You are on page 1of 17

2.4 TANAMAN ORKID 2.4.

1 Asal-Usul Orkid Orkid tergolong dalam famili Orchidacea dan ditemui hampir di seluruh dunia kecuali di tempat yang tandus dan terlalu sejuk. Habitat orkid meliputi kawasan pergunungan, lembah dan gurun. Orkid terdiri daripada pelbagai jenis dan spesies yang tumbuh di kawasan tertentu mengikut kesesuaian pertumbuhannya.

Rajah 8.3 Paphiopedilum Barbatum

Di Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 120 genus dan 800 spesies orkid hutan/ liar. Di Sabah dan Sarawak terdapat lebih kurang 2000 spesies orkid liar. Spesies orkid di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk, malah ada yang tidak menyerupai spesies asal.

Rajah 8.4 Bulbophyllum Vaginatum.

Rajah 8.5 Calanthe Triplicata

55

Antara orkid Malaysia yang popular do pasaran antarabangsa terdiri darpada genus Aranda, Aranthera, Arachnis, Dendrobium, Holtumura, Kawagara, Mokara, Oncidium, Phalaenopsis dan Vanda. Genus yang paling popular untuk ditanam secara komersial ialah Aranda, Dendrobium, Mokara dan Oncidium.

Rajah 8.6 Orkid Dendrobium

Rajah 8.7 Orkid Mokara

Rajah 8.8 Orkid digunakan untuk hiasan

Keratan bunga orkid mempunyai ketahanan yang tinggi sekurang-kurangnya seminggu dan sesuai digunakan sebagai hiasan dalaman atau gabungan susunan bunga untuk hiasan meja atau ruang khas di rumah, pejabat dan hotel. Bunga orkid juga digunakan sebagai hiasan gelas minuman di hotel-hotel besar. Selain keratin batang, pokok orkid yang sedang berbunga dalam bekas juga boleh diletakkan di ruang dalaman sebagai hiasan. Jenis-jenis orkid yang popular yang ditanam sebagai gantungan ialah Dendrobium, Oncidium, Cattleya, Phalaenopsis, Vanda, Aranda dan jenis liar seperti orkid gajah.

56

2.4.1.1 Jenis-jenis Pokok Orkid Orkid boleh dibahagikan kepada beberapa jenis pokok iaitu Orkid Simpodial dan Orkid Monodial. 2.4.1.1.1Orkid Simpodial Orkid Simpodial ini boleh tumbuh di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Pokok orkid jenis ini akan berbunga apabila pokoknya cukup matang. Selepas bunga-bunganya layu, daun-daunnya menjadi kuning dan layu. Bebawang semunya yang tua akan menggeluarkan tunas baru di pangkalnya sebelum mengecut. Setelah tunas baru membesar, bebawang semu yang tua akan mati. Orkid jenis simpodial ini juga dikenali sebagai orkid rumpun dan sesuai ditanam di kawasan teduh. Antara orkid simpodial yang popular ialah Dendrobium, Oncidium dan Catteya. Orkid simpodial mempunyai batang seakan-akan bebawang semu yang tumbuh pada perdu atau rumpun. Bebawang semu ini terdapat dalam pelbagai bentuk, bujur untuk Dendrobium, bulat dan gemuk untuk Spathoglotis dan bergurutu untuk Oncidium. Bebawang semu ini membekak dan berfungsi sebagai pundi untuk menyimpan dan membekalkan makanan bagi pokok-pokok orkid ini tumbuh sebagai tumbuhan epifit. Bunga pokok orkid ini akan keluar dari celah daun atau batang dihujung batang. Selepas berbunga, tunas-tunas vegetative atau bebawang semu ini akan membesar. Di pangkal bebawang semu pula terdapat akar- akar baru yang tumbuh sebagai sokongan. Batang yang lama tidak mengeluarkan akar lagi tetapi masih boleh digunakan sebagai bahan pembiakan sekiranya ada tunas. Akar orkid seperti rizom tumbuh melintang dan batangnya tumbuh daripada akar ini.

ORKID SIMPODIAL
Rajah 8.9 Orkid Cattleya 57 Rajah 9.0 Orkid Oncidium Rajah 9.1 Orkid Dendrobium

2.4.1.1.2 Orkid Monopodial Orkid jenis ini tumbuh sehala yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Walaupun hidupnya secara epifit, pokok jenis ini ditanam di dalam pasu atau di atas tanah yang tidak lembap. Sesetengah orkid monopodial boleh hidup di tempat yang panas dan sesetengahnya pula tidak tahan terhadap panas. Antara orkid monopodial yang dikenali ialah Arachnis, Vanda, Aranthera, Renanthera, Phalaenopsis, Mokara, Ascocenda dan Aranda. Orkid jenis ini paling banyak ditanam di dunia. Pokoknya mempunyai satu batang yang mengeluarkan daun-daun baru di bahagian pucuk dan akar. Pada batang yang tumbuh menegak ke atas itu terdapat dua baris daun yang tersusun berselang-seli melintang 180 darjah antarasatu sama lain. Daun daun ini tebal seperti kulit, tirus seperti pensel dan tumbuh aksil daun, iaitu di antara batang dan daun. Tunas-tunas batang yang baru akan tumbuh dari buku-buku di celah daun dan menjadi anak.

ORKID MONODIAL

Rajah 9.2 Orkid Arachnis

Rajah 9.5 Orkid Phalaenopsis

Rajah 9.4 Orkid Ascocenda

Rajah 9.3 Orkid Vanda 58

Rajah 9.6 Orkid Renanthera

2.4.2 ORKID DENDROBIUM 2.4.2.1 Pengenalan Dendrobium spp. juga dikenali sebagai orkid buluh dan orkid Singapura merupakan tumbuhan yang tumbuh secara epifit, (Norain Mohd Rejab:1999). Tumbuhan ini juga tumbuh di atas batu. Nama dendrobium berasal daripada perkataan Greek dendron" yang bermaksud pokok dan bios, yang bermaksud hidup merujuk kepada habitat tempat tinggalnya yang hidup menumpang di pokok lain[9].

Rajah 9.7 Bunga Orkid

Orkid dendrobium merupakan genus terbesar dalam famili orkid dan mempunyai 1500 spesies dan beribu lagi spesies yang dikacuk. Ia diperkenalkan oleh Olof Swartz pada tahun 1799. Orkid ini begitu terkenal diseluruh bahagian dunia ini termasuk Lautan Pasifik, Asia dan juga Australia. Ia merupakan perkara biasa jika terdapat orkid dendrobium ditanam di India, Filipina, Malaysia, Papua New Guine dan juga Newzealand.

[ 9].

http://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdf

59

2.4.2.2 Ciri-ciri Botani

PENGELASAN SAINTIFIK Alam Divisi : : Plante Magnoliophyta Monocots Asparagales Orchidaceae Epidendroieae : : : Podochilaeae Dendrobiinae Dendrobium

(unranked) : Order Famili Subfamili : Tribe Sutribe Genus : :

60

Di Malaysia orkid ini banyak diusahakan secara komersial. Kebanyakan orkid Dendrobium yang ditanam di Malaysia ialah jenis kacukan yang boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Pokok orkid ini mempunyai bebawang yang beruas-ruas dan mengandungi air. Daunnya pula lebat dan sebahagiannya melekat pada batang. Cara yang senang untuk mengenali orkid Dendrobium ialah dengan melihat bunganya. Bunganya berjambak dan mempunyai kolum yang pendek. Dendrobium boleh dijumpai dalam warna ungu, merah jambu, putih, fuchsia (campuran warna merah jambu dan ungu), kuning, hijau dan terdiri dari dua warna. Warna yang paling terkenal dan mudah dijumpai ialah ungu dan putih.

Rajah 9.8 Orkid ungu dan putih

Di bahagian kaki bawah kolum atau kaki kolum lebih panjang berbanding dengan genus yang lain. Kaki kolum hanya dapat dilihat apabila bibir bunga ditarik ke bawah. Kedua-dua sepal sisi melekat di kiri dan kanan bibir. Dari bahagian rusuk, sambungan kaki kolum dan sepal berbentuk memanjang seperti dagu. Bentuk ini dikenali sebagai mentum dan merupakan salah satu sifat yang ketara bagi genus ini. Orkid Dendrobium ini mempunyai dua pasang polinia.

Rajah 9.9 Orkid Dendrobium 61

Rajah 10.1 Batang Orkid

Rajah 10.2 Akar Orkid

Semua jenis orkid Dendrobium tumbuh berumpun. Orkid ini mempunyai akar yang halus di pangkal batang dan berdaun sederhana. Orkid ini juga sesuai ditanam di tempat teduh tetapi boleh juga terdedah kepada cahaya matahari jika pertumbuhannya sejak kecil. Selain itu, pokok ini akan tumbuh subur jika terdapat sinaran cahaya yang terang walauapapun persekitarannya.

2.4.2.3 Amalan Kultur [10 ] 2.4.2.3.1Cahaya Orkid ini boleh dibiakkan dengan syarat mempunyai pencahayaan yang terang, cahaya yang tidak terlampau terang adalah lebih baik. Pencahayaan yang kurang akan menyebabkan batangnya berpusar dan mempunyai daun yang tebal dengan beberapa atau tiada langsung bunga. Dalam musim panas dan luruh, di timur dan barat, dan musim sejuk dan awal musim luruh, di selatan akan memberi pencahayaan yang banyak untuk Dendrobium membiak. Jika tumbuhan ini didedahkan kepada cahaya terlalu lama dengan dibiarkan dalam suhu yang tinggi untuk masa yang lama ia akan menyebabkan tumbuhan melecur (sunburn). 2.4.2.3.2 Air Dendrobium memerlukan air untuk mengeluarkan bunga yang cantik serta menarik. Penyiraman dilakukan apabila diperlukan. Biarkan tumbuhan ini kering perlahan-lahan selepas siraman kerana boleh menyebabkan reput dibahagian akar.

62

2.4.2.3.3 Suhu Dendrobium adalh tumbuhan tropikal dan memerlukan keadaan yang panas. Suhu perlu dikekalkan pada siang hari pada suhu 70F hingga 90F dan malam 60 F hingga 65 F untuk hasil yang terbaik. Tumbuhan ini tidak sepatut didedahkan kepada suhu yang kurang dari 55 F untuk masa yang panjang. 2.4.2.3.4Persekitaran Memerlukan persekitaran yang tinggi. Persekitaran boleh ditingkatkan dengan meletakkannya didalam dulang batu kerikil. 2.4.2.3.5 Pembajaan Gunakan baja apabila terdapat pertumbuhan yang aktif setiap kali siraman. Jika tiada pertumbuhan yang aktif, bajakan dengan minimum, kemudian biarkan air semburan itu untuk kering sendiri. 2.4.2.3.6 Pemasuan Jangan ubah tanaman sehinggalah tunas baru telah mula tumbuh ditepi pot dan medium telah terkompos. Medium pemasuan boleh terdiri daripada campuran beberapa batang, batu-batu, arang-arang kayu keras pelepah kelapa dan juga tanah liat. Tekan medium rapat-rapat semasa pemasuan semula. 2.4.2.3.7 Perapian Buang bunga yang tumbuh sekuntum. Jika warnanya bertukar kuning, bunga itu boleh dibuang kerana tidak memberi kesan buruk kepada pokok asal.

[ 10].

http://www.superfloralretailing.com/pdf/BloomPlant0907.pdf

63

2.4.2.4Penyakit dan Perosak 2.4.2.4.1Penyakit 2.4.2.4.1.1 Virus Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan pokok orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihan kawasan penanaman. 2.4.2.4.1.2 Bakteria Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria bersamaan dengan penyakit yang disebakan oleh kulat. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria cepat merebak berbanding dengan penyakit yang disebabkan oleh kulat. Tanda biasa penyakit yang disebabkan oleh bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk.Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan penguadaraan yang kurang baik adalah antara faktor jangkitan. Antara penyakit bawaan bakteria ialah : Reput bakteria (Bacterial rot) satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis. Reput daun ( Brown Rot) bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.

Rajah 10.3 Penyakit Orkid 64

2.4.2.4.1.3Kulat (fungus) Penyakit yang disebabkan oleh kulat lebih kurang sama dengan peyakit yang disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebaknya agak perlahan dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan penguadaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan.Antara penyakit bawaan kulat ialah : Antraknose Black leaf spot Cercospora leaf spot Reput hitam ( Black rot) Reput pangkal ( Basal rot) Reput pucuk ( Crown rot)

a) Rawatan terhadap bakteria dan kulat Potong dan buang bahagian yang dijangkiti. Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga megelakkan jangkitan.

Rajah 10.4 Penyakit disebabkan oleh bakteria 65

2.4.2.4.2 Perosak 2.4.2.4.2.1Aphid

Rajah 10.5 Aphid

Dikenali sebgai lalat hijau, lalat hitam atau lintah tumbuhan, aphid ialah sejenis serangga yang menjadikan tumbuhan sebagai makanannya. Serangga ini ialah musuh kepada ladybugs/ ladybirds/ lady beetles dan lacewings. Serangga yang kecil berbentuk melonjong, serangga penghisap dan selalunya muncul di dalam musim bunga untuk memakan daun-daun baru. Serangga ini meninggalkan lendir selepas makan daun di mana lendir ini akan menarik semut dan mnyebabkan tumbesaran kulat. Serangga ini boleh dikawal dengan cara semulajadi iaitu cari tanda gigitan serangga ini pada daun dan buangkannya. Gunakan sapu tangan dan buang aphid dari tanaman. Boleh juga digunaka semburan air yang kuat untuk menolak aphid dari daun. Letakkkan perangkap yang melekat berwarna kuning untuk menangkap aphid yang terbang lair.

66

2.4.2.4.2.2Siput

Rajah 10.6 Perosak siput

Siput selalunya merosakkan daun di dengan memakannya di bahagian tengah dan dibahagian hujung. Ini akan menyebabkan daun berlubang-lubang. Siput boleh dikawal dengan menyiram air pada tanaman pada waktu pagi atau menggunakan paip saluran bawah tanah. Ini akan menyebabkan tanah kering dan tidak menarik perhatian siput. Letakkan limau kering atau kapur kering di sekeliling tumbuhan. Campuran ini akan menyebabkan siput pergi ke tempat lain. Serangga yang menyerang orkid ini boleh dikawal dengan mengunakan semburan dan basuhan sabun serangga.

2.4.2.5 Kaedah Pembiakan 2.4.2.5.1 Kultur Tisu Daun orkid akan dibuang daripada pucuk apeks tumbuhan orkid yang terpilih. Pucuk ini direndam ke dalam larutan 10% natrium hipoklorit selama 10 minit untuk membunuh sebarang microorganism yang hadir. Serpihan-serpihan tisu meristem (eksplan) dipotong daripada pucuk dan direndamkan ke dalam larutan 1 % natrium hipoklorit selama 5 minit. Tisu dikultur di dalam medium steril yang mengadungi nutrient dan hormone tumbuhan dengan pH yang sesuai. Kelalng dismpan di dalam incubator pada suhu 3540darjah selama beberapa minggu.
67

Rajah 10.7 Simpanan daun yang digunakan untuk tisu kultur

Mitosis berulang oleh sel-sel meristem akan menghasilkan tisu-tisu kalus. Tisu ini akan dipindahkan ke dalam kelalang baru yang mengandungi medium nutrient yang baru. Ini untuk memastikan bekalan nutrient dan hormone tumbuhan yang sesuai adalh mencukupi bagi pertubuhan dan perkembangan. Sel-sel akan terus membahagikan melalui mitosisdan kemudian terbezakan menjadi anak-anak pokok. Selepas beberapa minggu, tumbuhan orkid dikeluarkan dan ditanam di dalam pasu atau di atas tanah dimana ia tumbuh sehingga matang. Klon orkid adalah seiras antara satu sama lain dan dengan tumbuhan orkid induk dari segi fenotip dan genotip. 2.4.2.5.2 Faktor Kejayaan Antara faktor mendorong kejayaan teknik ini ialah penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar. Selain itu, cara ini sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus. Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme dengan cara yang selamat.

68

2.4.2.6 Varieti Seperti juga tanaman lain orkid juga mempunyai variati yang tersendiri selain terbahagi kepada keluarga yang berbeza. Orkid Dendrobium boleh terbahagi kepada orkid asal dan juga yang telah dikacukkan.

Jadual variati- variati orkid Dendrobium[11 ]

Dendrobium aurantiroseum

Dendrobium bracteosum

Dendrobium ceraula

Dendrobium densiflorum

69

Dendrobium engae

Dendrobium hasseltii

Dendrobium lindleyi

Dendrobium hellwigianum

Dendrobium parishii

Dendrobium rigidum 'Ramona'

[ 11]

http://www.orchidphotos.org/index.html

70

2.4.27 Kegunaan [ 12] Orkid dendrobium yang sangat cantik ini mempunyai pelbagai kegunaan. Disebabkan rupanya yang unik dan warnanya yang menawan orkid ini selalu digunakan dalam penyusunan bunga. Orkid jenis ini yang exotik dan cantik selalunya pula akan digunakan sebagai hadiah untuk pelbagai majlis. Walaupun halus dan lembut, bunga orkid dendrobium tahan lama, dalam lingkungan 10 hari hingga ke 2 minggu.

Rajah 10.8 Kegunaan Orkid Dendrobium yang pelbagai

Orkid Dendrobium mewah kekal antara bunga yang paling popular untuk majlis perkahwinan. Mereka melambangkan kesucian, kasih sayang, keindahan dan kekayaan. Bunga orkid ini nampak cantik bersahaja atau boleh juga dicampur dengan bunga lain. Orkid Dendrobium boleh digunakan sebagai gugusan bunga bagi pengantin perempuan atau di letakkan di tengah tengah meja. Orkid Dendrobium mewah mempunyai kelopak yang kukuh dan tahan dengan pengendalian kasar. Orkid Dendrobium yang dramatik menjadikan tumbuhtumbuhan hiasan rumah yang hebat. Mereka mewujudkan suasana yang hebat di mana-mana jua ditempatkan. Merekamembawa keanggunan dan kecanggihan ke rumah dalam bentuk hiasan rumah. Mereka menambah kehidupan dan warna pada ruang. Orkid Dendrobium boleh digunakan dalam hiasan dalaman tradisional dan moden. Orkid Dendrobium memberikan kenikmatan dan membawa rasa tenang dan santai.

[12].http://www.dendrobium-orchid.net/dendrobium-orchids-uses

71

You might also like