You are on page 1of 13

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERFOKUS

Disediakan Oleh:

Pn. Hjh. Elina Binti Hj. Mohd Abd. Kahar

Dr. Abdul Jawi Bin Abnoh Sawi

SMK. DATUK PANGLIMA ABDULLAH,

91308 SEMPORNA, SABAH.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis
karangan yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 SPM.
Sampel kajian melibatkan seramai 98 orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya
memfokuskan kepada penulisan karangan. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra yang
menunjukkan murid lemah terhadap penulisan karangan. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati
pelajar menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal
dalam kelas. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar terutama dalam penulisan karangan. Kajian
juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan
mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam menulis karangan semakin memuaskan jika
dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan
menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan dan mempunyai
keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang
cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.

1. PENDAHULUAN
Era globalisasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran pelajar (Arifin,
2003). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam menghadapi cabaran alaf baru,
cabaran dunia siber dan semuanya boleh dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang
tidak menentu perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran
itu, iklim pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi mencapai
kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara membimbangkan ialah berlaku kemerosotan
kualiti pembelajaran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar ketika mengikuti
pendidikan formal dalam kelas berdasarkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan sehingga
menjejaskan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat SPM. Fenomena ini perlu ditinjau
secara teliti dan mendalam bagi mencari formulasi berkesan dalam menangani isu pembelajaran
pelajar dalam kelas khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu SPM.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM mempunyai dua bahagian, iaitu
Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2). Format pentaksiran bagi
mata pelajaran ini telah mengalami perubahan format bermula tahun 2004. Satu instrumen
pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 ialah karangan. Karangan merupakan satu
komponen penting dengan peruntukan markah yang ditetapkan sebanyak 130 peratus. Aspek yang
diberikan penekanan dalam penulisan karangan ialah kemahiran membuat pendahuluan,
pernyataan isi, dan penutup. Menulis karangan memerlukan pelajar menguasai kemahiran
berkenaan secara berkesan. Oleh itu, penulisan karangan memerlukan kemahiran aras tinggi.

Kemahiran membuat pendahuluan, pernyataan isi, dan membuat penutup dalam penulisan
karangan umum perlu dikuasai oleh pelajar SPM bagi membolehkan pelajar memperoleh markah
yang tinggi. Oleh hal demikian, penguasaan terhadap kemahiran menulis karangan memerlukan
pendekatan berfokus yang komprehensif untuk memberi kefahaman yang mudah dan jelas kepada
pelajar.

Sehubungan itu, projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu mengajar (BBM) dengan
pendekatan berfokus ATMA+ dan KIA+ disediakan yang bertujuan untuk membantu pelajar SPM
sekolah SMKDPA dalam menangani masalah yang dihadapi pelajar dalam aspek penulisan karangan
umum. Antaranya dari segi masalah dalam penguasaan format penulisan karangan, teknik dalam
perenggan penulisan, masalah mengembangkan idea, dan ketidakmampuan memiliki sumber
rujukan yang baik dan sesuai.

3. ISU DAN FOKUS KAJIAN

Berdasarkan ujian pra Bahasa Melayu bulan Mac. Kelas Tingkatan 5 (Kelas Ixora, Dahlia, dan Teratai)
didapati 18.4 peratus pelajar gagal dalam kelas berkenaan dalam penulisan karangan. Oleh itu,
pelajar gagal dalam penulisan karangan berpunca daripada pelbagai faktor yang perlu ditinjau secara
teliti dan mendalam. Pembedahan terhadap isu kegagalan pelajar dalam pembelajarannya,
khususnya dalam penulisan karangan perlu dilakukan dengan segera. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi SPM 2012 pada bulan November.
Seandainya mereka tidak menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik kebarangkalian
mereka tidak akan mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat
SPM kerana soalan bahagian ini merangkumi 130 markah daripada 240 markah keseluruhan Bahasa
Melayu Kertas 1. Oleh itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis karangan dengan kaedah terancang dan sistematik. Selain itu, perlu ada satu
pendekatan dan strategi yang sesuai dan pelbagai untuk pengajaran dan pembelajaran menulis
karangan. Lantaran itu, bagi meningkatkan kemahiran menulis karangan, ‘Pendekatan Berfokus’
dilaksanakan yang diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Tingkatan Lima Bahasa Melayu, dalam Bidang
Interpersonal berfokus pada keupayaan pelajar berkomunikasi berasaskan bahasa dengan
menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat secara bertatasusila untuk mengekalkan
hubungan melalui perkongsian idea semasa melakukan interaksi sosial. Manakala Bidang Maklumat
berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam
bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca, dan
mengakses maklumat daripada multimedia menerusi e-pembelajaran. Hasil pembelajaran yang
boleh dicapai oleh murid dalam Bidang Maklumat adalah untuk mendapat, memproses, dan
menyampaikan maklumat dengan berkesan. Oleh hal demikian, menulis karangan merangkumi
bidang interpersonal dan bidang maklumat yang perlu dikuasai oleh pelajar ketika proses pengajaran
dan pembelajaran formal di kelas. Antara contoh hasil pembelajaran yang perlu dicapai adalah
seperti berikut:-

1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan
dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.

8.8 Membuat karangan dengan alasan yang munasabah.

Oleh hal demikian, sebagai guru perlu mengembangkan potensi pelajar selaras dengan Matlamat
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat membentuk insan pelajar yang seimbang. Selain itu,
guru juga perlu menyemai minat dan sikap positif terhadap pembelajaran pelajar dengan
memperkenalkan pendekatan pembelajaran secara komprehensif dan strategi belajar Bahasa
Melayu di samping berusaha meningkatkan kemahiran penulisan karangan bagi mencapai
kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.

4. OBJEKTIF KAJIAN

a. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknik


yang sesuai, mudah, dan betul.

b. Memudahkan sesi latih tubi atau latihan dalam pemerengganan karangan.

c. Mudah dirujuk semula (akses kendiri) oleh pelajar.

d. Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan.

e. Menerapkan kesedaran dalam diri dan nilai terbaik, iaitu gred A+ dalam pencapaian
Bahasa Melayu Kertas 1, Karangan Umum.
5. KUMPULAN SASARAN

Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dan 98 orang pelajar Tingkatan 5, iaitu 33 orang pelajar
di kelas Ixora, 35 orang pelajar kelas Dahlia, dan 30 orang pelajar kelas Teratai. Keseluruhan
kebolehan pelajar daripada ketiga-tiga kelas ini adalah pada tahap lemah, sederhana dan baik.
Lazimnya, dalam ketiga-tiga kelas berkenaan, terdapat beberapa orang pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran khususnya masih tidak menguasai kemahiran menulis karangan umum
dengan baik. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.

6. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan ialah:-

a. Pemerhatian

Sikap pelajar dilihat secara langsung di dalam kelas sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(P&P), dan penggunaan stesen pembelajaran.

b. Ujian Pra

Ujian ini diberikan kepada pelajaran untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam penulisan
karangan sebelum pelaksanaan pendekatan berfokus.

c. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Tindak balas pelajar dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukkan oleh guru
berpandukan contoh latihan yang disediakan dalam pendekatan berfokus.

d. Semakan Buku Latihan

Buku latihan akan disemak oleh guru dari semasa ke semasa sebagai tindakan pengayaan dan
pengukuhan penguasaan kemahiran menulis karangan. Tindakan semakan secara langsung dapat
menilai tahap perkembangan pelajar dalam menguasai kemahiran berkenaan. Semasa semakan
latihan markah diberi mengikut standard pemarkahan SPM yang sebenar seperti berikut:-

Secara holistik = 100 markah

Jumlah = 100 markah

e. Ujian Pos
Ujian pos diberi untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam penulisan karangan pada akhir
kajian.

7. TEORI KAJIAN

Kajian ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’ yang
ditekankan dalam penulisan karangan. Penggunaan bahan rangsangan yang berbentuk soalan
berpandu dan contoh jawapan dalam penulisan karangan adalah berdasarkan Teori Kognitif
Behaviorisme dan Teori Gestalt. Berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme, manusia menyedari
bahawa rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh hal demikian, manusia sentiasa melihat
rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi tindakan menurut perspektif yang sesuai berdasarkan
persepsi, pengalaman, persekitaran atau apa sahaja yang berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku
manusia adalah berasaskan pengetahuan atau pemikiran mereka tentang sesuatu situasi
(rangsangan) yang menyebabkan sesuatu perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam
situasi kajian ini rangsangan berlaku apabila guru mengemukakan soalan menyebabkan pelajar
bertindak balas mencari jawapan berdasarkan bahan dalam modul pendekatan berfokus sehingga
mewujudan gerak balas kognitif (Rajah 1).

Rajah 1 : Teori Pembelajaran Kognitif dan Kaitan Rangsang dengan Gerak Balas

Menurut Teori Gestalt pula, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan yang berbentuk
‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard, 1983). Oleh hal demikian, manusia
akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’ tersebut melalui proses yang dikenali sebagai ‘celik
akal’. Lantaran, dalam proses ‘celik akal’ struktur kognitif manusia yang telah sedia tersimpan
dengan pelbagai maklumat dan pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang perlu
diselesaikan itu. Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan untuk membantu
dalam mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu sendiri. Berdasarkan konteks
kajian ini, pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah menulis karangan akan mengalami proses ‘celik
akal’ atau pembelajaran aktif apabila guru memberi bimbingan dan panduan dalam penulisan
karangan yang baik.

Selanjutnya dalam Teori Pembelajaran Kognitif menekankan tentang cara struktur pemikiran
(kognitif), memperoleh, menyusun, menyimpan, dan menggunakan maklumat sebagai tindak balas
terhadap rangsangan. Tegasnya, teori ini memperincikan bagaimana minda atau struktur kognitif
memproses maklumat. Berdasarkan teori ini, terdapat empat komponen asas dalam struktur kognitif
manusia, iaitu pancaindera, persepsi, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

8. PELAKSANAAN KAJIAN
8.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah kajian berkaitan dengan mengenal pasti masalah pembelajaran
pelajar dan seterusnya mengenal pasti punca pelajar gagal dalam penguasaan kemahiran menulis
karangan. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar dalam aspek sikap dan
kesediaan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas. Sikap pelajar
yang kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru dan budaya leka dalam pembelajaran
telah dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran pelajar dalam penulisan karangan.
Begitu juga terdapat pelajar yang membuat latihan yang diberikan oleh guru secara sambalewa dan
kurang berkualiti. Masalah yang dihadapi pelajar dalam penulisan karangan dapat diperhatikan
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas.

8.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau masalah yang
menjadi punca pelajar gagal menguasai kemahiran menulis karangan seperti yang terkandung dalam
Jadual 2.

BIL.

MASALAH

JUMLAH (%)

Tidak faham kehendak soalan

35%

Lemah penghuraian isi

68%

Lemah pembinaan ayat

57%

4
Tidak ada keyakinan diri

45%

8.3 Tindakan yang Dijalankan

Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di atas, satu
tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan ialah memberi pendedahan teknik
menjawab soalan Bahasa Melayu SPM sebenar, khususnya kepada penulisan karangan dan sistem
pemarkahan.

Pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran
dan lemah dalam penulisan karangan adalah perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar sasaran.
Oleh itu, tindakan dilakukan dengan memperkenalkan ‘Pendekatan Berfokus’ dalam penulisan
karangan. Tindakan yang dilakukan ialah memberi pendedahan berkaitan kemahiran menulis
karangan dan penekanan terhadap semakan latihan pelajar berpandukan kepada strategi
‘Pendekatan Berfokus’ yang diperkenalkan.

8.4 Hasil Pemerhatian dan Penilaian

Setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu, aktiviti latihan penulisan karangan dijalankan. Aktiviti
tersebut memerlukan pelajar menulis karangan berpandukan bahan rangsangan yang diberikan oleh
guru. Guru membuat aktiviti sesuai dengan topik karangan yang diajar. Sebelum menulis karangan,
guru memberikan maklumat berkaitan dengan kaedah menulis karangan berpandukan tip-tip
penulisan yang ditunjukkan dalam ‘Pendekatan Berfokus’. Soalan karangan diberikan kepada pelajar
untuk dibincangkan yang ada terkandung dalam ‘Pendekatan Berfokus’. Soalan berkenaan adalah
sebagai rangsangan kepada pelajar untuk panduan dan pengembangan idea pelajar dalam penulisan
karangan. Guru juga menerangkan teknik menulis karangan dengan berpandukan kaedah yang
ditunjukkan dalam ‘Pendekatan Berfokus’ iaitu;

Pendekatan Berfokus 1: Arahan Teknik Markah A+ / Aku Tahu Matlamat Akhir! (ATMA)

a. Memperkenalkan tema buku teks Tingkatan 4 dan 5 yang perlu diberi perhatian.

b. Membuat analisis mengikut agihan soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM (2004 – 2011).

c. Membuat analisis berdasarkan Jenis / Format karangan.

d. Memaparkan isu semasa sepanjang tahun 2008 – 2010 (Fokus SPM 2010/2011).

e. Menyediakan bahan terpilih (1-14): karangan SPM.

Pendekatan Berfokus 2: Kembangkan Idea A+ / Kita Ikut Arahan! (KI’A+’)


f. Memperkenalkan tip-tip penting penulisan

- Tip 1 : Merancang masa dengan betul

- Tip 2 : Merancang penulisan

- Tip 3 : Kekemasan tulisan

- Tip 4 : Merangka dan membina karangan

g. Latihan mengembangkan idea

h. Penyediaan bahan berfokus KI’A+.

i. Memberi nota penanda wacana (permulaan karangan, memulakan isu baharu, huraian isi
karangan, memberi contoh dalam karangan).

Tentatif pelaksanaan tindakan bagi pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ ditunjukkan dalam Lampiran
1 dan 2. Sehubungan itu, kesemua maklumat yang dinyatakan di atas dijalankan secara bersepadu
yang diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di kelas.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Guru membuat analisis terhadap isu (tema buku teks Tingkatan 4 dan 5) yang perlu
diberi perhatian berdasarkan tema pengajaran yang disampaikan. Seterusnya mengaitkan isu yang
dipaparkan dengan topik karangan yang akan dibincangkan. Guru juga membuat analisis
berdasarkan jenis / format karangan yang diberikan kepada pelajar.

Langkah 2 : Guru memberikan soalan karangan sebagai fokus perbincangan. Guru memberikan
panduan menuliskan karangan mengikut format yang telah ditetapkan dan menunjukkan contoh
pelaporan karangan mengikut topik yang diberikan berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’. Pengajaran
dilakukan secara dua hala bagi menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar.

Langkah 3 : Guru meminta pelajar mengembangkan idea berdasarkan latihan mengembangkan idea
yang terdapat dalam ‘Pendekatan Berfokus’. Guru menjelaskan kaedah mengembangkan idea
kepada pelajar.

Langkah 4 : Guru memberi tugasan penulisan karangan lengkap sebagai pemantapan pelajar
terhadap penulisan karangan mengikut format karangan yang disampaikan. Pelajar membuat
tugasan yang diberikan berpandukan ‘ Pendekatan Berfokus’.

Langkah 5 : Guru memberi penegasan terhadap penulisan karangan yang baik di samping
memberikan beberapa penanda wacana sebagai panduan kepada pelajar.

9. DAPATAN KAJIAN
Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam kalangan
pelajar tingkatan 5 secara keseluruhannya. Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri
berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus. Kelemahan
pelajar dalam menulis karangan dapat dapat di atasi bagi pelajar yang berpotensi cemerlang.
Manakala pelajar yang lemah dapat diminimumkan kesilapan menulis karangan dan masih berada
pada aras lulus. Setiap kali latihan menulis karangan, saya telah memeriksa latihan tersebut dan
memberikan markah mengikut standard SPM sebenar.

Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos

MARKAH

PENCAPAIAN

Ujian

Pra

Latihan

Latihan

Latihan

Latihan

Ujian

Pos

Cemerlang

(70 – 100)

(7.2%)
10

(10.2%)

15

(15.3%)

17

(17.3%)

19

(19.4%)

22

(22.4%)

Kepujian

(50 – 69)

61

(62.2%)

63

(64.3%)

61

(62.2%)

58

(59.2%)

65

(66.3%)

55

(56.1%)

Lulus

(40 – 49)
12

(12.2%)

23

(23.4%)

20

(20.4%)

23

(23.5%)

14

(14.3%

12

(12.3%)

Gagal

(1 – 39)

18

(18.4%)

(2.1%)

(2.1%)

(0%)

(0%)

(9.2%)

Sumber: Unit Peperiksaan Sekolah, 2011; Laporan Kemajuan Pelajar, 2011.


Berdasarkan Jadual 2, pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan, iaitu
didapati hanya 7 orang pelajar mencapai tahap cemerlang, 61 orang pelajar mencapai tahap
kepujian, 12 orang pelajar lulus dan 18 orang pelajar berada pada tahap gagal. Walau
bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam latihan (1-4) yang diberikan menunjukkan berlaku
peningkatan pencapaian. Seterusnya dapatan kajian melalui ujian pra menunjukkan pencapaian yang
menggalakkan. Jika dibuat analisis perbandingan dengan merujuk kepada analisis ujian pra dengan
ujian pos didapati wujud peningkatan peratusan dalam tahap pencapaian cemerlang dan sebaliknya,
wujud penurunan sedikit dalam tahap pencapaian kepujian. Manakala tahap pencapaian pelajar
dalam peratus lulus masih konsisten sebaliknya berlaku penurunan peratus pelajar yang berada pada
tahap gagal. Hal ini bermakna, pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ yang diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran di kelas memberikan kesan baik terhadap pencapaian pelajar dalam
kemahiran penulisan karangan.

10. REFLEKSI KAJIAN

10.1 Penilaian Pencapaian Pelajar

Langkah-langkah pengajaran yang dirancang telah dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Semasa
aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar untuk menjawab soalan karangan semakin
meningkat. Pelajar telah membuat penerokaan kendiri melalui pelbagai sumber. Setiap kali latihan
karangan diberikan pelajar dapat memberikan isi berdasarkan pendekatan berfokus dilaksanakan
melalui pendekatan kembangkan idea (KI ‘A+’) dan pendekatan Arahan Teknik Markah A+ Aku Tahu
Matlamat Akhir (ATMA+). Namun demikian, pencapaian pelajar dalam membuat latihan
menunjukkan peningkatan. Hal ini bermakna kelemahan pelajar dalam menulis karangan dapat
diminimumkan. Soalan-soalan karangan yang diberikan diambil daripada soalan peringkat daerah
Semporna. Walau bagaimanapun pencapaian pelajar bagi setiap latihan agak kurang cemerlang,
namun markah yang diperoleh mampu meningkatkan pencapaian pelajar yang sederhana dan lemah
kepada tahap yang lebih baik. Keadaan ini terbukti melalui ujian pos yang dilaksanakan. Semasa
ujian pos diberikan hanya 12 orang pelajar mencapai tahap lulus dan 9 orang pelajar mencapai tahap
gagal. Jika dibuat perbandingan antara ujian pra dengan ujian pos didapati ada peningkatan dari segi
pencapaian pada tahap cemerlang telah mengalami peningkatan ketara, iaitu 7 orang pelajar
meningkat kepada 22 orang pelajar.

10.2 Rumusan Pemerhatian

Masalah pembelajaran pelajar yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran pelajar pasif
telah dapat diatasi. Sikap pelajar yang gemar berbual, kurang tumpuan, dan tidak membuat latihan
amat berkurangan. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa teknik penulisan TIK (Tema, Isu,
Kata Kunci) dalam pendahuluan, penggunaan AT (Ayat Topik), AH (Ayat Huraian), AC (Ayat Contoh),
dan AP (Ayat Penyimpul) dalam isi, serta CHK (Cadangan, Harapan, Kesan) dalam penutup yang
diserapkan dalam Pendekatan Berfokus mampu memberi panduan kepada pelajar untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar menjadi aktif dan berfokus bagi mencapai kecemerlangan
dalam penulisan karangan. Oleh itu, sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian murid
dalam penulisan karangan umum diharap dapat membantu meningkatkan peratus keseluruhan
markah Kertas 1 Bahasa Melayu khususnya di peringkat SPM kelak.

10.3 Refleksi Pengajaran Guru

Setelah beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan akhir kajian pelajar telah menunjukkan
penguasaan baik dalam kemahiran menulis karangan. Keadaan ini memberi respon positif terhadap
pembelajaran pelajar sehingga mempunyai keyakinan diri dalam menjawab soalan karangan
sehingga mampu berdikari membuat latihan sendiri dan menulis karangan dengan baik. Guru juga
telah mengemukakan soalan kepada pelajar di kelas sama ada mereka masih menghadapi masalah
menulis karangan. Pelajar memberi respon baik bahawa bimbingan guru dalam pendekatan menulis
karangan dan tip-tip penting penulisan karangan banyak membantu pelajar untuk meningkatkan
kemahiran dalam menulis karangan. Respon positif daripada pelajar terhadap pelaksanaan
‘Pendekatan Berfokus’ amat bermakna kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.

11. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan dan meningkatkan pencapaian


pelajar berkenaan dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang perlu
diberi perhatian khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Oleh itu, dicadangkan untuk
meningkatkan penguasaan pelajar berkenaan dalam penggunaan imbuhan dan penggunaan kata
dalam ayat. Selain itu, pelajar juga perlu menguasai kemahiran membina ayat secara gramatis bagi
menghasilkan penulisan karangan yang baik.

12. PENUTUP

Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan terhadap
kemahiran penulisan karangan. Seandainya pelajar mengalami masalah pembelajaran boleh
menjejaskan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan. Guru seharusnya peka terhadap masalah
pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya dengan menggunakan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu Pendekatan Berfokus yang diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran guru dalam penulisan karangan diharap mampu meningkatkan pencapaian pelajar
dalam penulisan karangan dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM.

You might also like