You are on page 1of 25

2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

RAHSIA PELABURAN SAHAM


KINI TERBONGKAR,

Cara Bagaimana Orang Biasa-biasa Boleh Turut Sama


Menjana Pendapatan Luar Biasa Di Pasaran Saham
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

INFO RINGKAS
PENULIS
Ahmad Nizamuddin Bin Malek Reedzwan
atau lebih dikenali dengan nama
Nizam Malek berasal dari Johor
Bahru dan merupakan graduan
Sarjana Muda Jurusan Farmasi
daripada sebuah institusi
pengajian tinggi swasta di
Cyberjaya, Selangor.

Selain memiliki pendidikan formal berkaitan bidang sains dan


perubatan farmasi, Nizam Malek mempunyai minat yang amat
mendalam dalam bidang-bidang lain seperti motivasi, pelaburan
hartanah, pelaburan saham, perniagaan dan pemasaran Internet.

Nizam Malek mula melabur dalam saham pada usia 27 tahun dan
beliau kini aktif menulis serta menghasilkan video untuk
membantu lebih ramai individu yang berminat menceburi bidang
pelaburan saham di Malaysia untuk mencapai matlamat
kebebasan kewangan.

KEPAKARAN Nizam Malek dalam saham adalah dalam kajian


penuh saham khususnya pada Technical Analysis. Dengan
menggunakan pendekatan ‘Major Trend Is Your Best Friend’, beliau
percaya potensi untuk menjana wang secara konsisten dalam pasaran
saham adalah lebih cerah dan Kurang berisiko apabila kita
melakukannya dengan betul.

1
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Facebook page:
http://www.facebook.com/NizamMalekPage

Email:
sahammastery@gmail.com

© Copyrights 2021 Nizam Malek


ALL RIGHTS RESERVED
DISCLAIMER AND/OR LEGAL NOTICE
Pihak penerbit sedaya upaya memastikan produk informasi yang diterbitkan ini mengandungi maklumat yang tepat
dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Walaubagaimanapun, segala strategi yang dibentangkan
dalam produkini mungkin tidak sesuai bagi setiap individu dan tiada jaminan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu
kepuasan. Penerbit dan penulis tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat
profesional yang lain kepada pembaca. Penerbit dan penulis secara khusus tidak bertanggungjawab
bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara langsung atau secara tidak
langsung daripada penggunaan maklumat dan apa jua kandungan yang terdapat dalam produk ini. Anda boleh
mencetak ebook ini untuk memudahkan pembacaan.

2
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

ISI KANDUNGAN

MUKA
TAJUK SURAT
Info Ringkas Penulis. 1

Asas: Apa Itu Saham? 3

9 Kelebihan Melabur Saham 6

2 Cara Jana Wang Dari Saham 12

Dividend 14

Capital Gain 19

Penutup 24

3
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

RAHSIA JANA WANG DARI SAHAM


KINI TERBONGKAR!
Kejayaan Para Jutawan Saham Kini Bukan Lagi Rahsia

4
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

ASAS: APA ITU SAHAM?

Sekiranya anda bercadang untuk menceburi bidang pelaburan dan jual


beli saham tanpa mengetahui apakah itu saham yang sebenarnya, anda
sedang meletakkan diri anda dalam risiko kerugian yang BESAR.

Ramai yang cuba untuk masuk ke pasaran saham untuk buat duit sebagai
seorang trader (buat keuntungan dengan kenaikan harga saham),
akhirnya terdiam dan terduduk bila melihat kerugian yang banyak dan
berterusan dari saham.

Apabila anda melabur atau trade saham tanpa kefahaman yang jelas tentang
perkara asas saham, maka anda akan dikaburi emosi dan ketamakan yang
melampau ketika masuk ke pasaran.

Dan akhirnya anda akan buat kata putus bahawa pasaran saham itu tidak
bagus, ekonomi Malaysia sedang merudum dan masa depan dunia
menjadi kelam.

Sedangkan dalam masa yang sama, ada segolongan investor dan trader
saham sedang berseronok menjana wang yang banyak dari pasaran saham.

Dalam modul pertama ini, saya akan ambil sedikit masa untuk menerangkan
apa itu saham. Pastikan anda memahami apa itu saham dan tahu kenapa
saham wujud.

5
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Secara asasnya, saham itu adalah perniagaan. Dengan membeli saham,


kita memiliki sebahagian pegangan saham sesuatu syarikat
berstatus berhad.

Pemilik syarikat-syarikat berstatus berhad menyenaraikan syarikat


mereka di Bursa Malaysia atas beberapa faktor, tetapi yang utamanya
adalah untuk mendapatkan wang/dana/fund dari orang awam bagi
tujuan mengembangkan perniagaan syarikat atau membantu
menyelesaikan hutang-hutang syarikat yang ada.

MUDAH BUKAN?
Dengan tersenarainya syarikat-syarikat tersebut di Bursa Malaysia, maka
orang awam seperti kita boleh membeli saham-saham syarikat tersebut
dan menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat-syarikat tersebut.

MUDAH BUKAN?

6
MUDAHNYA MELABUR MELALUI PRIVATE
2 CARA JANA WANGMANDATE | NIZAM
DARI SAHAM | NIZAMMALEK
MALEK

9 KELEBIHAN MELABUR SAHAM

Sekarang anda dah tahu secara ringkas apa itu saham. Dalam topik
seterusnya ini, saya akan kongsikan 9 kelebihan melabur saham.

Topik ini penting kerana ramai orang tak tahu apakah manfaatnya
melabur dalam saham dan menyebabkan mereka tidak jadi ‘goyang’ bila
ada orang lain berkata “saham tak bagus lah”, “buat apa kau beli saham?”
dan sebagainya.

Apabila anda tahu kelebihan saham dan kesesuaiannya dengan diri anda,
anda akan melabur saham dengan yakin dan akan melakukannya untuk
tempoh masa yang lebih panjang.

7
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Jadi dah bersedia? Jom kita mulakan dengan


kelebihan yang pertama..

1. Berpeluang menjana wang yang banyak tanpa perlu


bergantung pada orang lain.

Dalam saham ni, kita tidak ada boss asyik marah kita
setiap hari, kita tidak ada rakan sekerja yang banyak songeh dan
kita tidak ada anak buah yang perlu kita jaga dan marah
setiap hari.

Maaf ayat saya kelihatan negatif, tapi realitinya itulah isu yang
selalunya dihadapi di tempat kerja.

Saya pernah merasainya dan saya percaya ramai daripada anda


yang bekerja mengalami tekanan perasaannya.

Dalam saham, kita boleh melakukannya tanpa perlu bergantung


pada orang lain.

Jika anda seorang introvert, lone ranger dan tiada kawan ramai,
anda akan tetap dapat ‘survive’ dengan adanya ilmu jana wang
dari saham.

8
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

2. Mudah, praktikal dan selamat.

Saham adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.


Membeli saham adalah semudah menggunakan laptop atau
smartphone anda sahaja.

Sekiranya anda biasa menghantar mesej atau gambar melalui


whatsapp, secara asasnya anda pasti boleh membeli saham
menggunakan aplikasi mobile app di smartphone anda.
Ia memang mudah!
Di samping itu, sistem sekuriti dan perbankan di Malaysia diakui
selamat dan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Jadi tak perlu risau untuk melakukan transaksi jual beli saham
secara online di Bursa Malaysia.

3. Tidak perlu bekerja untuk wang.

Sekiranya kita bekerja makan gaji, sebenarnya kita


membanting tulang empat kerat kita untuk menghasilkan wang.

Tapi dalam saham ni, kita tidak bekerja untuk wang. Sebaliknya
kita buat wang bekerja untuk kita, untuk menghasilkan lebih
banyak wang.

Walau bagaimanapun, bukan bermakna anda mesti berhenti kerja


untuk melabur saham.

Tak perlu pun. Anda boleh teruskan bekerja seperti biasa dan
dalam masa yang sama melabur dalam saham. Kini, anda boleh
menjana pendapatan dari dua sumber.
BAGUS KAN?

9
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

4. Tidak perlu menjual produk.

Oh ya, menjual saham adalah tidak sama seperti menjual


apa-apa produk di Internet.

Apabila anda ingin menjual saham anda, anda hanya perlu buat
‘place order’ di mobile app di smartphone anda dan saham yang
anda nak jual tersebut akan dapat dilihat oleh semua orang
di seluruh dunia.

Sekiranya ada orang nak beli saham anda, maka penjualan akan
berlaku dan saham anda akan terjual!

Secara asasnya anda boleh membeli dan menjual saham


walaupun anda tak mahu bercakap dengan sesiapa sepatah
apa pun!

5. Tidak perlu mencari downline.

Aha, ini penting. Dalam saham ni tiada istilah mencari


downline. Saham bukan MLM (Multi-Level Marketing).

Sekiranya ada orang ajar anda saham tapi dia suruh anda pulun
cari orang a.k.a ‘anak-anak ikan’, maka berhati-hati. Mungkin itu
bukan saham, tapi hanyalah satu skim scam yang sentiasa mencari
peluang menipu orang ramai.

Saham adalah sangat ‘straight-forward’. Kita beli saham, buat


untung dan jual saham kita. Tiada konsep downline dalam saham.
Ingat ni tau!

10
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

6. Boleh buat duit di mana-mana sahaja kita berada.

Kita berada di zaman dunia tanpa sempadan. Anda boleh


membeli saham di mana-mana sahaja anda berada selagi anda
mempunyai sambungan kepada Internet.

Saya ada seorang student saham yang bekerja di Dubai. Beliau


pernah menghantar mesej kepada saya yang beliau boleh
membuka platform saham di Dubai dan membuat urusan jual beli
saham di sana.

Saya juga boleh semak saham-saham yang saya beli ketika saya
bercuti di Beijing, China (2014), Seoul, Korea (2016) dan Bandung
& Batam, Indonesia (2018).

Saya tak suruh anda ke luar negara. Hehe. Tapi maksud saya, di
mana sahaja anda berada, anda boleh melakukan urusan jual beli
saham ini. Anda boleh beli dan jual saham sambil berbaring dan
berguling-guling di atas katil di rumah anda. Bagus kan?

7. Liquidity

Apa maksud liquidity? Secara ringkasnya, liquidity


bermaksud senang dimiliki dan senang dilepaskan.

Nak beli saham ni mudah sahaja, 2 saat dah boleh dapat beli. Nak
jual saham juga mudah dan ‘tiada locking period’.

Bermaksud, bila anda berjaya beli sesuatu saham, anda boleh jual
saham tersebut pada hari yang sama, esok, lusa, bulan depan,
tahun depan atau tak nak jual saham tu pun tak mengapa.

Anda bebas menentukan strategi dan perancangan jual beli


saham anda dan tiada banyak sekatan atau halangan.

11
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

8. Patuh syariah.

Sudah pasti orang Islam perlu mencari medium pelaburan


yang patuh syariah. Secara asal dan umumnya, hukum melabur
saham di Bursa Malaysia adalah

HARUS
Bermaksud kalau nak beli boleh, kalau tak nak beli pun tak
mengapa. Cumanya dalam saham ni ada kaunter yang patuh
syariah dan ada kaunter yang tidak patuh syariah.

Jadi tugas kita adalah untuk memilih kaunter-kaunter yang patuh


syariah dan meninggalkan kaunter-kaunter yang
tidak patuh syariah.

Anda boleh tonton video-video di Youtube yang menerangkan


hukum melabur saham dan jual beli saham oleh ustaz-ustaz yang
yang lebih arif seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Dr Zaharuddin
dan sebagainya.

9. Keuntungan saham tidak dikenakan cukai.

Sehingga ketika ebook ini ditulis, segala keuntungan melalui


saham adalah tidak dikenakan cukai.

Di Malaysia, belum ada diperkenalkan Capital Gain Tax (CGT)


dalam saham.

Oleh itu, sementara belum ada CGT untuk saham, mari kita pulun
buat keuntungan banyak-banyak dari saham!

12
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

2 CARA
JANA WANG DARI SAHAM
Sekarang anda dah tahu secara ringkas apa itu saham dan
kelebihan-kelebihan melabur saham. Dalam topik seterusnya ini, saya akan
kongsikan dua (2) cara bagaimana anda boleh menjana wang dari
pasaran saham.

Sebenarnya, terdapat dua cara mudah untuk menjana wang dari saham,
iaitu yang pertama melalui Dividend dan yang kedua melalui Capital Gain.

CARA BUAT DUIT


DARI SAHAM

Dividend Capital Gain

Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk menerima Dividend syarikat dan
bagaimana buat duit secara Capital Gain sahaja untuk mula menjana wang
secara berterusan dari saham.

Secara asasnya, buat duit dengan makan Dividend ni sesuai untuk investor
dan kalau anda nak buat duit secara Capital Gain (beli saham ketika harga
murah dan jual ketika harganya mahal), maka anda boleh gelar diri anda
sebagai seorang Trader Saham.

SERONOK KAN?

13
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

DIVIDEND

Apa itu Dividend? Ok tadi kan saya kata pemilik syarikat


menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia untuk mendapatkan
wang/dana/fund daripada orang awam untuk mengembangkan
perniagaan syarikat kan?

Jadi kalau jalankan perniagaan, ada untung tak? Kalau ada untung, maka
syarikat boleh berikan sebahagian keuntungan syarikat kepada pemilik
syarikat dalam bentuk Dividend.

Kalau kita ada beli saham syarikat yang ada beri Dividend, maka bila
syarikat tu umumkan pemberian dividend, kita sebagai pemilik syarikat
bersama pun akan menerima Dividend bergantung kepada berapa
banyak pegangan saham (unit) yang kita beli.

Kalau anda nak buat duit melalui Dividend, anda perlu beli sesuatu
saham dengan jumlah pegangan saham yang besar. Contohnya kalau
syarikat A umumkan beri Dividend sebanyak RM0.01 sahaja, dan anda
ada beli saham syarikat A tu sebanyak 10,000 unit, maka jumlah Dividend
yang anda akan terima adalah sebanyak
RM0.01x10,000 = RM100.

Katakan anda beli dan pegang saham syarikat A 100,000 unit, maka
jumlah Dividend yang anda akan terima adalah
RM0.01x100,000 = RM1,000.

14
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Oleh sebab itu, orang-orang kaya yang melabur dalam saham akan
beli saham syarikat-syarikat yang memberikan Dividend yang paling
banyak dan kerap, dan mereka akan beli saham-saham tersebut dalam
kuantiti juta.

Contohnya syarikat A memberikan Dividend sebanyak RM0.05


sebanyak 4 kali setahun. Jadi orang-orang kaya tersebut akan beli saham
syarikat A sebanyak sejuta unit. Maka setiap kali Dividend mereka
akan terima RM50,000.

Apabila syarikat A ada beri 4 kali Dividend, maka mereka akan


menerima Dividend tersebut sebanyak RM200,000 setahun, tanpa perlu
buat apa-apa!

Begitulah keadaan yang dinamakan sebagai The Game of The


Riches. Dan inilah antara sebab kenapa orang kaya akan terus kaya,
kerana mereka tahu bagaimana untuk menggandakan wang mereka
dalam medium pelaburan yang menguntungkan.

Kita juga mampu lakukan perkara yang sama sekiranya kita tahu
caranya. InsyaAllah jika anda belajar caranya, satu hari nanti anda juga
mampu membeli saham syarikat-syarikat yang memberikan banyak
Dividend sebanyak 1 juta unit sekiranya anda mengikut sistem
membeli saham yang betul.

Mungkin anda tiada modal besar untuk beli saham sebanyak 1 juta
unit. Tapi tak mengapa. Sebab dalam saham, anda tidak perlu beli 1 juta
unit secara sekali gus. Anda boleh beli minimum 100 unit ke atas
mengikut kemampuan anda.

15
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Jadi apa kata anda mula beli saham 1000 unit setiap bulan? Kalau
dapat bonus atau OT, gunakan duit lebihan tersebut untuk beli saham
yang banyak beri Dividend.

Kumpul sebanyak mungkin unit saham yang boleh sehingga mencapai


sasaran sejuta unit. InsyaAllah satu hari nanti anda juga mampu menjadi
pemilik sebuah syarikat berstatus Berhad yang memberikan banyak
Dividend. Bermula dari sekarang. Kalau tak bermula langsung, apa pun
tak dapatlah, betul tak?

Untuk buat duit melalui Dividend, anda perlu tahu cara-cara untuk
membuat kajian Fundamental Analysis. Dalam kajian Fundamental
Analysis, kita mengkaji prestasi perniagaan sesuatu syarikat di
Bursa Malaysia.

Kalau perniagaan yang dijalankan oleh syarikat adalah menguntungkan,


potensi untuk menerima Dividend adalah lebih tinggi dan sebab itulah
kita kena pilih kaunter yang perniagaannya mantap sahaja.

BEST KAN?

16
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

CAPITAL GAIN
Sekarang, apa pula Capital Gain ni? Capital Gain ni secara
ringkasnya adalah kita buat duit melalui kenaikan harga saham.
Maksudnya kita beli harga saham pada sesuatu harga, bila harganya naik,
perbezaan harga saham itu adalah keuntungan yang kita akan peroleh.

Contohnya...
Anda beli saham kaunter A dengan harga RM0.200 sebanyak 10,000
unit. Katakan selepas 4 bulan, harganya naik kepada RM0.360. Maka
keuntungan saham yang anda jana secara Capital Gain adalah sebanyak
RM1,600 ataupun 80% secara peratusan.

Bagaimana cara kira saham secara Capital Gain?


Ini formulanya:
1. Harga Beli (HB)
2. Harga Jual (HJ)
3. Jumlah Unit Yang Dibeli (U)
4. Profit = Keuntungan
5. Profit (%) = Keuntungan dalam bentuk peratusan

1. Modal = HB x U

2. Profit = (HJ – HB) x U

3. Profit (%) = ( HJHB- HB ) x 100

17
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Anda boleh buat duit dari saham secara Capital Gain setiap kali
saham yang anda beli naik harganya walaupun hanya kenaikan setengah
sen (RM0.005). Katakan anda beli sesuatu saham pada harga RM0.100
sebanyak 50,000 unit (modal RM5,000) dan harganya naik menjadi
RM0.105. Maka keuntungan yang anda jana secara Capital Gain adalah
sebanyak RM250.

Bayangkan kalau saham yang anda beli itu naik sehingga RM0.300
(naik 20sen), maka keuntungan secara Capital Gain yang berjaya anda
jana adalah sebanyak RM10,000!

Seperti yang saya maklumkan dalam bab 9 Kelebihan Melabur Saham di


atas, Malaysia masih belum mengamalkan satu cukai yang dinamakan
Capital Gain Tax (CGT). Bermaksud, sekiranya anda mampu menjana
keuntungan saham sehingga RM10,000, semua keuntungan tersebut
adalah milik anda dan anda boleh keluarkannya melalui mesin ATM
tanpa perlu membayar cukai!

Sudah pasti sekiranya anda berjaya menjana keuntungan dari saham,


saya sarankan anda untuk membayar Zakat Saham sebanyak 2.5%
daripada keuntungan tersebut. Melabur saham, untung dan bayar zakat,
insyaAllah harta menjadi suci dan berkat.

Tapi persoalannya, bagaimana caranya untuk buat duit secara Capital


Gain? Macam mana caranya untuk beli saham pada harga yang murah?
Macam mana kita tahu saham yang kita beli itu boleh naik? Dan macam
mana kita nak tahu bila masa terbaik untuk jual saham tersebut untuk
jana keuntungan darinya?

18
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Jawapannya, anda perlu belajar satu ilmu yang dinamakan kajian


Technical Analysis untuk membuat keuntungan yang memuaskan dalam
pelaburan saham secara Capital Gain.

Apa itu Technical Analysis? Technical Analysis adalah kajian pergerakan


harga saham melalui carta. Maksudnya, kita perlu mengkaji ke manakah
arah trend sesuatu harga saham, sama ada ke atas (uptrend), mendatar
sahaja (sideways) atau menurun (downtrend).

Untuk buat duit secara Capital Gain, kita perlu sentiasa masuk membeli
kaunter- kaunter yang dalam mode major uptrend sahaja. Caranya
adalah dengan menggunakan indikator trend seperti Moving Average.

Moving Average adalah satu indiktor trend yang dapat membantu kita
untuk mendapatkan signal permulaan pergerakan menaik harga saham.

MOVING AVERAGE

19
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Contohnya untuk kaunter RGTBHD ini, kita boleh lihat, dengan


menggunakan indicator Moving Average sahaja, kita boleh
membeli pada harga sekitar RM0.365 dan harganya naik sehingga
ke RM0.750 (keuntungan sebanyak 105.48%) dalam masa 2 bulan.

Sebenarnya, terdapat banyak perkara menarik dalam kajian


Technical Analysis dan sekiranya anda berjaya menguasai ilmu ini,
anda berpeluang untuk buat duit pantas dari pasaran saham
sepantas beberapa hari/minggu/bulan sahaja.

Inilah yang saya sebutkan sebagai peluang cetak wang di


pasaran saham. Apapun, perkara paling penting adalah harga kita
membeli saham adalah mesti betul dahulu. Selepas itu,
insyaAllah profit akan hadir untuk anda samada profit pantas
atau profit besar.

Memang menarik sebenarnya melabur dan trade saham ini.


Naik dan turun harga saham sebenarnya ada thrillnya
yang tersendiri. Yang lebih bestnya adalah kita berpeluang
untuk buat duit dari kenaikan harga saham.

20
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

“Nizam, macam mana kalau semua harga saham turun?


Ekonomi sekarangkan tak berapa baik? Saya dengar ramai orang
kerugian besar dalam pasaran saham..” Saham adalah perniagaan
dan syarikat di Bursa Malaysia yang menjalankan perniagaan yang
menguntungkan akan menyebabkan nilai saham
syarikat tersebut naik.

Oleh sebab itu kita kena gabungkan kajian Fundamental dan Technical
Analysis untuk memastikan kita membeli saham-saham yang berpotensi
naik sahaja.

21
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Itu persoalan mudah yang perlu dijawab jika anda


berkira-kira untuk melabur di Bursa Malaysia.

22
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

PENUTUP

Akhir kata, saya berharap ebook ini secara ringkas dan padat dapat
membuka mata dan minda anda berkenaan peluang untuk menjana wang
dari pasaran saham.

Terdapat dua cara untuk menjana wang dari saham iaitu yang pertama, melalui
Dividend yang diberikan oleh syarikat hasil keuntungan
perniagaan yang dilakukan dan kedua adalah melalui kenaikan harga
saham yang kita sebut sebagai Capital Gain.

Perkenalkan Kick-Start Saham Mastery, saya fokus berkongsikan cara


memahami proses menguasai ilmu saham dari asas. Sekiranya anda
mempunyai lebihan wang dan berminat untuk menggandakan wang anda
tapi anda tak tahu cara melakukannya dengan betul dan selamat, Kick-Start
Saham Mastery adalah satu-satunya sesi yang anda tidak harus
terlepas untuk dapatkan.

Dah ramai newbie di luar sana yang saya telah bantu tunjuk ajar untuk
mulakan langkah dalam saham di Bursa Malaysia ini.

Anda akan ditunjukkan bagaimana mudahnya untuk bermula melabur dan


trade saham serta memulakan aktiviti mencetak wang dari pasaran saham
sekiranya anda belajar sistem kajian saham menggunakan
formula-formula istimewa yang saya perkenalkan.

Sekian sahaja perkongsian saya dalam ebook ringkas ini dan saya harap
anda telah belajar sesuatu. Sekiranya terdapat soalan berkaitan saham, anda
boleh PM saya di www.facebook.com/NizamMalekPage

23
2 CARA JANA WANG DARI SAHAM | NIZAM MALEK

Untuk makluman, Kick-Start Saham Mastery adalah program belajar saham


secara online yang anda perlu dapatkan segera.

Sehingga kita berjumpa lagi!

Nizam Malek
Founder Saham Mastery

24

You might also like