You are on page 1of 2

KOLEKSI ESEI UniSHAMS

SOALAN 4 :

Jelaskan banding beza ahli Dewan Negara dengan ahli Dewan Rakyat.
10 markah

1. KERANGKA ESEI

Tajuk : Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat


Kehendak soalan : 1persamaan 2 Perbezaan
Batasan Isi : Perbezaan : umur, tempoh lantikan, cara lantikan, bilangan keahlian
(Pilih 2 sahaja ) Persamaan : fungsi

Pengenalan Ada penyataan tajuk, kehendak soalan ½ markah


Perbezaan : Ahli Dewan Perlu : Ahli Dewan Catatan
Negara Rakyat
Apa : Fakta Mengapa : Beza, Mengapa : kerana 1 isi : 3 markah :
1 markah :Fakta
kerana tetapi, 2 markah isi (perlu
tunjuk perbezaan
Gelaran Senator manakala Yang Berhormat dengan
menggunakan
Tempoh 3 tahun atau tak 5 tahun atau kata (beza, tetapi,
manakala) Jika
perkhidmatan lebih 2 penggal selagi dipilih tiada 0 markah
(sebab hanya buat
penjelasan tanpa
Cara lantikan Persetujuan Sistem perwakilan
buat perbezaan)
YDPA dalam pilihan raya
(Pilih 2 sahaja)
Keahlian 69 orang 222 orang

Persamaan: Menggubal undang-undang dan meluluskan


Fungsi belanjawan Negara
Penutup Ada cadangan atau harapan ½ markah
KOLEKSI ESEI UniSHAMS

2. CONTOH ESEI

Malaysia terdiri daripada dwidewan iaitu Dewan Negara dan Dewan


Rakyat yang mempunyai perbezaan ciri-ciri dari aspek umur dan gelaran
tetapi punya persamaan daripada aspek fungsi. Perbezaan ciri yang pertama
ialah dari aspek umur kerana had umur yang layak berada di Dewan Rakyat
ialah 21 tahun tetapi had umur bagi kerusi Dewan Negara mestilah berumur 30
tahun maka jelaslah terdapat perbezaan antara keduanya daripada aspek
umur. Seterusnya terdapat perbezaan ciri dari aspek gelaran kerana gelaran
Yang Berhormat akan diberikan kepada ahli Dewan Rakyat tetapi ahli Dewan
Negara akan bergelar sebagai senator maka terdapat perbezaan antara
keduanya daripada aspek gelaran. Walau bagaimanapun, terdapat persamaan
ciri antara ahli Dewan Rakyat dengan ahli Dewan Negara daripada aspek
fungsi kerana keduanya berperanan untuk menggubal undang-undang dan
meluluskan belanjawaan negara maka keduanya punya persamaan daripada
aspek fungsi. Seharusnya semua anggota yang telah dipilih dan diberikan
mandat mentadbir negara menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan
amanah agar kestabilan politik dapat dikekalkan demi kelangsungan hidup anak
bangsa.

You might also like