You are on page 1of 8

PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI SELISEK


44020 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN
TINGKATAN LIMA 2023

OGOS 1 Jam dan 30 minit sahaja

Arahan
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama anda pada ruang yang disediakan
PENDIDIKAN JASMANI

3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada kertas ini


sahaja
DAN KESIHATAN

4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada


pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk kegunaan pemeriksa

Nama Pemeriksa:

Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh

Bahagian A 32

Bahagian B 18

Jumlah 50 x 2: 100

NAMA : ……………………………………………………….

KELAS : ……………………………………………………….

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

1
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

Arahan:
1. Soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
2. Jawab semua soalan.
3. Bahagian A, bulatkan 1 jawapan yang betul sahaja.
4. Bahagian B, Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A [25 MARKAH]

1. Pada bulan berapa ujian SEGAK dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia?


A. April dan Ogos C. April dan Oktober
B. Mac dan Oktober D. Mac dan Ogos

2. ______________ merujuk kandungan tubuh badan manusia yang terdiri daripada lemak,
tulang, otot dan air dalam badan.
A. Ujian SEGAK C. Kekuatan Otot
B. Komposisi badan D. Kelenturan

3. Kaedah mengukur lilitan pinggul dan pinggang untuk mengetahui taburan lemak pada
bahagian berikut kecuali
A. peha C. pinggang
B. abdomen D. pinggul

4. Antara berikut, yang manakah aktiviti ujian segak yang bertujuan menguji daya tahan otot?
A. Naik turun bangku C. Tekan tubi
B. Jangkauan melunjur D. Mengira BMI

5. Bioelectrical impedance analysis(BIA) ialah salah satu alat yang boleh digunakan untuk
mengukur komposisi badan. Analisis komposisi badan dengan menggunakan BIA dapat
menunjukkan
A. Jisim otot C. kandungan jisim lemak
B. peratus lemak badan D. peratus air dalam badan

6. Berikut ialah pertimbangan yang perlu difikirkan jika anda ingin merancang program
mengurangkan berat badan kecuali
A. Gaya hidup sanitari C. Latihan kecergasan mingguan
B. Pemakanan seimbang D. Kekerapan latihan (frekuensi)

7. Bagaimana kaedah untuk menentukan pemilihan intensiti latihan untuk kapasiti aerobik?
A. Berhenti apabila penat
B. Lakukan aktiviti anaerobik secara berterusan setiap hari.
C. Kira peratus intensiti latihan dari Kadar Nadi Maksimum.
D. Kira BMI dan lakukan latihan mengikut peratusan berat badan

2
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

8. Antara kemahiran melakukan strategi menyerang dalam permainan ragbi sentuh ialah
I. Tendang dan tangkap III. Mengacah larian zig-zag
II. Hantaran loop IV. Hantaran tinggi
A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja
B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

9. Apakah tujuan atau tugas pemain quarterback dalam permainan ragbi sentuh?
A. Mengawasi pemain lawan di zon kawalannya untuk kawalan zon satu lawan satu.
B. Menghantar bola kepada ahli pasukan dengan menggunakan strategi hantaran silang.
C. Mengejar mana-mana pemain pasukan penyerang yang berjaya melepasi barisan
pertahanan pasukan.
D. Menyentuh mana-mana pemain pihak penyerang yang membawa bola melepasi
halangan pasukan bertahan.

10. Strategi ________________ dapat mengelirukan pemain pasukan lawan dan sering kali
dilakukan di kawasan tengah gelanggang menuju ke arah kawasan in-goal.
A. Miss pass C. Hantaran loop
B. Hantaran silang D. Tending dan tangkap

11. Pernyataan di bawah merupakan salah satu strategi serangan permainan ragbi sentuh.
 Strategi ini sering digunakan apabila pasukan penyerang mendapat peluang
membawa bola terus ke hadapan.
 Bagi mengelakkan diri disentuh oleh pemain pasukan bertahan, pemain yang
membawa bola boleh melakukan pergerakan mengacah dengan tangkas.
Apakah nama strategi serangan tersebut?
A. Miss pass C. Mengacah dengan silang
B. Hantaran loop D. Mengacah dengan zig-zag

12. Berikut merupakan wira-wira jaguh badminton Malaysia kecuali


A. Lin Dan C. Lee Chong Wei
B. Misbun Sidek D. Punch Gunalan

13. ________________ ialah mengangkat bulu tangkis yang dihantar rendah di hadapan
jaring, tinggi ke gelanggang pihak lawan.
A. Lob C. Smesy
B. Drop D. Liftin

14. Antara berikut yang manakah pemain badminton wanita yang mewakili Negara Malaysia
_______
A. Goh Jin Wei C. Nur Aina Aqilah
B. Nur Azra Sazfirah D. Alyatasya Insyirah

3
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

15. Pernyataan berikut merupakan situasi yang mempengaruhi ketidakstabilan emosi kecuali
A. Bercuti bersama keluarga
B. Keluarga yang tidak harmoni
C. Kegagalan dalam peperiksaan
D. Pergaduhan atau perselisihan faham dengan rakan sebaya

16. Antara berikut, yang manakah bukan kesan ketidakstabilan emosi terhadap pelajar?
A. Kemurungan
B. Mudah berasa lesu
C. Berusaha untuk berjaya dalam pelajaran
D. Kemudaratan kepada fungsi tubuh badan dan mental

17. Remaja yang empati dapat mengurangkan tekanan emosi orang lain. Apakah maksud
empati?
A. Bersifat suka melawan atau menentang orang lain
B. Mudah bersimpati dan rasa kasihan kepada orang lain
C. Keupayaan untuk menyelami perasaan atau emosi orang lain.
D. Berupaya mengawal emosi ketika marah kerana tidak berpuas hati dengan orang lain

18. Antara berikut, yang manakah kepentingan menguruskan ketidakstabilan emosi?


I. Merasa gembira dan ceria
II. Membuat keputusan secara rasional
III. Melahirkan masyarakat yang berpecah belah
IV. Berkomunikasi secara rasional dalam kalangan ahli keluarga dan rakan
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

19. Antara berikut, yang manakah bukan kemahiran mengurus ketidakstabilan emosi?.
A. Menyalahkan orang lain
B. Mengawal emosi ketika marah
C. Berkomunikasi secara berkesan
D. Mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

20. Senaman dapat mengurangkan tahap kebimbingan dan stress menerusi penghasilan
hormon _______________.
A. adrenalin C. progestron
B. endorfin D. testosteron

21. Berikut merupakan cara berkomunikasi yang berkesan dengan ahli keluarga kecuali
A. Memberi teguran yang membina kepada ahli keluarga
B. Menunjuk ajar tentang kekurangan dalam diri seseorang individu
C. Menyalahkan ahli keluarga yang mencemarkan maruah keluarga.
D. Sentiasa berkongsi berita gembira dan berita sedih bersama ahli keluarga.

4
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

22. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ketegangan dalam keluarga?


I. Penceraian
II. Perkahwinan kontrak
III. Keganasan rumah tangga
IV. Mementingkan pendidikan agama
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

23. Bagaimanakah cara untuk mengatasi ketegangan perhubungan dalam keluarga?


I. Mengutamakan pendidikan
II. Meningkatkan taraf ekonomi keluarga
III. Mengongkong setiap pergerakan ahli keluarga
IV. Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

24. Setiap ________ bagi permainan sepak takraw terdiri daripada tiga
orang pemain.
A regu
B bergu
C kuadron
D pasukan

25. Nama sepak takraw dibentuk daripada gabungan bahasa. Sepak


bermakna tendang dalam bahasa Melayu manakala takraw bermaksud
bola dalam bahasa …
A Filipina
B Thailand
C Myanmar
D Indonesia

26. Permainan sepak takraw bermula dengan sepakan bola daripada


pemain tertentu. Posisi pemain tersebut ialah …
A tekong
B apit kiri
C apit kanan
D apit tengah

27. Servis menggunakan kekura kaki mempunyai kelebihan dari segi


halaju, kesukaran jangkaan penerima dan kesukaran membuat
hantaran balik. Servis yang dimaksudkan ialah …
A servis sila C servis telapak
B servis kuda D servis cangkuk

5
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

28. Sepak sila digunakan dalam kemahiran ________ untuk membolehkan


killer membuat rejaman.
A servis
B menanduk
C mengumpan
D menghadang

29. Merejam bola ialah sepakan kencang yang dibuat bagi mematikan
bola. Berikut adalah jenis rejaman yang biasa dalam permainan sepak
takraw kecuali
A rejaman sisi
B rejaman gunting
C rejaman lambung
D rejaman menapak

30. Antara berikut yang manakah pemain sepak takraw Negara _______
A Muhammad Syafiq Nasrullah
B Muhammad Zarqawi
C Muhammad Zakwan Hariz
D Muhammad Azlan Alias

Soalan 31 hingga 32
Tandakan posisi pemain sepak takraw mengikut kedudukan dengan
betul.

Z
C

Rajah 2
A Tekong
B Apit Kiri
C Apit Kanan
D Apit Tengah

31. Apakah posisi bagi pemain di petak X? jawapan: ……….


32. Apakah posisi bagi pemain di petak Y? jawapan: ……….

6
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

BAHAGIAN B [18 MARKAH]

1. Nyatakan YA atau TIDAK berdasarkan pernyataan yang diberikan:


[5 markah]
PERNYATAAN YA / TIDAK

(a) MSSM bermaksud Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang


dipertandingkan diperingkat Negeri.

(b) KESSUMA bermaksud Kejohanan Sukan Sekolah Ugama


Malaysia yang dipertandingkan diperingkat kebangsaan.

(c) Sukan Sepak Takraw dipertandingkan di Kejohanan Sukan Sekolah


Ugama Malaysia.

(d) KESSUMA adalah pertandingan yang dianjurkan oleh JAKIM

(e) MSSM adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Anggota Polis


diRaja Malaysia.

2. Nyatakan kemahiran dalam permainan ragbi sentuh berdasarkan rajah di bawah.


[3 markah]
BIL KEMAHIRAN JAWAPAN
(a)

(b)

(c)

7
PPT 2023 TINGKATAN 5 PJPK

3. Nyatakan dua kaedah yang berkesan untuk merawat emosi yang tidak stabil.
[4 markah]
a) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Nyatakan tiga aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia dan harmoni.
[6 markah]
a) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
c) ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

SOALAN TAMAT
SEMOGA BERJAYA, INSHAALLAH

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

______________________ ____________________ _____________________


(Ahmad Shah bin Abd Rani)

You might also like