You are on page 1of 1

Kata hubung pancangan relatif

ialah kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata
jenis ini hanyalah "yang"

Contoh:
a. Banyak nilai positif terdapat pada individu (ayat utama)
b. Banyak individu mempunyai kecerdasan emosi. (ayat kecil)
c. Banyak nilai positif terdapat pada individu yang mempuyai kecerdasan emosi.

Contoh-contoh ayat
1. Buah anggur yang tergantung pada dahan itu paling disukainya.
2. Buah anggur yang ditanam di tanah tinggi itu sangat manis.
3. Pak Mat mempunyai ladang anggur yang paling besar di Cameron Highlands.
4. Ibu membeli buah anggur yang manis dari kebun Pak Mat.
5. Kami sekeluarga makan anggur yang dibeli oleh ibu semalam.
6. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
7. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
8. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu
melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:
1. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

2. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

3.  Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

You might also like