You are on page 1of 6

Tutorial 2 - Phoon Wen Yun

Soalan 1
Berikan perbezaan maksud istilah berikut:

a) Statistik deskriptif dan inferensi

Statistik Deskriptif - digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi


responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data
numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi. Contoh
ujian statistik ialah frekuensi, min, median, peratus.

Statistik Inferensi - digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara variabel. Ia juga


digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi. Daripada
dapatan, ia dapat dijadikan sebagai generalisasi sampel mengenai populasinya. Contoh ujian
staistik yang digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian
korelasi untuk melihat perhubungan.

b) Data kualitatif dan data kuantitatif


Data Kualitatif - Berasaskan perkataan “kualiti”. Data kualitatif yang dikumpul bersifat
deskriptif lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Data ini dikutip
melalui teknik temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen.

Data Kuantitatif - Berasaskan perkataan “Kuantiti”. Data kuantitatif melibatkan angka-angka,


data-data numerical atau statistik. Data ini adalah melalui eksperimen yang melibatkan data-
data numerik yang membolehkan penggunakan analisis statistik seperti, pengiraan min,
median, mod, peratus, sisihan piawai, varian, dan sebagainya.

c) Populasi dan Sampel


Populasi - sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Populasi merupakan
sasaran bagi penyelesaian masalah, penyelesaian harus melibatkan keseluruhan individu dalam
populasi, tetapi isunya, terdapat kekangan untuk mendapatkan maklumat dari seluruh ahli
populasi

Sampel - kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran penyelidik untuk melakukan
penyelidikan. Sampel adalah anggaran. Perbezaan antara anggaran sampel dengan populasi
sebenarnya adalah “ralat persampelan”.

Soalan 2
Jadual di bawah menunjukkan bilangan buku cerita yang dibaca oleh beberapa
orang pelajar dalam masa sebulan:

Bil. Buku 1 2 3 4 5 6
Bil. Pelajar 2 6 10 y 2 1

Jika nilai min adalah 3, dapatkan y.

Min: (2+6+10+y+2+1) / 6 = 3

21+ y = 18

y = 21 - 18

y=3

Soalan 3
Berikut adalah skor ujian 20 orang pelajar dalam kelas statistik pensyarah A

84 100 92 84 63 78 75 30 81 77 97 82 73 69 69 98 46 88 58 75

a) Kirakan min, mod, median, kuartil satu, kuartil dua, kuartil tiga, dan julat antara kuartil.
30, 46, 58, 63, 69, 69, 73, 75, 75, 77, 78, 81, 82, 84, 84, 88, 92, 97, 98, 100

Min: 1519 / 20 = 75.95

Median: 77 + 78 / 2 = 77.5

Mod: 69, 75, 84

Kuartil Satu: 69

Kuartil Dua: (77+78) / 2 = 77.5

Kuartil Tiga: (84+88) / 2 = 86

Julat antara kuartil (IQR) = Q3 - Q1


= 86 - 69
= 17














b) Berdasarkan kaedah julat antara kuartil (IQR), kirakan skor yang menjadi outlier sebelah
kiri dan sebelah kanan taburan.

Outlier Sebelah Kiri / Low Outlier =


Q1-1.5 x IQR
= 69-(1.5x17)
= 43.5

Outlier Sebelah Kanan / High Outlier =


Q3+1.5 x IQR
= 86+(1.5x17)
= 111.5

Outlier: 30

c) Dapatkan varians dan sisihan piawai.

Varians: 285.648
Sisihan Piawai: 16.901

d) Jika varians bagi skor ujian 20 orang pelajar dalam kelas statistik pensyarah B adalah
300, tentukan sama ada skor kelas pensyarah A atau pensyarah B yang lebih konsisten?

Varians yang lebih kecil bermaksud taburan data adalah lebih dekat kepada min data.
Maka taburan data adalah lebih tertumpu dan konsisten. Oleh itu, pensyarah A lebih
konsisten.

Soalan 4
Apakah maksud kepencongan sesuatu taburan? Terangkan jawapan anda dengan menunjukkan
kedudukan ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat taburan tersebut.

Kepencongan bermaksud darjah pemyimpangan daripada garisan simetri sebuah taburan.


Taburan normal adalah bersimetri (mod = median = mean).

Kepencongan terbahagi kepada dua iaitu pencong kanan (positif) dan pencong kiri (negatif)
iaitu (mod > median > mean).

(A)Taburan Normal


















(B)Pencong Kanan

(C)Pencong Kiri

Soalan 5

Berikut adalah cetakan output dari analisis SPSS berkaitan dengan satu kajian
pencapaian penulisan pelajar tingkatan 3 di sebuah daerah berdasarkan jantina.
Berdasarkan maklumat pada cetakan tersebut, jawab soalan berikut.

a) Kenalpasti pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar.


Pembolehubah bersandar: Pencapaian penulisan pelajar Tingkatan 3
Pembolehubah tidak bersandar: Jantina pelajar

b) Apakah skala pengukuran bagi pembolehubah-pembolehubah tersebut?


Jantina pelajar: skala nominal ; Pencapaian pelajar: skala ratio / interval
c) Apakah kaedah analisis statistik yang telah dijalankan?
Kaedah statistik deskriptif

d) Apakah analisis ini bersesuaian dengan data yang dikumpul?


Analisis ini sesuai dengan data yang dikumpul bahawa analisis ini hanya menerangkan
pencapaian penulisan pelajar tentang data yang dikumpul tanpa membuat generalisasi
tentang sebuah populasi.

e) Tuliskan satu laporan lengkap bagi menghuraikan data tersebut mengikut gaya APA.
Satu kajian berkaitan kajian pencapaian penulisan pelajar Tingkatan 3 di sebuah daerah
berdasarkan jantina telah dijalankan. Kajian telah dijalankan terhadap 200 orang
pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina pelajar
dengan pencapaian pelajar. Dapatan analisis deskriptif mendapati mean bagi kajian
pencapaian penulisan berdasarkan jantina ialah sebanyak 1.4550 dengan sisihan
piawaian 0.49992, manakala graf histogram bagi pencapaian penulisan pelajar memberi
maklumat min 52.71 dengan sisihan piawaian 9.462. Hasil daripada analisis ini

menunjukkan nilai sisihan piawai Sig (p) = 1.0 < 0,05 dan membuktikan bahawa sample
yang diambil adalah bersifat heterogenos.

You might also like