You are on page 1of 15

RANCANGAN

PERNIAGAAN

R E MPA H R E ND A N G & K E R I S E K K E L A PA
K A MP U N G TA N JU N G S E N A HI L I R
R E MB A U , N E G E R I S E MB I L A N
PENGENALAN
Menyediakan perkhidmatan bekalan makanan seperti rempah dan kerisek kelapa. Selain
itu kami juga membekalkan homemade cili kering dan cili padi kisar, bawang merah dan
bawang putih kisar serta kacang tanah kisar.
Perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan di Kampung Tanjung Sena Hilir
Rembau Negeri Sembilan. Produk ini dijual di Pasar Tani FAMA Rembau pada setiap hari
Sabtu dan di Pasar Awam Rembau.
Perniagaan ini dimulakan oleh Pn Sadinah Bt Bahari sejak 10 tahun yang lalu dengan
menggunakan modal perniagaan dari bantuan am dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
RANCANGAN EKSEKUTIF

Permintaan Rempah, Pengusaha merancang Keunikan produk adalah


Kerisek semakin untuk meningkatkan hasil dijamin kualiti tinggi dan
meningkat terutamanya pengeluaran dan mempunyai rasa asli
kepada peniaga kedai penjualan kaedah tanpa menggunakan
makan dan kedai runcit tradisional dan juga online bahan pengawet
Visi
• Ingin menembusi pasaran tempatan dan komersial dalam
sektor perniagaan rempah dan kerisek kelapa dalam industri
perusahaan makanan.

Misi • Menjadi pengeluar produk rempah dan kerisek yang terbaik


dan menepati citarasa para pelanggan
Objektif Perniagaan
Memasarkan produk rempah dan kerisek di kedai runcit dan kedai makan di dalam
daerah Rembau, termasuk di Chembong, Pedas, Sepri, Kundor, Pilin, Gadong,
Kendong, Kota, Kundor, Kampung Batu, Bongek dan Chengkau.

Memasarkan produk rempah dan kerisek kelapa ini di platform online seperti Shopee
dan Lazada Malaysia. Juga menjual melalui platform Facebook.

Mendapatkan pensijilan halal dari JAKIM dan persijilan dari Skim Pensijilan Makanan
Selamat dan Tanggungjawab Industri (MeSTI).
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Usahawan : Sadinah Bt Bahari
Alamat : No 22A, Kg Tanjung Sena Hilir71300 Rembau N.Sembilan
Perniagaan : Pembekal Rempah Rendang & Sup dan Kerisek Kelapa
Lain-lain : Membekalkan cili kering kisar, bawang merah dan bawang
putih kisar, kacang tanah kisar (permintaan ketika musim
perayaan).
No telefon : 016-2512920/011-20647611
PEMBUATAN REMPAH
Untuk pembuatan rempah rendang dan sup sebanyak 1200 gm dengan bahan bahan yang
diperlukan termasuklah:
Ketumbar/Buah Pelaga/Jintan Manis/Jintan Putih/Bunga Cengkih/Buah Keras/Kulit Kayu Manis
Kaedah Membuat Rempah
i. Campurkan bahan-bahan mentah seperti ketumbar,buah pelaga, jintan manis, jintan putih,
bunga cengkih, buah keras dan kulit kayu manis di dalam satu bekas dan kemudian cuci dengan
air yang bersih
ii. Jemurkan bahan-bahan rempah tadi di dalam dulang dan dijemur di bawah cahaya matahari
sehingga kering
iii. Setelah kering, bahan-bahan rempah tadi dikisar sehingga halus dan boleh dibungkus untuk
dijual.
Harga kos bahan mentah ini adalah RM15.00 dan boleh menghasilkan sebanyak 30 peket rempah.
Setiap peket dijual dengan harga RM2.00 dengan berat bersih 40gm sepeket. Untung kasar untuk
1200 gm rempah ini adalah sebanyak RM45.00
PEMBUATAN KERISEK KELAPA
Untuk pembuatan kerisek kelapa pula hanya kelapa sahaja diperlukan
sebagai bahan mentah. Kelapa ini akan diparut kemudian akan digoreng
dan kemudian dikisar sehingga lumat dan lembap sehingga berwarna
coklat gelap iaitu warna kerisek kelapa tradisional asli.
Sebanyak 10 biji kelapa diperlukan untuk menghasilkan 30 bekas kecil
kerisek kelapa yang dijual dengan harga RM2.00 sepeket.
Harga kelapa adalah RM1.50 sebiji dan dibeli dari penduduk kampung
yang mengusahakan tanaman kelapa. Keuntungan kasar hasil jualan
kerisek kelapa untuk 10 biji kelapa adalah lebih kurang RM40.00
HASIL JUALAN PRODUK
Jenis Produk Harga Seunit Purata Jualan Jumlah Jualan
Sebulan

Rempah RM2.00 30 peket RM60.00


Kerisek Kelapa RM2.00 30 bekas RM60.00
Jumlah RM120.00

Melalui perniagaan kecil-kecilan ini saya telah menambahkan pendapatan bulanan


saya sebanyak RM120.00 sebulan dengan menjual rempah dan kerisek kelapa ini di
Pasar Tani Rembau setiap hari Sabtu dan saya menjual kepada peniaga di Pasar
Awam Rembau pada setiap Hari. Permintaan akan bertambah semasa ketibaan
bulan Ramadan, menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha
RANCANGAN ORGANISASI

Pengurus
Pn Sadinah Bahari

Ketua Operasi Ketua Pemasaran


Faris Ayob Faizal Ayob
PERBELANJAAN PENTADBIRAN
DAN PEMASARAN
Jenis Kuantiti Harga Seunit Jumlah
Stiker Rempah 200 0.45 sen RM90.00
Stiker Kerisek Kelapa 200 0.45 sen RM90.00
Kad Perniagaan 100 - RM50.00
Pendaftaran SSM 1 - RM60.00
Alat Tulis - - RM10.00
Percetakan Flyers 50 - RM50.00
RAMALAN JUALAN
Jenis Produk Harga Sepeket Kedai Runcit / Bil Kedai Runcit/ Hasil Jualan
Kedai Makan / Kedai Makan Kasar
Rempah RM2.00 20 peket 5 RM200.00
Kerisek Kelapa RM2.00 30 peket 5 RM300.00
Jumlah RM500.00
RAMALAN JUALAN TAHUNAN
REMPAH DAN KERISEK KELAPA
Bulan Ramalan Jualan Bulanan
1-3 RM500.00
4-6 RM750.00
7-8 RM1000.00
9-10 RM1300.00
11-12 RM1500.00
PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Mesin Kisar Kerisek Kelapa: RM1700.00 Mesin Pengisar Rempah: RM1500.00


KESIMPULAN
 Kami berharap pihak agensi kerajaan dapat memberikan bantuan
kewangan atau sokongan kepada perniagaan rempah dan kerisek kelapa.
Ini kerana banyak kejayaan oleh usahawan yang terlibat dengan
perniagaan Rempah dan Kerisek Kelapa dari daerah dan negeri lain di
Malaysia
Keluarga kami komited terhadap pernigaan ini dan yakin boleh berjaya
kerana En Mohd Faizal Ayob mempunyai pengalaman dalam bidang
perniagaan dan mempunyai Sarjana Pentadbiran dalam bidang Pengurusan
Perniagaan dari UUM
Ini meningkatkan taraf socio-ekonomi keluarga seterusnya sekiranya
perniagaan ini berjaya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada
penduduk kampung

You might also like