You are on page 1of 6

HBU 111 / 1M

Memenangi Hak Dan Cabaran Bangsa Melayu/Bumiputera

Disediakan oleh:

MUHAMMAD ASYRAAF BIN AZIRI (2021891764)


ZAMARUL AIMAN BIN ZURIMI (2021452868)
NUR AMINAH AISYAH BINTI ABDUL KARIM (2021492836)
NURUL SYAHIRAH BINTI ROZI (2021829316)
NUR ARINA HUMAIRA BINTI HAKIMI (2021827964)
AMANDA ALFIYA BINTI YAHAYA (2021449284)
NUR MAISARAH BINTI AHMAD RIZAL (2021454524)
FATIN NAJIHA BINTI AZMY (2021823718)
NUR AMALINA BINTI ABU BAKAR (2021200478)
SITI NUR ADRYANA BINTI NOOR AZMAN (2021469614)
bil kandungan m/s
1 Pengenalan 3
2 isi kandungan hak-hak istimewa orang melayu/bumiputera 4
4 Cabaran yang dihadapi dalam pertahankan hak keistimewaan 5
melayu
5 Cadangan dalam mempertahankan keistimewaan orang 6
melayu
6 Kesimpulan 6
Isi kandungan
Pengenalan

Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama,


namun rakyat yang berketurunan melayu/bumiputera mempunyai hak yang
istimewa berbanding bangsa lain di Malaysia. Hak-hak istimewa orang melayu
ini bukan peraturan baru, malah hak-hak ini telah tercatat dalam perjanjian
persekutuan tanah melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun
diamalkan di negeri-negeri melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

jawatan Yang di-Pertuan Agong, adalah


bukan merupakan hak istimewa orang
melayu tetapi akan dipegang oleh
orang melayu sampai bila-bila. Hak-hak
ini akan dipatuhi sampai bila-bila
kecuali jika perlembagaan diubah dan
dicabuli. Tapi jawatan seperti perdana
menteri, ketua menteri, menteri besar dan gabenor-gabenor boleh dipegang
oleh mana-mana bangsa lain selain daripada orang melayu asalkan beliau lahir
di persekutuan tanah melayu.
isi kandungan hak-hak istimewa orang melayu/bumiputera

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.


Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga
kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen
kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda
sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

1. tanah untuk orang melayu


hak untuk orang melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh kerajaan
negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia kerajaan negeri).
Kerajaan negeri boleh membuka tanah khas untuk melayu tanpa sebarang
syarat.

2. Jawatan dalam jabatan kerajaan


Jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan persekutuan tanah melayu, mestilah
diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang melayu dan orang
bukan melayu.

3. Bantuan pelajaran
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk penuntut-
penuntut melayu daripada penuntut-penuntut bukan melayu

4. Bantuan ekonomi
Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang
dibuat bagi membolehkan orang melayu mendapat lessen-lesen atau
kebanran-kebenaran tertentu bagi mebolehkan mereka menjalankan aktiviti
perusahaan dan aktiviti ekonomi lain.

Cabaran yang dihadapi dalam pertahankan hak keistimewaan melayu


1. Tafsiran perlembagaan tentang hak melayu masih belum muktamad
Terdapat dua tafsiran mengenai hak melayu menurut perlembagaan.
 Kedudukan istimewa orang-orang melayu (special position)
 Hak istimewa orang melayu (special previllege)
Kegagalan menafsirkan isu ini secara tepat akan menyebabkan isu ini akan
sentiasa diperdebatkan dari masa ke semasa

2. Aspek psychosocial maysrakat melayu


Generasi muda melayu sekarang ini, mereka lebih bersikap apologetik
(menyesali sesuatu perbuatan yang telah terlanjur) dan mudah terpengaruh
dengan orang yang berpangkat menyebabkan hak istimewa melayu tidak
dihargai.
Sebagai contoh pada tahun 2014, Dyana Sofya calon parti demokratik rakyat
(DAP) dan juga seorang graduan UiTM meletakkan UiTM yang merupakan
material kepada perkara 153 pada isu ketidakadilan kaum di Malaysia.
Kegagalan memahami beberapa peruntukan yang terdapat di dalam
perlembagaan dan juga fenomena buta sejarah.

3. Kehendak politik
Apabila pihak politik berbicara soal kesamarataan di antara kaum dan agama,
pasti ada desakan dari sesetengah pihak untuk hapuskan hak keistimewaan
melayu.

4. Sistem pembelajaran yang tidak jelas


Pembelajaran mengenai sejarah dan perlembagaan yang tidak tepat akan
menyebabkan perkara 153 disalah anggap sebagai diskriminasi oleh orang
bukan melayu

Cadangan dalam mempertahankan keistimewaan orang melayu


1. Pelaksanaan akta secara menyeluruh
2. Memelihara budaya dan warisan
3. Peranan institusi diraja diteguhkan
4. Menerapkan nilai ketuanan melayu

Kesimpulan
Sebagai penutup, keistimewaan orang melayu/bumiputera seharusnya
dihormati oleh semua kaum yang lain. Seharusnya tidak ada yang dipersoalkan
kerana keistimewaan yang diberikan adalah wajar disebabkan kaum
melayu/bumiputera adalah penduduk asal tanah melayu.

You might also like