You are on page 1of 6

PROGRAM 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

LAPORAN INOVASI

Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi

Rakyat Malaysia secara amnya menjana sebanyak 19,100 tan sisa pepejal
sehari pada tahun 2005. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat kepada 30,000
tan sisa pepejal sehari menjelang tahun 2020. Ini menggambarkan lebih banyak
tapak pelupusan sampah yang perlu disediakan untuk menampung jumlah sisa
pepejal berkenaan.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, program 3R (Reduce, Reuse,


Recycle) ini mula dipekenalkan di Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis menerusi idea daripada Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) dan
pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
Program ini juga mendapat kerjasama dari Syarikat E-Idaman Sdn Bhd sebagai
vendor kepada kutipan barang kitar semula.

Pemilihan lokasi Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bangunan


Lama) adalah berikutan terdapat pelbagai jabatan/agensi yang beroperasi di dalam
Kompleks ini. Pelaksnaan pogram 3R di sini merupakan perintis kepada aktiviti kitar
semula di pejabat-pejabat kerajaan di negeri Perlis yang dilaksanakan pada setiap
hari Khamis di minggu ketiga setiap bulan. Program ini turut menjadi agenda utama
yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan, dan
Keselamatan (3K) Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Bangunan
Lama) Bil 2/2011.

Antara sisa yang boleh dikitar semula dan harga semasa adalah seperti:

Jenis Barangan RM/kg

Kertas A4
Kertas Warna
0.35
Surat Khabar
Kadbod/Kotak
Plastik 0.70
Aluminium 3.60
Kotak Minuman/Tetra Pack 1.20
Logam 0.70
Tujuan Projek Inovasi

Tujuan utama pelaksanaan program adalah seperti berikut:

(i) mengurangkan penghasilan sisa di punca iaitu di pejabat

(ii) menggunakan semula sisa yang berguna seperti kertas kadbod, kertas
terpakai dan sebagainya.

(iii) menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan anggota penjawat awam


dan pelbagai pihak di dalam program 3R

(iv) melahirkan penjawat awam sebagai ‘role model’ dan perintis di dalam
pelaksanaan program 3R sebelum diperluaskan ke agensi lain.

Proses Pelaksanaan Inovasi

 Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)


mengemukakan permohonan untuk melaksanakan program 3R di Kompleks
Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Mac 2011.

 Pihak (PPSPPA) telah dijemput untuk memberi taklimat program 3R pada


18 April 2011 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan, dan
Keselamatan (3K) Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
(Bangunan Lama).

 Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis (UPEN Ps) dilantik untuk
bertindak sebagai penyelaras kepada program 3R.

 Mula dilaksanakan di Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


(Bangunan Lama) pada 3 Mei 2011 (untuk bulan April akibat ditunda) dengan
jumlah jualan sebanyak RM170.16.

 Setiap jabatan/agensi di dalam Kompleks dikehendaki untuk membuat


perlantikan wakil jabatan/agensi.

 Pihak urus setia menjemput jabatan/agensi berdekatan Kompleks untuk turut


serta di dalam program 3R.

 Sehingga September 2011 sebanyak enam (6) kutipan telah dilaksanakan


dengan jumlah jualan keseluruhan adalah sebanyak RM1,488.82.
Proses Kerja Sebelum Projek Inovasi

 Pihak urus setia membuat pengesahan tarikh dengan pihak PPSPPA dan
Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd.

 Surat jemputan kepada jabatan/agensi di dalam Kompleks dan jabatan/agensi


berdekatan Kompleks dikeluarkan seminggu sebelum pelaksanaan program.

 Surat kepada Jabatan Penyiaran Negeri untuk dikeluarkan untuk hebahan


program kepada orang awam dan jabatan/agensi berminat seminggu
sebelum pelaksanaan program.

 Follow up kehadiran dan pemberitahuan tarikh pelaksanaan program sehari


sebelum pelaksanaan program.

 Memastikan kelengkapan / kemudahan yang diperlukan semasa program


disediakan.

Proses Kerja Selepas Projek Inovasi

 Mengumpul borang rekod penghantaran kitar semula jabatan/agensi yang


menyertai program 3R.

 Mengedar wang kutipan jualan kepada jabatan/agensi yang terlibat.

 Menyediakan laporan pelaksanaan program.

 Memfailkan borang rekod penghantaran kitar semula jabatan/agensi.

Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara

(i) Elemen Inovatif / Kreativiti

 Memudahkan pelupusan sisa pepejal dilaksanakan.

(ii) Elemen Keberkesanan

 Menjana pendapatan jabatan/agensi melalui penjualan bahan kitar


semula.

 Mengurangkan sisa di pejabat


(iii) Elemen Signifikan

 Menyumbang kepada teknologi hijau.

 Menjimatkan penggunaan bahan mentah baru untuk penghasilan


produk baru.

 Memelihara alam sekitar.

 Menjimatkan penggunaan tapak pelupusan sampah

 Menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal

(iv) Elemen Relevan

 Selaras dengan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.

 Pengurusan sisa pepejal dengan efektif dan produktif.

Pengiktirafan

TIADA

Gambar-gambar Berkaitan

SILA RUJUK LAMPIRAN A

Implikasi Kewangan

TIADA
LAMPIRAN A

You might also like