You are on page 1of 3

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu

makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Di sana (Kraftangan Malaysia) saya telah mempelajari selok belok membuat batik dan dalam tahun 1980 saya memulakanperniagaan batik di Kuala Terengganu, katanya. Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah. Selepas 26 tahun, tuanpunya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik. Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi di sana, katanya. Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah. Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting. Kami banyak menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu, katanya. Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan ErraFazira, katanya. Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya,www.noor-arfa.co m untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya.

Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.
WALAUPUN beliau merupakan pemilik bersama syarikat pengeluar batik tersohor, Noor HijerahHanafiah menganggap dirinya tetap seorang pekerja sama seperti orang lain.

Maknanya, beliau bekerja makan gaji dan menerima gaji bulanan seperti juga kakitangan yang lain. Katanya, mungkin bila mereka melihat bos juga bekerja dan tidak terkecuali dengan peraturan syarikat akan menguatkan semangat kuat bekerja di kalangan mereka. ''Sebenarnya saya dan suami ingin mewujudkan suasana yang selesa dan gembira di kalangan kakitangan Noor Arfa.''

Noor Hijerah menambah, pada waktu yang sama beliau memang suka bekerja dan tidak tahu duduk diam. Bila bekerja fikiran pun segar dan sentiasa aktif dan ini mungkin kerana sudah biasa bekerja. Noor Hijerah juga menganggap kakitangannya adalah aset kerana sama-sama membantu menjayakan matlamat Noor ArfaBatek. ''Masalah-masalah kecil yang boleh diatasi adalah perkara biasa. Namun di kala negara menghadapi kemelesetan ekonomi keadaan kami agak sukar. ''Alhamdulillah, di sebalik segala kepayahan ia dapat juga dilalui dengan tenang dan jayanya.'' Noor Hijerah menambah, selain disiplin dan tegas, sifat sabar juga perlu ada kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Katanya, tanpa disiplin, tegas dan sabar, kejayaan tidak mudah diperoleh dan itulah antara resipi kejayaan Noor ArfaBatek selain memastikan produknya berkualiti dan pasarannya mencapai sasaran. ''Kalau kita mahu mereka berdisiplin dan kuat bekerja tentulah kita di peringkat pengurusan juga perlu berbuat demikian. Pada waktu yang sama sistem pengurusan juga mesti betul,'' kata Hijerah yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Noor ArfaBatek. Menariknya beliau bukan sahaja dianggap seperti bos tetapi dalam waktu yang sama seperti seorang ibu kepada anak-anak yang lain. ''Dalam lembut mesti ada ketegasannya. Ia bukan sahaja dipraktikkan di syarikat Noor Arfa tetapi juga di rumah,'' ujar Noor Hijerah lagi. NOOR HIJERAH bersama pereka fesyennya, Shabri Saab. Ibu kepada tiga anak lelaki, Wan Mohd. Azwan, Wan Mohd. Affiz dan Wan Mohd. Affendi juga melatih anak-anaknya termasuk menantunya TunkuFazuraIdayu dalam bidang perniagaan walaupun ada yang masih lagi bersekolah. Bermula dengan dua orang pekerja dan modal RM1,000, Noor ArfaBatek ditubuhkan pada tahun 1980 di atas landasan minat yang mendalam terhadap bidang kraf tangan.

Noor Hijerah memberitahu, semuanya bermula selepas mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70-an. Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya. Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Di sinilah bermula segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd. Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan. ''Saya masih ingat lagi mula-mula perniagaan dibuat di rumah saya. Saya mencanting batik, buat frame sehingga ia mula dikenali ramai.

''Selepas itu barulah kami menubuhkan Noor ArfaBatek pada tahun 1980. Saya bersyukur akhirnya impian itu menjadi kenyataan dan mendapat sokongan daripada suami,'' ujar Hijerah lagi. Noor ArfaBatek hasil singkatan nama Noor Hijerah dan suaminya Wan Mohd. Ariffin Wan Long mula berkembang. Malah suaminya sendiri berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap syarikat yang baru ditubuhkan. Suaminya adalah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut.

Hari ini syarikat milik mereka terus berkembang maju. Terdapat 10 jabatan dan 10 orang eksekutif serta lebih 200 orang pekerja. Selain itu terdapat tiga pereka fesyen terdiri daripada mereka yang arif di bidang fesyen dan rekaan. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik. Nampaknya ramai yang menyukainya apalagi di kalangan pelancong yang singgah di Kuala Terengganu. ''Saya masih ingat di peringkat awal, produk kami dijaja sendiri. Biarpun melalui pelbagai cabaran dan rintangan dan tidak kurang penatnya saya gembira.

''Seorang pelancong memberitahu saya, mengapa tidak menghasilkan rekaan yang disukai pelancong juga. Rekaan yang lebih kontemporari. Kata-katanya itu bagaikan memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan yang lebih kontemporari.'' Bagaimanapun Noor Hijerah tidak menafikan bahawa bukannya sesuatu yang mudah untuk berjaya. Sebab itulah beliau yakin ketabahan itu merupakan antara faktor penting untuk berjaya. Berkat kesabaran beliau dan suami berjaya juga mencatat kejayaan dengan muncul sebagai pembekal batik terbesar negara dan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records.

You might also like