You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT 2/ 2021

JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN DERGA JAYA

TARIKH : 1.3.2021

MASA : 8.30 MALAM

TEMPAT : Dewan Persatuan Penduduk Taman Derga Jaya

KEHADIRAN

1. En Ng Wooi Fatt T.Pengerusi


2. Pn Sabariah binti Omar Setiausaha
3. Pn Chong Mei Oye Bendahari
4.En Sorilingam A/L Murugasen AJK
5.Pn Jamilah Bt Ishak AJK
6.En Lim Fook Tun AJK
7.En Ng Hock Shyang AJK
8.En Mohamad Azhar AJK
9.Pn Wong Mee Chin AJK
10.Pn Teh Bee Khim AJK
11.Pn Ho Hong Chan AJK
12.En See Lai Chai AJK
13.En Hor Keik Kong AJK
14.En Khoo Soo Guan AJK
15.En Lim Ah Yock AJK

TIDAK HADIR

1.En Lim Chun Keat T.Setiausaha


2.En Yeoh Pak Khiong AJK
3.En Tong Keat Hoe AJK
4.En Tan Yok Hooi AJK
5.Pn Cheong Ah Cheng AJK
6.Pn Rohani Binti Saad AJK
KANDUNGAN MESYUARAT

AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI

1.1 T.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK KRT yang telah memberi kerjasama pada
malam ini.

1.2 T.Pengerusi memaklumkan kepada semua AJK tujuan mesyuarat pada malam ini adalah untuk
memberitahu bahawa KRT Taman Derga Jaya telah dipilih untuk mengadakan sesi pengambaran
lagu terbaru Rukun Tetangga untuk tahun 2021.

1.3 Berhubung dengan pengambaran tersebut beberapa orang ahli jawatankuasa akan dipilih untuk
menyertai sesi pengambaran ini . Pengambaran ini akan dijalakan pada 3.3.2021

1.4 Pengambaran akan dibuat dirumah Timbalan Pengerusi.

1.5 Seramai 7 orang AJK telah dipilih iaitu:

1. En Ng Wooi Fatt

2. En Lim Chun Keat

3. En Azhar Bin Ahmad

4. En Sorilinggam

5. Pn Sabariah Binti Omar

6. Pn Chong Mei Oye

7. Pn Cheong Ah Cheng

1.6 T.Pengerusi meminta kerjasama dari AJK yang tidak terlibat supaya datang ke dewan untuk
membantu AJK wanita untuk menguruskan makanan.

1.7 AJK-AJK yang terlibat dengan pengurusan makanan hendaklah memakai t/shirt warna maroon
manakala AJK yang terlibat dengan pengambaran memakai pakaian masing-masing dengan kemas
dan sopan.

AGENDA 2 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2021

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat bil 1/2021

Dicadang oleh Puan Wong Mei Chin

Disokong oleh Puan Cheong Ah Cheng


AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn. Sabariah bertanyakan mengenai penukaran tong sampah adakah masih boleh dilaksanakan

3.2 T. Pengerusi memberi jawapan masih boleh diteruskan cuma tarikh saja yang belum diketahui
untuk menjalakan program tersebut.

AGENDA 4 : LAPORAN KEWANGAN

4.1 Bendahari memaklumkan mengenai jumlah kewangan sehingga tarikh 1.3.2021

adalah sebanyak RM3012.00 manakala baki ditangan sebanyak RM 122.15

4.2 Cadangan dibuat oleh Puan Rohani Bt Saad

Disokong oleh En Ng Hock Shyang

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Chong Mei Oye meminta supaya Pn Rohani untuk menyediakan makanan dan minuman
untuk para tetamu.

5.2 T. Pengerusi memaklumkan bahawa pengambaran tersebut akan dijalakan pada pukul 11.30
tengahari dan meminta supaya semua AJK -AJK yang terlibat dengan penyediaan
makanan supaya bersedia.

5.3 T.Pengerusi meminta semua AJK agar dapat memberi kerjasama yang terbaik dan mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK.

Mesyuarat Tamat pada jam 10.30 malam

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………………………. ………………………………………….

(SABARIAH BINTI OMAR) (EN NG WOOI FATT)

SETIAUSAHA KRT TAMAN DERGA JAYA T.PENGERUSI KRT TMN DERGA JAYA

You might also like