You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS KERJA MINI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (LONTAR PELURU)

PS3T2-1
PENDAHULUAN

Kejohanan Olahraga Tahunan adalah acara sukan tahunan yang dilaksanakan pada
setiap tahun. Siswa Guru PS3T2-1 telah diberikan tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan kejohanan olahraga pada kali ini pada tahun 2022. Kejohanan ini mendapat
khidmat nasihat daripada pensyarah kokurikulum dan melibatkan pensyarah penilai iaitu Encik
Jun Bin Basaruddin dan semua siswa guru PS3T2-1.

Jawatankuasa sukan adalah salah satu daripada jawatankuasa yang terlibat oleh siswa
guru dari PS3T2-1, IPG Kampus Ilmu Khas. Jawatankuasa ini telah dipertanggungjawabkan
untuk mengelola Mini Kejohanan Olahraga Tahunan Institut serta merancang dan
mengendalikan acara padang iaitu lontar peluru.

RASIONAL

· Penganjuran Mini Kejohanan Olahraga Tahunan ini diharapkan dapat memberikan


pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai acara padang.

· Kejohanan ini dapat memupuk nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi dan kerjasama
dalam kalangan ahli jawatankuasa serta peserta dalam usaha untuk menjayakan kejohanan ini.

· Kejohanan ini dapat meningkatkan kesihatan siswa guru serta meningkatkan kecerdasan
untuk menjalani pembelajaran di IPG.

OBJEKTIF

· Mencungkil dan mengembangkan bakat sukan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus
Ilmu Khas.

· Memberi pengalaman sebenar kepada siswa guru PS3T2-1 untuk mengelola kejohanan
sukan tahunan.

· Mewujudkan hubungan yang erat antara siswa guru PS3T2-1 serta menanam semangat
kerjasama yang tinggi dalam kalangan ahli jawatankuasa.

· Melahirkan siswa guru yang aktif sepanjang berada di institut dan semasa menjadi guru
kelak.
TARIKH

09 MEI 2022

MASA

02.30 Petang - 4.30 Petang

TEMPAT

Padang IPG Kampus Ilmu Khas

KUMPULAN SASARAN

Aktiviti olahraga ini akan disertai oleh 12 orang siswa guru daripada kumpulan PS3T2-1 dan
diketuai oleh 6 orang jawatankuasa daripada kumpulan tersebut.

JAWATANKUASA

PENSYARAH PENASIHAT: ENCIK JUN BIN BASARUDDIN

KUMPULAN PS3T2-1

JAWATANKUASA TUGAS

PENGURUS KEJOHANAN - Bertanggungjawab terhadap kelancaran kejohanan.


- Memastikan semua pegawai melapor untuk bertugas.

PENOLONG PENGURUS - Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan


KEJOHANAN - Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja
atau induk dan penyediaan laporan Kejohanan

SETIAUSAHA - Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat pengelolaan.


PERTANDINGAN - Bekerjasama dengan pengurus / penolong kejohanan dalam
pelaksanaan kejohanan.
- Menyediakan kertas kerja sepanjang kejohanan berlangsung.
- Menyediakan dan memastikan semua urusan surat menyurat
berjalan dengan lancar
- Memastikan setiap mesyuarat yang berlangsung mempunyai
kehadiran penuh dari semua AJK

BENDAHARI - Mengurus hal-hal kewangan yang berkaitan dengan kejohanan.


PERTANDINGAN - Barang yang perlu dibeli:
1) Hadiah
2) tepung / Tali / Cat
- Menyediakan laporan kewangan kejohanan untuk makluman dan
pengetahuan jawatankuasa pengelola.
- Mengurus dan melaksanakan segala keputusan jawatankuasa
pengelola.

PENGURUS TEKNIK DAN Sebelum pertandingan :


PERALATAN - Menyemak peralatan, menentukan ukuran, berat dan alat di stor
sukan cukup berada dalam keadaan baik serta selamat digunakan
disamping mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Menyenaraikan dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku
kekurangan atau kerosakan.
- Menyediakan pelan trek/staggers, gelanggang yang akan
digunakan dan penerangan diberikan semasa taklimat pengurus
pasukan.
- Mendapatkan, menyemak dan memastikan bahawa borang-
borang teknikal yang diperlukan cukup.

Semasa pertandingan :
- Mengeluarkan dan menyediakan peralatan yang akan digunakan
mengikut susunan acara dan menyimpan peralatan semula.
- Berhubung rapat dengan jawatankuasa pertandingan, pengurus
kejohanan, pengurus teknik, referi-referi balapan, padang dan luar
stadium bagi menentukan semua arena pertandingan disediakan
dengan baik serta diterima sebagai satu kejohanan yang
dijalankan mengikut peraturan-peraturan pertandingan.
- Peluru 18P 4.00KG 3 biji
- Peluru 18L 5.45 KG 3 biji
- Pita pengukur
- Bendera merah
- Bendera putih

Selepas pertandingan :
- Memastikan semua peralatan selamat dipulangkan ke stor sukan.

URUS SETIA Tanggungjawab urus setia ialah:


- Mengurus surat pelantikan anggota jawatankuasa pengelola
kejohanan.
- Mengurus surat-menyurat kepada pihak-pihak tertentu.
- Mengurus dan memanggil mesyuarat jawatankuasa pengelola.
- Mengedarkan segala maklumat mengenai kejohanan kepada
semua yang berkenaan.
- Mengurus serta mengendalikan mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan.
- Mengurus pesanan hadiah dan cenderamata.
- Menyediakan peralatan am selain peralatan teknikal.
- Mengurus dan menyediakan anggaran perbelanjaan yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
- Mengurus dan melaksanakan segala ketetapan jawatankuasa
pengelola,
- Menyelaraskan tugas-tugas JKK yang lain.

REFRI PADANG - Memastikan segala peraturan dipatuhi dan membuat keputusan


terhadap sebarang perkara yang timbul ketika pertandingan
- Menyemak semua keputusan akhir, menangani sebarang
pertikaian, menyelia pengukuran pencapaian yang membabitkan
rekod
- Membuat keputusan tentang bantahan.
- Berkuasa memberi amaran atau menyingkirkan mana-mana
peserta yang didapati berkelakuan tidak senonoh.
- Setelah selesai acara lompat jauh, kad keputusan hendaklah
dilengkapi segera, ditandatangani oleh refri dan diserahkan
kepada urusetia.

PENGURUS PESERTA Sebelum pertandingan


- Mengumpulkan nama peserta bagi setiap rumah sukan mengikut
acara yang dipertandingkan.
- Menyediakan senarai nama untuk borang penyertaan bagi setiap
rumah sukan.
- Memastikan setiap rumah sukan menghantar 3 orang wakil bagi
setiap rumah (1 simpanan)
- Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi
Teknik Pertandingan.

Semasa pertandingan
- Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan
bertanding dalam sesuatu acara.
- Menghantar peserta ke tempat permulaan 5 minit sebelum acara
dimulakan dalam keadaan yang teratur.
- Berada di garisan penamat bagi melihat pemenang bagi setiap
acara yang dipertandingkan.
- Menjadi tempat rujukan bagi mengetahui pemenang bagi setiap
acara.
- Merekodkan nama pemenang dalam senarai yang disediakan.
- Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke
gelanggang.
- Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi
memudahkan tugasan pelepas atau hakim.

Selepas pertandingan
- Bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Hadiah bagi
memudahkan urusan penyampaian hadiah.
- Mengumpulkan pemenang pada satu tempat sebelum berlakunya
proses penyampaian hadiah.
- Memastikan pemenang memperolehi pingat yang betul, sekiranya
ada masalah, pemenang boleh rujuk kepada AJK Hadiah.

HAKIM LONTARAN - Menghakimi dan merekodkan setiap percubaan dan mengukur


setiap percubaan sah peserta-peserta bagi semua acara padang
- Membuat catatan bagi semua percubaan, menyemak catatan
pada akhir setiap pusingan.
- Hakim akan menunjukkan sesuatu percubaan yang sah dengan
mengangkat bendera putih dan percubaan yang tidak sah dengan
mengangkat bendera merah.

JURUHEBAH - Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program:


1. Ketibaan Encik Jun
2. Nyanyian lagu Negaraku
3. Nyanyian lagu Wilayah Persekutuan
4. Nyanyian lagu IPGKIK
5. Bacaan doa
6. Ikrar
7. Ucapan pengurus kejohanan
8. Ucapan dan perasmian oleh Encik Jun
9. Gimik perasmian
10. Senamrobik
- Memaklumkan kepada hadirin bagi acara yang bakal dijalankan.
- Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
- Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian hadiah.

BACAAN DOA - Membaca doa semasa perasmian pertandingan.

PENYELARAS - Bekerjasama dengan bendahari pertandingan bagi membuat bajet


PENYAMPAIAN HADIAH untuk menyediakan hadiah.
- Menerima, menyemak dan memastikan bahawa bilangan hadiah
yang diterima menepati senarai acara kejohanan daripada
pembekal sebelum kejohanan.
- Menyediakan selingan muzik semasa upacara penyampaian
hadiah.
- Bekerjasama dengan pengurus kejohanan untuk menentukan
masa dan waktu penyampaian hadiah.
- Menyediakan senarai pemenang hadiah.
- Menghias meja hadiah
- Mengurus penyampaian cenderamata kepada VVIP semasa
perasmian dan penutupan.

PENYELARAS JEMPUTAN - Mengurus jemputan kejohanan kepada peserta yang terlibat.


DAN SAMBUTAN - Menyambut tetamu khas.
- Bertanggungjawab membantu urus setia menyusun atur cara
sambutan VVIP semasa perasmian, penutupan dan jamuan rasmi.
- Protokol majlis: - menyediakan, mengatur dan melabelkan tempat
duduk VIP dan para jemputan semasa majlis perasmian dan
penutup kejohanan.
- Bekerjasama dengan juru hebah.
- Menyusun tempat duduk para penerima anugerah semasa
perasmian dan penutupan.

PENYELARAS - Mengadakan persembahan untuk perasmian dan penutupan


PERSEMBAHAN pertandingan.
1. Gimik persembahan
2. Perasmian
3. Penutup
4. Senamrobik sebelum acara dimulakan.

JURUHEBAH : NUR SARAH ALIA BINTI ABDUL RAZAK

BACAAN DOA : MUHAMMAD YAHYA BIN HARON

BACAAN IKRAR : MUHAMMAD ALIFF BIN SUHAIMI


TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

2.00 - 2.30 petang Pendaftaran peserta

Ketibaan Encik Jun


2.30 - 3.05 petang Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Wilayah Persekutuan
Nyanyian lagu IPGKIK
Bacaan doa
Ikrar
Ucapan pengurus kejohanan
Ucapan dan perasmian oleh Encik Jun
Gimik perasmian

3.05 - 3.15 petang Senamrobik

3.15 - 3.30 petang Acara lontar peluru kategori lelaki

3.30 - 3.45 petang Acara lontar peluru kategori perempuan

3.45 - 3.50 petang Persembahan penutupan

3.50 - 4.10 petang Penyampaian hadiah

4.15 - 4.30 petang Gotong royong membersihkan kawasan padang

4.30 petang Bersurai


ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber kewangan untuk perbelanjaan Kejohanan Olahraga Tahunan ini adalah daripada wang
yang diperuntukkan oleh para pensyarah kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan dan kutipan
kewangan daripada ahli jawatankuasa sendiri. Anggaran perbelanjaan ini adalah berdasarkan
perbelanjaan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Ilmu Khas dan persetujuan daripada
pensyarah yang terlibat.

SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN JUMLAH

Kutipan ahli AJK Hadiah dan cenderamata

RM 13.40 × 6 orang ● Botol

= RM 80.40 (RM 2.20 x 7) RM 15.40

● Pen

( RM 2.20 x 3) RM 6.60

● Sapu Tangan

(RM 2.20 x 2) RM 4.40

RM 26.40
Bendera KOT RM 20.00

Makanan

● Roti

(RM 1 X 19) RM 19.00

Persiapan Sektor

● Minyak hitam RM15.00

Sumbangan Air Sirap -

JUMLAH RM80.40 RM 80.40


PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat mendatangkan manfaat kepada para peserta.

Semoga aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,

......................................

(MUHAMMAD YAHYA BIN HARUN)

SETIAUSAHA PERTANDINGAN

Disemak oleh,

......................................

(MUHAMMAD NAZHAN HAIKAL BIN HARNAPI)

PENGURUS KEJOHANAN

Disahkan oleh,

........................................

(ENCIK JUN BIN BASARUDDIN)


PENSYARAH PENASIHAT

IPG KAMPUS ILMU KHAS

LAMPIRAN

NAMA PESERTA KATEGORI LELAKI KUMPULAN PS3T2-1

Bil Nama Lontaran 1 Lontaran 2

1. Aaron Bill Nigel

2. Muhammad Arief Abroor Bin Jaiman

3. Muhammad Asief Bin Pusi

4. Muhammad Izhar Bin Samsuden


5. Nabil Aiman Bin Azman

6. Syafik Nur Amirul Bin Shamsuden

NAMA PESERTA KATEGORI PEREMPUAN KUMPULAN PS3T2-1

Bil Nama Lontaran 1 Lontaran 2

1. Afnan Binti Murshid

2. Atiqah Ismahani Binti Abrar

3. Nur Alya Binti Azmin

4. Nuryl Damia Azfarah Binti Mohd Salahuddin

5. Siti Nur Ainin Sofiya Binti Mohd Nor

6. Siti Nur Husnina Binti Mohd Roslen


SKRIP UCAPAN
PEMBUKAAN

Mengumumkan ketibaan,
Yang Berhormat,
En Muhammad Jun Bin Basaruddin ,
Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.

Diiringi Muhammad Nazhan Haikal Bin Harnapi,


Pengurus kejohanan olahraga tahunan bagi acara lontar peluru.
Majlis mengalu-alukan

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Dan Salam Satu Malaysia.

Yang dialu-alukan kehadiran yang berhormat,


En Muhammad Jun Bin Basaruddin ,
Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.

Yang dihormati para peserta siswa guru yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat illahi


Kerana dengan limpah kurnianya
dapat kita berkumpul pada petang ini
Bagi menjayakan kejohanan olahraga tahunan

Saya, Nur Sarah Alia Binti Abdul Razak


Selaku pengacara majlis pada hari ini.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi tali,
Selamat datang saya ucapkan,
moga diiringi restu illahi
Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga,
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.

Hadirin sekalian,
Mari kita mulakan majlis dengan nyanyian 2 buah lagu
Lagu negaraku dan wilayah persekutuan
Diminta semua hadirin sekalian berdiri bagi menyanyikan
Lagu tersebut.
….……………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian 2 buah lagu sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang berbahagia sekalian,


Bagi memohon keberkatan perjalanan
kejohanan olahraga tahunan , majlis dengan sukacitanya menjemput
Muhammad Yahya Bin Harun
Bagi memimpin bacaan doa,
Sukacitanya dipersilakan.
….……………………………………………………………………………………………..

Amin.. amin ya rabball alamin..


Ribuan terima kasih diucapkan kepada
Muhammad Yahya Bin Harun atas kesudian
Memimpin bacaan doa itu tadi.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, kejohanan olahraga tahunan
Ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati.

Seterusnya ialah bacaan ikrar.


Para hadirin dipersilakan berdiri
Dengan ini majlis menjemput
Muhammad Aliff Bin Suhaimi
Bagi mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan
….……………………………………………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada


Muhammad Aliff Bin Suhaimi
Semoga dalam kejohanan ini para peserta dapat
Menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan terpuji

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Marilah kita bersama-sama
Mendengar ucapan aluan yang disampaikan oleh
Muhammad Nazhan Haikal Bin Harnapi
Selaku pengurus kejohanan olahraga tahunan.

Dipersilakan.
….……………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada


Muhammad Nazhan Haikal Bin Harnapi
Atas ucapan aluan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah di beri,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan penuh ta’zim menjemput


Yang berhormat
En Muhammad Jun Bin Basaruddin,
Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas
Bagi menyampaikan ucapan
Dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Olahraga Tahunan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


….………………………………………………………………………………………………
Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
Kepada Yang berhormat
En Muhammad Jun Bin Basaruddin,
Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas
Atas kesudian beliau merasmikan
Kejohanan Olahraga Tahunan.

Semoga dengan perasmian ini


acara sukan akan berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya
Sebagai tanda penghargaan terima kasih,
Dijemput Muhammad Nazhan Bin Haikal
Bagi menyampaikan cerderahati kepada perasmi kita.

Dipersilakan.

Begitulah berakhirnya pembukaan majlis


Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini

Sebelum kita memulakan acara kita


Marilah kita bersama-sama memanaskan badan
Dengan sedikit gerakan senamrobik
Yang diketuai oleh Muhammad Yahya Bin Harun.
….………………………………………………………………………………………………
Terima kasih kepada semua peserta
Kerana bersemangat dalam memanaskan badan sebentar tadi.

Harum sungguh bunga kemboja,


Disusun dara dari Mandalin,
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa ceria, cergas berdisiplin.

Bagi peserta yang mengambil bahagian,


Para siswa guru yang bertugas
Diharapkan dapat bersedia kerana
Acara balapan lontar peluru akan dimulakan.
PENUTUP

Sidang hadirin yang dihormati,


Selepas ini akan diadakan acara penutup
Kejohanan Olahraga Tahunan

Dengan ini diminta semua siswa guru


Berkumpul di sini untuk acara penutupan.

Alhamdulillah, kejohanan kita pada hari ini berjalan dengan lancar


Para peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi
Untuk memberikan komitmen terbaik

Dengan adanya kejohanan sebegini dapatlah


Kita menggilap bakat siswa guru
Yang berpotensi dalam bidang olahraga untuk terus menyinar

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput


En Muhammad Jun Bin Basaruddin
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita mulakan dengan acara lontar peluru bagi katogori lelaki


Tempat ketiga jatuh kepada ___________________
Tempat kedua jatuh kepada ____________________
Dan johan atau tempat pertama acara lontar peluru bagi katogori lelaki ialah
_________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang

Seterusnya kita umumkan pula pemenang acara lontar peluru bagi katogori
perempuan
Tempat ketiga jatuh kepada ___________________
Tempat kedua jatuh kepada ____________________
Dan johan atau tempat pertama acara lontar peluru bagi katogori perempuan ialah
_________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang

Ok baiklah kali ini diumumkan olahragawan dan olahragawati


Kejohanan Olahraga Tahunan

Dimulakan dengan Olahragawan.


Beliau telah menyandang hadiah
johan atau tempat pertama acara lontar peluru bagi katogori lelaki
Peserta yang dimaksudkan ialah ____________________________

Bagi olahragawati pula


Beliau telah berjaya menjuarai johan atau tempat pertama lontar peluru bagi katogori
perempuan.
Peserta yang dimaksudkan ialah _____________________________

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati


untuk Kejohanan Olahraga Tahunan pada hari ini.

Bagi mengakhiri Kejohanan Olahraga Tahunan ini, majlis menjemput


En Muhammad Jun Bin Basaruddin untuk menyampaikan ucapan penutupan.

Dipersilakan
….……………………………………………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan kepada En Muhammad Jun Bin Basaruddin atas ucapan
sebentar tadi.

Akhir sekali diminta para hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu IPG Kampus Ilmu
Khas
..…………………………………………………………………………………………………
Dengan berakhirnya nyanyian lagu IPG Kampus Ilmu Khas tadi, maka berakhirlah
Kejohanan Olahraga Tahunan kita pada kali ini. Mohon maaf andai ada kedilapan
berbahasa atau terdapat kelemahan semasa kami mengendalikan majlis ini.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sebelum itu ingin disampaikan beberapa pengumuman :

‘ diminta semua siswa guru bergotong royong membersihkan kawasan padang


sebelum meninggalkan padang ‘

Sekian terima kasih


Majlis dengan ini bersurai.
AHLIJAWATANKUASA KEJOHANAN
OLAHRAGA
KUMPULAN 2 (LONTAR PELURU)

PENGURUS KEJOHANAN : MUHAMMAD NAZHAN HAIKAL BIN HARNAPI


PENOLONG PENGURUS KEJOHANAN : NUR SARAH ALIA BINTI ABDUL RAZAK
SETIAUSAHA PERTANDINGAN : MUHAMMAD YAHYA BIN HARON
BENDAHARI PERTANDINGAN : ANNA SYSZLINNA BINTI OMAR
PENGURUS TEKNIK : MUHAMMAD ALIFF BIN SUHAIMI
URUSETIA : NURUL AMIERA BINTI SISWANDI
REFRI PADANG : MUHAMMAD YAHYA BIN HARON
PENGURUS PESERTA : NURUL AMIERA BINTI SISWANDI
HAKIM LONTARAN : MUHAMMAD NAZHAN HAIKAL BIN HARNAPI
PENGADIL / PENCATAT PUSINGAN : ANNA SYSZLINNA BINTI OMAR
JURUHEBAH : NUR SARAH ALIA BINTI ABDUL RAZAK
BACAAN DOA : MUHAMMAD YAHYA BIN HARON
PENYELARAS PENYAMPAIAN HADIAH : ANNA SYSZLINNA BINTI OMAR
PENYELARAS JEMPUTAN : MUHAMMAD ALIFF BIN SUHAIMI
PENYELARAS PERSEMBAHAN : NUR SARAH ALIA BINTI ABDUL RAZAK
IKRAR
Kami berikrar bahawa kami
Akan mengambil bahagian dalam
Kejohanan Olahraga Tahunan
Dengan taat
Menghormati undang-undang
Dan bersungguh- sungguh mengambil bahagian
Dengan semangat yang jujur
Untuk kehormatan dan kejayaan sukan
BACAAN DOA
‫الر ِحي ِْم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫س ِم‬
ْ ِ‫ب‬

َ ‫علَى‬
ُ‫سيه هدنَا م َح َّمد‬ َ ُ‫سالَم‬ َّ ‫ َوالعَاقهبَةُ هل ْلمت َّ هقيْنَُ َوال‬, َُ‫ب العَالَ هميْن‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ ُ ُ‫ا َ ْل َح ْمد‬
ُ‫لله َر ه‬

َُ‫ص َحا هب ههُ أَجْ َم هعيْن‬


ْ َ ‫علَى آ هل هُه َوأ‬
َ ‫َو‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada di Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini. Kami juga memohon
kehadhrat-Mu agar kejohanan ini berjalan dengan lancar .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Sesungguhnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. amat mementingkan kesihatan.


Justeru itu, engkau permudahkan urusan kejohanan ini agar kami menjadi umat yang
sihat, menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dan dapat beribadah kepadaMu
dengan kesihatan dan kekuatan yang diberi olehMu jua

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan


bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia
dan juga di akhirat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar
Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang
Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.
‫‪Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan‬‬
‫‪dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang‬‬
‫‪Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan‬‬

‫اجعَ ْلُ َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعا َم ْرح ْوما ‪َ ،‬وتَفَ ُّرقَـَنَا هم ْنُ بَ ْع هد ههُ تَفَ ُّرقاُ‬ ‫اَللَّه َُّم ْ‬
‫لَ‬ ‫ن يَتْبَعنَا َ‬
‫ش هقيًّاُ َو ُ‬ ‫لَ َم ُْ‬ ‫ل اللَّه َُّم فهُ ْينَا َو ُ‬
‫لَ َمعَنَا َو ُ‬ ‫لَ ت َ ْجعَ هُ‬
‫َم ْعص ْوما ‪َ ،‬و ُ‬
‫لَ َم ْحر ْوما‬ ‫َم ْ‬
‫طر ْودا َو ُ‬

‫عذَ َ‬
‫ابُ النَّار هُُ‬ ‫سنَة ُ َوقهنَا َ‬
‫األخ َر ُةه َح َ‬
‫ه‬ ‫َربَّنَا َءاتهنَا فهي الدُّ ْنيَا َح َ‬
‫سنَة ُُ َوفهي‬

‫بُ‬ ‫سلَّ َُم ‪َ ،‬و ْال َح ْمد ه َُّ‬


‫لِله َر ه‬ ‫علَى َءا هل هُه َو َ‬
‫ص ْحبه هُه َو َ‬ ‫علَى م َح َّمدُ َو َ‬ ‫صلَّى ُ‬
‫للا َ‬ ‫َو َ‬
‫العَالَ هميْنَُ‬
LAMPIRAN

You might also like