You are on page 1of 35

MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Modul Kemahiran Asas TMK

Tahun 2
Microsoft Word
Prasyarat

Murid telah menguasai kemahiran Microsoft Word dalam


Modul Tahun 1.

Murid boleh:
• Melancarkan perisian Microsoft Word
• Menyimpan fail menggunakan “Save As”
• Menutup perisian Microsoft Word
• Menaip teks dalam Microsoft Word
• Mengubah fon
• Menambah fungsi senarai bullet atau senarai nombor
• Membina jadual dalam perisian Microsoft Word
• Menyisip imej
• Melancarkan pelayar web
• Mencari maklumat menggunakan enjin carian

Microsoft Word 1
Kemahiran

Menyisip kotak teks

Memilih, menyalin dan menampal teks

Membetulkan kesilapan menggunakan fungsi


“Undo” dan kekunci “Backspace” serta “Delete”

Menyusun atur teks menggunakan


“Paragraph Alignment”

Mengubah inden menggunakan


fungsi “Indentation”

Melukis bentuk

Mengubah bentuk

Mewarnakan “Fill” dan “Outline” pada bentuk

Menggunakan pintasan papan kekunci

Mengubah orientasi halaman dan memilih


saiz kertas

Microsoft Word 2
Mata Pelajaran Terlibat

• Bahasa Melayu
Standard Pembelajaran 3.2.1

• Matematik
Standard Pembelajaran 1.4.1

• Sains
Standard Pembelajaran 9.2.4

Perisian Setara dan


Rujukan Tambahan

Perisian lain yang boleh digunakan selain daripada


perisian Microsoft Word serta tutorial video sebagai
rujukan tambahan:

• Google Docs
https://youtu.be/s6V_h43-BIY

Microsoft Word 3
Menyisip Kotak Teks
Teks diletakkan dalam kotak agar boleh digerakkan ke mana-mana
bahagian pada halaman.

Mari Cuba

1 Klik “Insert”.

2 Klik “Text Box”.

3 Klik “Draw Text Box”.


2

Microsoft Word 4
4 Klik dan seret untuk menghasilkan kotak teks.

Klik...

...dan seret
ke sini.

5 Isikan teks di dalam kotak.

6 Kotak teks boleh dibesarkan atau dikecilkan.

Klik dan seret


penjuru kotak.

Microsoft Word 5
7 Klik pada kotak dan seret untuk mengubah kedudukan kotak.

8 Klik dan seret ikon untuk memusingkan kotak teks.

Microsoft Word 6
Memilih, Menyalin dan
Menampal Teks
Teks boleh disalin daripada perisian lain seperti pelayar web dan
ditampal ke dalam dokumen Microsoft Word.
Anda boleh menggunakan cara pilih, salin dan tampal bagi
mengelakkan menaip semula teks yang panjang.

Mari Cuba

Kita akan menyalin teks daripada laman sesawang


dan menampalkannya ke dalam Microsoft Word.

Microsoft Word 7
Memilih Teks

1 Buka laman web.


Contoh: http://www.pnm.gov.my/sirihpinang/sp-pantun-1.htm

Cuba pilih teks ini.

2 Gerakkan tetikus ke permulaan teks yang ingin dipilih.

3 Klik dan seret sehingga ke penghujung teks yang ingin dipilih.

3
Pastikan latar teks yang
anda pilih bertukar warna.

Microsoft Word 8
Menyalin Teks

Anda boleh menyalin teks


menggunakan tetikus atau
pintasan papan kekunci.

Menyalin Menggunakan Tetikus

1 Gerakkan tetikus ke teks yang telah dipilih dan klik butang kanan
pada tetikus.

2 Klik “Copy”.

Microsoft Word 9
Menyalin Menggunakan
Pintasan Papan Kekunci

Ctrl + C

1 Tekan

2 Tanpa melepaskan kekunci tadi, tekan

Backspace

1 2

Pintasan papan kekunci membolehkan kita


mencapai sesuatu fungsi dengan lebih pantas.

Microsoft Word 10
Menampal Teks

Anda boleh menampal teks menggunakan


tetikus atau pintasan papan kekunci.

1 Klik icon Microsoft Word untuk menampakkan tetingkap


Microsoft Word.

Microsoft Word 11
2 Gerakkan tetikus dan klik di mana anda ingin menampal teks.

3 Klik “Paste” untuk menampal teks ke dalam dokumen.

3
2

Anda juga boleh gunakan pintasan papan kekunci untuk “Paste”.

Ctrl + V

1 Tekan .

2 Tanpa melepaskan kekunci  tadi, tekan .

Backspace

1 2

Microsoft Word 12
Membetulkan Kesilapan
Menggunakan Fungsi “Undo”
Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda boleh menggunakan
fungsi “Undo” untuk membuang kesilapan tersebut.

Mari Cuba

Tolong! Semasa menampal teks tadi,


saya tertekan butang “Paste”
sebanyak dua kali.

Microsoft Word 13
1 Klik ikon “Undo” .

2 Tindakan terakhir telah dipadamkan.

Anda juga boleh gunakan pintasan papan kekunci untuk “Undo”.

Ctrl + Z

1 Tekan .

2 Tanpa melepaskan kekunci tadi, tekan .

Backspace

1 2

Microsoft Word 14
Memadam Menggunakan Kekunci
“Backspace” dan “Delete”

Kunci “Backspace”

Backspace
Kunci “Backspace” boleh digunakan untuk memadamkan teks
pada bahagian kiri kursor.

Backspace

Mari Cuba

1 Tekan kunci pada papan kekunci untuk memadamkan teks


Backspace

pada bahagian kiri kursor.

2 Abjad dipadamkan satu demi satu setiap kali kunci ditekan.

Sekolah Sekola Sekol Seko

Tekan Tekan Tekan


Backspace Backspace Backspace

Microsoft Word 15
Tekan dan tahan butang diikuti dengan untuk
Backspace

memadamkan perkataan sepatah demi sepatah.

Saya suka pergi ke sekolah.

Tekan dan .
Backspace

Saya suka pergi ke

Kunci “Delete”

Backspace
Fungsi kunci adalah sama dengan kunci tetapi
memadamkan teks pada kanan kursor.

Backspace

Microsoft Word 16
Mari Cuba

1 Klik dan pastikan kursor diletakkan di hadapan abjad yang


hendak dipadam.

Sekolah

2 Tekan kunci pada papan kekunci untuk memadamkan teks


pada bahagian kanan kursor.

3 Abjad dipadamkan satu demi satu setiap kali kunci ditekan.

Sekolah Sekoah Sekoh Seko

Tekan Tekan Tekan

Tekan dan tahan butang diikuti dengan untuk


memadamkan perkataan sepatah demi sepatah.

Saya suka pergi ke sekolah.

Tekan dan .

Saya suka ke sekolah.

Microsoft Word 17
Menyusun Teks Menggunakan
“Paragraph Alignment”
Teks yang disusun rapi kelihatan kemas dan mudah dibaca.

Mari Cuba

Apabila anda menaip dalam


Microsoft Word, teks biasanya
disusun ke kiri halaman.

Teks tersusun ke kiri.

Microsoft Word 18
1 Pilih teks yang anda ingin susun.

2 Klik untuk menyusun teks ke tengah halaman.

Teks tersusun ke tengah.

Microsoft Word 19
3 Klik untuk menyusun teks ke kanan halaman.

Teks tersusun ke kanan.

4 Klik untuk menyusun teks supaya memenuhi lebar halaman.

Teks tersusun untuk


memenuhi lebar halaman.

Microsoft Word 20
5 Klik untuk menyusun teks ke kiri halaman.

Teks tersusun ke kiri.

Microsoft Word 21
Membuat Inden Pada Perenggan

Ruang pada permulaan perenggan dikenali sebagai inden.


Ruang yang seragam pada setiap permulaan perenggan kelihatan
kemas dan mudah dibaca.

Mari Cuba

1 Gerakkan tetikus dan klik pada permulaan perenggan.

Klik untuk letakkan kursor.

2 Tekan kunci “Tab” pada papan kekunci.

Backspace

Microsoft Word 22
3 Ruang inden telah dimasukkan pada permulaan perenggan.

Microsoft Word 23
Melukis Bentuk

Anda boleh memasukkan


pelbagai bentuk ke
dalam dokumen.

Mari Cuba

1 Klik pada “Insert”.

2 Klik “Shapes”.

1 2

Microsoft Word 24
3 Pilih dan klik bentuk yang ingin dilukis.

4 Klik dan seret untuk melukis.

Klik dan seret


untuk mengubah
kedudukan bentuk.

Klik dan seret


penjuru untuk
mengubah
saiz bentuk.

Microsoft Word 25
Mewarnakan “Fill” dan “Outline”
Pada Bentuk

Warna bentuk yang telah dimasukkan boleh diubah kepada warna


yang diinginkan.

Mari Cuba

Mengubah Warna “Fill”

1 Klik pada bentuk.

2 Klik “Format”.

Microsoft Word 26
3 Klik “Shape Fill”.

4 Pilih dan klik warna yang anda inginkan.

5 Warna bentuk telah ditukar.

Microsoft Word 27
Mengubah Warna “Outline”

1 Klik “Shape Outline”.

2 Pilih dan klik warna yang diingini untuk menukar warna garisan
luar bentuk.

3 Warna garisan luar bentuk telah ditukar.

Microsoft Word 28
Mengubah Orientasi Halaman

Orientasi halaman boleh


diubah kepada potret
atau landskap.

Orientasi
Orientasi
landskap
portret

Mari Cuba

1 Klik “Layout”.

Microsoft Word 29
2 Klik “Orientation”.

3 Klik “Landscape”.

4 Orientasi halaman menjadi melintang.

Microsoft Word 30
5 Klik “Orientation”.

6 Klik “Portrait”.

5
6

7 Orientasi halaman menjadi menegak.

Microsoft Word 31
Memilih Saiz Kertas

Mari Cuba

1 Klik “Size”.

2 Pilih dan klik saiz kertas yang diinginkan.

Kebiasaannya, saiz
kertas yang digunakan
ialah A4.

Microsoft Word 32
Tugasan

Hasilkan rajah di bawah dalam Microsoft Word.

Terima kasih
kerana membantu.
Sama-sama.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Microsoft Word 33
Saya Boleh!

Tandakan jika anda boleh melakukannya.

Saya Boleh

Menyisip kotak teks

Memilih, menyalin dan menampal teks

Membetulkan kesilapan menggunakan fungsi


“Undo” dan kekunci “Backspace” serta “Delete”

Menyusun atur teks menggunakan


“Paragraph Alignment”.

Mengubah inden menggunakan fungsi


“Indentation”

Melukis bentuk

Mengubah bentuk

Mewarnakan “Fill” dan “Outline” pada bentuk

Menggunakan pintasan papan kekunci

Mengubah orientasi halaman dan memilih


saiz kertas

Microsoft Word 34

You might also like