You are on page 1of 112

KATA ALU-ALUAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada Sektor
Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif dan proaktif menyediakan Modul
Pelaksanaan Intervensi Dadah di Sekolah. Tindakan ini sebagai alternatif dalam membantu
merealisasikan Program Pencegahan Dadah pada peringkat sekolah. Hal ini adalah
selaras dan bertepatan dengan situasi pada masa kini untuk menyahut saranan kerajaan
dalam memerangi dadah secara habis-habisan. Hasil penerbitan modul ini diharap dapat
membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk melaksanakan intervensi
pencegahan dadah, selain meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan peranan mereka
pada semua peringkat.

Dengan adanya Modul Panduan Intervensi Pendidikan Pencegahan Dadah saya


yakin permasalahan dadah dalam kalangan murid dapat dibendung. Kementerian
Pendidikan Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha bagi memperkukuh perpaduan,
membina identiti nasional dan semangat kebangsaan selari dengan Matlamat Dasar Dadah
Negara untuk mewujudkan negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman
gejala dadah demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Secara tidak langsung usaha ini
dapat membantu mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional melalui lima teras iaitu
Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan
Kemudaratan dan Kerjasama Antarabangsa.

Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan GBK dapat memainkan peranan yang
optimum dalam melaksanakan modul yang dihasilkan. Di samping dapat membantu pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia menyemai dan memupuk kemahiran insaniah, nilai
asertif, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

‘SEKOLAH BEBAS DADAH’

Dr. Maszlee bin Malik


Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

1
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya, Modul Pelaksanaan


Intervensi Dadah di Sekolah akhirnya dapat direalisasikan untuk kegunaan Guru Bimbingan
dan Kaunseling (GBK) di sekolah. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima
kasih kerana diberi ruang untuk menulis sepatah dua kata dalam Modul Panduan
Pelaksanaan Intervensi Murid di Sekolah.

Tahniah dan syabas atas penerbitan modul panduan dan intervensi yang telah
dilaksanakan oleh Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini bertepatan dengan
situasi pada masa kini dalam menyahut saranan kerajaan untuk memerangi dadah secara
habis-habisan. Saya amat bersetuju dengan penghasilan modul ini yang membuka ruang
kepada GBK di sekolah untuk menggunakannya sebagai medium bagi meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan peranan mereka pada semua peringkat dalam membantu
Kementerian Pendidikan Malaysia memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan
murid-murid sekolah.

Hasil daripada penggembelengan dan lontaran idea daripada pelbagai pihak


diharapkan dapat membantu negara untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam
kalangan murid di sekolah. Secara tidak langsung dapat membantu negara merealisasikan
matlamat dalam melahirkan insan yang berkualiti untuk memimpin negara pada masa
akan datang.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat melaksanakan intervensi dengan penuh


dedikasi kepada semua pihak yang terlibat. Semoga penglibatan GBK dapat
merealisasikan hasrat negara ke arah Negara Bebas Dadah.

‘SEKOLAH BEBAS DADAH’

Datuk Dr. Amin bin Senin


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T, dengan izin-Nya, Modul Pelaksanaan


Intervensi Dadah di Sekolah telah berjaya dihasilkan. Izinkan saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan tahniah kepada Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan
Asrama, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas
ketekunan dalam merealisasikan penerbitan Modul Pelaksanaan Intervensi Dadah di
Sekolah yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
(GBK) di sekolah.

Kita sedar bahawa usaha dan tindakan pembanterasan gejala dadah perlu menjadi
agenda utama negara dan usaha ini terus dilipatgandakan dari semasa ke semasa dengan
pelbagai pendekatan dan inisiatif baru berikutan ancamannya yang bersifat progresif.
Pengisytiharan tahun 2016 sebagai tahun memerangi dadah secara habis-habisan oleh
kerajaan, telah membuka mata pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengambil
langkah secara proaktif dalam menggembleng idea dan inisiatif bersama-sama dalam
usaha memerangi dadah.

Tindakan membasmi dadah adalah tanggungjawab semua pihak, lebih-lebih lagi


kepada individu yang berkecimpung dalam profesion pendidikan pencegahan. Dengan
adanya modul ini, profesional pendidikan pencegahan dadah akan mendapat sumber ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang relevan dalam membantu mereka
melaksanakan tugas dan amanah ini. Ibu bapa dan guru-guru juga diharap dapat
mengambil peluang daripada penerbitan modul ini sebagai sumber rujukan dan panduan
dalam menjalankan usaha-usaha pendidikan pencegahan dadah kepada kumpulan sasar
yang dikenal pasti di samping menyahut kempen memerangi dadah secara habis-habisan.

Akhir sekali, saya berharap semoga dengan adanya modul ini, khazanah ilmu dapat
diperkaya dan menjadi panduan kepada GBK dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia
Bebas Dadah.

‘SEKOLAH BEBAS DADAH’

Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia
ISI KANDUNGAN HALAMAN

KATA ALU-ALUAN
Menteri Pendidikan Malaysia
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ketua Pengarah BPSH

PENGENALAN
OBJEKTIF
Model ADDIE
Teori Terapi Kognitif Tingkah Laku
Motivational Interviewing ( MI )
Carta Modul Intervensi Dadah
Senarai Semak Murid
Ujian B4 (vol 2.0)

MODUL
Modul Murid Berisiko Rendah
Aktiviti 1: Kenali Diri
Aktiviti 2: Kemahiran Komunikasi (Lisan dan Bukan lisan)
Aktiviti 3: Kesan Penggunaan Dadah
Aktiviti 4: Asertif Diri
Aktiviti 5: Buku Skrap Idolaku
Aktiviti 6: Potret Cita-citaku
Aktiviti 7: Kerjayaku
Aktiviti 8: Forum Bahaya Dadah

Modul Murid Berisiko Tinggi


Aktiviti 1: Ujian Pra -Stages of Changes (SoCS)
Aktiviti 2: Membina Hubungan
Aktiviti 3: Rakan Masa Kini
Aktiviti 4: Kemahiran Pengurusan Emosi / Stres
Aktiviti 5: Marabahaya (Bahaya Dadah)
Aktiviti 6: Kemahiran Pengurusan Masa
Aktiviti 7: Kemahiran Membuat Keputusan
Aktiviti 8: Aku Kuat !Aku Hebat
Aktiviti 9: Keluarga Bahagia
Aktiviti 10: Ujian Pos -Stages of Changes (SoCS)

Modul Murid Urin Positif


Persediaan Sebelum Sesi 1
Persediaan Sebelum Sesi 2
Aktiviti 1: Ujian Pra -Stages of Changes (SoCS)
Aktiviti 2: Analisis SWOT
Aktiviti 3: Rancangan Pemulihan Klien (RPK)
Aktiviti 4: Graf Kehidupan
Aktiviti 5: Pro dan Kontra
Aktiviti 6: Kemahiran Asertif (Simulasi Tindakan Asertif )
Aktiviti 7 : Kemahiran Membina Kesedaran Diri
(Jari Jemariku Begitu Berharga)
Aktiviti 8: Kemahiran Pengurusan Stres (Diari Muzik Ku)
Aktiviti 9 : Kemahiran Membuat Keputusan
Aktiviti 10: Pemetaan Hidup (Life Mappng)
Aktiviti 11: Ujian Pos -Stages of Changes ( SoCS )
Aktiviti 12: Ujian Urin (Saringan ke-2)
Aktiviti 13: Laporan Penilaian

Modul Maintanance
Aktiviti 1: Menyertai Satu Pasukan Sukan
Aktiviti 2: Menyertai Kelab/ Persatuan Yang Menyeronokkan
Aktiviti 3: Menyertai Pasukan Sukarela
Aktiviti 4: Menonton Perlawanan Sukan
Aktiviti 5: Bermain Sukan Dalaman
Aktiviti 6: Menjadi Pemandu Pelancong Di Tempat Sendiri
Aktiviti 7: Membaca Buku
Aktiviti 8: Terlibat dengan Aktiviti Gimnasium
Aktiviti 9: Menyertai Kelas-kelas Khusus
Aktiviti 10: Mempelajari Kemahiran Kraftangan
Aktiviti 11: Belajar Bahasa Baharu
Aktiviti 12: Menyertai Aktiviti Kebudayaan
Aktiviti 13: Perkhemahan atau Kegiatan Luar
Aktiviti 14: Meditasi/ Yoga/ Tai Chi/ Berzikir
Aktiviti 15: Projek Malar Hijau

GLOSARI

BIBLIOGRAFI
PENGENALAN

Penerbitan Modul Pelaksanaan Intervensi Dadah Di Sekolah ini adalah untuk memberi peluang
kepada para Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) yang juga merupakan salah seorang pemimpin
masyarakat sama ada pada peringkat organisasi mahupun komuniti yang mempunyai pengaruh yang
kuat untuk menjamin keberkesanan program intervensi pemulihan dadah. Modul ini membincangkan
peranan dan penglibatan GBK dalam membantu usaha merawat dan penjagaan lanjutan gejala
Penyalahgunaan Dadah dalam kalangan murid di sekolah.

Peningkatan kes murid mencuba dadah di sekolah yang semakin meningkat dari hari ke hari
sangat membimbangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi menangani masalah ini
Sektor Pengurusan Kesihatan, Intervensi dan Asrama, BPSH dengan persetujuan Unit PPDa Negeri
dan Pihak AADK telah mengusulkan kertas kerja dalam membantu GBK melaksanakan matlamat
pengurangan penyalahgunaan dadah di sekolah. Bagi merealisasikan matlamat tersebut Hasil
perbincangan dan persetujuan bersama Modul Pelaksanaan Intervensi Dadah Di Sekolah dihasilkan.
Penghasilan modul ini melibatkan kepakaran beberapa orang guru Bimbingan Kaunseling di seluruh
Malaysia bagi merealisasikan impian ini.
Modul Pelaksanaan Intervensi Dadah Di Sekolah yang telah dibina ini menyasarkan empat
kategori murid iaitu murid risiko rendah, murid risiko tinggi, murid positif urin dan murid yang telah
pulih. Murid risiko rendah ialah mereka yang mendapat skor rendah dalam manakala Murid Berisiko
Tinggi pula murid yang mendapat skor tinggi dalam saringan B4. Murid positif urin pula adalah
murid yang semasa ujian urin oleh pihak AADK didapati positif pengunaan dadah. Seterusnya murid
yang telah pulih akan diajar cara-cara untuk terus kekal pulih sehingga tamat persekolahan
menengah.
Modul ini juga membincangkan strategi dan pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling selaku tunggak dalam menyelamatkan murid dan ahli masyarakat
daripada penyalahgunaan dadah. Perancangan yang lebih terperinci dalam aspek pemulihan dan
rawatan yang boleh dan mampu diberikan kepada murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
juga turut dibincangkan. Disamping dokumen ini memberi ruang dan peluang bagi membicarakan
secara mendalam tentang konsep, prinsip dan pendekatan yang berkesan masalah yang berkenaan.
Melalui modul ini, GBK dapat mempelajari kaedah pengupayaan belia dalam usaha
pemulihan penyalahgunaan dadah. Latihan berasaskann kaunseling penyalahgunaan dadah akan
diberikan secara berperingkat dan diaplikasikan secara menyeluruh. Modul ini juga digunakan untuk
meningkatkan kepakaran dan pelaksanaan pengekalan dan rawatan oleh GBK yang
dipertanggungjawabkan dalam bidang berkaitan.
Modul ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada GBK bagi memastikan murid yang
berisiko rendah dan berisiko tinggi tidak terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah, manakala
murid yang terjebak dengan masalah penyalahgunaaan dadah dapat dipulihkan dan tidak terjebak
kembali.

OBJEKTIF

Objektif Modul Pelaksanaan Intervensi Dadah Di Sekolah adalah seperti yang berikut:

1. Menyediakan GBK yang akan kompetan dalam usaha membantu kelompok murid berisiko
rendah bebas daripada dadah, dan murid berisiko tinggi tidak terjebak dalam gejala
penyalahgunaan dadah dan murid yang positif urin berjaya pulih daripada mencuba dadah
seterusnya tidak terjebak kembali dalam penyalahgunaan dadah.
2. Sebagai garis panduan kepada GBK dalam merancang intervensi murid yang terlibat dengan
gejala penyalahgunaan dadah.
3. Membantu GBK melaksanakan intervensi secara terancang berdasarkan konsep, prinsip dan
pendekatan-pendekatan yang berkesan mengenai pemulihan, pengekalan, dan rawatan
penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid.
4. Menyediakan latihan berasaskan teknik kaunseling dan pendekatan psikologikal secara
berperingkat secara menyeluruh kepada murid sasaran.

MODEL ADDIE

Model ADDIE adalah berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan
Carry (1996) untuk merancang sistem pembelajaran. Istilah ADDIE merupakan satu akronim bagi
Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (perkembangan), Implementation
(pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian).

Daripada akronim ADDIE, dapat diketahui bahawa ADDIE menerapkan lima tahap atau
unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pembentukan program pengajaran atau
modul pembelajaran. Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan,
tetapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu
tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (Steven J. McGriff, 2000).
Gambarajah 1:
Proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan teori ADDIE

Gambarajah di atas menerangkan bagaimana proses dalam mereka bentuk modul pengajaran
berdasarkan teori ADDIE dan ianya jelas menunjukan bahawa model ADDIE merangka
proses menyeluruh tentang aktiviti reka bentuk pengajaran dan ini menjadi kelebihan kepada
model ADDIE berbanding model lain.

ANALISIS (ANALYSIS)
Proses pertama yang perlu dijalankan dalam mereka bentuk modul pengajaran mengikut fasa
ADDIE adalah analisis. Fasa Analisis merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka
bentuk sesuatu pengajaran.
Pada peringkat ini, beberapa analisis dijalankan dan antara yang terpenting adalah
permasalahan yang berkaitan dengan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya.
Tujuan proses ini adalah untuk memastikan reka bentuk pengajaran yang akan dihasilkan
menepati dan memenuhi keperluan pelajar yang sebenar. Masalah yang berkaitan boleh
dikenal pasti melalui pelbagai kaedah atau teknik misalnya temu bual, pemerhatian, tinjauan,
soal selidik dan sebagainya (Baharuddin et al, 2001).
REKA BENTUK (DESIGN)
Rekabentuk atau design merupakan fasa kedua dalam merangka pengajaran mengikut modul
ADDIE. Fasa kedua ini bertujuan menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan
digunakan. Dalam proses mereka bentuk modul intervensi dadah untuk tujuan intervensi
peringkat sekolah-sekolah di Malaysia, fasa ini akan menjawab persoalan yang dikemukakan
dari fasa analisis.

PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT)
Setelah mengenalpasti latarbelakang pengajaran dan pembelajaran, fasa ini akan memberi
perincian tentang pembangunan modul. Modul intervensi dadah untuk tujuan intervensi
dadah murid akan terdiri daripada modul-modul. Setiap modul akan disediakan aktiviti yang
berkaitan dengan tema modul tersebut.

PERLAKSANAAN (IMPLEMENTATION)
Pelaksanaan dalam konteks ADDIE merujuk kepada pembangunan dan rekabentuk bahan-
bahan pengajaran yang telah disediakan dan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid.
Tahap pelaksanaan pula membabitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang
sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan aktiviti. Dalam konteks ini, pelaksanaan bagi
modul ini adalah merangkumi rangka kursus yang dibentuk dan diharapkan untuk
menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan kata lain, pelaksanaan
membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia
sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan
efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman murid.

PENILAIAN (EVALUATION)
Penilaian ( Evaluation ) adalah satu tahap di mana bahan yang telah disediakan diproses
untuk mengukur dan mendapatkan maklum balas pengguna modul terhadap keseluruhan
rangka modul. Ia meliputi keempat-empat tahap dalam model ADDIE iaitu analisis,
rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan. Di dalam model ADDIE, keempat-empat tahap
ini telah meliputi tahap penilaian, di mana setiap tajuk modul yang dibangunkan akan dibuat
penilaian formatif bagi mendapatkan keberkesanan rekabentuk dan pembangunan modul
tersebut.
TEORI

TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU/ COGNITIF BEHAVIOR THERAPY (CBT)

Teori ini percaya bahawa masalah yang dihadapi oleh individu adalah berpunca daripada diri mereka
sendiri, bermula dengan apa yang ada dalam pemikiran seseorang. Rajah 1 menunjukkan proses
perlaksanaan sesi kaunseling berlandaskan penggunaan Teori CBT dalam membantu murid.

PENGARUH LUARAN, SITUASI / PENGALAMAN


BERHUBUNGAN DENGAN ISU INDIVIDU

PEMIKIRAN (UBAH SUAI)

TINGKAH LAKU (UBAH SUAI) EMOSI (UBAH SUAI)


Rajah 1: Pengubahsuaian pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam dirimerujuk kepada
Teknik CBT

Aliran Proses Kaunseling:

Fasa pertama: Memberi kefahaman dan meningkatkan kesediaan murid untuk mengikuti program
pemulihan; membantu murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pemulihan; membantu
murid menyedari masalah yang dialaminya dan menyediakan rancangan pemulihan kepada murid.

Fasa kedua: Membolehkan murid mengatasi masalah yang dialaminya secara positif dan kreatif;
mengerat perhubungan serta meningkatkan kemesraan murid bersama keluarga untuk mencapai
objektif yang seterusnya dalam mewujudkan kesedaran untuk membantu murid membuat
perancangan kerjaya yang sesuai.

Fasa ketiga: Membina Kemahiran Daya Tindak (coping skill) untuk mencegah penagihan semula;
membolehkan murid menguruskan tekanan dengan berkesan dan memberi kemahiran kepada murid
dalam aspek pengurusan diri.

Fasa terakhir: Mengukuhkan Kemahiran Daya Tindak (coping skill) untuk mencegah penagihan
semula; mengintegrasi semula murid ke dalam masyarakat; membantu murid membuat perancangan
hidup selepas menjalani pemulihan dan membantu murid menjadi seorang individu yang produktif
dan berguna.
MOTI
VATIONAL INTERVIEWING (MI)

Pengenalan
• Fokus kepada keraguan murid dalam melakukan perubahan
• Kerjasama dua hala
• Persepsi individu pada diri sendiri
• Membantu dan memberi panduan
• Untuk mencungkil dan memperkukuhkan motivasi dalaman

Aplikasi: Perubahan sikap dan tingkah laku dalam bidang-bidang berikut:


• Kesihatan mental
• Diabetes/HPT
• Berat badan
• Pemakanan
• Medication Adherence
• HIV
• Judi
• Merokok
• Ketagihan dadah/bahan terlarang
• Jenayah dan lain-lain

Proses MI

PLAN
ELICIT
FOCUS
ENGAGE

Rajah 2 : Gambarajah Proses MI

• Penglibatan antara kaunselor dan klien (engage) murid sepanjang dalam hubungan
kaunseling bersama murid.
• Elakkan fokus secara terburu-buru diawal sesi kerana mungkin menimbulkan
penolakan(resistance) murid.
GBK mencari peluang menimbulkan(evoke) change talk murid.
Empati

- Tulus
- Melihat masalah murid dari perspektif murid
- Meletakkan diri anda dalam diri murid
- Sensitif terhadap masalah yang dialami
Matlamat: Membina hubungan baik (build rapport)

Menyatakan Percanggahan (Develop Discrepancy)

- Mengenal pasti percanggahan yang wujud antara:


 Pernyataan sebelum dan selepas
 Nilai-nilai murni dan tingkah laku negatif
 Lisan dan bukan lisan
Matlamat: Analisa pro dan kontra sesuatu perkara (elicit pros and cons of behavior)

Elak Percanggahan (Argument) Jika Berlaku Penolakan (Resistence)

- Ambil peluang menggunakan empati untuk meneroka punca masalah yang berlaku
- Ubah fokus perbincangan
Matlamat: Menghormati autonomi murid (respect patient autonomi)

Sokongan dan Tingkatkan Tahap Kecekapan (Efficacy) Murid

- Jika murid menunjukkan minat dan mahu untuk berubah. Berikan sokongan dan
pengiktirafan
- Kenal pasti dan bina motivasi murid
Matlamat: Memberi kesedaran kepada murid mengenai keupayaan mereka untuk berubah
(communicate that patient is capable of change)
MI: Elemen-elemen

• Spirit (Semangat MI)


• Change Talk
• Resistance (Menolak)

Spirit (Semangat MI)


■ Kolaborasi
– Meneroka dan menghormati pandangan, idea dan autonomi murid.
– Bukan autokratik: tidak memaksa seseorang untuk patuh atau mendengar arahan.
– Sokongan: bersikap mendorong dan menyokong.

■ Evokasi
– Meneroka dan mencungkil idea, pendapat, sebab dan keyakinan untuk berubah.
– Cuba untuk membantu murid mengubah motivasi luaran kepada motivasi dalaman.

■ Hormat autonomi murid


– Memahami bahawa murid yang membuat pilihan serta mempunyai kuasa ke atas
pilihan yang dibuat.
– Menghormati keputusan murid.
– GBK boleh memberitahu, menasihati, memberi amaran tetapi terpulang kepada
murid untuk membuat pilihan.

ChangeTalk
▪ Murid yang perlu menyatakan hasrat dan keinginan untuk berubah.
▪ Kekuatan keinginan murid untuk berubah (lemah, kuat, komited)
▪ Strategi
• Mengubah keinginan daripada lemah kepada kuat.
Kenyataan Sebelum Perubahan Kenyataan
“saya berharap perkara akan “saya akan berubah”
berubah”

▪ Reinforce (galakan) dan memajukan hasrat ke arah yang boleh dikenal pasti.
▪ Menerangkan dan rumuskan pernyataan.
▪ D.A.R.N-C.A.T.
D ▪ Desire
Saya mahu kurangkan jumlah rokok/pengambilan dadah dalam
(Keinginan)
sehari….

A
▪ Ability Saya boleh kurangkan rokok/ketagihan……
(Kemampuan)

R
▪ Reasons Saya perlu kurangkan jumlah rokok/ pengambilan dadah dalam
sehari sebab……
(Alasan)

N ▪ Need
Saya perlu dan mesti kurangkan merokok/ketagihan…
(Keperluan)

C Alhamdulillah, saya dah 3 hari berjaya untuk berhenti hisap rokok


Commitment
selepas makan.
(Komitmen)

A
Esok saya akan mulakan berhenti hisap rokok.
Activation

T
Taking Steps Murid telah memulakan komitmennya
(Bertindak)

Carta : D.A.R.N-C.A.T
Sustain Talk
▪ Sustain talk is not change talk.
■ Berlaku apabila murid bercakap tentang perubahan tetapi lebih kepada
mengapa mereka tidak mahu berubah.
■ Masalah: murid bercakap mengenai faedah tidak berubah.
▪ Contoh:
■ Murid: “Saya memang nak sangat berubah tetapi saya rasa seronok apabila
merokok”.
▪ Sustain talk- GBK: “Beritahu saya apa yang menyeronokkan mengenai rokok?"
▪ Change talk- GBK: “Ok, sekarang... andai kata saya ubah perkataan kepada
merokok itu tidak menyeronokkan…”

Penolakan (Resistance)
▪ Penolakan (Resistence) berlaku apabila murid yang mengalami keraguan
(ambivelence) sama ada dapat berubah atau tidak, tetapi “diasak” dalam interaksi
bersama GBK.
▪ Tidak sudi atau menentang perubahan.
▪ Mungkin terdapat murid yang secara aktif menjalani sesi kaunseling tetapi tidak
mahu melalui kepayahan untuk berubah.
▪ Contoh tingkah laku murid resistance:
a) Murid enggan bercakap.
b) Murid tidak memberi kerjasama.
c) Murid tidak menepati janji.
d) Murid terlalu kerap menggunakan helah bela diri.
e) Murid memanipulasi
f) Murid mengubah atau tidak menepati matlamat awal.
g) Murid lewat ke sesi kaunseling.

• Sokongan dan tingkatkan tahap kecekapan murid.

• Elak percanggahan (argument) jika berlaku resistance.

Perbezaan antara keraguan (Ambivalent) dan Penolakan (Resistance)

1. Perasaan keraguan adalah mencerminkan interaksi murid dengan masalah yang dihadapi
2. Penolakan akan mencerminkan interaksi antara murid dan anda sebagai GBK.
Tahap Perubahan Tingkah Laku dan Motivational Interviewing (MI)

1.Tahap Pra-Pertimbangan (Precontemplation)


• Seseorang berada di tahap precontemplation jika mereka tidak berniat langsung
untuk berubah.

2.Tahap Pertimbangan (Contemplation)


• Seseorang berada di tahap contemplation jika mereka mahu dan berniat untuk
berubah tetapi berpotensi untuk menangguhkan hasrat mereka.

3.Tahap Pra-Tindakan (Preparation)


• Seseorang berniat untuk berubah dan menyatakan hasrat untuk berubah.

4.Tahap Tindakan (Action)


• Pada tahap ini, individu bertanggungjawab untuk membuat perubahan tingkah laku
dan secara aktif terlibat dalam proses perubahan tingkah laku tersebut sekurang-
kurangnya sekali.

5.Tahap Pengekalan (Maintenance)


• Pada tahap ini, individu telah melakukan perubahan tingkah laku dan berjaya
berterusan melakukan perubahan tersebut selama sekurang-kurangnya 6 bulan.

The Readiness Ruler

Ini adalah salah satu alat yang kerap digunakan oleh kaunselor MI dalam memberitahu / menilai
perubahan tingkah laku murid.

“Daripada skala 0 hingga 10, sejauh mana anda bersedia untuk berubah?”

SKALA TAHAP KEPENTINGAN

Tidak penting langsung Tidak Pasti Sangat Yakin

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

0-3 Tidak Bersedia Pra-pertimbangan

4-7 Tidak Pasti Pertimbangan

8-10 Bersedia Persiapan; Tindakan


Motivational Interviewing and Stages of Changes

■ MI boleh digunakan berdasarkan tahap perubahan sikap dan tingkah laku murid. Ia
digunakan untuk membantu murid di tahap precontemplation sehingga tahap seterusnya.

■ Apabila murid telah mencapai tahap action dan maintenance, penggunaan kaedah lain
mungkin diperlukan.

4 Kemahiran Asas Motivational Interviewing (MI) (OARS)

1. (O) : Soalan terbuka (Open ended questions)

– Apa khabar hari ni?


– Anda rasa sakit di mana dan boleh terangkan bagaimana rasa sakit tersebut?
– Sudah berapa lama anda menggunakan dadah?

3. (A): Pujian / Galakan (Affirmation)


• Pengiktirafan diberikan kepada tingkah laku positif murid yang baru dibuat
dan tingkah laku yang akan dirancangkan pada masa depan

– Mendengar dengan teliti nilai-nilai positif, kesungguhan murid untuk berubah,


percubaan murid untuk berubah.
– Reframes: tukar penyataan negatif menjadi positif
■ Contoh:
Murid : “Saya rasa saya ni tak guna, buat apa pun tak jadi..tetap
merokok/menagih”.
GBK : “Anda bagus sebab tetap berusaha mencuba walaupun pernah gagal”.

3. (R) : Kemahiran Mendengar Reflektif (Reflective listening)

Terdapat tiga jenis refleksi iaitu:

i. Refleksi ringkas (Simple Reflection)


ii. Refleksi berlebihan (Amplified Reflection)
iii. Refleksi 2 arah (Double sided reflection)

Kaedah:
– Ulang semula
– Menyatakan pemahaman
– Elak penilaian
– Tujuan
 Memahami persepsi murid, idea, perasaan
 Perbincangan lebih mendalam
 Elak penilaian
 Bersifat kolaboratif
Langkah menangani percanggahan idea klien (Ambivalent):
1. Kenali pernyataan ya dan tapi daripada murid.
2. GBK perlu buat refleksi ringkas (Simple Reflection) dahulu.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling buat refleksi dua arah (Double Sided
Reflection)
4. GBK menormalkan perasaan percanggahan idea klien (Ambivalent) murid sebagai
perasaan yang normal.

5. Minta murid menjelaskan tentang perasaan percanggahan idea klien (Ambivalent).


6. Semak semula perasaan murid.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi maklum balas dengan menggunakan
change talk.

4. (S): Rumusan (Summary)

– Satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-
perasaan yang diluahkan oleh murid.
– GBK memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti;
■ Apa yang telah murid ucapkan (isi).
■ Bagaimana ia menyatakan perasaannya (emosi ketika itu).
■ Maksud, masa dan kesan kenyataannya (proses).

– Tujuan

■ Untuk menimbulkan kefahaman yang mendalam dan kesedaran diri murid


dalam proses menolong, bimbingan dan penyelesaian kepada sesuatu
masalah.
CARTA MODUL INTERVENSI DADAH DI SEKOLAH

MULA

Mentadbir Senarai Semak Murid

SKOR RENDAH SKOR TINGGI

Kumpulan
Kawalan Mentadbir Ujian B4
Tindakan S/U PPDa (vol 2.0)

A B C
Murid Berisiko Rendah Murid Berisiko Tinggi Murid Mengaku
Mencuba Dadah
Ujian Urin

Modul Modul
Murid Berisiko Rendah Murid Berisiko Tinggi
Keputusan Ujian Keputusan Ujian
Urin Negatif Urin Positif

Modul Konsultasi ibu bapa


Maintenance

Modul Murid
Pelaporan Rekod dan Positif Urin
Dokumentasi
Ujian Urin kali ke- 2
(Selepas 3 bulan)
TAMAT

Keputusan Ujian Keputusan Ujian


Urin Negatif Urin Positif

* AADK, Hospital, Pusat Pemulihan Dadah Rujuk


Pakar*
SENARAI SEMAK MURID

Senarai Semak Murid adalah satu alat bantu untuk mendapatkan maklumat murid mengikut kriteria-
kriteria seperti keluarga, kediaman, disiplin, akademik dan pekerjaan. Senarai Semak Murid ini
mengandungi 25 item. Masa untuk menjawab ujian saringan ini adalah 30 minit. Melalui senarai
semak ini, GBK dapat mengkategorikan murid kepada kumpualan berisiko rendah dan kumpulan
berisiko tinggi. Kumpulan murid berisiko tinggi akan melalui Ujian B4(vol 2.0)

Petunjuk:

Skor 0-14 - Kumpulan Murid Berisiko Rendah

Skor 15-25 - Kumpulan Murid Berisiko Tinggi


Lampiran 1

SENARAI SEMAK MURID

Nama: …………………………………. Tingkatan. :………………...

Skor
Bil Keluarga
0 1

1 Ahli keluarga saya seorang perokok tegar


2 Ahli keluarga saya pernah terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah
3 Ahli keluarga saya mempunyai hubungan dengan penagih lain
4 Ahli keluarga saya merupakan penjual dan pengedar dadah
5 Ahli keluarga saya pernah mendapatkan rawatan pemulihan rawatan dadah
Bil Kediaman
1 Kawasan tempat tinggal saya berada di persekitaran yang berisiko
2 Kawasan tempat tinggal saya terdedah dengan jenayah
3 Kawasan tempat tinggal saya berada di kawasan yang mudah mendapatkan bahan terlarang
4 Ramai pengedar di kawasan tempat tinggal saya
5 Kawasan tempat tinggal saya tidak mempunyai kawalan keselamatan yang baik
Bil Disiplin
1 Saya pernah ponteng kelas
2 Saya pernah ponteng sekolah
Saya pernah terlibat dengan masalah disiplin (Contoh: buli, peras ugut, pergaduhan dan
3
lain-lain)
4 Saya pernah dikenakan tindakan disiplin
5 Saya pernah bergaul dengan kawan-kawan yang terlibat dadah
Bil Akademik
1 Saya lemah dalam beberapa mata pelajaran
2 Saya tidak minat untuk belajar
3 Saya tidak berminat dalam bidang kemahiran
4 Saya tidak aktif dalam bidang kokurikulum
5 Saya tidak bijak mengurus masa
Bil Bekerja
1 Saya bekerja selepas waktu persekolahan
2 Saya bekerja di pusat hiburan
3 Saya membantu keluarga dengan bekerja
4 Saya menjalankan perniagaan secara dalam talian
5 Saya bekerja pada waktu malam
Jumlah

Pengiraan Skor Skor


Rendah 1-14

Tinggi 15-25
UJIAN B4 (vol 2.0)

Ujian B4 2.0 merupakan kesinambungan daripada Senarai Semak Murid. Hanya murid-murid yang
mendapat skor tinggi sahaja yang akan menjawab Ujian B4(vol 2.0) ini. Masa untuk menjawab
Ujian B4(vol 2.0) ini adalah 20 minit. Melalui Ujian ini, GBK dapat mengkategorikan murid kepada
kumpualan A, B dan C. Ujian ini berfungsi sebagai saringan ke-2 untuk GBK menjalankan
intervensi yang seterusnya. Ujian B4(vol 2.0) ini mengandungi 14 item.

1. Jawab semua item.


2. Tiap-tiap item diikuti dengan dua pilihan. Ya atau Tidak.
3. Jawab semua item dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan
dengan situasi diri anda.
4. Tiada jawapan betul atau salah.

Panduan Mengira Skor:

 Murid yang menjawab Ya bagi item 1,2 dan 14 dikategorikan dalam kumpulan A.
 Murid yang menjawab Ya bagi item 3,4,5,6,10,11,12 dan 13 dikategorikan dalam
kumpulan B.
 Murid yang menjawab Ya bagi item 7, 8 dan 9 dikategorikan dalam kumpulan C.
 Murid yang menjawab Ya bagi salah satu item daripada kumpulan A dan B,akan
dikategorikan sebagai kumpulan B.
 Murid yang menjawab Ya bagi item daripada kumpulan B dan C dikategorikan
sebagai kumpulan C.
 Murid yang menjawab Ya bagi item daripada kumpulan A,B dan C dikategorikan
sebagai kumpulan C.
KUMPULAN A
S1 S2 S3 S4

KUMPULAN B
S5 S6 S10 S11 S12 S13 S14

KUMPULAN C
S7 S8 S9
Lampiran 2
UJIAN B4 (vol 2.0)
Arahan :
Masukkan jawapan YA ( / ) sahaja ke dalam ruangan item mengikut kumpulan.

Bil Pernyataan YA TIDAK

1 Saya sudah menghisap rokok sejak di sekolah rendah

2 Saya menghisap rokok

3 Saya menghisap rokok elektronik

4 Saya menghisap shisha

5 Saya pernah menghidu gam

6 Saya masih menghidu gam

7 Saya pernah mencuba dan mengambil ganja

8 Saya pernah mengambil pil-pil khayal

9 Saya pernah mengambil syabu

10 Saya pernah mencuba minum air ketum

11 Saya pernah ketagih ubat batuk

12 Saya pernah minum alkohol/arak

13 Saya masih minum alkohol/arak

14 Saya pernah melakukan hubungan seks

KUMPULAN A
S1 S2 S3 S4

KUMPULAN B
S5 S6 S10 S11 S12 S13 S14

KUMPULAN C
S7 S8 S9
MODUL MURID BERISIKO RENDAH

BIL SESI / AKTIVITI TEMPOH

1 Kenali Diri (Lampiran 3)

2 Kemahiran Komunikasi (Lisan dan Bukan Lisan) (Lampiran 4)

3 Kesan Penggunaan Dadah

4 Asertif Diri (Lampiran 5) Sepanjang Tempoh


Persekolahan
5 Buku Skrap Idolaku (Lampiran 6 & 7)

6 Potret Cita-citaku

7 Kerjayaku (Lampiran 8)

8 Forum Bahaya Dadah


AKTIVITI 1

KENALI DIRI

Analisis SWOT biasanya digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan individu.
Analisis ini amat bersesuaian dalam penilaian kendiri seseorang individu untuk mengenal pasti
kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dalam mengenali diri.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid akan mengenal pasti kekuatan,
kelemahan, peluang, dan ancaman dalam diri masing-masing.
Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah.


Bahan i. Alat tulis
ii. Kertas A4
Kaedah Penyampaian Bimbingan Kelompok
i. Murid duduk dalam bulatan dengan selesa.
Langkah-langkah ii. GBK mengedarkan kertas A4 kepada murid dan meminta murid
melipat kertas A4 kepada empat bahagian.
iii. Setiap bahagian dinamakan berdasarkan lembaran kerja
(rujuk Lampiran 3).
iv. Murid diminta untuk menulis kekuatan, kelemahan, peluang, dan
ancaman yang ada dalam diri mereka.
v. Penerokaan untuk mengenal pasti halangan serta kelemahan yang
ditulis oleh murid dan dibandingkan dengan kekuatan serta
peluang yang ada.
vi. Perbincangan untuk meningkatkan keyakinan murid dengan
menggunakan kekuatan dan peluang yang ada.
Penilaian Pada akhir aktiviti, murid dapat mengenal pasti kekuatan,
kelemahan, peluang, dan ancaman yang ada pada diri masing-
masing dalam menghindari daripada masalah dadah.
Lampiran 3
ANALISIS SWOT

Sila senaraikan ciri-ciri yang terdapat dalam diri anda berdasarkan kepada analisis SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
(STRENGTH – S) (WEAKNESSES - W)

 
 

 

 

 

PELUANG ANCAMAN
(OPPORTUNITY -O) (THREATS - T)

 








AKTIVITI 2

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (LISAN DAN BUKAN LISAN)

Komunikasi boleh didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat,
radio, telefon dan lain-lain (Kamus Dewan, 2007). Komunikasi ini tidak akan lari daripada enam
komponen utama iaitu penyampai, penerima, medium perantaraan, maklumat, maklum balas dan
gangguan. Komunikasi berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan jelas daripada penyampai
kepada penerima dalam usaha mencapai matlamat organisasi.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. membezakan kaedah komunikasi secara lisan dan bukan lisan;
ii. mengenal pasti halangan yang terdapat dalam komunikasi;
iii. memilih kaedah komunikasi yang berkesan.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah


Bahan Kad situasi (Lampiran 4)

Kaedah Penyampaian Bimbingan kelompok


Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan
mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK memberi penerangan yang jelas tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan.
iii. GBK memilih 3 orang ahli dalam kumpulan (Murid A, B dan C)
iv. Murid B dan C diminta untuk meninggalkan kumpulan.
v. GBK menerangkan aktiviti ini kepada ahli yang lain.
vi. Murid A akan diberikan skrip dan dikehendaki melakonkan aksi
tanpa lisan mengikut situasi yang diberi. (Rujuk Lampiran 19).
vii. Murid B dipanggil semula ke dalam kumpulan untuk memerhati
aksi yang dilakonkan oleh Murid A.
viii. Murid B diminta untuk melakonkan semula aksi seperti Murid A
dan Murid C diminta untuk meneka dan melakonkan semula aksi
yang telah dilakonkan oleh Murid B.
ix. Murid B dan C diminta untuk menjelaskan apakah aksi yang
dilakonkan oleh mereka.
x. Ahli kumpulan yang lain dikehendaki memberi penjelasan
tentang aksi-aksi yang telah dilakonkan oleh Murid A, B dan C.

Penilaian Murid dapat berkomunikasi dengan lebih yakin dan meningkatkan


kemahiran interpersonal.

Lampiran 4
Kemahiran Komunikasi (Lisan dan Bukan Lisan)

Arahan situasi (Tiru Macam Saya)

Murid A : Aksi tanpa lisan

Murid B : Memerhati aksi yang dilakukan Murid A dan melakonkan semula

Murid C : Memerhatikan aksi Murid B dan melakonkan semula

Fasilitator : Meminta Murid B dan C menjelaskan apakah aksi yang dilakukan oleh mereka .

Kad Situasi

Murid A diminta melakon aksi aksi mengikut urutan seperti yang berikut.

1. Menyiang ikan
2. Mendodoi anak menangis dibuaian
3. Kejar dan halau kucing yang cuba makan ikan siangan
4. Menggoreng ikan
5. Menyajikan ikan yang telah siap digoreng
6. Mengangkat dan menjawab telefon yang berbunyi
7. Menyediakan hidangan makan di atas meja.
8. Buka radio dan duduk membaca surat khabar
AKTIVITI 3

KESAN PENGGUNAAN DADAH

Kesan pengambilan dadah kepada manusia amat buruk, sama ada pengambilan dadah secara
suntikan ataupun pengambilan dadah melalui mulut. Kesan buruk dadah kepada tubuh badan amat
berbahaya.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid akan dapat menerangkan bahaya dadah
kepada tubuh badan.
Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah

Bahan Brosur atau video Antidadah ( Sumber AADK)

Kaedah Penyampaian Bimbingan Kelompok


Langkah-langkah i. GBK mengedarkan brosur atau menayangkan video mengenai
bahaya pengambilan dadah kepada murid.
ii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan dikehendaki menerangkan tentang punca, kesan dan
langkah pencegahan dadah.
iii. Murid menjawab kuiz antidadah berdasarkan aktiviti yang telah
dijalankan.
Penilaian Murid dapat menjawab soalan kuiz antidadah.
AKTIVITI 4

ASERTIF DIRI
Perilaku asertif merupakan kemampuan seseorang menyatakan perasaan dan tindakannya secara
jujur, berterus terang dan ikhlas tanpa melanggar hak orang lain. Selain itu, seseorang yang
berperilaku asertif mampu menghargai hak diri sendiri dan orang lain, bersikap aktif dalam
kehidupannya untuk mencapai apa yang diinginkan.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid boleh:


i. menyenaraikan hak peribadi;
ii. menyenaraikan tindakan asertif;
iii. menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
Masa 40 - 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah


Bahan Kertas latihan diskriminasi asertif (Lampiran 4)
Kertas mahjong
Pen marker
Kaedah Penyampaian Bimbingan Kelompok
Langkah-langkah i. GBK menerangkan setiap orang harus sedar akan wujudnya hak
peribadi dan mereka harus menggunakannya.
ii. Murid membuat sumbang saran mengenai hak asasi dan
menyenaraikan di atas kertas mahjong. Contohnya hak
mendapatkan pendidikan, kasih sayang, keselamatan, kesihatan
dan sebagainya.
iii. Murid membentangkan senarai tersebut dan GBK mengulas
perkara tersebut.
iv. GBK mengedarkan lembaran kerja.
Penilaian Mengenal pasti sifat murid dengan melihat tindak balas murid terhadap
situasi yang dihadapi melalui Latihan Diskriminasi Asertif.
Lampiran 5
Definisi
Pasif : Mengabaikan hak sendiri
Agresif : Menghormati hak sendiri
Mengabaikan hak orang lain
Asertif : Menghormati hak sendiri
Menghormati hak orang lain

LATIHAN DISKRIMINASI ASERTIF


Di bawah ini terdapat senarai situasi dan respon. Tandakan (/) sama ada respon anda bersifat pasif,
agresif atau asertif pada situasi yang diberikan.
Pasif Agresif Asertif
Situasi Respon
1. Seorang murid lain ingin pinjam Awak ni asyik nak pinjam
kertas A4 daripada anda. barang orang je …
2. Kawan anda menyampuk semasa Minta maaf, saya hendak
anda sedang bercakap. bercakap lagi …
3. Seorang ahli keluarga anda
Ya, ok, saya sedang
menyuruh anda membuat kerja
membuat kerja sekolah
rumah semasa anda sedang
sekarang …
membuat kerja sekolah.
4. Anda sedang menunggu layanan
di kaunter, tiba-tiba seseorang Anda terdiam, cuma
melintas dan memotong barisan menarik nafas panjang …
anda.
5. Kawan mengajak saya untuk
ponteng kelas kerana tidak Ok, kita nak lepak di mana?
menyiapkan kerja sekolah.
Bagaimana saya tahu apa
6. Seorang kawan meminta nasihat
yang awak buat / itu adalah
atas masalah peribadinya.
masalah anda …
7. Anda terlibat dalam lumba haram.
Saya marah kerana dia
Seorang rakan telah menasihati
mengambil tahu hal saya ...
anda.
Saya berhenti mendengar
8. Seorang kawan telah bertanya
guru mengajar untuk
sesuatu kepada anda semasa guru
melayan pertanyaan rakan
sedang mengajar.
...
9. Kawan menghulurkan rokok
semasa saya sedang menunggu Saya tak nak!
bas.

10. Kawan membawa bir ke sekolah Saya nak cuba rasa


untuk meraikan hari jadinya sikit,boleh?
AKTIVITI 5

BUKU SKRAP IDOLAKU

Usia remaja mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur positif atau negatif. Antaranya ialah pengaruh
idola seperti artis, olahragawan dan tokoh usahawan dan tokoh masyarakat. Idola mampu memberi
kesan dan pengaruh yang besar terhadap keperibadian individu.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid akan dapat menghasilkan Buku Skrap
Idolaku
Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah


Bahan i. Lampiran 6 dan 7
ii. Alat tulis

Kaedah Penyampaian Bimbingan Kelompok

Langkah-langkah i. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang murid


ii. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti 5 tokoh yang
berjaya.
iii. Biodata, pencapaian dan sumbangan tokoh perlu dicatat dalam
Lampiran 6 dan 7.
iv. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil kumpulan.
v. Hasil kumpulan dijadikan buku skrap.
Penilaian Penghasilan Buku Skrap
Lampiran 6
Lampiran 7
AKTIVITI 6

POTRET CITA-CITAKU

GBK meminta murid menetapkan cita-cita mereka. Murid diberikan pengetahuan tentang perkaitan antara
ciri-ciri personaliti seseorang dengan sesuatu kerjaya. Aktiviti ini bertujuan membantu mengenal kerjaya
pilihan mereka. Murid diberi peluang untuk melukis potret pilihan kerjaya mereka dan mencatatkan
maklumat mengenai kerjaya pilihan.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat mengenal pasti cita-cita mereka sendiri.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah


Bahan Pamplet program/ set komputer/ telefon pintar (untuk akses maklumat)
Kaedah
Bimbingan Kelompok
Penyampaian
Langkah-langkah i. GBK merujuk kepada skoring ujian Inventori Minat Kerjaya (IMK) atau
Ujian Inventori Tret Personaliti (ITP).
ii. GBK mencadangkan kursus jangka masa pendek yang bersesuaian dengan
personaliti murid.
Penilaian Murid dapat menyatakan cita-cita.

Berikut merupakan antara institusi yang menawarkan peluang pendidikan tinggi/ kemahiran:

Universiti Awam : UPUPocket


Kolej Komuniti : http://www.jpkk.edu.my/jpkk/
Institut Pendidikan MARA : http://www.mara.gov.my
Institut Kemahiran Belia Negara : http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/
Institut Latihan Perindustrian : http://www.ilpkl.gov.my/
Akademi Binaan Malaysia : https://www.akademibinaan.com.my

Walau bagaimanapun, terdapat juga pelbagai institusi swasta yang turut menawarkan pelbagai kursus
pendidikan tinggi/ kemahiran yang bersesuaian dengan umur serta waktu persekolahan murid terbabit.
AKTIVITI 7

KERJAYAKU

GBK meneroka minat atau hala tuju kerjaya murid berlandaskan Inventori Minat Kerjaya yang dibuat
oleh murid. Minat seseorang murid dapat dipupuk dengan adanya ilmu pengetahuan tentang kerjaya yang
mereka minati.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat merancang pemilihan kerjaya.

Masa 40 minit
Sasaran Murid berisiko rendah

Kaedah Penyampaian Bimbingan individu / kelompok


Bahan-bahan Laporan Inventori Minat Kerjaya (Lampiran 8)
(Rujuk laporan IMK yang telah dibuat oleh murid semasa tingkatan
satu atau tingkatan tiga)

Langkah-langkah i. GBK menjelaskan keputusan IMK kepada murid.


ii. Murid menyatakan kepentingan hala tuju kerjaya selepas
PT3 dan SPM.
iii. GBK menerangkan cara-cara murid boleh mencapai kerjaya
impian masing-masing.
iv. GBK mengaitkan tingkah laku delikuen yang boleh
menghalang daripada mencapai cita-cita yang diimpikan.
Penilaian Murid dapat merancang pemilihan kerjaya.
Lampiran 8

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA


1. Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan
membenarkan ekspresi diri.
2. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari
jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.
3. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu
pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang
berkenaan.
4. Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan
atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA


1. Remaja kurang berkebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjaya kerana mempunyai
minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada minat.
2. Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personaliti, minat, nilai, serta kebolehan
hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya.
3. Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA


1. Mengenal pasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan
pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
2. Mengenal pasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang
sesuai.
TEORI KERJAYA HOLLAND

REALISTIK
 ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)

CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materialistik, jujur, pemalu,
akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal

SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status),
bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan

TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain

ORIENTASI
Penglibatan secara langsung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek

PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, mentor kemahiran hidup, juruteknik,
pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto,
juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip

BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan,
bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian,
dan penternakan. Ganjaran bernilai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional
INVESTIGATIF
 ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)

CIRI-CIRI
Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesimistik,
berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular

SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah,
bekerja sendirian

TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang
lain, kepimpinan

ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah

PEKERJAAN
Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris,
ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana,
penyunting, ahli antropologi, pengatur cara komputer

BIDANG PENGAJIAN
Perubatan, sains dan matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan
kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains geoinformasi

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik,
ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semula jadi.
ARTISTIK
 ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)

CIRI-CIRI
Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak
bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif,
intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal

SUKA
Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni
lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian

TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja pengkeranian, perniagaan dan sistem pementoran dan
pentadbiran, manipulasi data

ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea

PEKERJAAN
Mentor bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka
grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, penyair, penyunting filem, jurusolek, pelukis,
wartawan

BIDANG PENGAJIAN
Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni
bina perancangan, falsafah

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik.
Ganjaran bernilai seni.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.
SOSIAL
 ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)

CIRI-CIRI
Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah,
penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka
bergaul, pemurah, kewanitaan

SUKA
Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan,
perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan
masalah masyarakat

TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal
dan saintifik

ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan

PEKERJAAN
Pensyarah, mentor, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan,
juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi

BIDANG PENGAJIAN
Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah, sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik,
pembangunan sumber manusia, ekologi manusia

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang
lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan.
Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara yang fleksibel.
ENTERPRISING
 ORANG JENIS USAHAWAN (PEMENTORAN DAN PERNIAGAAN)

CIRI-CIRI
Agresif, memujuk, cergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka
berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran
interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin,
bermotivasi

SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengembara,
bersosial, suka cabaran

TIDAK SUKA
Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang
ditentukan dan diawasi

ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain

PEKERJAAN
Pegawai pemasaran, perunding, mentor, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit,
pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pementoran syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran
saham, spekulator, pementoran personal.

BIDANG PENGAJIAN
Pementoran dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan,
sains aktuari, perancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pementoran personal.

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk
matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan
kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan
stereotaip
KONVENSIONAL
 ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)

CIRI-CIRI
Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri,
pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin,
konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan

SUKA
Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem
fail, bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail

TIDAK SUKA
Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-
aktiviti kurang pengstrukturan

ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik

PEKERJAAN
Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan,
jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, jurutrengkas, penilai harta,
kerani kaunter, mentor perdagangan

BIDANG PENGAJIAN
Teknologi maklumat, sains komputer, pementoran dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains
kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan

PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, manipulasi data, rekod atau bahan bertulis,
ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur.
Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.
AKTIVITI 8

FORUM BAHAYA DADAH

Penganjuran forum/ceramah ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang bahaya dadah daripada
pihak penguatkuasa dan kesihatan.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid-murid akan mendapat tahu tentang kesan dan
bahaya dadah.
Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko rendah

Kaedah Penyampaian Forum / Ceramah


Bahan-bahan PA Sistem
LCD
Langkah-langkah 1. GBK menjemput wakil dari Klinik Kesihatan, AADK, PDRM,
Penjara dan Badan NGO.
2. Murid-murid mendengar maklumat bahaya dadah yang
disampaikan oleh para jemputan.
3. Murid-murid diberi kuiz spontan selepas forum / ceramah.
Penilaian Murid menjawab kuiz
MODUL MURID BERISIKO TINGGI

BIL SESI/ AKTIVITI TEMPOH

1 Ujian Pra- Stages of Changes (SoCS) (Lampiran 9)

2 Membina Hubungan

3 Rakan Masa Kini (Lampiran 10)

4 Kemahiran Pengurusan Emosi/Stres (Lampiran 11)

5 Marabahaya (Bahaya Dadah) (Lampiran 12) Sepanjang Tempoh

6 Kemahiran Pengurusan Masa (Lampiran 13) Persekolahan

7 Kemahiran Membuat Keputusan (Lampiran 14)

8 Aku Kuat! Aku Hebat! (Lampiran 15)

9 Keluarga Bahagia (Lampiran 16)

10 Ujian Pos - Stages of Changes (SoCS) (Lampiran 9)


AKTIVITI 1

UJIAN PRA STAGES OF CHANGES (SoCS)

SoCS adalah ujian psikologi daripada University of Rhode Island Change Assessment Scale (URICA)
yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan untuk berubah. James, Proschaska, John, Norcross dan
Carlo (2013) menjelaskan terdapat lima peringkat perubahan yang mungkin dialami oleh murid iaitu,
Pra Pertimbangan (precontemplation), Pertimbangan (contemplation), Persediaan (preparation),
Tindakan (action) dan Pengekalan (maintenance). Kebanyakan murid tidak melalui peringkat ini secara
berturutan, kerana ada yang melalui peringkat ini secara berliku (spiral) atau tidak mengikut susunan.
Justeru, GBK perlu menggunakan Ujian SoCS sebagai ujian pra dan ujian pos semasa proses intervensi.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. mengetahui tahap kesediaan untuk berubah (Stage of Change-
SoCS) murid sebelum menjalani aktiviti;
ii. Mengenal pasti intervensi yang sesuai mengikut tahap kesediaan
untuk berubah melalui skor yang dikira.
Masa 45 minit

Sasaran Murid-murid yang berisiko tinggi

Bahan Ujian SoCS (Lampiran 9)

Kaedah Penyampaian Bimbingan Kelompok


Langkah-langkah i. Mengedar soal selidik SoCS semasa sesi awalan untuk
mengenal pasti tahap kesediaan untuk berubah.
ii. Murid dikehendaki menjawab Ujian SoCS untuk mengetahui
tahap persediaan murid untuk berubah.
iii. GBK membimbing murid membuat pengiraan dan
menganalisisnya

1. Murid dapat menjawab semua soalan dalam masa yang


Penilaian
diperuntukkan.
2. Markah skor dapat mengukur tahap kesediaan murid
untuk berubah dan menerima intervensi menggunakan kaedah
psikopendidikan.
Lampiran 9

SKALA TAHAP-TAHAP PERUBAHAN


(STAGES OF CHANGE SCALE)

BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI

SILA ISI MAKLUMAT DIRI ANDA

1. Nama Penuh

2. Kelas

UNTUK DIISI OLEH GBK:


1. Kategori Ujian: Ujian PRA Ujian POS
2. Tarikh:__________________

BAHAGIAN B: TAHAP-TAHAP PERUBAHAN


Arahan: (1) Bagi setiap kenyataan berikut, terdapat lima (5) pilihan respon jawapan yang mungkin
menggambarkan perasaan anda pada masa kini. Bulatkan pilihan respon jawapan anda.

Pilihan lima (5) kemungkinan respons jawapan yang anda rasa bagi setiap kenyataan ialah
1. Sangat Tidak Setuju (STS)
2. Tidak Setuju (TS)
3. Tidak Pasti (TP)
4. Setuju (S)
5. Sangat Setuju (SS)

Bil b Bil Kenyataan dan lima (5) pilihan respon anda STS TS TP S SS
1 Bagi saya, saya tak ada sebarang masalah yang memerlukan perubahan. 1 2 3 4 5
2 Saya fikir saya dah bersedia untuk memperbaiki diri. 1 2 3 4 5
Saya sedang berusaha membuat sesuatu tentang masalah-masalah yang 1 2 3 4 5
3
mengganggu saya.
4 Boleh jadi ada faedahnya jika saya berikan perhatian kepada masalah saya. 1 2 3 4 5
5 Saya tidak menghadapi masalah. Tidak perlulah saya berada di sini 1 2 3 4 5
Sekarang saya dah berubah, tapi saya bimbang saya mungkin tergelincir balik 1 2 3 4 5
6
kepada masalah lama, jadi saya berada di sini untuk mencari pertolongan.
7 Akhirnya saya mengambil tindakan ke atas masalah saya 1 2 3 4 5
Bil b Bil Kenyataan dan lima (5) pilihan respon anda STS TS TP S SS
Dah lama saya fikir mungkin saya mahu mengubah sesuatu tentang diri saya
8 ini. 1 2 3 4 5
Saya dah berjaya dalam menangani masalah saya, tetapi saya kurang yakin
9 dapat mengekalkan keadaan baik ini seorang diri. 1 2 3 4 5
Kadang-kala masalah saya ini sukar nak diatasi, tetapi saya masih berusaha
10 mengatasinya.
1 2 3 4 5
Berada di sini membuang masa sahaja kerana masalah ini tiada kaitan dengan 1 2 3 4 5
11
saya.
12 Saya harap tempat ini akan membantu saya supaya lebih fahami diri saya. 1 2 3 4 5
Saya agak saya dah melakukan banyak kesilapan, tapi sebenarnya tidak banyak
13 perubahan yang perlu saya lakukan 1 2 3 4 5
14 Saya bersungguh-sungguh bekerja keras untuk berubah. 1 2 3 4 5
15 Saya mempunyai masalah dan saya fikir eloklah saya berusaha menanganinya. 1 2 3 4 5
Saya tidak teruskan dengan perubahan yang telah saya jalani, dan saya di sini
16 ingin berusaha mencegah saya daripada mengalami masalah sama. 1 2 3 4 5
Walaupun saya tak selalu berjaya membuat perubahan tapi sekurang-kurangnya
17 saya berusaha untuk mengatasi masalah saya. 1 2 3 4 5
Walaupun saya tak selalu berjaya membuat perubahan tapi sekurang-kurangnya
18 saya berusaha untuk mengatasi masalah saya. 1 2 3 4 5
Kalau boleh, saya hendak mempunyai lebih banyak idea untuk menyelesaikan
19 masalah saya. 1 2 3 4 5
Saya dah mula berusaha mengatasi masalah saya, tapi sekarang ini saya
20 perlukan pertolongan. 1 2 3 4 5
21 Mungkin tempat ini boleh membantu saya. 1 2 3 4 5
Saya perlukan sokongan sekarang ini supaya saya dapat kekalkan perubahan
22 yang saya sudah buat. 1 2 3 4 5
Sekali fikir boleh jadi saya ini juga penyumbang kepada masalah saya, tapi
23 sebenarnya hal ini tidak betul-betul begitu
1 2 3 4 5
Saya harap ada orang di sini yang bersedia memberi nasihat berguna kepada
24 saya. 1 2 3 4 5
Orang boleh bercakap tentang perubahan, tapi sebenarnya saya sedang berusaha
25 untuk membuat perubahan. 1 2 3 4 5
Berbincang tentang cara hendak mengatasi masalah manusia ini memang
26 membosankan saya. Lupakan sahaja masalah, habis cerita. 1 2 3 4 5
Saya sedang berusaha untuk mencegah diri saya daripada terlibat semula
27 dengan masalah seperti dulu. 1 2 3 4 5
Ia membuat saya geram, tapi saya rasa saya mungkin sedang mengalami semula
28 masalah yang saya ingat saya sudah selesaikannya 1 2 3 4 5
Saya tahu saya bermasalah, tapi orang lain pun ada masalah juga. Mengapa
29 saya perlu membuang masa untuk memikirkan tentangnya? 1 2 3 4 5
30 Saya sedang bersungguh-sungguh cuba menyelesaikan masalah saya. 1 2 3 4 5
Saya lebih rela terima sahaja kesilapan-kesilapan saya daripada cuba untuk
31 mengatasinya.
1 2 3 4 5
Walaupun saya sudah cuba menyelesaikan masalah, tapi masalah tersebut
32 sentiasa muncul mengganggu saya. 1 2 3 4 5
PEMARKAHAN :

BIL TAHAP ITEM SKOR JUMLAH PURATA


SKOR SKOR
1. Pra-pertimbangan 1 + 5 + 11
(Precontemplation) + 13 + 23 + ___ +___+___+___+___+___+___
26 + 29
2. Pertimbangan 2 + 8 + 12
(Contemplation) + 15 + 19 + ___ +___+___+___+___+___+___
21 + 24
3. Tindakan (Action) 3 + 7 + 10
+ 14 + 17 + ___ +___+___+___+___+___+___
25 + 30
4. Pengekalan 6 + 16 + 18
(Maintenance) + 22 + 27 + ___ +___+___+___+___+___+___
28 + 32

Jumlah Skor Tertinggi Anda Ialah: Tahap _______________________

Bagi mendapatkan skor tahap kesediaan untuk berubah murid, jumlahkan markah bagi setiap tahap dan
bahagikan setiap jumlah skor tersebut dengan 7 untuk mendapatkan purata skor. Setelah itu, lakukan
pengiraan mengikut formula berikut:
( Purata C + Purata A + Purata M ) – Purata PC

Kesediaan untuk berubah = _____________________ Markah


Tahap kesediaan untuk berubah : Tahap ______________________________

JADUAL TAHAP KESEDIAAN UNTUK BERUBAH

Pra-pertimbangan 8 dan ke bawah


(Precontemplation)

Pertimbangan (Contemplation) 8-11

Persediaan (Preparation) 11-14

Pengekalan (Maintenance) 14 dan ke atas


AKTIVITI 2

MEMBINA HUBUNGAN

Ryan Dylan (2016) pula mendefinisikan bahawa rapport sebagai hubungan yang harmoni antara dua
individu dalam memahami antara satu sama lain. Hal ini, penting untuk murid berasa selamat dan
selesa ketika bersama-sama dengan GBK. Sekiranya murid tidak mengalami pengalaman ini, ada
kemungkinan murid tidak akan membuka ruang dan peluang untuk berkongsi isu secara mendalam
dengan GBK. Oleh sebab itu, adalah sangat penting bagi seorang GBK mempunyai kemahiran untuk
mencipta kejelekitan dalam perhubungan terapeutik ini bagi membantu murid berasa selesa dan
selamat.

Objektif Pada akhir sesi ini, murid tidak ada halangan untuk membuat perkongsian dengan
GBK.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi

Bahan Tiada

Kaedah
Kaunseling Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid.


Murid diminta untuk memperkenalkan diri seorang demi seorang secara
ringkas.
ii. GBK menerangkan bahawa sesi kaunseling ini ialah satu sesi perkongsian
dan tiada halangan untuk murid berkongsi apa-apa sahaja.
iii. GBK membuat penstrukturan sesi kaunseling dengan menerang tentang
masa, peranan murid, peranan GBK, etika kaunseling, serta bilangan sesi.
iv. GBK meneruskan perbualan bagi membina kejelekitan melalui perbualan
i. berkaitan dengan perkara yang disukai oleh murid seperti hobi, makanan
ii. kesukaan, kawan-kawan dan lain-lain.
v. GBK mengemukakan soalan terbuka untuk mengenal pasti tahap kesediaan
berubah murid berdasarkan analisis SOcS.
iii.vi. GBK membuat rumusan dan penamatan sesi 1.

Penilaian Murid mengetahui proses kaunseling yang bakal dijalani.


AKTIVITI 3

RAKAN MASA KINI

Menurut Azhar (2017), rakan sebaya dapat didefinisikan sebagai sekumpulan orang yang berada
dalam lingkungan umur yang sama atau hampir sebaya antara satu dengan yang lain. Menurut
Klausmerier (1975), dalam soal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran dan kemesraan,
remaja dipengaruhi oleh pendapat rakan sebaya yang memperlihatkan pengaruh yang lebih tinggi
berbanding dengan ibu bapa atau keluarga. Rumusannya, pengaruh rakan sebaya terlalu dominan
dalam pembentukan sahsiah dan keperibadian remaja pada hari ini sehingga mengatasi keupayaan ibu
bapa untuk membina identiti dan akhlak anak mereka.

Objektif Pada akhir sesi ini, murid akan:


i. mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman rakan-
rakannya pada masa sekarang;
ii. membincangkan perkara berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman rakan-rakannya pada masa sekarang.

Masa 60 minit

Sasaran Murid risiko tinggi

Bahan Lampiran Rakan Masa Kini & papan putih

Kaedah
Kaunseling Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelumnya
ii. GBK meminta murid untuk mengisi borang yang disediakan (rujuk
lampiran 10 berkaitan dengan kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang mungkin dihadapi oleh murid daripada rakan-rakannya.
iii. Setelah selesai, GBK dan murid berbincang tentang kebaikan (positif)
dan keburukan (negatif) meneruskan persahabatan dengan rakan-rakan
murid sekarang.
iv. GBK perlu memfokuskan perbincangan kepada kelemahan dan ancaman
v. yang mungkin murid hadapi sekiranya terlalu terpengaruh dengan rakan-
rakan yang murid ada sekarang (tidak perlu menyatakan nama rakan).
vi. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
rakan-rakannya pada masa sekarang.
Lampiran 10
RAKAN PADA MASA KINI

A. KEBAIKAN/ POSITIF B. KEBURUKAN/ NEGATIF

C. PELUANG/ POSITIF D. ANCAMAN/ NEGATIF


AKTIVITI 4

KEMAHIRAN PENGURUSAN EMOSI/ STRES


Stres adalah manifestasi daripada masalah psikologi dan fisiologi. Menurut Hans Selye (1974)
seorang pakar endokrin yang banyak mengkaji tentang stres menyatakan, tekanan sentiasa wujud
dalam kehidupan manusia. Sekiranya tiada tekanan, keadaan seseorang individu boleh disamakan
dengan kematian. Menurut Hans Selye lagi tekanan yang bertambah berat sehingga tidak
menggembirakan, boleh membahayakan kesihatan seseorang

Terdapat pelbagai jenis sumber atau keadaan yang boleh menyebabkan tekanan seperti dadah,
senaman, perkahwinan, peperiksaan, pekerjaan, masalah anak, penyakit, makan terlalu banyak, tidak
cukup tidur, menang loteri, beli rumah dan tanah runtuh. Penyelidik daripada Amerika Utara iaitu
Thomas Holmes dan Richard Rache mendapati faktor-faktor seperti kematian pasangan, perceraian
atau perpisahan, masalah keluarga dan peribadi meninggalkan kesan paling mendalam dalam diri
seseorang.

Objektif Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:


1. mengetahui tahap kebimbangan/ stres yang dialami;
2. mengurus stres melalui aktiviti fizikal yang sesuai.

Masa 60 minit

Sasaran Murid yang berisiko tinggi

Bahan Muzik, alat bantuan lain yang sesuai dengan aktiviti dan ujian DASS
(Lampiran 11)

Kaedah
Kaunseling Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelumnya.
ii. GBK berbincang dengan murid tentang situasi stres.
iii. GBK mengukur dan menginterpretasi tahap stres/anxiety/ depresi yang
dialami oleh murid dengan menggunakan ujian DASS (Lampiran 10)
iv. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid dapat mengenal pasti emosi diri dan belajar cara untuk mengawal dan
menenangkan hati serta emosi
Lampiran 11
SARINGAN MINDA SIHAT
SOAL SELIDIK DASS

LANGKAH 1 : Sila bacadan jawab soal selidik DASS


LANGKAH 2 : Masukkan skala markah jawapan ke dalam ruangan kosong di bahagian 2, mengikut
soalan (s) bagi setiap kategori (stress,Anzieti dan Kemurungan)
LANGKAH 3 : Jumlah skala markah bagi setiap kategori bagi mengetahui tahap status kesihatan
LANGKAH 4 : Sila isikan keputusan dalam bahagian 3 dan isikan dalam keratan di muka hadapan

BAHAGIAN 1

Sila baca kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0,1,2,3) yang menggambarkan keadaan
anda SEMINGGU yang lepas. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak
masa untuk mana-mana kenyataan.
Skala markah adalah seperti berikut:

0=Tidak pernah sama sekali 1=Jarang 2=Kerap 3=Sangat Kerap

Bil Penyataan Tidak Jarang Kerap Sgt


Pernah Kerap
1 Saya rasa susah untuk bertenang 1 2 3 4
2 Saya sedar mulut saya rasa kering 1 2 3 4
3 Saya seolah-olah tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali 1 2 3 4
4 Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya, bernafas terlalu cepat 1 2 3 4
Tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal
5 Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan sesuatu keadaan 1 2 3 4
6 Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan 1 2 3 4
7 Saya pernah menggeletar (contohnya tangan) 1 2 3 4
8 Saya rasa saya terlalu gelisah 1 2 3 4
9 Saya risau akan berlaku keadaan di mana saya panik dan berkelakuan bodoh 1 2 3 4
10 Saya rasa tidak ada yang saya harapkan (putus harapan) 1 2 3 4
11 Saya dapati saya mudah resah 1 2 3 4
12 Saya merasa sukar untuk relaks 1 2 3 4
13 Saya rasa muram dan sedih 1 2 3 4
14 Saya tidak boleh terima apa jua yang menghalangi saya daripada 1 2 3 4
meneruskan apa yang saya sedang lakukan
15 Saya rasa hampir panik 1 2 3 4
16 Saya tidak bersemangat langsung 1 2 3 4
17 Saya rasa diri saya tidak berharga 1 2 3 4
18 Saya mudah tersinggung 1 2 3 4
19 Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, saya sedar akan debaran 1 2 3 4
Jantung saya (contoh: degupan jantung lebih cepat)
20 Saya rasa takut tanpa sebab 1 2 3 4
21 Saya rasa hidup ini tidak beerti lagi 1 2 3 4
BAHAGIAN 2

Panduan Mengikra Skor :


Masukkan skala markah jawapan bagi soalan (S) bagi setiap kategori
STRESS

Soalan S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18 Jumlah

Markah

ANZIETI

Soalan S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20 Jumlah

Markah

KEMURUNGAN (DEPRESSION)

Soalan S3 S5 S10 S13 S16 S17 S21 Jumlah

Markah

Selepas dijumlahkan, sila rujuk kepada petak skor jaringan dan terjemahkan jumlah skor untuk
mengetahui tahap status kesihatan mental anda

SKOR SARINGAN
Kemurungan Anzieti Stress
Normal 0-5 0-4 0-7
Ringan 6-7 5-6 8-9
Sederhana 8-10 7-8 10-13
Teruk 11-14 9-10 14-17
Sangat Teruk 15+ 11+ 18+

BAHAGIAN 3

Isikan keputusan (normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk) dalam jadual di bawah.

KEPUTUSAN UJIAN DASS

Ujian Tahap
Stress
Anzieti
Kemurungan
AKTIVITI 5

MARABAHAYA (BAHAYA DADAH)

Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan negara, khususnya yang berkaitan dengan
penagihan dan pengedaran dadah. Pengesanan penagihan serta tangkapan pengedar masih lagi belum
reda malah makin bertambah. Beberapa jenis dadah yang dahulunya masyhur di negara Barat, mula
menjadi ancaman kepada remaja di Malaysia.

Objektif Pada akhir sesi ini, murid akan dapat:


i. mengenal pasti jenis-jenis dadah;
ii. mengenal pasti kesan buruk pengambilan dadah atas dirinya;
iii. memahami kesan buruk pengambilan dadah atas orang lain.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi.

Bahan i. Senarai Faktor Pengambilan Dadah dan Kesan Buruk Pengambilan Dadah
(Lampiran 12)
ii. Tayangan video, Pamplet/ Buku Skrap

Kaedah
Kaunseling Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi pertama.
ii. GBK meminta murid menyenaraikan faktor-faktor dan kesan buruk
pengambilan dadah mengikut pemahaman murid. (rujuk Lampiran 12)
Contoh Dialog:
a. Apakah kesan buruk sekiranya awak mengambil dadah?
b. Apa agaknya kesan buruk dadah kepada orang lain?
c. Pada pendapat awak, mengapa orang mengambil dadah?
iii. GBK membincangkan faktor-faktor dan kesan buruk pengambilan dadah
bersama murid. GBK menambah maklumat tentang faktor dan bahaya
pengambilan dadah dengan merujuk Lampiran 12.
iv. GBK juga menunjukkan tayangan video ringkas tentang kesan pengambilan
dadah (laman web http://www.drugfreeworld.org ), pamplet/ buku skrap
untuk membantu meningkatkan pemahaman murid.
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid tanpa ragu-ragu dapat berkongsi maklumat serta kebimbangannya.


Lampiran 12
Faktor Penagihan dadah
1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya
2. Mata pelajaran di sekolah terlalu susah
3. Pencapaian peperiksaan tidak baik
4. Guru terlalu garang
5. Keluarga yang berpecah belah
6. Ibu bapa bercerai
7. Terlalu banyak masalah dalam kehidupan
8. Tekanan daripada ibu bapa agar cemerlang
9. Mudah mendapat bekalan dadah
10. Banyak dadah di sekeliling kehidupan
11. Semua kawan menggunakan dadah
12. Ibu bapa menggunakan dadah
13. Tidak tahu dadah boleh membawa ketagih
14. Tidak Berasa kesan negatif pada peringkat awal penggunaan
15. Tidak percaya diri akan jadi penagih
Akibat/ Kesan Penagihan Dadah
1. Tingkah laku diri – menjauhkan diri daripada masyarakat dan hanya bergaul dengan
penagih sahaja. Kesannya mereka menjadi tidak bertanggungjawab terhadap
pembelajaran dan cenderung melakukan jenayah lain.
2. Fizikal – menjadi kurus, tenaga menjadi lemah, malas dan kelihatan berada dalam
khayalan, boleh hilang tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa
ketagihan berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana pengambilan
dadah berlebihan. Kesan jangka panjang kerosakan kepada otak.
3. Sumbangan Sosial – tidak berupaya memberikan sumbangan kepada keluarga kerana
menanggung beban kewangan yang serius sehingga menjadi bebanan kepada
keluarga dan menyebabkan porak poranda sistem kekeluargaan.
4. Keruntuhan sistem masyarakat- seperti kejadian merompak, mencuri, dan sebagainya
bagi membeli dadah.
5. Ekonomi negara- kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk memerangi
dadah dengan membelanjakan sehingga 200 juta setahun. Antara kos yang terpaksa
ditanggung seperti kos menyediakan kemudahan rawatan pemulihan dadah, kos
menyelenggara, program pencegahan dan lain-lain.
6. Keselamatan dan pertahanan negara- pihak luar akan menggunakan dadah untuk
menghancurkan generasi negara
AKTIVITI 6

KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA

Pengurusan masa secara umumnya didefinisikan sebagai proses merancang, mengatur dan
memperuntukkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas agar dapat membuahkan hasil yang
berkualiti. Perkara ini ditakrifkan sebagai proses penyesuaian peruntukan masa dengan pelaksanaan
tugasan agar hasil tugasan lebih berkualiti, di samping dapat meningkatkan produktiviti. Pengurusan
masa memerlukan pengetahuan, kemahiran, teknik dan kaedah yang tertentu. Namun yang paling
penting adalah faktor sikap dan kecenderungan individu terbabit kepada sense of urgency. Faktor
sikap inilah akhirnya yang menjadi landasan kepada kejayaan atau kegagalan seseorang dalam
merancang, melaksana dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan serta pada masa yang sama
mencapai objektif yang disasarkan.

Objektif Pada akhir sesi ini, murid akan:


i. dapat merancang dan menggunakan masa dengan teratur dan bermanfaat;
ii. dapat membuat jadual belajar sendiri;
iii. berupaya menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi

Bahan Kertas A4, Jadual Belajar (Lampiran13)

Kaedah
Bimbingan Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK membimbing murid membina Jadual Belajar (Lampiran 13)
iii. Murid diminta untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti yang berikut pada helaian
kertas A4:
a. Aktiviti yang ingin dibuat selepas waktu sekolah.
b. Aktiviti belajar untuk malam hari.
c. Aktiviti belajar pada hujung minggu.
d. Aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik lain yang terlibat.
iv. Setelah itu, murid diminta memindahkan maklumat aktiviti-aktiviti yang
telah dicatat ke atas jadual belajar.
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian
Murid dapat menyediakan jadual belajar dengan baik.
Lampiran 13
JADUAL BELAJAR MINGGUAN

HARI
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
MASA

6.00 – 2.00 PEMBELAJARAN SEPERTI BIASA

2.00-3.00 MAKAN TENGAH HARI

3.00-5.00

5.00-9.00 RIADAH/ BERSUKAN/ MAKAN MALAM

9.00-
11.00

AGIHAN MASA BAGI SETIAP MATA PELAJARAN

Jam Jam Jam Jam


AKTIVITI 7

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Pada sesi ini, murid akan didedahkan cara dan kaedah membuat keputusan yang bijak untuk diri
sendiri bagi mengelakkan murid terjebak dengan kancah penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Objektif Pada akhir aktiviti murid dapat:


i. kemahiran membuat keputusan dengan baik;
ii. meletakkan keutamaan pada tempatnya;
iii. membuat banding beza antara kebaikan dan keburukan dalam kehidupan.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi

Bahan Kad Keperluan Harian (Lampiran 14)

Kaedah
Bimbingan Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelum ini
ii. GBK berbincang dengan murid tentang jumlah duit yang mampu murid
peroleh dalam sehari/ sebulan (bekerja atau wang saku daripada ibu bapa)
iii. Penggunaan kad keperluan harian; murid diberi Lampiran 14 dan murid perlu
menulis semua keperluan harian atas kad tersebut dengan bimbingan GBK
iv. Berdasarkan kad keperluan yang disiapkan, murid diminta untuk membuat
perbandingan kebaikan dan keburukan setiap kad nilai.
v. Menggunakan teknik “ask-provoke-ask” dengan setiap pilihan murid untuk
membina pandangan murid terhadap permasalahan.
Contoh: “Ceritakan apa yang awak tahu tentang keburukan rokok/ dadah…
Apa akan terjadi kepada kamu sekiranya kamu tinggalkan keperluan kamu
yang tidak baik itu…”
vi. Bagi menggalakkan murid berbincang ke arah perubahan, kaedah “Evocative
Questions” digunakan.
Contoh: “Bagaimana kehidupan kamu sebelum kamu terlibat dengan dadah?
… Bagaimana kamu melihat diri kamu 5 tahun akan datang?
vii.. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid dapat membuat keputusan dengan baik.


Lampiran 14

SARAPAN ROKOK BELANJA KAWAN

TOP-UP MAKAN TENGAH HARI DADAH


AKTIVITI 8

AKU KUAT! AKU HEBAT!

Kesedaran kendiri membawa maksud menyedari sifat-sifat yang ada pada diri sendiri iaitu positif dan
sifat negatif. Sifat positif merupakan potensi yang ada pada diri individu yang perlu dikembang dan
diteguhkan untuk membolehkan seseorang individu itu berfungsi dengan produktif dan berkesan. Sifat
negatif merupakan kelemahan diri yang harus dikenal pasti dan berusaha untuk mengatasinya.
Kesedaran kendiri ini, memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang positif seperti
keyakinan diri, nilai-nilai diri, perkembangan yang positif dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan
murid-murid yang bertanggungjawab.

Objektif Pada akhir aktiviti murid dapat:


i. mengenal pasti kekuatan diri;
ii.menggunakan kekuatan diri sebagai faktor pelindung.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi

Bahan Borang Kenal Pasti Kekuatan Diri (Lampiran15)

Kaedah
Bimbingan Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK memulakan perbincangan tentang kekuatan diri murid.
ii. GBK memfokus hanya kepada kekuatan diri dan memotivasikan murid
dengan jawapan yang diberikan dalam bentuk pujian dan dorongan yang
positif.
iii. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid dapat menceritakan kekuatan yang ada pada dirinya dari sudut psikologi,
sikap dan perangai.
Lampiran 15
BORANG MENGENAL PASTI KEKUATAN DIRI

KEJAYAAN YANG PERNAH SAYA CAPAI PERKARA YANG MENYEBABKAN SAYA


DALAM HIDUP BERJAYA CAPAI KEJAYAAN TERSEBUT

NYATAKAN KEKUATAN ATAU BAKAT PERKARA YANG DIBIMBANGKAN


LAIN YANG SAYA MILIKI DALAM HIDUP SAYA SEKARANG

KONFLIK YANG PERNAH TERJADI CARA SAYA MENGATASI KONFLIK


DALAM HIDUP SAYA TERSEBUT
AKTIVITI 9

KELUARGA BAHAGIA

Leena Manokaran, Suhbasseni Chanrasegaran dan Ranjitha Elango (2016) menyatakan bahawa, setiap
manusia yang lahir di atas muka bumi mesti mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Keluarga ialah
satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan
anak angkat. Setiap ahli keluarga mempunyai tugas masing-masing untuk melahirkan sebuah keluarga
yang bahagia.
Pada sesi ini, murid akan memahami tentang kepentingan keluarga dalam membentuk peribadi yang
baik. Di samping, murid akan dapat mengenal pasti ciri-ciri sebuah keluarga yang bahagia.

Objektif Pada akhir sesi ini, murid akan:


1. memahami kepentingan keluarga dalam membentuk peribadi yang baik;
2. mengenal pasti ciri-ciri keluarga bahagia;
3. menghargai kelebihan dan kekurangan ahli keluarga.

Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi

Bahan Video / Gambar, Seni kata Lagu Keluarga Bahagia

Kaedah
Kaunseling Individu atau Kelompok
Penyampaian

Langkah- Langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan
mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK menayangkan video ‘Keluarga Bahagia’ atau memperdengarkan
‘Lagu Keluarga Bahagia’.
iii. GBK meminta murid membuat refleksi perasaan melalui video yang
dipertontonkan atau lagu yang diperdengarkan.
iv. GBK meminta murid menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia. (rujuk
Lampiran 15)
v. Murid berbincang ciri-ciri keluarga bahagia dalam kumpulan.
vi. GBK meneruskan perbincangan tentang kesedaran mereka terhadap
keluarga, cara menghargai kelebihan dan kekurangan ahli keluarga.
vii. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid dapat mengenali ciri-ciri keluarga bahagia.


Lampiran 16

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

1. Mewujudkan hubungan yang baik antara anak dengan ibu bapa

2. Membina kebahagiaan:

a. niat dan perbuatan yang baik

3. Mewujudkan suasana kehidupan spiritual dan keharmonian dalam keluarga seperti


yang berikut:

a. menghidupkan sembahyang berjemaah;

b. membaca Al-Quran bersama di rumah;

c. makan bersama-sama;

d. memberi salam.

4. Mengekalkan kedamaian dan kerukunan rumah tangga seperti yang berikut:

a. tolong-menolong dalam keluarga;

b. hubungan kejiranan dengan baik;

c. mengadakan aktiviti rekreasi.

5. Menjaga kesihatan dan kebersihan keluarga seperti yang berikut:

a. makan makanan yang halal, bermutu dan berkhasiat;

b. menjaga kebersihan diri.

6. Berkomunikasi dengan baik.

7. Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga.


AKTIVITI 10

UJIAN POS STAGES OF CHANGES (SoCS)

SoCS adalah ujian psikologi daripada University of Rhode Island Change Assessment Scale (URICA)
yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan untuk berubah. James, Proschaska, John, Norcross
dan Carlo (2013) menjelaskan terdapat lima peringkat perubahan yang mungkin dialami oleh murid
iaitu, Pra Pertimbangan(precontemplation), Pertimbangan(contemplation), Persediaan(preparation),
Tindakan(action) dan Pengekalan(maintenance). Kebanyakan murid tidak melalui peringkat ini secara
berturutan, kerana ada yang melalui peringkat ini secara berliku (spiral) atau tidak mengikut susunan.
Justeru, GBK perlu menggunakan Ujian SoCS sebagai ujian pra dan ujian pos semasa proses
intervensi.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. mengetahui tahap kesediaan untuk berubah (Stage of Change-
SoCS) murid selepas menjalani aktiviti;
ii. mengetahui keberkesanan intervensi melalui skor tahap
kesediaan untuk berubah;
Masa 60 minit

Sasaran Murid berisiko tinggi yang sudah melalui fasa intervensi


(Selepas tempoh 3 bulan)
Bahan Ujian SoCS (Lampiran 9)

Kaedah Penyampaian Bimbingan/ Kaunseling Individu


Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
Langkah-langkah i. Mengedar soal selidik SoCS untuk mengenal pasti tahap
kesediaan untuk berubah.
ii. Murid dikehendaki menjawab Ujian SoCS untuk mengetahui
tahap persediaan murid untuk berubah.
iii. GBK membimbing murid membuat pengiraan dan
menganalisisnya.
iv. Berdasarkan SoCS, GBK berbincang tentang keberkesanan
intervensi Bersama murid.
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
Penilaian 1. Murid dapat menjawab semua soalan dalam masa yang
Diperuntukkan.
MODUL MURID URIN POSITIF

BIL SESI/ AKTIVITI TEMPOH

1 Persediaan Sebelum Sesi 1–Membuka Fail Hijau


2 Persediaan Sebelum Sesi 2 – Konsultasi Ibu Bapa (Lampiran 17)
3 Ujian Pra -Stages of Changes (SoCS) (Lampiran 9)
4 Analisis SWOT (Lampiran 3)
5 Rancangan Pemulihan Klien ( RPK ) (Lampiran 18)
6 Graf Kehidupan (Lampiran 19)
7 Pro dan Kontra (Lampiran 20)
8 Kemahiran Asertif ( Simulasi Tindakan Asertif ) (Lampiran 21) 3 Bulan

9 Kemahiran Membina Kesedaran Diri (Jari Jemariku….) (Lampiran 22)


10 Kemahiran Pengurusan Stres (Diari Muzik Ku) (Lampiran 23)
11 Kemahiran Membuat Keputusan (Lampiran 24)
12 Pemetaan Hidup (Life Mapping) (Lampiran 25)
13 Ujian Pos Stages of Changes (Lampiran 9)
14 Ujian Urin (Saringan ke-2)
15 Laporan Penilaian
PERSEDIAAN SEBELUM SESI 1

MEMBUKA FAIL HIJAU

Objektif Pada akhir aktiviti, GBK dapat:


i. Merekod kemajuan dan perkembangan murid sepanjang fasa intervensi.
ii. Pelaporan dikemas kini sepanjang intervensi untuk mempersiap siaga GBK
sekiranya berlaku sebarang bantahan ataupun kes yang dirujuk ke
mahkamah.
Masa Sepanjang intervensi
Sasaran i. GBK
Bahan
i. Borang B2
ii. Borang B3
iii. Laporan Analisis Kehadiran Bulanan
iv. Laporan Pencapaian Akademik (SAPS)
v. Laporan Disiplin Murid
Kaedah Bimbingan Individu
penyampaian Konsultasi Ibubapa
Langkah-langkah i. GBK memantau secara berkala proses dan perkembangan murid.
ii. GBK mengisi Borang Penilaian terhadap murid, pemantauan adalah
berdasarkan kehadiran murid, kerjasama murid, masalah disiplin murid dan
sebagainya.
iii. Guru mengisi Borang 3 berdasarkan pemantauan dan pemerhatian.
iv. Membincangkan perkembangan murid untuk tindakan seterusnya dan
mendapat persetujuan murid dan ibu bapa/ penjaga. (Untuk murid yang
keputusan positif dadah selepas 3 bulan)
v. Sekiranya GBK berpendapat murid perlu dirujuk kepada GBK lain atau
pakar. GBK menyampaikan maklumat sumber dan rujukan yang terkini –
nama, alamat agensi dan pakar yang boleh menerima proses rujukan
berkaitan masalah murid dengan kebenaran pihak sekolah.
vi. Semua bentuk laporan perlu dikemas kini dan disimpan di dalam fail sulit
dan dimaklumkan kepada pengetua.
Penilaian Fail hijau dibuka
PERSEDIAAN SEBELUM SESI 2

KONSULTASI IBU BAPA


Objektif Pada akhir aktiviti, ibu bapa dapat:
i. Mengetahui permasalahan yang dihadapai oleh anak.
ii. Bersama-sama dengan pihak sekolah dalam memastikan kepulihan anak.
Masa 60 minit
Sasaran Ibu bapa
Bahan (Lampiran 17)
Persetujuan Termaklum
Aku janji (Disiplin)
Kaedah Bimbingan Individu
penyampaian Konsultasi Ibubapa
Langkah-langkah i. GBK mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke sekolah.
ii. GBK menjelaskan kepada ibu bapa mengenai dapatan ujian urin positif
anaknya.
iii. GBK menerangkan prosedur intervensi yang akan dijalankan di sekolah.
iv. GBK menerangkan mengenai pakar rujuk yang boleh membantu proses
kepulihan anak.
v. GBK membincangkan prestasi semasa murid berdasarkan kehadiran,
masalah disiplin murid dan sebagainya.
vi. Ibu bapa menandatangani borang aku janji dan borang persetujuan
termaklum.
vii. Semua bentuk laporan perlu dikemas kini dan disimpan di dalam fail sulit
dan dimaklumkan kepada pengetua.
Penilaian Ibu bapa hadir ke sekolah dan mengetahui prosedur intervensi anak.
Lampiran 17

PERSETUJUAN TERMAKLUM

Saya ___________________________________ No.K.P_____________________


Ibu/bapa/penjaga kepada_____________________________ bersetuju untuk anak saya
menjalani sesi kaunseling dan rawatan salahlaku disiplin.

Dengan termeterainya perjanjian di antara Guru Bimbingan dan Kaunseling,


Ibu/bapa/penjaga ini, maka sesi kaunseling dan rawatan akan bermula. Saya akan
membenarkan anak saya mengikuti semua program dan perancangan yang
dipersetujui/ditetapkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Kerahsiaan dan limitasi kerahsiaan


Semua perbincangan dalam sesi adalah dirahsiakan. Guru Bimbingan dan Kaunseling dan
klien bertanggungjawab menjamin kerahsiaan ini. Terdapat beberapa limitasi mengenai isu
kerahsiaan ini, yang memerlukan Guru Bimbingan dan Kaunseling melaporkan kepada pihak
berkenaan seperti:
a. Jika maklumat yang dikongsi akan/boleh membahayakan diri klien misalnya klien
mencederakan diri sendiri atau orang lain atau sebarang perlakuan berbahaya yang
menunjukkan klien tidak dapat mengawal diri sendiri.
b. Sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling (subpoenae) dari mahkamah atau
pihak berkuasa, maka boleh menceritakan isu yang dibincangkan bersama apabila disoal.

Saya telah membaca dan memahami segala maklumat yang terdapat di dalam kontrak ini dan
tidak akan mempersoalkan tindakan Guru Bimbingan dan Kaunseling / pihak sekolah
sekiranya saya melanggar perjanjian ini.

Tandatangan ibubapa : __________________________


( )
Tandatangan GBK : __________________________
Cop Sekolah : __________________________
Tarikh : __________________________
AKTIVITI 1
UJIAN PRA STAGES OF CHANGES (SoCS)

SoCS adalah ujian psikologi daripada University of Rhode Island Change Assessment Scale (URICA)
yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan untuk berubah. James, Proschaska, John, Norcross
dan Carlo (2013) menjelaskan terdapat lima peringkat perubahan yang mungkin dialami oleh murid
iaitu, Pra Pertimbangan(precontemplation), Pertimbangan(contemplation), Persediaan(preparation),
Tindakan(action) dan Pengekalan(maintenance). Kebanyakan murid tidak melalui peringkat ini secara
berturutan, kerana ada yang melalui peringkat ini secara berliku (spiral) atau tidak mengikut susunan.
Justeru, GBK perlu menggunakan Ujian SoCS sebagai ujian pra dan ujian pos semasa proses
intervensi.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


iii. mengetahui tahap kesediaan untuk berubah (Stage of Change-
SoCS) murid sebelum menjalani aktiviti;
iv. mengenal pasti kaedah intervensi mengikut tahap kesediaan untuk
berubah melalui skor yang dikira;
v. membina keyakinan dan kepercayaan murid terhadap GBK.
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif

Bahan Ujian SoCS (Lampiran 9)

Kaedah Penyampaian Bimbingan/ Kaunseling Individu


Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
Langkah-langkah i. Mengedar soal selidik SoCS semasa sesi awalan untuk
mengenal pasti tahap kesediaan untuk berubah.
ii. Murid dikehendaki menjawab Ujian SoCS untuk mengetahui
tahap persediaan murid untuk berubah.
iii. GBK membimbing murid membuat pengiraan dan
menganalisisnya.
iv. Berdasarkan SoCS, GBK berbincang tentang pendekatan-
pendekatan rawatan kepulihan murid yang bersesuaian.
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
Penilaian 1. Murid dapat menjawab semua soalan .
2. Markah skor dapat mengukur tahap kesediaan murid
untuk berubah dan menerima intervensi menggunakan kaedah
psikopendidikan.
AKTIVITI 2
ANALISIS SWOT

SWOT sangat diperlukan dalam menilai kekuatan atau kelemahan berdasarkan sumber dan potensi
yang dimiliki oleh seseorang. Bukan itu sahaja, SWOT juga mengambil kira peluang dan ancaman
yang dihadapi oleh murid dalam usaha membangunkan dirinya.

Objektif Pada akhir aktiviti ini murid dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan,
ancaman dan peluang dalam diri masing-masing
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif


Bahan i. Lampiran 3
ii. Alat tulis
iii. Kertas A4
Kaedah i. Bimbingan Individu
Penyampaian ii. Bimbingan Kelompok
Langkah- langkah
i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan
mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK mengedarkan kertas A4 kepada murid dan meminta murid
melipat kertas A4 kepada empat bahagian.
iii. Setiap bahagian dinamakan mengikut lembaran kerja (Rujuk
lembaran kerja (Lampiran 3)
iv. Murid diminta untuk menulis kekuatan, kelemahan, ancaman dan
peluang yang ada dalam diri mereka bagi menghindari masalah
ponteng, rokok dan dadah.
v. GBK meneroka setiap bahagian yang ditulis oleh murid.
vi. GBK cuba mengenal pasti halangan yang dituliskan oleh murid dan
dibandingkan dengan kekuatan serta peluang yang ada.
vii. GBK cuba memotivasikan murid dengan mengambil kira kekuatan
dan peluang yang ada.
viii. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
Penilaian Murid dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang
dalam diri masing-masing.
AKTIVITI 3

RANCANGAN PEMULIHAN KLIEN (RPK)

Rancangan Pemulihan Klien (Recovery Plan Client) ialah satu istilah yang boleh memberi makna
yang berbeza kepada orang yang berbeza. Rancangan pemulihan dirangka khusus untuk memulihkan
murid berasaskan kepada isu atau masalah yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, matlamat
yang hendak dicapai bagi setiap masalah tersebut.

Objektif Pada akhir aktiviti ini:


i. GBK dan murid dapat merancang RPK yang bersesuaian
dengan penyalahgunaan bahan yang dihadapi.
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif

Bahan Borang RPK (Lampiran 18)

Kaedah Penyampaian Bimbingan/ Kaunseling Individu

Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan


mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. Satu sesi akan diadakan antara murid dan GBK untuk
membincangkan hala tuju murid dalam merancang satu Rancangan
Pemulihan Murid.
iii. GBK mesti mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang isu
murid sebelum merancang RPK ini.
iv. GBK akan merangka RPK berlandaskan kepada kekuatan,
kelemahan, ancaman dan peluang yang ada pada diri murid.
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
vi. GBK akan memantau proses pemulihan murid selama tiga bulan.
Penilaian GBK dan murid dapat merancang RPK yang bersesuaian dengan
penyalahgunaan bahan yang dihadapi.
CONTOH RANCANGAN PEMULIHAN MURID
Nama Murid :………………………………………………………….
Tingkatan :………………………………………………………….

Tarikh Kenyataan Masalah Murid


Perjumpaan ( Diisi oleh GBK selepas berbincang dengan murid )
Pertama

Matlamat Murid

Objektif
Apa yang akan murid lakukan? Dalam keadaan apa? Berapa kerap?

Intervensi ( Contoh Jawapan )


Apa yang GBK akan lakukan untuk membantu murid? Tarikh Tarikh
Dalam keadaan apa? Bermula Tamat

1. GBK meneroka matlamat dan objektif yang murid ingin dicapai pada
akhir aktiviti ini.
2. GBK meminta murid supaya mencatatkan segala tingkahlaku untuk
setiap hari dan murid perlu jujur dalam catatannya.
 Buku log harian murid akan disemak oleh GBK setiap kali murid
datang untuk 6 aktiviti.
3. GBK akan memastikan murid berada di persekitaran yang sihat dan
terkawal dari aktiviti dadah yang boleh menyebabkan murid trigger
untuk relapse.
 GBK akan bertanya setiap kali sesi tentang persekitaran murid berada
sekarang.
 Adakah murid berada dalam persekitaran yang berbahaya dan
sihat dari bahaya dadah.

4. GBK memberikan murid cara-cara untuk mengekalkan kesejahteraan minda


dan kesihatan yang baik
 Cara-cara mengelak diri dari situasi yang mendesak dengan
beberapa stimulasi dalam aktiviti.
 Mengajar cara relaksasi yang betul.
 Murid diajar supaya sentiasa jujur.
 Murid diajar untuk sentiasa berfikiran positif.
5. GBK mengajar murid supaya mengamalkan teknik ‘self talk’ atau bicara
diri apabila terfikir tentang dadah
 Negative Self Talk
 Positive Self Talk
 Cara-cara untuk mengawal dan mengubah self talk murid
kepada yang lebih realistik.

6. GBK fokus murid kepada gaya hidup yang sihat supaya tidak
relapse
 Sentiasa aktif
 Makan apabila perlu sahaja
 Tidur yang secukupnya
 Menerokai hobi baharu
 Membimbing ke arah lebih spiritual

7. GBK meneroka murid untuk menentukan coping skill yang


sesuai bagi murid.
8. Murid diajar coping skill bagi menyesuaikan diri daripada berfikir
tentang dadah. (Mengikut kesesuaian murid)
 Kemahiran mengurus pemikiran dan gian
 Kaedah terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan
 Kemahiran membuat keputusan
 Kemahiran menyelesaikan masalah
 Kemahiran membuat perancangan apabila berlaku kecemasan
 Kemahiran mengatakan tidak
 Kemahiran mengurus kritik
 Kemahiran Perhubungan/komunikasi
 Kemahiran membina hubungan dengan kumpulan-
kumpulan sokongan yang tersedia ada

9. GBK bincangkan balik apa yang dipelajari oleh murid.


 GBK semak buku log murid.
 GBK imbas balik matlamat dan objektif murid pada awal sesi.
 GBK menamatkan sesi.
Penyertaan Dalam Rancangan Pemulihan Murid ( Contoh Jawapan – Selepas 3 Bulan )
Murid memberi kerjasama penuh dalam menentukan jenis-jenis kemahiran daya tindak yang diperlukan
yang dirasakan boleh membantunya supaya boleh bebas dari dadah. Perbincangan dengan GBK
diadakan untuk menentukan intervensi yang akan digunakan.

Penyertaan Keluarga/ Orang Lain Dalam Proses Perancangan Rawatan


Lampiran 18
BORANG RANCANGAN PEMULIHAN KLIEN
Nama Murid :………………………………………………………….
Tingkatan :………………………………………………………….

Tarikh Kenyataan Masalah Murid


Perjumpaan (Diisi oleh GBK selepas berbincang dengan murid)
Pertama

Matlamat Murid

Objektif
Apa yang akan murid lakukan? Dalam keadaan apa? Berapa kerap?

Intervensi (Contoh Jawapan


Tarikh Tarikh
Apa yang GBK akan lakukan untuk bantu murid?
Bermula Tamat
Dalam keadaan apa?

Penyertaan Dalam Rancangan Pemulihan Murid (Selepas 3 Bulan)

Penyertaan Keluarga/ Orang Lain Dalam Proses Perancangan Rawatan

Tandatangan Murid / Tarikh


Tandatangan GBK / Tarikh
AKTIVITI 4

GRAF KEHIDUPAN

Hidup ini bagaikan graf yang mempunyai nilai positif dan negatif. Nilai positif biasanya mencerminkan
kegembiraan dan kegemilangan kehidupan seseorang manakala nilai negatif menggambarkan cabaran dalam
kehidupan seseorang. Graf ini memberi ruang kepada murid untuk berfikir semula setiap detik perjalanan
kehidupan dari sekolah rendah hingga ke saat ini. Sambil melakar graf, murid akan menyedari perjalanan
kehidupan dan krisis yang pernah berlaku.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid akan dapat:


i. mengimbas kembali pengalaman kehidupan sendiri dalam suasana
masing-masing;
ii. melakar peristiwa yang mendorong kepada masalah kini
dari segi emosi, mental, fizikal dan persekitaran;
ii. mengenal pasti titik tolak krisis kehidupan (turning point).
Masa 60 minit
Sasaran Murid urin positif
Bahan Graf Kehidupan (Lampiran 19)
Alat tulis

Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan


mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK mengedarkan Lampiran 19 dan memberi penerangan
untuk membentuk graf garisan.
iii. Murid diminta melakar liku-liku kehidupannya dalam graf.
Kenangan yang menggembirakan di bahagian positif manakala
kenangan pahit di bahagian negatif.

iv. Dalam masa 5 hingga 10 minit, murid diminta membentuk graf

garisan kehidupan masing-masing.

v. GBK merekodkan isu signifikan setiap murid untuk rujukan sesi


individu.
xi. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
Penilaian Murid dapat menghasilkan graf kehidupan sendiri.
Lampiran 19
GRAF KEHIDUPAN

100

90

80

70

60

50

40

30

20

10
0
5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
umur
-10

-20

-30

-40

-50

-60

-70

-80

-90

-100
AKTIVITI 5

PRO DAN KONTRA

Apabila manusia melakukan sesuatu aktiviti biasanya mereka akan memikirkan kebaikan dan keburukan
akibat daripada aktiviti yang dilakukan. Oleh yang demikian, aktiviti ini memerlukan murid untuk menilai
pro dan kontra penglibatannya dengan dadah.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. mengetahui pro dan kontra penyalahgunaan bahan;
ii. menentukan kepentingan pro dan kontra yang telah dikenal pasti.
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif

Bahan Edaran Pro dan Kontra Saya Terhadap Dadah (Lampiran 20)
Alat tulis
Kaedah Penyampaian Bimbingan individu/ kelompok

Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan


mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK memulakan sesi dengan memperkenalkan tajuk.
iii. GBK mengedarkan Lampiran 20 dan meminta ahli
menyenaraikan ‘pro dan kontra dadah terhadap diri saya’.
iv. Murid diingatkan untuk mengisi ruangan PRO terlebih dahulu.
dan menyusun pro dan kontra mengikut kepentingan dirinya
dengan mengisi 1, 2, 3.
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
Penilaian Murid boleh menyatakan pro dan kontra dadah kepada dirinya.
Lampiran 20
PRO DAN KONTRA SAYA TERHADAP DADAH

KENAL PASTI PRO DAN KONTRA

PRO KONTRA
(Perkara terbaik tentang penagihan saya) (Perkara terburuk tentang penagihan saya)

**Gunakan lembaran lain jika ruangan tidak mencukupi


AKTIVITI 6

KEMAHIRAN ASERTIF (SIMULASI TINDAKAN ASERTIF)

Asertif merujuk kepada keupayaan seseorang individu menyatakan pemikiran, perasaan dan nilai tentang
sesuatu secara terbuka dan langsung dengan mengambilkira perasaan dan nilai orang lain. Kemahiran ini
berfokus kepada hak asasi seseorang individu. Apabila berinteraksi dengan orang lain, salah satu tingkah
laku biasa yang menjadi pilihan ialah sama ada asertif, agresif atau pasif (Pendidikan Pencegahan Dadah:
Panduan Ibu bapa, Guru, Majikan, Komuniti dan Media, Edisi Kedua, 2017).

Kenapa perlu asertif?

 Berasa baik terhadap diri


 Berasa baik kepada orang lain
 Membina persefahaman dan kerjasama
 Mencapai matlamat peribadi
 Meminimakan kesusahan/melukai orang lain
 Rasa upaya mengawal situasi
 Jujur kepada diri dan orang lain

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. Melakonkan tindakan asertif berdasarkan situasi;
ii. menggalakkan murid untuk menyatakan perasaan mereka dengan
menggunakan hak-hak sebenar yang perlu ada pada setiap individu;

Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif

Bahan i. Simulasi Tindakan Asertif (Lampiran 21)

Kaedah penyampaian i. Bimbingan individu/kelompok


Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan
ii. mengulang rumusan sesi sebelum ini.
iii. GBK menerangkan kepada murid bahawa pada sesi kali ini akan
membincangkan tentang kemahiran asertif sebagai proses intervensi
yang seterusnya.
iv. GBK memberikan situasi dan murid dikehendaki melakonkan
situasi tersebut. (rujuk lampiran 22)
v. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid dapat mengaplikasi tindakan asertif dalam situasi yang diberikan.
Lampiran 21
SIMULASI TINDAKAN ASERTIF

Situasi 1
Danial seorang murid yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan bahan. Ibu bapanya telah mengambil
inisiatif menghantar ke pusat pemulihan. Setelah pulih dia berpindah ke sekolah baru. Dia berjumpa dengan
kawan-kawan baru yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan.
Apakah tindakan Danial?

Situasi 2

Ali mempunyai rakan-rakan yang suka mencuba perkara baharu. Pada suatu hari, kawan-kawannya
bercadang untuk mencuba minum air ketum. Kawan-kawan Ali tahu terdapat pokok ketum di belakang
rumahnya. Mereka meminta Ali merebus dan membawa daun ketum agar mereka dapat minum bersama-
sama semasa mereka lepak di kedai dobi layan diri.
Apakah tindakan Ali?

Situasi 3

Alex mengetahui bahawa beberapa kawannya sering membawa rokok ke sekolah. Mereka menyorokkan
rokok di belakang tandas dan menghisap rokok pada waktu rehat.
Apakah tindakan Alex?

Situasi 4

Bob baru berkenalan dengan si Uchi. Bob mendapati Uchi memberi paket yang mengandungi beberapa biji
pil kepada kawan-kawannya. Uchi juga pernah beberapa kali mempelawa Bob mencuba pil tersebut.
Apakah tindakan Bob?

Situasi 5

Raymond dan Kumar merupakan pemain bola sepak. Mereka perlu menghadiri latihan yang lasak setiap
hari. Pada waktu malam, Kumar masih bertenaga untuk bermain futstal hingga larut malam. Raymond ingin
tahu rahsia yang membuatkan Kumar sentiasa aktif dan bertenaga. Kumar memberitahu yang dia mengambil
syabu.

Apakah tindakan Raymond?

AKTIVITI 7
KEMAHIRAN MEMBINA KESEDARAN KENDIRI (JARI JEMARIKU BEGITU BERHARGA)

Penghargaan kendiri adalah bagaimana seseorang itu berasa dirinya berguna dan dipengaruhi oleh prestasi,
kebolehan, penampilan dan penilaian orang lain. George dan Cristianni (1995) mengatakan bahawa
bagaimana seseorang mengenali dirinya bergantung kepada bagaimana hubungannya dengan orang-orang di
sekeliling terutama sokongan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa yang akan menghasilkan konsep
kendiri yang positif. Jika berlaku penolakan dan kurangnya sokongan dan dorongan yang diberikan, hal ini
akan menghasilkan konsep kendiri yang negatif dan menyebababkan individu tersebut kurang berkeyakinan
terhadap orang lain.

Kircher dan David (2003) berpendapat, pelajar yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi akan
membantu mereka untuk mempunyai pendirian yang tetap tanpa dipengaruhi oleh persekitaran. Kesedaran
kendiri boleh dibentuk melalui tiga perkara yang utama iaitu dari persekitaran, pengaruh fizikal dan
pengaruh diri (Morin, 2006). Pelajar yang mengetahui kekuatan dan kelemahan diri akan mampu mengawal
dirinya apabila berhadapan dengan situasi yang tidak di duga.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. menghargai kelebihan yang ada pada diri sendiri;
ii. meningkatkan kesedaran murid supaya dapat menolak pengaruh
bahan terlarang/ dadah.
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif


Bahan i. Lakaran tapak tangan (Lampiran 22)

Kaedah penyampaian i. Bimbingan individu/ kelompok


Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan
mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK memberi penerangan yang jelas tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan.
iii. GBK meminta murid melukis tapak tangan di atas kertas A4.
iv. Murid dikehendaki menulis satu kelebihan diri/ fizikal diri
murid di ruangan salah satu jari. (Contoh: Penyabar)
v. Kemudian murid diminta melengkapkan ruang jari yang lain.
vi. Murid menerangkan kelebihan yang ada pada diri.
vii. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian murid dapat menyatakan kelebihan yang ada pada diri sendiri
Lampiran 22

LAKARAN TAPAK TANGAN


AKTIVITI 8

KEMAHIRAN PENGURUSAN STRES (DIARI MUZIKKU)

Kemahiran pengurusan stres merujuk kepada keupayaan mengurus kehidupan mereka melaui penggunaan
pengetahuan, sikap kemahiran yang ada, yang dapat dilihat melalui tingkah laku mereka yang mudah
menyesuaikan diri dalam kehidupan sosial dan sihat, mempunyai personaliti dan mental yang baik.
Kemahiran ini membolehkan individu menjaga diri mereka, orang lain dan persekitaran (Pendidikan
Pencegahan Dadah: Panduan Ibu bapa, guru, majikan, komuniti dan media, Edisi Kedua 2017).

Antara kemahiran-kemahiran yang perlu dalam pengurusan tekanan adalah:


 Berdaya tindak terhadap tekanan rakan sebaya
 Kemahiran mencari pengurusan masa
 Kemahiran mencari pertolongan
 Kemahiran menentukan matlamat
 Kemahiran mengendalikan kehilangan, penderaan dan trauma
 Kemahiran mengendalikan konflik dan situasi yang sukar
 Kemahiran mengendalikan emosi - kesedihan dan kebimbingan

Tips-tips mengajar kemahiran: GBK perlu memberi perhatian kepada isu-isu yang berikut:
 Kenal pasti jenis dan tahap tekanan yang sesuai untuk setiap individu mengikut personalitinya,
keutamaan dan situasi kehidupan.
 Kenal pasti matlamat dan membina pelan tindakan untuk mencapai kejayaan.
 Mengetahui dan memahami tanda-tanda tekanan yang mungkin berlaku dalam kalangan murid:
i. Fisiologikal- sakit kepala, berpeluh, sakit dan tegang otot, alahan, selera berubah dan
tekanan darah dan degupan jantung meningkat
ii. Tingkah laku- makan dan bercakap cepat, suka menyampuk, degil, keputusan tidak
rasional, tidak suka bekerjasama, mengambil alkohol, obsesif dan mengetap gigi.
iii. Mental dan emosi - syak wasangka, hilang semangat dan humor, marah, hilang harga
diri, rasa diketepikan, suka menyendiri, lemah ingatan dan suka berehat.
Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:
i. Mengenal pasti jenis dan tahap tekanan yang sesuai untuk setiap individu
mengikut personalitinya, keutamaan dan situasi kehidupan;
ii. membantu murid mengenal kaedah menangani stress dengan muzik;
iii. menganalisa diri dan menyedari kewujudan tekanan dalm kehidupan.
Masa 60 minit
Sasaran Murid-murid yang positif dadah
Bahan 1. Radio / telefon bimbit/ komputer
2. Lagu
3. Pen
4. Lampiran 24 (Borang Diari Muzikku)
Kaedah Penyampaian Bimbingan Individu
(muzik digunakan sebagai alat untuk mengurangkan stress.)
Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK menerangkan pada sesi kali ini akan membincangkan tentang
kemahiran seterusnya iaitu kemahiran menangani stres sebagai proses
intervensi yang seterusnya.

iii. Murid memilih genre lagu yang sesuai dengan dirinya.

iv. GBK mengedarkan Borang Diari Muzik kepada murid.

v. Murid perlu duduk dalam keadaan tenang dan melupakan seketika masalah
yang dihadapi pada ketika ini. Sebelum melakukan aktiviti, peserta perlu
terlebih dahulu memberi penilaian tahap stres dengan menggunakan skala 1-
10.

vi. Seterusnya murid diminta untuk mendengar genre muzik selama 5 -10 minit.

vii. Selepas selesai mendengar muzik, murid sekali lagi diminta untuk memberi
penilaian tahap stress dengan menggunakan skala 1-10 seperti di Lampiran
21.

viii. Murid diminta meluahkan atau menterjemahkan perasaan yang wujud


semasa mendengar muzik pilihannya di ruangan nota pada borang Diari
Muzikku.

ix. Tugasan ini dilakukan semasa sesi dan disusuli di rumah, GBK memberi
panduan dan penerangan tentang teknik kawalan stress ini.

x. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan selama 3 hari minimum dan maksimum


7 hari berturut-turut dengan menggunakan jenis muzik yang diminati.

xi. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Falsafah Murid dapat mengetahui kaedah menangani stress menggunakan muzik.


Lampiran 23

PENGAWALAN STRES: DIARI MUZIKKU

Sebelum anda mendengar muzik, nilaikan tahap stres anda dengan menggunakan skala 1-10. Skor 10
bermaksud tahap stres anda sangat teruk dan skor 1 bermaksud anda tidak berasa stres. Selepas habis
mendengar muzik, nilaikan tahap stress anda sekali lagi dengan menggunakan skala yang sama. Anda juga
perlu membuat nota tentang pemikiran dan perasaan anda semasa anda mendengar muzik.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tahap
Tahap stress
Stress
Masa dan selepas Jenis
sebelum Nota
tempat mendengar Muzik
mendengar
muzik
muzik

Hilang tumpuan untuk sementara tetapi


menarik balik tumpuan sebelum muzik
7.00 malam di
Contoh 7 5 habis didengar. Sekarang saya akan cuba
bilik tidur
merehatkan diri sendiri dengan cara ini
hari esok

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari keempat

Hari kelima

Hari keenam

Hari Ketujuh
AKTIVITI 9

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Kemahiran membuat keputusan ialah satu proses membuat pilihan terbaik berasaskan kepada pilihan atau
alternatif yang ada apabila berada dalam situasi tertentu. Kebolehan meramal hasil positif yang bakal
diperoleh daripada pilihan yang ada menentukan keberkesanan sesuatu keputusan yang dibuat antara
kemahiran yang perlu ada bagi mengupayakan kemahiran membuat keputusan ialah:
 Kemahiran pemikiran kreatif dan kritikal
 Kemahiran penyelesaian masalah
 Kemahiran memperoleh dan mengumpul maklumat
 Kemahiran menilai kesan
 Kemahiran menjana alternatif
 Kemahiran mentafsir maklumat
 Kemahiran analitikal
(Pendidikan Pencegahan Dadah: Panduan Ibu bapa, guru, majikan, komuniti dan belia:
Edisi Kedua 2017)

Objektif Pada akhir sesi murid akan:


i. melatih murid membuat keputusan sendiri;
ii. melaksanakan tindakan tepat untuk berubah secara menyeluruh.
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif


Bahan Senarai tindakan murid (Lampiran 24)
Kaedah i. Bimbingan individu
Penyampaian ii. Bimbingan Kelompok
Langkah-langkah i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan mengulang
rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK menerangkan bahawa pada sesi kali ini akan membincangkan
kemahiran seterusnya iaitu kemahiran membuat keputusan sebagai proses
intervensi yang seterusnya.
iii. GBK menerangkan secara ringkas tentang definisi kemahiran membuat
keputusan
iv. GBK memperdengarkan situasi kepada murid untuk membolehkan kilen
membuat keputusan.
“Satu kemalangan yang ngeri telah berlaku di sebuah pekan kecil. Terdapat
empat mangsa yang mengalami kecederaan parah dan dianggarkan hanya
mempunyai jangka hayat 5 minit untuk hidup. Anda diandaikan sebagai
pekerja di sebuah klinik kerajaan di pekan tersebut. Kelengkapan dan
peralatan hanya mampu menyelamatkan seorang mangsa sahaja. “

v. GBK meminta murid untuk membuat pilihan mangsa yang perlu diselamatkan
iaitu:
a. Seorang bapa kepada 9 orang anak
b. Bayi kepada pasangan yang 10 tahun berkahwin dan baru memiliki
cahaya mata.
c. Seorang pelajar cemerlang di sebuah IPTA.
d. Seorang ibu yang hamil 9 bulan.
vi. GBK perlu memainkan peranan untuk menambahkan emosi.
vii. Murid diminta untuk berkongsi pendapat terhadap pilihan yang dibuatnya.
viii. GBK mengaitkan falsafah di sebalik aktiviti bahawa sesuatu tindakan perlu
dilakukan dengan segera, tepat dan bersesuaian dengan kemampuan diri.
ix. GBK mengedarkan lampiran 24 (Apa Aku Perlu Lakukan) kepada kilen
sebagai “kerja rumah” dan menerangkan penggunaan borang tersebut kepada
murid.
x. GBK meminta murid menyenaraikan tindakan yang dibuat oleh murid ke
dalam lampiran 24 (Apa Aku Perlu Lakukan) supaya murid membuat pilihan
tindakan untuk berubah.
xi. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid membuat keputusan sendiri


Lampiran 24
Borang “Apa Aku Perlu lakukan”

Matlamatku:
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

Apa yang perlu aku lakukan?:


Tindakan Pertama ;____________________________________________________________
Tindakan Kedua : ___________________________________________________________
Tindakan Ketiga :____________________________________________________________
Tindakan Keempat :___________________________________________________________
Tindakan Kelima : __________________________________________________________
Cita-citaku : __________________________________________________________

Yang Benar,

_________________________
AKTIVITI 10

PEMETAAN HIDUP (LIFE MAPPING)

Pemetaan Hidup (Life Mapping) adalah untuk mewujudkan harapan dan keinginan dalam diri
seseorang dalam menerajui penjalanan hidup dengan lebih berstruktur. Kaedah ini memudahkan
seseorang mengenali dirinya dan sesuai digunakan kepada yang tidak mempunyai hala tuju yang
tetap.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


i. merangka matlamat hidup dengan lebih jelas, spesifik
dan boleh dicapai (masa);
ii. melatih murid mevisualisasikan matlamat hidup dalam bentuk
gambar.
Masa 60 minit
Sasaran Murid urin positif
Bahan i. Alat tulis
ii. Pensel Warna
iii. Contoh Pemetaan Hidup (Lampiran 25)
KaedahPenyampaian i. Bimbingan Individu
ii. Bimbingan Kelompok

i. GBK memulakan sesi dengan bertanyakan khabar murid dan


Langkah-langkah mengulang rumusan sesi sebelum ini.
ii. GBK mengedarkan kertas lembaran kerja (Lampiran 25) kepada
murid.
iii. GBK membimbing murid meneroka haluan hidupnya.
iv. Murid diminta untuk melakar haluan hidup.
v. Contoh soalan:
a) Apakah yang anda ingin capai dalam kehidupan?
b) Apakah yang anda betul-betul dihargai dalam
kehidupan?
c) Apakah maksud kejayaan kepada anda?
vi. GBK cuba mengenal pasti hala tuju hidup serta nilai-nilai
peribadi murid.
vii. GBK membimbing murid menyediakan pelan tindakan untuk
mencapai matlamat hidupnya.
Contoh Soalan:
a) Apa yang ingin anda capai dalam 3 bulan , 6 bulan dan
1 tahun?
b) Siapakah insan yang penting dalam hidup anda?
viii. GBK memecahkan pelan tindakan kepada yang mudah dan
ringkas untuk dicapai.
ix. Murid menyusun matlamat-matlamat mengikut keutamaannya
dan senaraikan usaha untuk mencapai matlamat yang lebih
penting dahulu.
x. Murid menyenaraikan satu aktiviti yang boleh mendekatkan
murid dengan matlamat setiap hari.
xi. GBK cuba memotivasikan murid dengan mengambil kira
kekuatan yang ada dengan merasionalkan peluang yang ada.
xii. Murid diberi senarai semak untuk merekodkan aktiviti.
xiii. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.

Penilaian Murid menghasilkan Peta Minda (Life Mapping)


Lampiran 25
CONTOH PEMETAAN HIDUP (LIFE MAPPING)

(sumber : website -Life mapping )


CONTOH PEMETAAN HIDUP (LIFE MAPPING)

(sumber : website -Life mapping )


AKTIVITI 11

UJIAN POS STAGES OF CHANGES (SoCS)


SoCS adalah ujian psikologi daripada University of Rhode Island Change Assessment Scale (URICA)
yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan untuk berubah. James, Proschaska, John, Norcross dan
Carlo (2013) menjelaskan terdapat lima peringkat perubahan yang mungkin dialami oleh murid iaitu, Pra
Pertimbangan(precontemplation), Pertimbangan(contemplation), Persediaan(preparation),
Tindakan(action) dan Pengekalan(maintenance). Kebanyakan murid tidak melalui peringkat ini secara
berturutan, kerana ada yang melalui peringkat ini secara berliku (spiral) atau tidak mengikut susunan.
Justeru, GBK perlu menggunakan Ujian SoCS sebagai ujian pra dan ujian pos semasa proses intervensi.

Objektif Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:


iii. mengetahui tahap kesediaan untuk berubah (Stage of Change-
SoCS) murid selepas menjalani aktiviti;
iv. mengetahui keberkesanan intervensi melalui skor tahap
kesediaan untuk berubah;
Masa 60 minit

Sasaran Murid urin positif sudah melalui fasa intervensi (Selepas tempoh 3
bulan)
Bahan Ujian SoCS (Lampiran 9)

Kaedah Penyampaian Bimbingan/ Kaunseling Individu


Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
Langkah-langkah vi. Mengedar soal selidik SoCS untuk mengenal pasti tahap
kesediaan untuk berubah.
vii. Murid dikehendaki menjawab Ujian SoCS untuk mengetahui
tahap persediaan murid untuk berubah.
viii. GBK membimbing murid membuat pengiraan dan
menganalisisnya.
ix. Berdasarkan SoCS, GBK berbincang tentang keberkesanan
intervensi Bersama murid.
x. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti ini.
Penilaian Murid dapat menjawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
AKTIVITI 12

UJIAN URIN (SARINGAN KE-2)

Ujian Urin ke-2 dikendalikan oleh pegawai AADK ke atas murid-murid selepas tiga bulan ujian urin
pertama. Tujuannya adalah untuk mengesan kehadiran dadah dalam air kencing murid-murid tersebut.
Pihak sekolah disaran untuk meningkatkan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.

Objektif Ujian Urin (Saringan ke-2)


Masa Pada akhir aktiviti:
i. GBK dapat mengesan penglibatan murid terhadap dadah selepas 3 bulan
ii. Membuat penilaian semula terhadap perkembangan RPK yang telah
dijalankan.
Sasaran 60 minit
Bahan Strip Urin
Kaedah
Ujian saringan urin oleh AADK
Penyampaian
Langkah-langkah i. Menghubungi AADK untuk menjalankan ujian urin kepada murid.
ii. GBK berbincang tentang keputusan ujian urin bersama murid.
iii. Sekiranya keputusan ujian urin positif, murid akan ditempatkan semula
pada fasa intervensi menggunakan modul murid positif urin. Ibu bapa
juga akan dihubungi.
iv. Sekiranya keputusan ujian urin negatif, murid akan mengikuti Fasa
intervensi menggunakan Modul Murid Berisiko Tinggi.
v. Rujukan untuk bantuan pakar juga akan diambil kira sebagai alternatif
rawatan susulan.
Penilaian Keputusan Ujian Urin
Semakan RPK
MODUL MAINTENANCE

Bil SESI / AKTIVITI Tempoh

1. Menyertai Satu Pasukan Sukan

2. Menyertai Kelab/ Persatuan Yang Menyeronokkan

3. Menyertai Pasukan Sukarela

4. Menonton Perlawanan Sukan

5. Bermain Sukan Dalaman

6. Menjadi Pemandu Pelancong Di Tempat Sendiri

7. Membaca Buku Sepanjang Tempoh


Persekolahan
8. Terlibat dengan Aktiviti Gimnasium

9. Menyertai Kelas-Kelas Khusus

10. Mempelajari Kemahiran Kraftangan

11. Belajar Bahasa Baharu

12. Menyertai Aktiviti Kebudayaan

13. Perkhemahan atau Kegiatan Luar

14. Meditasi/ Yoga/ Tai Chi/ Berzikir

15. Projek Malar Hijau


AKTIVITI 1

MENYERTAI SATU PASUKAN SUKAN

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. memilih satu sukan yang bersesuaian dengan minat dan
kemampuan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
Sasaran i. murid yang kekal bebas dadah
ii. murid yang telah melalui intervensi dadah
Bahan-bahan i. Alat tulis
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK akan menerangkan kepentingan sukan dan riadah ke arah
gaya hidup sihat.
ii. GBK akan membantu murid mengenalpasti sukan yang mampu
dilakukan oleh murid.
iii. GBK akan meminta murid untuk merancang cara untuk
melaksanakan pemilihan sukan itu.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 2

MENYERTAI KELAB/ PERSATUAN YANG MENYERONOKKAN

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. memilih satu kelab /persatuan yang bersesuaian dengan minat
dan kemampuan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
Sasaran i. murid yang kekal bebas dadah
ii. murid yang telah melalui intervensi dadah
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK akan menerangkan kepentingan menyertai
kelab/persatuan kepada pemulihan murid .
ii. GBK akan membantu murid dalam meneroka jenis-jenis kelab/
persatuan yang mampu disertai oleh murid.
iii. GBK akan meminta murid untuk merancang cara untuk
melaksanakan pemilihan kelab/persatuan itu.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid supaya menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 3

MENYERTAI PASUKAN SUKARELA

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. memilih satu badan sukarela yang bersesuaian dengan minat
dan kemampuan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK akan menerangkan kepentingan menyertai badan sukarela
kepada murid .
ii. GBK akan membantu murid dalam meneroka jenis-jenis badan
sukarela yang mampu disertai oleh murid.
iii. GBK akan meminta murid merancang bagaimana untuk
melaksanakan pemilihan kelab/ persatuan itu.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 4

MENONTON PERLAWANAN SUKAN

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. memilih untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan sukan yang
bersesuaian dengan minat dan kemampuan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan /intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK akan menerangkan kepentingan membahagikan masa dengan
penonton/menyaksikan perlawanan sukan dalam mengekalkan
aktiviti bebas dadah.
ii. GBK akan membantu murid dalam meneroka jadual perlawanan
sukan yang mampu ditonton olehnya tanpa menjejaskan proses
bebas dadah.
iii. GBK akan meminta murid merancang cara-cara untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian i. Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
ii. Gambar-gambar aktiviti murid
AKTIVITI 5

BERMAIN SUKAN DALAMAN

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. memilih sukan dalaman yang bersesuaian dengan minat dan
kemampuan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK akan menerangkan kepentingan bermain sukan dalaman
seperti catur, karom, congkak dan lain-lain dalam mengekalkan
bebas dadah.
ii. GBK akan membantu murid meneroka minat murid dalam
mengisi masa dengan bermain sukan dalaman tanpa terlibat
dalam penyalahgunaan dadah.
iii. GBK akan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan
bersama murid-murid semasa waktu relief/mentor-mentee dan
sebagainya.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian 1. Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
2. Gambar-gambar aktiviti murid.
AKTIVITI 6

MENJADI PEMANDU PELANCONG DI TEMPAT SENDIRI

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. menghilangkan rasa bosan dengan menjadi pemandu pelancong
di tempat duduk sendiri selari dengan minat dan kemampuan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah
i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam proses bebas
dadah.
ii. GBK membantu murid dalam aktiviti melancong atau menjadi
pemandu pelancong di tempat sendiri ataupun luar.
iii. GBK melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan
murid-murid dan mendapat bantuan dari pihak-pihak seperti
muzium,badan pelancongan tempatan dan pihak polis
pelancongan.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian 1. Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
2. Gambar-gambar aktiviti murid
AKTIVITI 7

MEMBACA BUKU

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan membaca buku;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan / intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa dengan terlibat
dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam mengekalkan
pemulihan.
ii. GBK membantu murid memilih tajuk-tajuk buku yang sesuai
untuk dibaca bagi murid hidup bebas dadah.
iii. GBK akan meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid.
iv. GBK akan menyemak senarai buku yang dipilih oleh murid.
v. GBK memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 8

TERLIBAT DENGAN AKTIVITI GIMNASIUM

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan aktiviti di gim;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang bermakna agar hidup bebas dadah.
ii. GBK memberitahu bahawa dengan bersenam boleh mengelak
faktor pencetus.
iii. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid.
iv. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 9

MENYERTAI KELAS-KELAS KHUSUS

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan menyertai kelas-kelas khusus;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa lapang dengan
menyertai kelas-kelas khusus yang bermakna dalam
mengekalkan pemulihan.
ii. GBK membantu murid meneroka alternatif-alternatif yang ada
seperti kelas-kelas tuisyen, pameran, kelas bimbingan dan
sebagainya.
iii. Murid boleh menyertai mana-mana kelas yang dirasakan sesuai
dengannya.
iv. GBK juga boleh meminta bantuan guru untuk mendaftarkan
murid dalam menyertai mana-mana kelas tambahan.
v. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid.
vi. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 10

MEMPELAJARI KEMAHIRAN KRAFTANGAN

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan aktiviti kraftangan.
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Bengkel
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam mengekalkan
pemulihan.
ii. GBK membantu murid memilih hobi baharu terutamanya dalam
bentuk kraftangan yang bersesuaian dengan minat dan
kemampuan.
iii. GBK boleh menganjurkan bengkel-bengkel kraftangan,lawatan
ke kolej komuniti, Pusat Kraftangan dan lain-lain.
iv. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
v. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 11

BELAJAR BAHASA BAHARU

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan mempelajari Bahasa baharu;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam mengekalkan
pemulihan.
ii. GBK membantu murid memilih bahasa baharu untuk dikuasai
jika berminat dan berkemampuan.
iii. GBK membantu murid untuk menguasai bahasa baharu dengan
bantuan guru-guru yang mahir.
iv. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
v. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 12

MENYERTAI AKTIVITI KEBUDAYAAN

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan menghadiri kelas-kelas
kebudayaan;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa lapang dengan
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam
mengekalkan pemulihan.
ii. GBK membantu murid memilih hobi baharu terutamanya
dalam bentuk tarian dan kebudayaan yang bersesuaian dengan
minat dan kemampuan.
iii. GBK menganjurkan program-program berbentuk kebudayaan
dimana murid boleh mengambil bahagian.
iv. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
v. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 13

PERKHEMAHAN ATAU KEGIATAN LUAR

Objektif Pada akhir aktiviti, murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan aktiviti kraftangan.
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa lapang dengan
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam
mengekalkan pemulihan.
ii. GBK membantu murid memilih aktiviti-aktiviti riadah atau
berkelah bersesuaian dengan minat dan kemampuan.
iii. GBK dengan bantuan unit kokurikulum boleh meminta murid-
murid untuk menyertai aktitivi yang dianjurkan oleh pihak
sekolah dalam proses bebas dadah.
iv. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
v. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian Murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 14

MEDITASI/ YOGA/ TAI CHI/ BERZIKIR

Objektif Pada akhir aktiviti murid akan dapat mengalih pemikiran ketagihan
kepada perkara yang lebih bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
iii. Tayangan Video
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa dengan terlibat
dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam mengekalkan
pemulihan.
ii. GBK membuka video dari Youtube yang sesuai untuk
memberikan murid gambaran awal tentang cara-cara melakukan
Meditasi/ Yoga/ Tai Chi/ Berzikir yang bersesuaian dengan
minat dan kemampuan.
iii. GBK juga boleh memberikan tempat-tempat rujukan yang
berdekatan untuk murid merujuk.
iv. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
v. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian 1.meminta murid supaya menyimpan log aktiviti yang dilakukan.
AKTIVITI 15

PROJEK MALAR HIJAU

Objektif Pada akhir aktiviti murid akan dapat:


i. mengisi masa terluang dengan aktiviti membela pokok;
ii. mengalih pemikiran ketagihan kepada perkara yang lebih
bermakna dan menyeronokkan.
Masa i. Setiap hari
ii. Setiap minggu
iii. Berkala
Sasaran Murid yang telah melalui fasa pemulihan/ intervensi
Bahan-bahan i. Alat tulis.
ii. Buku catatan
Kaedah Penyampaian i. Bimbingan/ Kaunseling Individu
ii. Bimbingan/ Kaunseling Kelompok
iii. Ceramah
Langkah-langkah i. GBK menerangkan kepentingan mengisi masa lapang dengan
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam
mengekalkan pemulihan.
ii. GBK membantu murid memilih hobi baharu terutamanya dalam
bentuk membela pokok dan dll yang bersesuaian dengan minat
dan kemampuan.
iii. GBK akan membantu murid-murid dalam program-program
sivik dalam menceriakan kawasan sekolah, menanam pokok-
pokok di hutan payah bakau dan lain-lain.
iv. GBK meminta murid untuk merancang bagaimana untuk
melaksanakan aktiviti yang dipilih oleh murid itu.
v. GBK memantau aktiviti yang disertai oleh murid.
Penilaian murid menyimpan log aktiviti yang dilakukan.

You might also like