You are on page 1of 1

USAHAWAN ORKID

Hanya bersandarkan minat kepada tanaman pokok khususnya orkid


mendorong seorang usahawan mengubah skop perniagaannya daripada
berniaga pakaian wanita kepada tanaman pokok dan pembuatan baja.
Pengusaha Orkid AF Orchid and Florist, Nor Azizah Rasip, 28,
berkata, banyak modal yang dikeluarkan bagi menukar skop perniagaan
sehingga menggunakan wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputra
(ASB), namun semuanya berbaloi.
Katanya, dalam sebulan, hasil penjualan pokok dan baja boleh
mencecah hingga RM7,000 berbanding dahulu RM4,000 sebulan.
“Bukan senang mahu bertukar perniagaan walaupun minat. Ketika mula
menceburi bidang tanaman ini, saya tidak mempunyai latar belakang atau
pembelajaran dalam bidang ini.
“Sepanjang tempoh tiga tahun, saya berniaga sambil belajar setiap jenis
pokok yang saya jual khususnya orkid. Saya pergi ke merata tempat
untuk belajar dengan mereka yang mahir dengan pokok orkid ini.
“Jika saya dengar ada orang mempunyai pelbagai jenis pokok orkid,
pasti saya akan ke sana untuk melihat dan mempelajari sesuatu
mengenai orkid.
Menurut Nor Azizah, disebabkan minatnya itu, kini dia mempunyai
kedai di Permas Jaya, Johor Bahru bagi menempatkan pelbagai jenis
tanaman orkid. Katanya, sehingga kini, dia masih belajar ilmu berkaitan
orkid dan menemui baja yang sesuai bagi tumbesaran orkid.

You might also like