You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA (P) KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA

PROGRAM MAHABBAH MAWADDAH


OLEH PERSATUAN TINGKATAN 6
BERSAMA PELAJAR ASRAMA
TINGKATAN 1

TARIKH :14 JUN 2008


TEMPAT :DEWAN AZ-ZAHRA DAN
SURAU SMKAP KANGAR
PROGRAM MAHABBAH MAWADDAH

1-Pendahuluan
Program Mahabbah Mawaddah ialah program yang dirancang oleh
Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) untuk pelajar tingkatan 1.
Program ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar
tingkatan 1 dan tingkatan 6.

2-Matlamat

Merapatkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan kesefahaman


antara peserta tingkatan 1 dan tingkatan 6 bersesuaian dengan misi dan visi
sekolah.

3-Objektif

3.1-Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar tingkatan 1 dan


tingkatan 6.
3.2-Melahirkan perasaan ukhwah dan hormat-menghormati antara
peserta.
3.3-Meningkatkan keyakinan kepada peserta untuk menonjolkan
bakat mereka.
3.4-Meningkatkan semangat patriotisme kepada bangsa,agama dan
negara
3.5-Menonjolkan kemahiran dan kreativiti yang ada pada setiap
individu.

4- Tarikh : 14 Jun 2008


Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Surau SMKAP dan DEWAN AZ-ZAHRA
5-Ahli Jawatankuasa:
Penaung :Tuan Pengetua
Datin Hajah Ramlah Bt. Sudin
Penasihat :Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Habibah Bt. Selamat
Penyelaras :1) Pn. Zaleha Bt Abu Bakar
2) Pn. Syarqiah Bt Ibrahim
AJK Pelaksana :
Pengerusi : Ainun Nadia Bt Amir Hamzah
Naib Pengerusi : Nor Afifah Bt Abdullah
Setiausaha : Siti Fardatuladha Bt Abd. Rahman
Bendahari : Yusrina Bt Amran
AJK Pelaksana :
1)-Biro Pentadbiran :1)Farhani Bt Ahmad Pauzi (K)
2) Nurul Nadiah Bt Abd Karim
2)-Biro Disiplin/Dakwah :1)Nur Faridah Adrine Bt Abd Aziz (K)
2)Noor Aziela Bt Kamis
3)-Ketua Fasilitator :Nazatul Anis Bt Mat Fuazi
4)-Biro Sukan :1)Baizuliana Bt Baharom (K)
2)Adibah Bt Azamat
5)-Biro persembahan
Kumpulan :1)Nur Anisah Bt Termizi (K)
2)Siti Aisyah Bt Md Noh
6)-Ketua Hakim :1)Noor Farhan Bt Ahmad (K)
2)Nur Hanida Bt Omar
7)-Biro Hadiah :1)Nur Hazriani Bt Razali (K)
2)Nur Kamilah Bi Shukeri
8)-Biro Jamuan :1)Jamilah Bt. Ishak (K)
2)Haziera bt Mashor
9)-Biro Sambutan :1)Nurani Atiqah Bt Mazlan (K)
2)Yasmin Bt Yusoff
10)-Biro Dokumentasi :1)Farhana Bt Mohammad (K)
2)Robiatul Adawiyah Bt Mohd Puzi
11)-Ahli :1)Kalilah Bt Salleh
2)Siti Nasihah Bt Mat Arshad
3)Jihana Bt Bakar
4)Nur Suraya Bt Abdul
5)Nur Aishah Bt Sari
6)Nur Hafizatul Hafizah Bt Abdul Omar
7)Nur Shahida Bt Khadirun
6-Budget Kewangan:

1)-Hadiah
(A)-Persembahan Kumpulan
RM 12 x 5 = RM 60

(B)-Sukaneka
(1) RM 12 x 5 = RM 60
(2) RM 12 x 4 = RM 48
(3) RM 12 x 5 = RM 60

2)-Jamuan
RM 0.50 x 80 = RM 40

3)-Peralatan = RM 52

Jumlah Keseluruhan = RM 320

7- Tugas-Tugas AJK
BIL JAWATAN TUGAS
1 Pengerusi -Memastikan program berjalan dengan lancar
-Memantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh
fasilitator dan peserta.
2 Naib Pengerusi -Membantu pengerusi menjalankan tugas
-Memantau pergerakkan fasilitator dan peserta.
-Memastikan tiada sebarang kemalangan berlaku.
3 Setiausaha -Mencatat segala aktiviti yang dijalankan dalam
laporan.
-Melaporkan setiap perkara yang berlaku kepada
pengerusi atau guru penyelaras.
4 Bendahari -Mengemaskini kewangan dalam program.
5 Biro Pentadbiran -Membantu AJK tertinggi (Pengerusi,naib
pengerusi,setiausaha) menjalankan tugas
-Memastikan kehadiran peserta cukup.
-Bertindak sebagai ketua pendaftar.
-Memastikan aktiviti yang dilakukan mempunyai
kelengkapan yang sempurna.
BIL JAWATAN TUGAS
6 Biro Disiplin/ -Memastikan disiplin para peserta terkawal
Dakwah -Memastikan para peserta mematuhi peraturan.
-Memastikan para peserta bijak mengurus masa.
-Memastikan peserta terlibat dalam semua aktiviti.
-Mengambil tindakan tehadap peserta yang
melanggar arahan.
7 Ketua Fasilitator -Memastikan Biro Sukan dan Persembahan
Kumpulan menjalankan tugas mereka.
-Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan
tepat masanya.
-Memantau setiap aktiviti yang dijalankan.
8 Biro sukan -Merancang aktiviti yang dijalankan
-Menyediakan peralatan dengan sempurna
-Memastikan aktiviti yang dijalankan mempunyai
cirri-ciri keselamatan.
-Memastikan semua peserta terlibat.
-Mengelolakan sukaneka.
9 Biro -Merancang aktiviti yang akan dijalankan.
Persembahan -Mengelola aktiviti tersebut.
Kumpulan -Memastikan semua peserta bertanding.
10 Ketua Hakim -Menghakimi setiap aktiviti yang dijalankan
-Menghakimi dengan adil tanpa rasa simpati
atau terpengaruh.
-Keputusan hakim adalah muktamad.
11 Biro Hadiah -Menyediakan hadiah kepada para peserta.
12 Biro Jamuan -Menyediakan sedikit jamuan kepada para peserta.
-Memastikan para peserta mendapat makanan
mereka.
13 Biro Sambutan -Sentiasa bersedia sekiranya aktiviti dipantau oleh
pihak sekolah/atasan.
-Menyambut ketibaan mereka dengan senyuman
dan layanan yang baik.
-Memastikan adb dan sopan ketika aktiviti
berlangsung.
14 Biro -Mengambil gambar ketika aktiviti di jalankan.
Dokumentasi
15 Ahli-ahli -Membantu menjayakan aktiviti.
8-Aktiviti:

(1)-Aktiviti Kumpulan
- Para peserta hendaklah membina sebuah negara sendiri disebuah
kepulauan.
- Negara tersebut hendaklah mempunyai cirri-ciri sebuah negara
maju dengan kepimpinan berteraskan agama.
- Para peserta perlu membuat pembentangan.

(A)-Objektif Aktiviti
-Melahirkan pelajar yang kreatif
-Melahirkan sikap berani dan yakin pada diri

(2)-Sukaneka

a)Simpul Sayang
-Para peserta mesti berada dalam keadaan berpasangan.
-Kaki pasangan diikat dan tangan kanan peserta diikat.
-Peserta perlu berlari ke arah peserta lain tanpa memutuskan
ikatan tersebut.
-Pemenang dikira berdasarkan kepantasan masa.

(A)-Objektif Aktiviti
-Memupuk semangat kerjasama antara peserta
-Melahirkan sikap saling percaya antara peserta.

b)Setia Bersama
-Para peserta akan bertindak sebagai pengacau dan pemimpin
serta rakyat.
-Kumpulan 1 akan menjadi pengacau manakala kumpulan 2
akan ditutup mata kecuali ketua kumpulan.
-Kumpulan 1 akan menceroboh/mengacau kepimpinan
kumpulan 2.
-Ketua kumpulan 2 perlu memastikan rakyatnya tidak terpesong/
terpengaruh dengan kumpulan penceroboh.
-Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah ahli pengacau
(kumpulan 1) sekiranya mereka dapat menarik rakyat dari
kumpulan 2 atau kumpulan 2 akan dikira menang sekiranya
pemimpinnya boleh menjaga rakyatnya dengan baik.
-Setiap pusingan permainan hanya diberi masa 5 minit.

(A)-Objektif Aktiviti
-Melatih peserta supaya percaya dan yakin kepada ketua.
-Memastikan peserta faham mengenai konsep pemimpin
dan rakyat
-Memupuk kerjasama antara mereka.

*Kumpulan 5 akan dimansuhkan kepada 4 kumpulan lain

c)Bowling Kelapa
-Setiap kumpulan akan diberi 10 pusingan untuk menjatuhkan
botol air.
-Peserta akan menggunakan buah kelapa sebagai peganti bola.
-kumpulan yang paling banyak menjatuhkan boto dikira
menang.

(A)-Objektif Aktiviti
-Memupuk sikap berusaha dan tidak berputus asa..
-Melatih peserta berfikir dengan bijak.
-Memupuk sikap yakin dalam diri.
-Melahirkan individu yang mampu focus dalam setiap
pekerjaan.

9-Atur Cara Majlis

8.30 pagi - Pendaftaran


-Taklimat ringkas
9.00 pagi -Latihan Dalam Kumpulan 1
10.30 pagi -Sukaneka/ Latihan dalam kumpulan 2
11.30 pagi -Latihan dalam kumpulan 3
12.30 tengahhari -Rehat
1.00 tengahhari -Refleksi/Penilaian
1.30 tengahhari -Zohor (Berjemaah)
2.00 petang -Majlis Penutupan
-Bersurai
BORANG PENILAIAN
PROGRAM MAHABBAH MAWADDAH
Nama :…………………………………………………………….

Arahan : Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan.

BIL AKTIVITI BAIK SEDERHANA CEMERLANG


1 Pendaftaran
2 LDK 1
3 Sukaneka
4 Ketua fasilitatpr
dan fasilitator

Komen :

Saya merasakan bahawa………………………………………………


………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………..

Cadangan :

……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………

You might also like