You are on page 1of 4

NAMA PELAJAR : .............................................................................

TINGKATAN : .............................................................................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI


06600, KUALA KEDAH, KEDAH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021


Untuk kegunaan
TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4
pemeriksa
BAHAGIAN A
NOVEMBER BAHAGIAN B
1 jam
JUMLAH /70
____________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nama dan tingkatan anda pada ruangan yang disediakan.


2. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B.
4. Tuliskan jawapan anda untuk Bahagian A di ruang yang disediakan dalam kertas soalan
ini.
5. Tuliskan jawapan anda untuk Bahagian B di kertas jawapan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

…………………………….... …………………….........
(NUR AFRAH BINTI MUHAMAD SHUKRI) (MAZNAH BINTI ZAKARIA)
Guru Ketua Panitia Pendidikan Islam
Tasawwur Islam & Tasawwur Islam
Smk Seri Pantai SMK Seri Pantai

Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk muka hadapan


[20 markah]
Bahagian A
Jawab semua soalan berikut.

Soalan 1 - 4
Tuliskan istilah yang betul bagi perkara berikut.

Pernyataan Istilah

1. Makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan


ditugaskan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT serta
memakmur alam.

2. Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu dan


diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain.

3. Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan


peraturan yang terkandung dalam Islam bersumberkan wahyu
Allah SWT.

4. Akhlak terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunah.

Soalan 5 -8
Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul.

5. Kita hendaklah mengamalkan Islam sebagai ______________________ dan melaksanakan tuntutannya dalam
kehidupan.

6. Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia adalah untuk menyempurnakan _______________ yang baik.

7. Allah SWT akan meniupkan _________________ ke dalam tubuh janin yang berumur empat bulan.

8. Asal usul kejadian insan adalah bermula daripada penciptaan ____________ yang berasal daripada
tanah.

Soalan 9 - 12
Tandakan (√ ) pada pernyataan yang BETUL dan ( X ) pada pernyataan yang SALAH

Pernyataan √ atau x

9. Allah SWT mempunyai 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus.

10. Kubur adalah salah satu daripada alam ghaib yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Mengamalkan tuntutan rukun iman, rukun Islam dan Ihsan akan


11. menyebabkan umat Islam mundur.

Islam membenarkan umatnya mengumpul harta kekayaan walaupun


12. mengabaikan kewajipan terhadap Allah SWT.
Soalan 13 - 16
Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul.

Ibadat khusus

Fardu Ain Fardu Kifayah Sunat

Contoh: Contoh: Contoh:

13. _______________ 14. _______________ 15. _______________

Mengeluarkan zakat Menguruskan jenazah 16. _______________

Soalan 17 - 20
Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai

SITUASI ISTILAH

17. Mukhriz takut untuk melakukan maksiat


kerana yakin Allah SWT Maha Melihat Muhasabah
setiap yang dilakukannya.

18. Aina yang menduduki peperiksaan


SPM telah berserah diri kepada Allah Ihsan
SWT setelah berusaha dengan tekun.

19. Fatin telah menilai amalan yang


dilakukan sepanjang hari dan berazam
meningkatkan amalan kebajikan. Iman

20. Iman sentiasa menyeru kawan-


kawannya berbuat kebaikan kerana Tawakal
percaya ada balasan baik di akhirat
nanti.
[50 markah]
Bahagian B

Jawab empat soalan pada bahagian ini.

1 (a) (i) Apakah maksud ibadah dalam Islam. [2 markah]

(ii) Berikan enam contoh ibadah wajib yang perlu dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan. [6 markah]

(b) (i) Senaraikan empat contoh akhlak mazmumah yang dilarang oleh al-Quran dan
al-Sunnah daripada diamalkan. [4 markah]

(ii) Nabil Syauqi sering mendengar pertengkaran dalam keluarga jirannya Azmi
sehingga mengganggu ketenteraman.
Apakah tindakan dan akhlak yang perlu dia tunjukkan kepada jirannya.
[4 markah]

2 (a) Senaraikan empat sumber utama Sistem Sosial Islam. [4 markah]

(b) (i) Terangkan dua matlamat Institusi Kekeluargaan Islam. [4 markah]

(ii) Berikan dua peranan anak sebagai ahli di dalam sesebuah keluarga.
[4 markah]

(c) (i) Jelaskan dua adab pergaulan dalam Islam. [4 markah]

3 (a) (i) Nyatakan maksud hiburan dalam Islam. [2 markah]

(ii) Terangkan tiga adab dan etika dalam berhibur menurut Islam. [6 markah]

(iii) Bersukan merupakan hiburan yang dibenarkan dalam Islam asalkan tidak
melanggar hukum syarak.
Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan tiga syarat bersukan yang
dibenarkan syarak. [6 markah]

(iv) Aleeya menghadiri majlis perkahwinan jirannya Encik Thoriq. Muzik yang
dipasang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan tindakan yang beliau boleh lakukan
bagi merealisasikan adab dan etika berhibur dalam Islam. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like