You are on page 1of 2

Cara Masukkan Pelbagai Muka Surat dalam Microsoft

Word
Assalamualaikum,  dek kerana sibuk menyiapkan projek kursus bos aku,
alhamdulillah aku dapat ilmu baru.   Kalau sebelum ni aku tak penah guna, tapi
hari ni aku berjaya walaupun terkedek-kedek.  Mulanya bingung aku memikir
macam mana nak buat muka surat untuk isi kandungan dan isi dalam kerja
projek??  Dalam kalut-kalut aku teringatkan Mr. Google la pulak... Semua hanya
dihujung jari.. Thanks to Allah sebab bagi aku buah fikiran diwaktu buntu ni...
apa lagi, satu kali klik aku dah jumpa jalan penyelesaian.

Mula-mula agak susah jugak. kejap jadi kejap tak jadi.  So aku letakkan diri aku
dalam keadaan bertenang dan fahamkan tutorial yang diberi dalam blog
di sini betul-betul. Alhamdulillah try and error, maka aku telah berjaya
melakukannya.

Nak cuba?? okey aku tolong copykan tutorial tu yer..

copy from Ini Fitrah Ku

Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word

Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga
masalah
 Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada
muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.
 Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza.
Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat
bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada
bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor
biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya).
 Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file
tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan
muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada
bahagian content tersebut bermula nombor 1.
Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
 Pecahkan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu
kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan
halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan
satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang
lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen

Untuk pecahkan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki
1. Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan
kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
2. Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas
microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.
3. Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam
file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotakinsert, klik
header dan kemudian pilih edit header. Sekiranya apa yang anda telah lakukan
betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen
pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas
mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-. 
4. Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang
memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga
untuk footer anda!

Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis
saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footermuka surat
tersebut.

 Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar


kandungan)

Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.



Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.

Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang
dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.

Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda

Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga
(bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas

You might also like