You are on page 1of 5

Ini adalah cadangan saya:

Langkah 1 :Letakkan magnet bar dekat dengan serbuk besi

untuk menarik serbuk besi.

Langkah 2 :Selepas mengambil serbuk besi,meletakkan

garam,pasir dan serbuk kayu serta air dalam bikar dan

masukkan air .Garam akan melarut dalam air .Serbuk kayu

akan terapung dan pasir akan

terenap.Kemudian,mengeluarkan serbuk kayu yang terapung

dengan menggunakan penapis.

Langkah 3 : Menuraskan campuran pasir dan larutan garam

dengan menggunakan kaedah penurasan dan pasir akan

ditinggalkan di kertas turas dan hasil turasan iaitu larutan

garam dikumpulkan dalam bikar yang baru.

Langkah 4 : Akhir sekali, kaedah penyejatan digunakan .cecair

akan menyerap haba apabila dipanaskan dan tersejat secara

perlahan. Selepas air tersejat , garam ditinggalkkan.


Penerangan: (wajarkan penyelasaian)

Kaedah pertama yang digunakan ialah pemisahan menggunakan

magnet. Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan dua bahan pepejal

yang bersifat bahan magnet dan tidak bersifat bahan magnet. Serbuk

besi bersifat magnet . Dengan kaedah ini , serbuk besi dipisahkan

daripada campuran.

Keterlarutan dan ketumpatan bahan dipertimbangkan dalam langkah

kedua . Selepas masukkan air ke dalam campuran , serbuk kayu akan

terapung dan pasir akan terenap . Ini disebabkan sifat kayu yang

ketumpatan rendah dan pasir yang ketumpatan tinggi .

Sifat pasir tidak boleh terlarut tetapi garam boleh terlarut dalam air

maka pasir diasingkan dariapada garam dengan melarutkan campuran

dalam air. Oleh itu , kaedah penurasan sesuai digunakan. Pasir akan

ditinggalkan di kertas turas dan hasil turasan iaitu larutan garam

dikumpulkan dalam bikar yang baru.

Untuk mengasingkan garam dan air , kaedah yang dipilih ialah

penyejatan . cecair akan menyerap haba apabila dipanaskan dan

tersejat. Garam ditinggalkan selepas air tersejat.


PETA MINDA
Kesimpulan & Refleksi Projek:

Campuran ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih

unsur atau sebatian yang bergabung secara fizikal.Contoh

campuran ialah koktel dan air batu campur.

Terdapat beberapa teknik pengasingan campuran iaitu

kaedah penurasan,kaedah penyulingan,pemisahan

menggunakan magnet,kaedah pengenapan,kaedah

pengapungan,kaedah kramotografi dan kaedah penapisan.

Dalam kes Intan,campuran mengandungi 4

kaedah.Kaedah pertama ialah pemisahan menggunakan

magnet.Kaedah kedua ialah kaedah pengapungan.Kaedah

ketiga ialah kaedah penurasan.Kaedah keempat ialah kaedah

penyejatan.

Kesimpulannya,teknik pengasingan campuran bergantung

pada sifat-sifat fizik dan keadaan jirim bahan-bahan yang

terkandung dalam campuran.

Sumber Rujukan :
1:Ng Chee Kin

http://mrcheekin.blogspot.com/2016/10/terkini-amazing-sains-

tingkatan-1-ciri.html

2:Cikgoo Nor Muttlib

https://www.youtube.com/watch?v=AqS4sg4ph20

You might also like