide to the Laws of
Faraid. Ampang, Kuala Lumpur: The Malaysian Current Law Journal Sdn Bhd.
Ahmad Tarmizi, M., & Shahrul Ridhwan, S. A. (2013). Harta Al-Mafqud: Satu Analisis
Menurut Perspektif Syariah Dan Undang-Undang. Jurnal Muamalat, 6, 1–24.
https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2891-al-kafi-968-kaifiat-solat-jenazah-
ghaib

https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2586-bayan-linnas-siri-ke-11-
penjelasan-hukum-terhadap-mangsa-mh370

https://www.islamicfinder.org/quran/surah-an-nisaa/11/?translation=malay-abdullah-
muhammad-basmeih&language=ms

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/864-irsyad-al-fatwa-siri-ke-
suami-hilang-pulang-selepas-6-bulan#_ftn10

Diambil pada https://adoc.pub/konsep-hukum-dan-perundangan-serta-model-penyelesaian-bagi-


k.html diakses pada 1 Januari 2022

Diambil pada https://jksn.perlis.gov.my/index.php/tahun-2018/145-tanggungjawab-terhadap-


hak-hak-yang-berkaitan-dengan-harta-pusaka diakses pada 1 Januari 2022

Diambil pada https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/3854-


irsyad-al-fatwa-siri-ke-341-hukum-harta-orang-yang-mafqud diakses pada 1 Januari 2022

Mohd Muslim, S., & Siti Mashitoh, M. (2016). Konsep Hukum Dan Perundangan Serta Model
Penyelesaian Bagi Kes Al-Mafqūd Dalam Pentadbiran Harta Pusaka. Proceeding International
Conference on Islamic Jurisprudence (ICIJ) 2016, 216– 231. Diambil daripada
http://ukmsyariah.org/terbitan/index.php

Ahmad Tarmizi, M., & Shahrul Ridhwan, S. A. (2013). Harta Al-Mafqud: Satu Analisis
Menurut Perspektif Syariah Dan Undang-Undang. Jurnal Muamalat, 6, 1–24.
https://pdfslide.tips/documents/harta-al-mafqud-satu-analisis-menurut-perspektif-syariah-
rangka-kerja-dan.html

Mohd Muslim, S. (2016). Hukum dan pelaksanaan agihan harta pusaka dalam kes mafqūd,
munāsakhāt dan ḥaml. Universiti Teknologi Malaysia.
https://www.academia.edu/17292379/Isu_dalam_Menguruskan_Harta_Al_Mafqud_di_Malay
sia

Mohamed Hadi, A. H. (2014). Anggapan Kematian Al-Mafqud Menurut Undang-Undang Sivil


dan Syariah: Satu Penilaian Semasa. Kanun, Jun, 26–37.
https://www.ikim.gov.my/new-wp/wp-content/uploads/2019/09/Kertas-6.pdf

https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2891-al-kafi-968-kaifiat-solat-jenazah-
ghaib

http://www.pgsm.org.my/2018/03/30/merungkai-status-orang-hilang/

https://peguamsyariemalaysia.blogspot.com/2014/07/merungkai-status-orang-hilang.html

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/
f831ccddd195843f48256fc600141e84/97b5452373393f3948257535001a3898?
OpenDocument

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1133-bayan-linnas-siri-69-fiqh-jenazah-
beberapa-persoalan

Diambil daripada https://sahabatsyarie.wordpress.com/2017/01/26/anggapan-kematian-al-


mafqud/, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2586-bayan-linnas-siri-ke-11-


penjelasan-hukum-terhadap-mangsa-mh370, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil daripada diakses


https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/864-irsyad-al-fatwa-siri-ke-
suami-hilang-pulang-selepas-6-bulan#_ftn10, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil daripada https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2891-al-kafi-968-


kaifiat-solat-jenazah-ghaib, diakses pada 29 Disember 2021.
Diambil daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1133-bayan-linnas-siri-69-fiqh-
jenazah-beberapa-persoalan, diakses pada 29 Disember 2021.

Diambil pada https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2891-al-kafi-968-kaifiat-


solat-jenazah-ghaib, diakses pada 29 Disember 2021.

 Diambil pada
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/
f831ccddd195843f48256fc600141e84/97b5452373393f3948257535001a3898?
OpenDocument, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil daripada https://peguamsyariemalaysia.blogspot.com/2014/07/merungkai-status-


orang-hilang.html, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil pada https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2586-bayan-linnas-siri-ke-11-


penjelasan-hukum-terhadap-mangsa-mh370, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil pada http://www.pgsm.org.my/2018/03/30/merungkai-status-orang-hilang/, diakses


pada 28 Disember 2021.

Diambil pada https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/864-irsyad-al-


fatwa-siri-ke-suami-hilang-pulang-selepas-6-bulan#_ftn10, diakses pada 28 Disember 2021.

Diambil pada https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2586-bayan-


linnas-siri-ke-11-penjelasan-hukum-terhadap-mangsa-mh370, diakses pada 28 Disember
2021.

Diambil pada https://www.islamicfinder.org/quran/surah-an-nisaa/12/?translation=malay-


abdullah-muhammad-basmeih&language=ms diakses pada 28 Disember 2021

Diambil daripada https://jksn.perlis.gov.my/index.php/tahun-2018/145-tanggungjawab-


terhadap-hak-hak-yang-berkaitan-dengan-harta-pusaka diakses pada 1 Januari 2022

Diambil daripada
https://www.islamicfinder.org/quran/surah-an-nisaa/12/?translation=malay-abdullah-
muhammad-basmeih&language=ms , diakses pada 1 Januari 2022.

Diambil daripada
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/3854-irsyad-al-fatwa-
siri-ke-341-hukum-harta-orang-yang-mafqud, diakses pada 1 Januari 2022.

Diambil daripada https://adoc.pub/konsep-hukum-dan-perundangan-serta-model-


penyelesaian-bagi-k.html, diakses pada 1 Januari 2022.

You might also like