You are on page 1of 9

PEPERIKSAAN AKHIR

SEMESTER APRIL 2019

NAMA : MUHAMMAD SAEH BIN HASHIM


NO. MATRIKS : 3202000861
KURSUS : KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN ISLAM
KOD KURSUS : EID3182
MASA : 3 JAM
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
JABATAN : PENGAJIAN ISLAM
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
PENSYARAH : PN. HAFIZAH BT. KUSNEK@KHUSNI

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian:

Bahagian A – 20 Soalan (Objektif)


Bahagian B – 10 Soalan (Struktur)
Bahagian C – 2 Soalan (Esei)

Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B, jawab satu (1) soalan sahaja dalam
Bahagian C.

Semua jawapan:

Bahagian A dan Bahagian B mesti ditulis pada buku jawapan yang disediakan.
Jawapan bagi setiap soalan mesti bermula pada muka surat yang baharu.

Calon-calon TIDAK DIBENARKAN membawa barang-barang terlarang masuk ke dewan


peperiksaan kecuali dengan kebenaran daripada pengawas peperiksaan.

Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu


Kertas Soalan Ini Mengandungi Sembilan (9) Halaman Bercetak
FPSS/EID3182/APRIL19

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH)


JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Proses menolong individu untuk memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya


merujuk kepada maksud

A. bimbingan.
B. kaunseling.
C. psikologi.
D. psikoterapi.

2. Sejarah kaunseling di Malaysia bermula pada tahun 1962 apabila R.K. Mac Kenzie
dilantik dan ditempatkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau telah
menghasilkan

A. Risalah-risalah panduan.
B. Buku panduan perkhidmatan panduan di sekolah,1966.
C. Buku panduan English Guidance Services in School, 1968.
D. Buku panduan pelaksanaan Khidmat Bimbingan Kaunseling di sekolah, 1984.

3. Akta 580 menyatakan bahawa, mana-mana kaunselor yang berkelayakan dan ingin
membuat pengesahan dan perakuan amalan, perlu mendaftar dengan

A. Majlis Kaunseling Kebangsaan.


B. Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)
C. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).
D. Malaysia Vocational and Guidance Association (MAGOVA).

4. Dalam proses kaunseling, penerokaan mempunyai beberapa matlamat berikut;

I. Membuat keputusan untuk klien.


II. Menumpul maklumat yang lebih lengkap.
III. Klien dapat mencapai kesedaran diri yang lebih mendalam.
IV. Mengajar klien kemahiran – kemahiran yang perlu untuk mencapai matlamat.

A. I dan II sahaja.
B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

SULIT/3
FPSS/EID3182/APRIL19

5. Dalam proses menolong klien menyelesaikan masalah peribadi, kaunselor perlu


mengenalpasti masalah kliennya. Di antara langkah-langkah berikut manakah
BUKAN proses mengenalpasti masalah dalam sesi kaunseling?

A. Menunjukkan empati.
B. Refleksi fikiran dan perasaan.
C. Menggalakkan klien memberi maklumat.
D. Membawa klien menemui guru besar untuk siasatan lanjut.

6. "Empati" dalam pendekatan teori pemusatan klien bermaksud menunjukkan

A. simpati ke atas masalah klien.


B. ketulenan diri tanpa kepura-puraan.
C. pemahaman tentang perasaan klien seolah-oleh dialami sendiri.
D. menghormati klien sebagai seorang individu yang unik dan istimewa.

7. Klien : Cikgu, saya mahu berhenti sekolah. Saya tak faham apa yang diajar oleh guru
matematik. Setiap kali dia masuk ke kelas, saya rasa bimbang dan takut sebab dia
suka mendera dan memperkecilkan sesiapa yang tidak dapat melengkapkan kerja
rumahnya. Saya benci dan takut ke sekolah setiap kali ada waktu Matematik.

Sebagai guru kaunseling, pilih reaksi anda.

A. “Jangan bimbang. Ramai pelajar yang menghadapi masalah seperti kamu juga.
Saya telah menerima banyak aduan terhadap guru matematik itu”.
B. “Jika kamu ada masalah matematik, jumpa saya. Saya boleh membantu.
Lagipun saya mengenali seorang guru tuisyen matematik yang baik”.
C. “Beginilah, kita cuba nilai dahulu sebab-sebab kamu hendak mengambil
tindakan ini. Lepas itu kita boleh bersama-sama mencari jalan
penyelesaian”.
D. “Pembelajaran matematik memakan masa yang panjang. Belajarlah
bersungguh-sungguh, suatu hari kamu akan memahami apa yang dipelajari.
Bersabarlah dan jangan putus asa”.

8. Berikut adalah ciri-ciri kaunselor profesional menurut Brammer (1998).

I. Berupaya menangani keraguan dan konflik nilai.


II. Dapat bertindak dengan berkesan dan selesa melalui perbezaan budaya.
III. Berkebolehan menganalisa perasaannya sendiri dan sedar tentang nilai diri.
IV. Mempunyai perasaan belas kasihan terhadap klien melebihi dirinya sendiri.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
SULIT/4
FPSS/EID3182/APRIL19

D. II, III dan IV sahaja.

SULIT/5
FPSS/EID3182/APRIL19

9. Prinsip kaunseling yang harus dipatuhi oleh seorang kaunselor ialah

A. kaunseling dihadkan hanya untuk orang yang bermasalah sahaja.


B. sesi kaunseling tidak boleh ditamatkan selagi masalah klien tidak selesai.
C. bertujuan untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku klien secara
sukarela tanpa paksaan.
D. memberi hak kepada kaunselor untuk membuat keputusan terhadap
penyelesaian masalah klien.

10. Penggunaan soalan-soalan terbuka dalam kaunseling bertujuan untuk

A. membolehkan klien menstruktur jawapannya.


B. menggalakkan klien memberikan lebih banyak maklumat.
C. membantu klien menyusun ayat-ayat dalam sesi kaunseling.
D. memberi klien peluang memilih jenis maklumat yang akan dikongsi dengan
kaunselor.

11. Seorang klien telah memberitahu anda tentang satu rancangan yang anda fikirkan
menyalahi undang-undang. Sekiranya rahsia itu bocor, pihak berkuasa akan
mengambil tindakan terhadap klien itu, tetapi jikalau anda merahsiakan sesuatu
kejadian jenayah mungkin berlaku.

Sebagai seorang kaunselor, apakah tindakan yang harus anda ambil?

A. Memberi nasihat kepadanya supaya jangan mengambil tindakan yang


dirancangkan.
B. Memberitahu pihak berkuasa secara rahsia semoga tindakan selanjutnya akan
diambil oleh pihak berkenaan.
C. Berunding dengan guru besar dan penjaga klien itu semoga mereka dapat
mengambil tindakan selanjutnya.
D. Membantu klien memahami sebab-sebab dia hendak mengambil
tindakan tersebut dan seterusnya menilai akibat rancangan itu.

12. Apakah tingkahlaku bukan lisan yang menunjukkan bahawa kaunselor berminat
dengan perbincangan yang dijalankan?

A. Memerhatikan klien tanpa mengerdipkan mata.


A. Mengarahkan badan ke hadapan.
B. Menopang dagu dengan tangan
C. Melihat ke arah klien.

SULIT/6
FPSS/EID3182/APRIL19

13. Semasa sesi kaunseling kelompok, di peringkat manakah terdapat kemesraan,


kepercayaan dan penerimaan di kalangan ahli?

A. Pengenalan.
B. Konfrontasi.
C. Kesepaduan.
D. Penghasilan.

14. “Saya agak keliru, tadi encik ada mengatakan yang encik sangat mengambil berat
tentang hal anak-anak. Tetapi encik tidak pula menyatakan yang encik pernah
meluangkan masa untuk mereka”.

Kemahiran di atas digunakan apabila didapati

A. pernyataan klien bercanggah dengan tindakannya.


B. klien merasa penat dan bosan tentang sesi yang dijalankan.
C. klien enggan memberikan butir-butir lanjut mengenai masalahnya.
D. kaunselor mengesyaki klien memberikan maklumat yang tidak benar.

15. Antara berikut, pernyataan klien yang manakah memerlukan kaunselor meminta
penjelasan?

A. “Saya sering ditegur Cikgu Yuna kerana lambat ke kelas.”


B. “Entahlah, saya tidak faham. Tingkahlaku Anna agak ganjil sekali.”
C. “Saya tidak pernah mengganggu Hafiz, tetapi sering dituduh oleh cikgu.”
D. “Saya mementingkan pelajaran saya. Oleh itu saya selalu menyempurnakan
semua tugasan sekolah.”

16. Najeeb berjumpa dengan kaunselor kerana ingin mengadu masalahnya yang sering
bertengkar dengan ayahnya. Sebaliknya apabila berjumpa kaunselor, Najeeb
bercerita mengenai masalah pelajaran.

Sebab utama Najeeeb gagal memberitahu masalah sebenarnya ialah kerana

A. belum wujud kemesraan.


B. belum wujud kepercayaan.
C. kurang faham peranan kaunselor.
D. keinginan untuk menjaga konsep kendiri.

SULIT/7
FPSS/EID3182/APRIL19

17. Berikut ialah peranan ahli-ahli kaunseling kelompok, KECUALI

A. Ahli-ahli hendaklah menghormati antara satu sama lain.


B. Ahli-ahli hendaklah mematuhi norma-norma kelompok.
C. Ahli-ahli kelompok hendaklah aktif memberikan pandangan.
D. Ahli yang mahir boleh memonopoli perbincangan kelompok.

18. Dalam usaha menangani masalah, langkah-langkah berikut perlu dilalui. Isikan
tempat kosong dalam kotak berikut.

Mengenalpasti masalah

Mengenal punca masalah

Menganalisis masalah

Membantu membuat rumusan

Mengambil Tindakan
Susulan
A. Membuat pilihan.
B. Menganalisis masalah.
C. Mengesan punca masalah.
D. Meneroka alternatif-alternatif.

19. Apakah yang anda patut lakukan apabila seorang pelajar lelaki yang berpakaian
selekeh serta tidak terurus fizikalnya datang menemui anda pada waktu rehat untuk
mendapatkan khidmat kaunseling.

A. Memberi teguran kerana pakaian tidak kemas.


B. Menerima dan melayan tanpa sebarang syarat.
C. Menyuruhnya datang pada hari lain, pada waktu bekerja.
D. Mengarahkannya balik dan menukar pakaian yang lebih kemas.

20. Kaunselor akan dapat menamatkan suatu sesi kaunseling sekiranya

A. kaunselor tidak ada masa.


B. klien sudah merasa bosan.
C. kaunselor berjaya memujuk klien.
D. klien sudah boleh berfungsi secara bersendirian.

SULIT/8
BAHAGIAN B: SOALAN BERSTUKTUR (60 MARKAH)
JAWAB SEMUA SOALAN.

STAM 2017: 600 CALON MENDAPAT PANGKAT MUMTAZ


Sumber: Kumpulan Media Karangkraf, 18 Januari 2018

1. Huraikan ENAM (6) kepentingan bimbingan dan kaunseling (6 markah)


kepada pelajar.

2. Kemukakan TIGA (3) faktor yang mempengaruhi keberkesanan (6 markah)


proses kaunseling di sekolah.

3. Apakah implikasi ketiadaan perkhidmatan bimbingan dan (6 markah)


kaunseling di sekolah terhadap pelajar?

4. Cadangkan TIGA (3) teknik kaunseling Gestalt yang sesuai bagi (6 markah)
membantu meningkatkan kesedaran kendiri.

5. Carl Roger memperkenalkan konsep empati dalam pendekatan (6 markah)


Humanistiknya. Apakah perbezaan antara empati dan simpati?

6. Jelaskan TIGA (3) kemahiran bukan lisan. (6 markah)

7. Bagaimanakah aplikasi Teori Rasional Emotif dapat menukar (6 markah)


persepsi negatif individu terhadap sesuatu kejadian yang berlaku.

8. Ramalkan TIGA (3) tingkah laku yang terhasil apabila guru (6 markah)
menggunakan konsep penerimaan tanpa syarat dalam bilik darjah.

9. Kemukakan TIGA (3) prinsip kaunseling yang boleh memenuhi (6 markah)


keperluan klien.

10. Apakah faktor yang membantu menghasilkan suasana sesi (6 markah)


kaunseling yang positif?

SULIT/8
FPSS/EID3182/APRIL19

BAHAGIAN C: SOALAN ESEI (20 MARKAH)


JAWAB SATU (1) SOALAN SAHAJA.

1. Eisenberg dan Delaney (1977), mempercayai bahawa terdapat sifat-sifat kaunselor


dan kemahiran-kemahiran yang membantu kejayaan sesuatu sesi kaunseling.
Personaliti yang sesuai perlu demi untuk memberi keyakinan kepada pelajar.

a) Huraikan LIMA (5) kualiti yang harus dimiliki oleh kaunselor atau guru
bimbingan dan kaunseling.
(10 markah)

b) Selain dari sifat kaunselor, kemahiran kaunseling merupakan strategi bagi


membantu klien dengan masalah yang dihadapinya. Nyatakan apakah
kemahiran-kemahiran kaunseling yang kamu tahu berserta contoh bagi setiap
satu.
(10 markah)

2. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai
perkembangan kendiri yang positif? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk
berikut :

 Proses kaunseling Islam


 Kemahiran Asas Kaunseling

(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT/ 9

You might also like