You are on page 1of 3

BAHAGIAN A

A. ( i )

Pembangunan kokurikulum terdiri daripada antaranya ialah objektif, tujuan


kokurikulum, hasil pembelajaran, penilaian, proses pengajaran dan pembelajaran serta
kandungan kokurikulum. Namun begitu, perubahan dalam pedogogi pendidikan akan
mempengaruhi pembangunan kokurikulum. Hal ini kerana, ramai di kalangan
pendidikan telah meyedari kepentingan kokurikulum dalam bidang pendidikan,
kepentingan kokurikulum juga menbantu dalam merealisasikan falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu ke arah sistem pendidikan abad 21 .Menurut Norlela Ahmad & Sho
Sin Looi & Hariyaty Ab Wahid ( 2019), Pembelajaran abad ke 21 menekankan
kepada 4Ks iaitu kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritikal dan komunikasi serta
memenuhi kepelruan industri 4.0. Falsafah pendidikan merupakan garis panduan yang
memandu kesemua aktiviti pendidikan dalam menentukan objektif dan proses dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nor Suhara Fadzil ( 2010), matlamat
utama kokurikulum antaranya ialah,

1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.


2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi murid.
3. Mengukuhkan hubungan sosial dalam kalangan murid.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.
5. .Membina dan meningkatkan disiplin murid;
6. Mewujudkan budaya sekolah yang sihat.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat

Sistem pendidikan negara iaitu Kokurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)


telah diperkenalkan pada tahun 1993, namun telah mengalami perubahan pada tahun
2011 sehingga sekarang iaitu kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Perubahan ini juga lebih menekankan pemusatan pelajar dan bahan berbanding
sebelum ini lebih kepada pemusatan guru. Perubahan dalam pembangunan
kokurikulum dapat di lihat melalui tiga domain utama yang terdiri daripada domain
kognitif, psikomotor dan afektif. Ketiga-tiga domain ini penting dalam membantu
amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 serta melahirkan generasi yang
mempunyai ciri-ciri kemahiran abad 21.

Perbezaan antara sistem pendidikan KBSR dan KSSR dapat di lihat melalui aspek
kognitif. Aspek kognitif, merupakan perkembangan ilmu. Berdasarkan reka bentuk
kurikulum KBSR adalah berdasarkan tiga bidang utama iaitu, aspek komunikasi,
manusia dan alam sekitar serta perkembangan diri individu. Bidang komunikasi
terdiri daripada tiga aspek iaitu 3M (membaca, menulis, mengira). Kertiga-tiga aspek
dapat di tingkatkan melalui subjek gugusan bahasa dan Matematik. Seterusnya, dalam
bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, aspek ini menekankan tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan persekitaran serta kerohanian. Aspek ini dapat di tingkatkan melalui
subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, bagi maspek
perkembangan diri individu pula merujuk kepada jasmani, bakat, akhlak, dan sosial.
Aspek ini dapat dipertingkatkan melalui subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni
dan Muzik. Bahan kurikulum bagi KBSR pula terdiri daripada sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran.

Manakala aspek kognitif bagi KSSR, terdiri daripada enam reka bentuk kurikulum
iaitu, aspek komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusian,
keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Asas bagi
memastikan pencapaian kongnitif KSSR ialah membahagikan mata pelajaran kepada
tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Modul Asas Teras terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi.
Manakala, Modul Asas Elektif merujuk kepada pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil,
Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Manakala, di peringkat pengajian terdiri daripada
gugusan wajib universiti, gugusan bahasa-bahasa, teras universiti kokurikulum, teras
sekolah, teras program, elektif program dan minor elektif.

Bagi gugusan waib universiti adalah untuk membentuk dan membina jati diri pelajar,
melalui subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) akan melahirkan pelajar
yang mempunyai keusahawanan yang relevan dalam industri 4.0. Gugusan bahasa-
bahasa akan meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar,
khususnya dalam bahasa English. Teras universiti kokurikulum, mengalakkan sikap
proaktif dalam kalangan pelajar berdasarkan kokurikulum yang di pilih oleh para
pelajar. Bagi teras sekolah meyediakan alternatif kepada pelajar mengenai asas
pengetahuan kepada pelajar berkaitan tentang objektif pengajaran dan pembelajaran.

Manakala, teras program merupakan objektif pengajaran dan pembelajaran pengajar


dan pelajar tersebut. Seterusnya minor elektif merupakan kaedah atau pun medium
yang membolehkan pelajar mengembangkan lagi pengetahuan mereka terhadap
bidang lain.

Menurut Iin Nurbudiyani (2013), psikomotor merupakan perkara yang berkaitan


dengan kemahiran (Skill) atau kemampuan bertindak dan menganalisis. Bagi aspek
psikomotor KBSR, memfokuskan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Namun bagi KSSR, lebih kepada memberikan kemahiran abad ke 21 kepada
pelajar dan juga mengajar. Manakala afektif, bagi KBSR adalah untuk melahirkan
pelajar berdasarkan matlamat pendidikan, tetapi bagi KSSR adalah untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai jati diri dan nilai yang tersendiri serta mampu membolehkan
mereka bersaing dalam generasi abad ke 21.

You might also like