You are on page 1of 1

JURUTEKNIK KOMPUTER

RUJUKAN
i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2006: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Sistem
Maklumat, Penolong Pegawai Sistem Maklumat dan Juruteknik Komputer.

(A) PENYELENGGARAAN SISTEM

1. Menjalankan kerja penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan perkakasan IT seperti:


a. Pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik pulih kelengkapan IT yang rosak seperti
kerosakan papan induk, cakera keras/SSD cakera liut, tetikus, pencetak dan sebagainya
b. Mendapatkan alat ganti daripada pembekal
c. Memastikan perjalanan sistem dalam keadaan baik
d. Mengurus stor dan rekod alat ganti
e. Menjalankan kerja naik taraf komputer seperti menambah RAM, HD/SSD dan lain-lain
peralatan komputer
f. Menjalankan kerja yang berkaitan dengan pemasangan komputer.
g. Membantu urusan dokumentasi pelupusan/hapus kira aset ICT.
h. Mengambil tindakan untuk peralatan ICT yang rosak.

(B) PENYELENGGARAAN APLIKASI

1. Melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer.

2. Menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini

3. Melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian alamat IP,Gateway, modem dan
sebagainya

4. Menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisian yang baru dibeli.

5. Menerima aduan kerosakan dan bertindak ke atas sebarang kerosakan (Help-desk and
troubleshooting)

(C) OPERASI SISTEM

1. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna secara atas talian (online) apabila menerima aduan
mengenai kerosakan kecil seperti masalah kerosakan talian data dan merekodkan laporan kerosakan
yang agak besar dan rumit.

2. Memastikan keselamatan data, bilik komputer dan bilik server sentiasa diamalkan

3. Memastikan amalan pengendalian sistem pencegahan kebakaran dilaksanakan.

4. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

You might also like