You are on page 1of 1

Khasiat Orkid

Orkid jenis Dendrobium officinale

Orkid terutamanya spesis Dendrobium officinale, telah digunakan


sebagai ubatan herba selama berabad-abad. Kajian terbaru telah
menemui banyak spesies orkid yang berbeza, dan hari ini terdapat
sekurang-kurangnya 50 spesies orkid yang digunakan terutamanya
dalam pembuatan ubat tradisional Cina.

Kegunaan orkid atau anggerik kering ialah dapat membina sistem


imun, rawatan kanser, meningkatan kadar penglihatan, serta
mendapatkan kembali kekuatan selepas proses penyembuhan. Bahagian-
bahagian orkid yang digunakan paling kerap ialah batang kerana kaya
dengan bahan-bahan berkhasiat.

Teh daripada bunga orkid ialah salah satu contoh kegunaan orkid
dalam pemakanan bagi perubatan Cina tradisional.

You might also like