You are on page 1of 8

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS DAN

PEMIMPIN PELAJAR

TARIKH : 13 FEBRUARI 2017 (ISNIN)

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : DATARAN TUN FATIMAH,SMK ADE PUTRA

ANJURAN : JAWATANKUASA DISIPLIN , PUSAT SUMBER , LEMBAGA


KOPERASI, SKUAD SPBT
DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKAP

DISEDIAKAN OLEH: PUAN ROSLINDA BINTI AHMAD

SETIAUSAHA PROGRAM
Pendahuluan.

Pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ahli lembaga koperasi, pembimbing rakan sebaya,
skuad SPBT dan ketua tingkatan merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah.
Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik
daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model
kepada murid-murid lain.

Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , Ahli Lembaga Koperasi, Pembimbing Rakan
Sebaya, Skuad SPBT dan Ketua Tingkatan wajar diadakan.

Dengan pelantikan ini adalah diharapkan pemimpin murid dapat membantu pihak sekolah bagi
mewujudkan sekolah yang cemerlang dan terbilang.

MATLAMAT

 Melahirkan pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab dalam membantu pihak


pengurusan
 Menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin
negara seterusnya.

OBJEKTIF

 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas sekolah, pengawas pusat


sumber, ahli lembaga koperasi, pembimbing rakan sebaya, skuad SPBT dan ketua
tingkatan supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
 Semoga dengan pelantikan ini semua pengawas, pengawas pusat sumber, ahli lembaga
koperasi, pembimbing rakan sebaya, skuad SPBT dan ketua tingkatan yang telah dilantik
dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab untuk menguatkuasakan
peraturan sekolah tanpa rasa ragu.
KUMPULAN SASARAN

 30 orang Pengawas Sekolah


 20 orang Pengawas Pusat Sumber
 5 orang Ahli Lembaga Koperasi
 13 orang Pembimbing Rakan Sebaya
 15 orang Skuad SPBT
 26 orang Ketua Tingkatan

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Perbincanagn antara guru-guru penasihat dan GPK Hal Ehwal Murid


2. Membuat kertas kerja dan mengemukakancadangan kertas kerja kepada
pengetua/pentadbir untuk kelulusan majlis.
3. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja dan pelaksanaan majlis.
4. Taklimat kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat
5. Pelaksanaan majlis mengikut perancangan

PERASMI

ATUCARA MAJLIS :

7.45 pagi : Ketibaan perasmi


7.50 pagi : Nyanyian lagu patriotic
8.00 pagi : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
: Bacaan doa
: Ucapan pengetua SMK Ade Putra Tn. Hj. Md Yazed Bin Yatim
: Ucapan perasmian oleh YB Datuk Ar Hj. Ismail Bin Othman
: Penyampaian watikah pelantikan
9.00 pagi : Lafaz ikrar pelantikan
9.10 pagi : Penyampaian cenderahati
9.20 pagi : Sesi bergambar
9.30 pagi : Bersurai
LAPORAN 

TARIKH                    :  13 Februari 2017

HARI                         :  Isnin

MASA                       :  7.30 – 9.30 pagi

TEMPAT                   : Dataran Tun Fatimah

PESERTA                  :  Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , Ahli Lembaga Koperasi,


Pembimbing Rakan Sebaya, Skuad SPBT dan Ketua Tingkatan wajar
diadakan.     
IMPAK : 98% pelajar menghadiri majlis pelantikan  
                           
KEKUATAN             : 

1.       Program berjalan dengan lancar dan tidak mengambil masa yang panjang

2.      Kerjasama daripada semua guru terutamanya Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah
sangat memuaskan.

KELEMAHAN         : 

1. Ada diantara pengawas yang tidak dapat hadir di majlis tersebut.


2. Kelemahan dilihat dari segi kehadiran ke sekolah pada pagi majlis tersebut, kerana ada
sebahagian yang hadir lewat.

CADANGAN            : 

1. Menyusun murid mengikut susunan senarai nama


2. Memasang muzik latar ketika majlis penyampaian watikah berlangsung.
BAHAN BUKTI :
Disediakan oleh :

_______________________________                                     

( PN. ROSLINDA BINTI AHMAD )

SETIAUSAHA PROGRAM MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Disemak oleh :                                        

_______________________________        

( EN. ZULKIFLI BIN HASAN )

GPK HAL EHWAL MURID

SMK ADE PUTRA

Disahkan oleh :

_______________________________
(EN. MD YAZED BIN YATIM)

PENGETUA

SMK ADE PUTRA

You might also like