You are on page 1of 22

SK Parit Kudus,

Kertas kerja

Pertandingan Permainan Tradisional 2020

"Permainan Tradisional Identiti Bangsa"

TEMPAT :

Kelas Pendidikan Khas

Sk Parit Kudus

TARIKH :

14 Oktober 2020

Rabu

ANJURAN:

Persatuan Pengakap PPKI


1.0 Pengenalan
Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi
tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan
tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan
keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan
tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup
yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah
ketingting, galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran permainan
tradisional ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap genarasi muda
mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus
pupus.

2.0 Rasional

2.1 Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini terhadap murid PPKI sekolah
rendah merupakan salah satu cara untuk memelihara permainan tradisional dari
terus pupus.
2.2 Memupukkan perasaan cinta dan bangga terhadap permainan tradisional di
kalangan generasi muda.
2.3 Merupakan satu alternatif sebagai permainan sosial yang mengeratkan perpaduan
antara kaum di Malaysia.
2.4 Menarik minat generasi muda terutama murid sekolah untuk mengamalkan gaya
hidup sihat.

3.0 Objektif

3.1 Meningkatkan semangat cintakan Permainan Tradisional.


3.2 Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan memelihara warisan bangsa di
samping mengeratkan silaturahim antara guru dengan murid seperti pihak sekolah.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 NAMA PROGRAM
Pertandingan Permainan Tradisional 2020

4.2 TARIKH
14 Oktober 2020 (Rabu)

4.3 MASA
8.00 pagi - 12.00 tengah hari

4.4 TEMPAT
Kelas Pendidikan Khas dan Court Badminton sekolah

4.5 PENYERTAAN

Pengelola : Persatuan Pengakap Pendidikan Khas

Peserta : Pelajar PPKI SKPK

4.6 ANJURAN
Persatuan Pengakap Pendidikan Khas, Sk Parit Kudus, Pontian, Johor.
5.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Reduan bin Muhamad


Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Pn. Siti Zaiton bt Sembong
GPK Kokurikulum
Pengerusi 1 : Pn Noraini bt Ngde
GPK Kokurikulum
Pengerusi 2 : Pn Rosnah bt Kayon
GPK Hal Ehwal Murid

6.0 AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA

Setiausaha : Noor Hadilawati Bt Basari

Bendahari : NurHamizah bt Rahmat

Jawatankuasa :

a. Teknik dan Pertandingan


- Nik Khairul Azuan Nik Kob

b. Hadiah dan Cenderamata


- Nur Hamizah binti Rahmat

c. Peralatan
- Zanariah binti Kaab

d. Jamuan ( Peserta & Guru)


- Hazirah binti Mohd Hariz
-
e. Dokumentasi & Tugas – tugas khas
- Ustazah Fakhriah Kassim

f. Siaraya
- Fazrina binti Husin

g. Kawalan Keselamatan dan kebersihan


- Siti Asah bt Talib
7.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA

JAWATAN TUGAS

Pengurus - Ketua pengurusan program


- Mempengerusikan mesyuarat
- Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan
- Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program
- Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa
ke semasa.
- Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli.

Penolong Pengurus - Membantu pengurus dalam menjalankan tugas dan


tanggungjawab yang diberi.
- Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah
penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.
Setiausaha - Menyediakan kertas kerja program
- Menguruskan hal-hal surat menyurat.
- Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
- Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan.
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program.
- Menyediakan laporan akhir program.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah
penasihat dan pengurus dari masa ke semasa.
Penolong Setiausaha - Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah
penasihat dan setiausaha dari masa ke semasa.
Bendahari - Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan program.
- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
- Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira program.
- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah
penasihat dari masa ke semasa.
Jawatankuasa - Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat.
Istiadat Perasmian, - Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang bunga
Penutup dan
sambutan. manggar, silat untuk istiadat sambutan.
- Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa semasa istiadat
sambutan.
- Menyediakan dan menyematkan rozet.
- Menentukan kedudukan pasukan-pasukan di tempat permulaan
perbarisan, di padang dan di astaka.
- Menentukan pasukan-pasukan mempunyai bendera, papan nama
dan pakaian kemas serta berdisplin.
- Menyusun aturcara istiadat perasmian.
- Mengadakan raptai
- Menyediakan juruacara perasmian.

Jawatankuasa - Menempah / meminjam stadium.


Teknik dan - Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan
Petandingan permainan yang sesuai untuk digunakan.
- Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain
pegawai sukan.
- Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan
tugas serta mengawal displin mereka. Menyediakan minuman dan
makanan sekiranya perlu.
- Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai
sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka.
- Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan
mempastikan ianya berjalan secara lancer..
- Mengembalikan peralatan sukan tradisional dalam keadaan yang
selamat.
- Menguruskan secret-borang penyertaaan dan lain-lain secret untuk
pegawai.
- Menguruskan secretariat dan menyediakan juruacara pertandingan.
Jawatankuasa - Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, bendera
keselamatan dan negeri dan Malaysia, kain bunga raya.
keceriaan - Menyediakan pasu-pasu bunga dan meletakkan di tempat-tempat
yang sesuai. Menguruskan penyiramnya.
- Memastikan kebersihan astaka, arena pertandingan / gelanggang
bilik-bilik semasa dan selepas pertandingan.
- Menyediakan bakul-bakul sampah, penyampu, berus dan kain
pengelap.
- Menyediakan tugas jadual bertugas pembantu-pembantu serta
memastikan ianya dijalankan.
- Mengemas semula dan memulangkan alat perhiasan yang
digunakan.
- Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program.
- Menjaga kebajikan para peserta program.
- Menyediakan kotak kecemasan.
- Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cedera.

Jawatankuasa Sijil, - Mencari contoh-contoh hadiah/cenderamata dan harganya sesuai


Hadiah dan untuk acara pertandingan.
Cenderamata
- Menempah secukupnya selepas dipersetujui.
- Menyemak secukupnya selepas dipersetujui.
- Menyemak bekalannya dalam keadaan baik dan mencukupi
bilangan.
- Menyusun mengikut giliran penyampaiannya.
- Membawa semua hadiah dan cendermata ke tempat penyampaian.
- Memastikan ada meja, alas meja, dulang dan lain-lain alat
diperlukan.
- Mengiringi penyampai hadiah.
- Menjalankan upacara penyampaian hadiah / cendermata selaras
dengan bahagian pertandingan dan juruacara.
- Menempah , Menaip dan mengedarkan sijil-sijil penyertaan dan
penghargaan.
Jawatankuasa - Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusi-
Peralatan dan pengerusi jawatankuasa kecil.
Pengangkutan - Mendapatkan /meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak
tertentu.
- Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak IPGKPM atau lain-lain
punca sekiranya terpaksa.
- Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempat-tempat
yang memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan
yang baik.
- Mengemas / memulangkan peralatan tersebut selepas selesai
pertandingan.
Jawatankuasa - Menyediakan dan memesan menu untuk jamuan.
Jamuan ( Perasmian,
peserta / pegawai ) - Menghidang dan menghias bilik jamuan VIP – pastikan segala
kelengkapan jamuan disediakan seperti pinggang, piring, cawan ,
tisu.
- Memastikan kebersihan peralatan dan makanan.
- Mengemas, membasuh dan memulangkan perkakas yang
digunakan.
- Menyediakan kupon minuman mengikut tarikh dan tempat
pertandingan dan menyerahkan kepada bahagian-bahagian
berkenaan.
- Menghantar / menghidang minuman kepada jemputan pegawai
khas sekiranya tiada jamuan teh.
- Menolong mengawal kebersihan.
Jawatankuasa - Menyediakan Jadual Tugas mencatat / melapor setiap aktiviti yang
Dokumentasi dan dijalankan.
Tugas-tugas Khas - Menyediakan dan melengkapkan borang penilaian aktiviti semasa
Karnival
- Mengumpul semua catatan / laporan untuk didokumentasikan.
- Menyediakan filem yang mencukupi untuk rakaman gambar dan slaid
dan bertanggungjawab mencuci filem-filem tersebut untuk tujuan
dokumentasi.
- Mengumpul dan menyediakan dokumentasi Karnival.
- Menyediakan Juri Rayuan.
- Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan.
- Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal
protokol dan cenderamata.

7.0 Anggaran belanjawan Pertandingan Permainan Tradisional

Bil Perkara Kuantiti/Jumlah Harga Catatan


1. Hadiah (Hamper)-Kategori
Berkumpulan

a) Pertandingan Galah
Panjang
Johan RM30.00X 1= RM30.00
Naib Johan RM30.00X1= RM30.00
Hadiah(Hamper)-Kategori
Individu

b) Pertandingan Congkak
Johan Azalea, Dahlia & Violet RM20 X 3 acara= RM60.00
RM60.00

Naib Johan Azalea, Dahlia & RM10 X3 acara= RM30.00 PCG Sejarah
Violet RM30.00

c) Pertandingan Timbang
Chap teh paling banyak

Johan Azalea, Dahlia & Violet RM20 X 3 acara= RM60.00


RM60.00

Naib Johan Azalea, Dahlia & RM10 X3 acara= RM30.00


Violet RM30.00

d) Pertandingan Terbangkan
Layang-layang
Johan Azalea, Dahlia & Violet RM20 X 3 acara= RM60.00
RM60.00

Naib Johan Azalea, Dahlia & RM10 X3 acara= RM30.00


Violet RM30.00
e) Pertandingan Gasing
Jantung paling lama
Masa Acara
Johan Azalea, Dahlia & Violet RM20 X 3 acara= RM60.00
RM60.00
7.30 pagi  Semua murid berkumpul di Gelanggang Badminton

8. 00 pagi
Naib  Acara
Johan Azalea, DahliaPertandingan
& RM10Permainan
X3 acara=Tradisional Bermula
RM30.00
- Congkak PCG Sejarah
Violet RM30.00
- Galah panjang
- Ketinting
f) Pertandingan Batu - Batu seremban
- Dam Aji
Seremban
- Lompat Getah
- Boling Kelapa
RM20 X 3 acara=
11.00Johan Azalea, Dahlia & Violet
petang RM60.00
RM60.00
 Penyampaian Hadiah
 Majlis penutupan
RM10 X3 acara=
Naib Johan Azalea,
11.30/12.00 Dahlia &
 Bersurai RM30.00
RM30
tengah hari
Violet

2. Congkak Papan RM20 x 3 buah= RM60.00


3 Gasing Jantung RM2 x 10 unit= RM20.00
JUMLAH KESELURUHAN RM600.00

8.0 Aturcara

9.0 Jenis Permainan Tradisional

'Indoor' 'Outdoor'

Congkak Gasing Jantung

Batu Seremban Layang-layang

Chap teh
9.0 Peraturan Permainan Tradisional

BIL NAMA PERMAINAN PERATURAN/ CARA BERMAIN


1. Congkak  Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua
pemain serentak mencapai buah di kampung masing-
masing dan memasukkan buah satu demi satu di
dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

 Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada


tangan dimasukkan dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri.

 Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang


setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut,
hanya selepas membuat satu pusingan.

 Pihak lawan mengambil giliran meneruskan


permainan hingga buahnya mati.

 Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,


pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana
kampung sendiri.

 Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong


pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja
dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

 Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung


pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka
giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.

 Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain


mengisi semula kampung dengan buah congkak dan
jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
'terbakar'.

 Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada


pusingan yang kedua dan ketiga.

 Permainan diteruskan dengan papan kedua.

 Pemain yang menang dua papan diikira pemenang.

 Sekiranya seri, permainan diteruskan dengan papan


yang kertga sebagai penentuan

 PENENTUAN KEMENANGAN

 Menang tapak (pihak lawan telah tiada buah) di tiap


papan.

 Menang dua papan.

 Sekiranya seri diteruskan dengan papan yang ketiga


sebagai permainan penentuan.


Kemengan diberikan kepada pemain yang menang
dua papan daripada tiga.
2. Galah Panjang 1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan
masing-masing.

2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat


disentuh semasa menyeberangi garisan, pasukannya
dikira mati.

 Pemain yang berjaya melepasi garisan penamat akan


menyebut perkataan “Jeylon!” sebagai tanda berjaya.

 Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang


dimenangi.
3. Ketingting  Pemain dikira mati jika memijak garisan.
 Pemain akan mati jika buah tidak masuk ke petak
sasaran
 Pemain akan mati jika membaling buah bukan di
tapak permulaan.
 Pemain tidak boleh memijaknpetak rumah orang lain.
Sebaliknya terus melangkaui petak tersebut.

 Cara bagi markah


 Mata dikira mengikut petak. (1 petak mewakili ½
mata).
1. Untuk set pertama, mata akan dikira selepas
orang pertama dapat menamatkan 1 pusingan
2. Untuk set kedua dan ketiga, mata akan dikira
sebaik sahaja pemain mati.
3. Setiap peserta mempunyai 1 buah yang sama
saiz. Namun dibezakan mengikut warna iaitu
merah, biru, hijau dan kuning.
4. Setiap set permainan diberikan masa 10 minit
untuk setiap pemain.

 Undi pemain untuk mendapatkan giliran.

Set pertama
 Buah dicampak ke dalam petak pertama oleh pemain
pertama.
 Dengan menggunakan kaki sebelah, pemain tersebut
hendaklah melompat terus ke petak 2 dan 3.
 Lompat ke petak 4 dan 5 dengan kedua belah kaki
serentak.
 Terus ke petak 6 dengan sebelah kaki.
 Lompat ke petak 7 dan 8 juga dengan kedua belah
kaki serentak.
 Patah balik dengan memusingkan badan ke arah
permulaan tadi.
 Lompat ke petak 6 dengan sebelah kaki dan ke petak
4 dan 5 dengan kedua belah kaki serentak.
 Teruskan lompatan ke petak 3 dan 2 dengan sebelah
kaki.
 Ambil buah yang berada di petak 1.
 Terus lompat ke petak 1 dan ke tapak permulaan.
 Teruskan balingan oleh pemain pertama sehingga
mati. Kemudian, pemain kedua dan seterusnya pula
bermain.
 Permainan akan tamat sebaik sahaja orang pertama
dapat menghabiskan 1 pusingan.

Set kedua
 Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1
sambil memegang buah.
 Kemudian, lambung buah ke belakang tapak tangan
dan teruskan lompatan ke petak yang seterusnya
sambil buah di belakang tapak tangan.
 Apabila sudah tiba di petak 1 semula, lambung dan
sambut buah dan terus ke tapak permulaan.
 Teruskan melompat ke petak ke 2 dengan cara yang
sama.
 Jika pemain tidak dapat menyambut buah
lambungan, dia dikira mati dan pemain kedua dan
seterusnya pula bermain sehingga ke pemain
terakhir.

Set ketiga
 Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1 dan
meletakkan buah di atas kepala.
 Kemudian, lompat ke petak yang seterusnya sambil
buah dijunjung di atas kepala.
 Apabila sudah tiba di petak 1 semula, jatuhkan buah
dari kepala dan sambut dengan sebelah tapak tangan
di bawah aras pinggang.
 Pemain tidak boleh membongkokkan badan.
 Teruskan lompatan ke petak ke 2 dengan cara yang
sama.
 Jika pemain tidak dapat menyambut buah, dia dikira
mati dan pemain kedua dan seterusnya pula bermain
sehingga ke pemain terakhir.

4. Batu seremban  Pemain perlu menimbang buah dalam setiap


kumpulan sebelum memulakan permainan bagi
menentukan giliran pemain.

 Terdapat 5 peringkat dalam permainan batu


seremban.

 Pemain juga perlu menimbang buah bagi setiap


peringkat.

 Pemain hendaklah menyambut buah sebelum jatuh


ke lantai.

 Semasa bermain pada setiap peringkat, pemain akan


dikira, jika :

 Tangan tersentuh buah seremban.

 Buah seremban bersentuhan antara satu sama lain.

 Tidak dapat menyambut buah seremban.

 Tidak dapat menimbang sebarang buah seremban


untuk ke peringkat seterusnya.

Menentukan Giliran
 Menimbang buah :
 Meletakkan kesemua buah di atas tapak tangan.
 Lambungkan ke udara.
 Menyambut buah dengan cara mencangkuk.
 Jumlah buah yang disambut itu sebagai penentu
giliran dalam permainan.

Cara Bermain :
 Terdapat 5 peringkat :
 « Buah Satu
« Buah Dua
« Buah Tiga
« Buah Empat
« BuahLima
Buah Satu
 Taburkan semua buah ke atas lantai.
 Buah dalam keadaan tidak bersentuhan antara satu
sama lain
 Sebiji buah dijadikan ibu, dan dilambungkan ke udara.
 Semasa buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi
buah hendaklah dikutip.
 Dalam masa yang sama pemain hendaklah
menyambut buah ibu sekali.
 Apabila telah disambut sebiji buah hendaklah
digenggam di dalam tangan sebelah.
 Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga
kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung
dan disambut.

Buah Dua
 Cara buah dua dimainkan serupa seperti buah satu.
 Tetapi, buah yang dikutip mestilah dengan dua biji
serentak.
 Ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu
dilakukan.

Buah Tiga
 Langkah pertama, mengutip sebiji buah dahulu.
 Pada lambungan kali kedua pemain dikehendaki
mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat
 Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas
lantai dan dalam masa yang sama
hendaklah menyambut buah ibu yang telah
dilambungkan.

Buah Lima
 Di peringkat ini urutan dari memainkan buah empat,
sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah
dilambungkan dan empat biji buah
baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta
menyambut buah ibu sahaja.

Mati Permainan
 Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa
mengutip buah di atas lantai tangan
mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat
mengutip buah sehingga ibu jatuh atau
semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat
walau sebiji buah ianya dikira mati
(permainan di tamatkan) dan permainan akan
diserahkan kepada pemain seterusnya.
5. Dam Aji Giliran
 Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh
bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan
satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah
seterusnya sehingga permainan tamat.

Cara bergerak

 Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak


secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan,
sekiranya petak tersebut masih kosong.
 Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan
sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi
boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki.

Cara makan

Buah biasa

Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah


sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong,
maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap
dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah
lawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petak
kosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawan
dikeluarkan dari permainan.

Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang


sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi.
Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapa
buah lawan dalam satu giliran.

Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma boleh


bergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan.

Buah haji

Cara makan buah haji sama dengan buah biasa.


Bezanya, bauh haji boleh bergerak banyak langkah, dan
oleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji
juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerak
ke belakang.

Peraturan makan

 Sekiranya ada peluang memakan buah lawan,


pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk
memakan buah lawan akan menyebabkan phak lawan
berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan
dan mengeluarkannya dari permainan.
 Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah
lawan, pemain boleh memilih untuk memakan mana-
mana buah yang dikehendakinya.

 Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan,


pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak
buah yang diingininya.

Tamat

Permainan dam tamat apabila

 Seorang pemain kehilangan semua buah damnya.


Dia dikira kalah.
 Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya
kerana disekat. Dia dikira kalah.

 Seorang pemain menyerah kalah.

 Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya


kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang
tidak dapat dimakan atau disekat.

KESALAHAN :
1. Mengarah pihak lawan jalan.
2. Dikira tiga kali sentuhan tidak jalan.
3. Berfikir lebih dari sepuluh saat.
4. Dikira tiga kali tir jalan undur sebelum Aji.
5. Tir kembali ke tapak yang sama tiga kali berturut-turut.

PENENTUAN KEMENANGAN :
1. Pihak lawan lumpuh langkah iaitu tiada lagi tir di papan.
2. Pihak lawan membuat tiga kali kesalahan, atau dibuang
gelanggang.

6. Lompat Getah A) CARA MENENTUKAN GILIRAN

1) Bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai


li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tiga
pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua
pasukan perlulah ow som.

B) CARA BERMAIN

1) Getah akan dipegang oleh 2 orang wakil penganjur


yang mempunyai ketinggian dalam julat 155 cm hingga
157 cm.

2) "Ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika


"anak" melanggar giliran, kesemua ahli pasukan
termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang
akan bermain.

3) Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada


paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu
menyebut "zero point". Pemain tidak boleh menyentuh
tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

4) Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain


perlu melompat tanpa mengenai getah.

5) Paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini


boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua
pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.

6) Paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan


menyentuh getah.

7) Paras dada.

8) Paras telinga. (orang yang memegang getah perlu


berwaspada demi keselamatan mata dan muka andai
kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada
pegangan).

9) Paras kepala. Dibenarkan untuk menggunakan teknik


tepis.

10) Paras sejengkal dari atas kepala. Boleh


dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.
Dibenarkan untuk menggunakan teknik tepis

C) CARA “MATI”
1) Peserta tidak dapat melompat getah pada mana-
mana paras.

KESALAHAN :
6. Tidak mengikut giliran.

PENENTUAN KEMENANGAN :
3. Peserta yang dapat melepasi getah pada aras yang
paling tinggi di kira pemenang.
4. Walau bagaimanapun, jika terdapat kumpulan yang seri
pemenang ditentukan melalui “timbangan” iaitu peserta
yang dapat melompat sebelah kaki peserta sambil
membelit getah pada kaki tersebut sebanyak 20 kali.

10.0 Pertandingan

Penyertaan pertandingan Pertandingan Permainan Tradisional melibatkan antara


murid PPKI. Pertandingan ini menggunakan sistem pertandingan kalah mati bagi setiap
permainan. Markah tertinggi yang berjaya dipungut akan dikira sebagai pemenang.

11.0 Penutup

Adalah diharapkan Pertandingan permainan Tradisional ini dapat dijalankan


dengan lancar , teratur mengikut perancangan. Semoga perlaksanaan ini akan terus
berjaya melahirkan murid yang cintakan warisan tradisi negara.
Guru guru PPKI amat berharap mendapat sokongan dan bimbingan sewajarnya
untuk melahirkan murid PPKI yang cintakan warisan bangsa selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian,
adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh daripada Guru
Besar dan pihak pentadbiran SK Parit Kudus.

Disediakan oleh, Disemak Oleh:

……………………………………. …………………………………

Di luluskan oleh:

…………………………………………

Karnival Permainan Tradisional 2012

" Permainan Tradisional Identiti Bangsa"


PERKARA TANDATANGAN / ULASAN

Disediakan oleh:

NOR ZAFIRAH BINTI ABDULLAH

Setiausaha Karnival Permainan Tradisional 2012,


IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

Disemak oleh :

PN. FATIMAH BINTI MUSTAFFA

Penyelaras Karnival Permainan Tradisional 2012,


IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka

Disahkan oleh:

CIK KHADIJAH BINTI HJ TOMPANG

Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.

Disahkan oleh,

TN. HJ. DR. MIHAT BIN DOLLAH


Ketua Jabatan,

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Ipg Kampus Perempuan Melayu,

Melaka.

Ulasan KUKP/PEK/PA

Diluluskan / tidak diluluskan oleh,

PN. HJH. NOOR HAYATEE BT. MD NOOR

Pengarah,

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, Melaka.

You might also like