You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/307311426

SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK

Chapter · November 2016

CITATION READS
1 27,442

1 author:

Salmah Omar
Universiti Utara Malaysia
25 PUBLICATIONS   23 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

antropologi View project

ketamadunan View project

All content following this page was uploaded by Salmah Omar on 30 August 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK

Dr. Salmah Omar

Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
06100 Sintok
Kedah
salmahomar@uum.edu.my

ABSTRAK

Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan sumbangan sarjana Islam dalam bidang sains
khususnya ilmu matematik dan bagaimana ilmu matematik ini boleh tersebar ke seluruh Eropah
pada zaman pertengahan. Ilmu matematik merupakan satu daripada cabang ilmu sains yang
sangat popular dalam kalangan sarjana Islam pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun
di Baghdad. Kebijaksanaan dan kebolehan para sarjana Islam dalam bidang matematik ini tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana sarjana Barat pada zaman tersebut. Walau bagaimanapun,
ilmu matematik Islam yang dipelopori oleh sarjana Islam di Timur dan berkembang maju di
Andalus ini akhirnya tersebar ke seluruh Eropah pada Zaman Pertengahan. Penyebaran ilmu
matematik ke Eropah mula berlaku pada abad ke 10 M apabila sarjana Barat datang ke
Andalus dan memperkenalkan ilmu matematik ke seluruh Eropah. Penyebaran ilmu matematik
Islam ini telah memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan keilmuan di seluruh
Eropah sehinggalah Eropah mencapai Zaman Renaissance pada abad berikutnya.

1
Pendahuluan

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu,
beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi
telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-
Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau ialah sarjana Muslim berketurunan
Parsi, Iran dan Uzbekistan. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau
dikatakan hidup di antara tahun 780 sehingga 859 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau
lahir pada tahun 790 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Gelaran al-
Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di
selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah
Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya
kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau
masih kecil.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam
yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang
syariat tapi di dalam bidang matematik, falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,
sejarah Islam dan kimia. Lebih dikenali sebagai al-Khawarizmi di kalangan ahli sains dan
merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Dalam usia muda
beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di
Baghdad. Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang
matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya beliau ialah Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
iaitu De Numero Indorum; ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu
dalam pelbagai bidang; Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke
dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri; Al-Amal bi’ Usturlab’; Al-Tarikh dan Al-Maqala Fi
Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Sumbangan sarjana Islam dalam bidang matematik

Al-Khawarizmi merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas


matematik. Bidang ilmu matematik yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi terdiri daripada
sistem angka, ilmu aljabar ( algebra ) dan ilmu trigonometri. Sistem angka seperti 1,2,3,4,5,6,7,8
dan 9 yang digunakan pada hari ini dikenali sebagai angka Muslim atau Arabic Numeral oleh
orang Eropah pada Zaman Pertengahan. Sistem angka Muslim ini ialah sejenis sistem angka
yang bersandarkan kepada kedudukan dan bersimbol sifari. Pada dasarnya, sistem angka Muslim
ini berasal daripada sistem angka Hindu. Walau bagaimanapun, sistem angka Hindu yang
primitif ini kemudiannya diubah dan diberi taraf baru oleh Al-Khawarizmi. Al-Khwarizmi telah
menaikkan taraf sistem angka ini dengan menambahkan angka sifar dan memperkenalkan cara
operasi matematik yang lebih mudahii,iii. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem
perpuluhan, operasi dan pecahan. Keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm
memperoleh nama selepas dibangunkan oleh sarjana Islam. Misalnya, simbol angka sifar atau
zero ini dicipta oleh Mohammad Ben Ahmad pada tahun 976 M iv.

2
Penciptaan simbol ini memberi pembaharuan yang besar dalam bidang matematik tetapi
ia tidak digunakan di Eropah sehinggalah pada abad ke 13 M. Cara operasi matematik yang
mudah seperti tolak, tambah, darab dan bahagi menjadikan sistem angka Muslim ini jauh lebih
baik berbanding angka Romawi dan angka Latin yang digunakan di negara-negara Kristian
ketika itu. Sistem angka Muslim ini dikatakan lebih praktikal untuk kegunaan sains. Oleh itu,
sistem angka ini layak dipanggil angka Muslim dan tidak ada kaitan dengan angka Hindu lagi.

Sistem angka Muslim ini kemudiannya tersebar ke seluruh negara Islam dan dikenali
dengan berbagai-bagai nama termasuklah masroqah di Timur dan al-arqam al-hindiyah di
Baghdad. Setelah tiba kepada orang Islam di wilayah Barat, orang-orang Islam Andalus
menyebut angka-angka ini dengan nama angka al-arqam ghubariah iaitu angka debu kerana
pengiraannnya dibuat di atas debu tanah atau pada sekeping papan berdebu. Daripada angka-
angka inilah angka moden yang kita gunakan pada hari ini dihasilkanv.

Sarjana Eropah yang pertama sekali membawa angka Muslim ini ke Eropah ialah
Gerbert Aurillacvi. Di Eropah, angka Muslim ini dikenali sebagai sembilan angka aksara tanpa
sifar. Namun, angka Muslim yang diperkenalkan oleh beliau tidak dapat diterima di Barat
sehinggalah pada pertengahan abad ke 13 M apabila buku yang mengandungi angka Muslim ini
diterjemah ke dalam bahasa Latin. Buku pertama mengandungi sistem angka Muslim ini ialah ‘
al-Jam’ wal-tafriq bi hisab al-hind’ ( Tolak Tambah dalam Ilmu Hisab Hindu )vii. Walau
bagaimanapun, Shaharir Mohamad Zain menyatakan bahawa sistem angka Muslim ini pertama
kali muncul dalam buku al-Khwarizmi bertajuk ‘Al-Kitabi Fi Mukthasar Fi Hisabi Al-jabru Wal
Muqabala’viii yang diterbitkan pada tahun 820 M.

Adelard of Bath adalah orang yang bertanggungjawab menterjemah kitab Khwarizmi


mengenai teori India dalam ilmu pengiraan ( hitung ) dan statistik. Selain daripada ilmu
pengiraan, beliau juga membawa sistem angka Muslim ke Eropah. Karya terjemahan beliau
membawa pengaruh yang besar kepada perkembangan ilmu matematik di Eropah pada Zaman
Pertengahanix.

Menjelang abad ke 13 M dan 14 M, sistem angka Muslim atau Arabic Numerals ini
tersebar ke wilayah Barat dengan penggunaan takulan ( almanack ) dan kalendar. Kedua-dua
almanak atau kalendar ini digunakan untuk menentukan tarikh hari Easter dan lain-lain perayaan
gereja. Kalendar dalam bahasa daerah telah diterbitkan di Perancis sejak dari tahun 1116 M
lagi bersama-sama kalendar Icelandicx.

Ilmu aljabar atau algebra merupakan satu lagi cabang ilmu matematik yang sangat
penting pada Zaman Pertengahan. Ia mula diperkenalkan oleh Al-Khwarizmi. Ilmu matematik
yang dibincangkan oleh Al-Khwarizmi ini diberi nama aljabar sempena nama buku karangan
beliau bertajuk ‘Al-Jabr Wa Al-Muqabala’ ( Calculation by Symbols ) yang ditulis pada 820 M
xi xii xiii xiv
, , , . Perkataan aljabar di sini membawa maksud kembalikan, iaitu mengembalikan
imbangan pada persamaan dengan meletakkan di sebelah persamaan sesuatu yang telah diambil
daripada sebelah lain. Manakala Al-Muqabala pula bermaksud ‘mudahkan’ iaitu mencampur
atau menolak nilai-nilai yang sama pada kedua-dua belah persamaanxv.

3
Ilmu aljabar ini kemudiannya tersebar ke seluruh Eropah Barat setelah buku karangan
Al-Khwarizmi diterjemah ke dalam bahasa Latin pada tahun 1145 M oleh Robert of Chester
dengan tajuknya Liber algebras et almucabalaxvi. Kemudiannya buku ini diterbitkan kali kedua
oleh Gerald of Cremona dengan tajuknya De jebra et almucabola xvii. Plato of Tivoli turut
menterjemah daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin karya Spherics of Theodosius oleh
Bythinia. Ilmu algebra turut diperkenalkan melalui karya penulisan Fibonacci dan karangan
Abraham bar Hiyya dalam bahasa Hebrew yang diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Plato of
Tivoli pada tahun 1145 Mxviii.

Penerokaan Al-Khwarizmi di dalam ilmu aljabar ini membuktikan betapa tingginya


tahap pencapaian sarjana Islam pada Zaman Pertengahan sehingga melebihi kebijaksanaan
sarjana Barat yang muncul pada abad seterusnya.

Ilmu aljabar ini begitu penting kepada umat Islam untuk penyelesaian berbagai-bagai
masalah hukum syariah seperti faraid, perniagaan, pembahagian tanah dan sebagainya. Ilmu
aljabar ini terus dimajukan oleh sarjana Islam. Mereka bukan sahaja dapat menyelesaikan
persamaan aljabar yang melibatkan kuasa dua atau kuasa tiga, membangunkan penyelesaian
analitikal dalam pengembangan garis lurus malah juga menyelesaikan masalah persamaan
kuadratik dengan menggunakan tiga kaedah utama iaitu kaedah segi empat atau geometri,
kaedah identiti dan kaedah formula khusus. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana
kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).

Thabit Ibn Qurra ( penterjemah Ptolemy’s Almagest ) telah meneruskan usaha Al-
Khwarizmi memajukan bidang algebra ini dengan cara mengaplikasikannya ke dalam ilmu
geometrixix,xx,xxi. Di dalam ilmu geometri, geometri Euclid sampai ke Eropah melalui terjemahan
karya Arab dan beberapa komentari tentang buku Euclid. Satu lagi komentari ilmu geometri
yang menjadi sumber kurikulum universiti di Eropah ialah Abd al-Baqi’ Commentaries on
Euclid’s Book X yang diterjemah oleh Gerald of Cremona pada akhir abad ke 12 M. Adelard of
Bath adalah orang yang pertama menterjemah karangan Euclid daripada bahasa Arab kepada
bahasa Latin pada suku kedua abad ke 12 Mxxii.

Al-Khwarizmi juga memulakan ilmu hisab al khata’ayn atau kalkulus dua ralat dan
mengembangkan prosedur-prosedur aritmetik. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu kalkulus yang
digunakan pada zaman sekarang. John of Seville telah menerbitkan versi bahasa Latin ilmu
arithmetik yang diterjemah daripada karya asal bahasa Arab oleh Al-Khwarizmi. Karya
terjemahan John ini bertajuk Liber algoarismi de practica arithmetrice. Karya ini
membincangkan kemunculan operasi nombor yang mengandungi sembilan atau sepuluh nombor
( sistem pernomboran yang telah sedia dikenali di Andalus pada abad ke 10 M ). Terjemahan
teks aritmetik Islam di dalam bahasa Latin bertajuk Algoritmi de numero Indorum pernah
dijumpai di perpustakaan Universiti Cambridge pada tahun 1857 Mxxiii.

Sarjana Islam turut mempelopori ilmu trigonometri atau dikenali sebagai Muthallathat.
Pada zaman ini terdapat banyak karya ilmu trigonometri di dalam bahasa Arab. Pada asasnya,
ilmu trogonometri ini berasal daripada tamadun Yunani melalui perantaraan tamadun India.

4
Namun ilmu trigonometri dari kedua-dua tamadun ini tidak berkembang maju. Ahli matematik
Islam yang bertanggungjawab memajukan ilmu trigonometri ini. Mereka telah memperkenalkan
penggunaan sinus, kosinus dan tangen serta trigonometri sfera dengan menggunakan bahasa
yang mudah dan jelasxxiv,xxv1.

Salah satu jadual fungsi trigonometri karya Al-Khwarizmi yang terkenal telah diterjemah
ke dalam bahasa Latin oleh Gerald Cremona dikenali di Eropah sebagai Toledan table of
Gerald. Jasa Al-Khawarizmi dalam bidang trigonometri ialah mengenai sudut dan sempadan
segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang
mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai
konsep perbezaan. Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah
perintah Makmun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumixxvi.

Selain itu, sarjana Islam yang mula-mula memperkenalkan penggunaan sinus dan kosinus
di dalam ilmu trigonometri ini ialah Al–Battanixxvii. Perkataan ‘sinus’ dalam bahasa Latin dan
‘sine’ dalam bahasa Inggeris adalah berasal daripada perkataan ‘jibba’ atau ‘jibb’ dalam bahasa
Arab. Jibba atau jibb ini bererti ‘pembahagian garis rentas bulatan’. Sarjana Barat yang
bertanggungjawab memperkenalkan perkataan ‘sinus’ di dalam bahasa Latin ialah Robert
Chester. Manakala konsep tangen pula diperkenalkan oleh ahli matematik Islam yang bernama
Ahmad ibn Abdullah atau Habash al-Hasib. Konsep tangen ini berdasarkan kepada jam bayang.

Seorang lagi ahli matematik Islam yang mempelopori ilmu trigonometri ini ialah Abu
Al-Wafa Muhamad Ibn Muhamad Al-Buzjani ( 940-997 M ) berasal dari Iran. Beliau adalah
pengarang Kitab fi ma yah taj ilyah al-kuttab wal-ummal min ilm al-hisab. Beliau
bertanggungjawab memperkenalkan kaitan segi tiga sfera dan meluaskan konsep tangen dengan
membuat sifir bagi setiap 15’ sudut. Ilmu sifir trigonometri ini kemudiannya diterjemah ke
dalam bahasa Latin oleh beberapa orang sarjana Barat iaitu Adelard of Bath ( 1126 M ),
Hermann Dalmantia, Robert Chester dan Plato Tivoli. Abdul Wafa juga mempelopori fungsi
sekan ( qutr al-zill ) dan kosekan pada Zaman Pertengahan dan bukannya Copernicus. Kenyataan
ini turut diakui oleh Carra de Vaux. Penggunaan kedua-dua fungsi trigonometri ini hanya
dikenali di Eropah pada tahun 1583 M melalui tulisan Frincke.

Walaupun trigonometri Latin telah wujud pada masa tersebut tetapi ia masih baru dan
terlalu kabur berbanding trigonometri Islam. Ilmu trigonometri Islam tersebar ke Eropah melalui
penterjemahan karya-karya Arab kepada bahasa Latin. Banyak lagi karya terjemahan fungsi
trigonometri yang berasal daripada karangan Arab pada zaman tersebutxxviii, xxix. Ilmu
trigonometri ini mula berkembang di Oxford pada abad ke 14 Mxxx.

Daripada penjelasan di atas, jelaslah bahawa ilmu matematik yang ada pada zaman
sekarang adalah hasil ciptaan serta pembaharuan kepada ilmu matematik India dan Yunani yang
dilakukan oleh sarjana Islam terdahulu. Sebenarnya terdapat banyak lagi bidang ilmu matematik

5
yang dicipta oleh sarjana Islam termasuklah Sistem Angka Pecahan dan Perpuluhan Muslim
oleh alhasan dan Abu Kamal pada abad ke 12 Mxxxi.

Kesan tinggalan ilmu matematik Islam dapat dilihat pada hari melalui istilah-istilah
moden yang berasal daripada istilah Arab yang digunakan oleh ahli matematik Islam dahulu. Di
antaranya ialah perkataan sifar atau kosong dalam istilah bahasa Arab sifr ditulis dalam berbagai-
bagai istilah di dalam bahasa Eropah misalnya Fibonacci atau Leonardo Pisa ( penulis buku
Liber Abaci pada tahun 1202 M ) menterjemahkan perkataan sifar sebagai zephirium dalam
bahasa Latin, selain itu, di dalam bahasa Perancis ia dikenali sebagai chiffre, bahasa Jerman
ziffer, bahasa Itali sebagai zenero, cenero dan zephiro dan bahasa Inggeris cipher atau zero.
Istilah zero mula digunakan di Eropah pada abad ke 14 M . Perkataan sifar ini digunakan untuk
membezakan kedudukan nombor tertentu dalam bentuk unit, sepuluh, ratus dan lain-lainxxxii.
Misalnya angka 2 dan 200 jauh berbeza dan perbezaan itu hanya terletak pada dua sifar di
belakang angka 2 itu sahajaxxxiii.

Selain daripada bidang matematik, Al-Khawarizmi juga mempunyai sumbangan yang


cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi iaitu bidang kaji bintang atau ilmu
falak. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun
Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq atau pengetahuan tentang bintang-
bintang, yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran
yang berkaitan dengan bintang. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang.
Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga
membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al-Khawarizmi merupakan saintis
pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau
meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam,
alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang. Hasil penemuannya
dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun
ke-12. Buku Al-Khawarizmi mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi
telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga
telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.
Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan
bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.

Penyebaran ilmu dari tamadun Islam menyebabkan berlaku perubahan yang mendadak
kepada perkembangan kurikulum di Eropah. Perubahan-perubahan yang berlaku termasuklah
pertambahan beberapa cabang ilmu baru yang diterima daripada tamadun Islam sebagai
tambahan kepada kurikulum pembelajaran di Eropah. Menurut Mehdi Nakosteen, di antara
cabang ilmu sains yang menjadi pelajaran terpenting di Eropah selepas berlakunya penyebaran
ilmu dari tamadun Islam ialah ilmu algebra, geometri, trigonometri, astronomi, kimia,
kesusasteraan dan juga muzik. Pembentukan kurikulum yang baru ini berlaku serentak dengan
penubuhan universiti-universiti Eropah pada abad ke 12 M dan 13 Mxxxiv. Perubahan dalam
kurikulum pembelajaran ini sekaligus mendorong pembangunan ilmu perubatan secara teori dan
praktikal, pembaharuan semula doktrin teologi, pembentukan satu konsep baru dalam ilmu
matematik dan mencetuskan kontroversi baru kepada bidang falsafah dan teologi di Eropah.

6
Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa bidang kurikulum berkembang selari
dengan kemajuan intelektual yang dicapai pada Zaman Pertengahan xxxv2. Bagi kurikulum
quadrivium, subjek yang diajar termasuklah aritmetik, geometri, muzik, astronomi. Bagi subjek
aritmetik, teks yang digunakan untuk mempelajari teori nombor ialah terjemahan Latin atau
penjelasan lain bagi Greek Arithmetic of Nicomachus of Gerasa oleh Botheus. Sementara
untuk mendapat penjelasan yang lebih praktikal dalam aritmetik abakus, buku pengiraan, algebra
dan sistem nombor Hindu, karya Jordanus de Nemore digunakan pada abad ke 13 M . Sebagai
tambahan, digunakan juga karya Algorismus oleh John of Sacrobosco dan Algorismus of
Alexander of Villa Dei yang telah diubahsuai. Bagi subjek geometri, teks yang digunakan ialah
Euclid’s Elements. Teks ini terus dijadikan rujukan utama sehingga abad ke 15 M dan menjadi
keperluan bagi Sarjana Sastera di Oxfordxxxvi.

Kesimpulan

Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi


dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa
universiti sehingga kurun ke-16. Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang
sarjana Islam yang sangat pintar. Menurut Wiedmann....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti
yang teguh dan seorang pakar dalam bidang sains’. Terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai
sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam. Jasa al-Khawarizmi
akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia.

7
NOTA HUJUNG

i
Shaharir Mohamad Zain, 2000, 107. Pengenalan Sejarah Dan Falsafah Sains. Bangi: Penerbit
UKM.
ii
R.M. Savory, 1976, 122. Introduction To Islamic Civilization. London: Cambridge University
Press.
iii
S.I. Poeradisastra, 1981, 27. Sumbangan Islam Kepada Ilmu Dan Kebudayaan Moden. Jakarta:
PT Girimukti Pasaka.
iv
Haidar Bammate, 1981, 24. Muslim Contribution To Civilization. Lahore: Kazi Publications.
v
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, 221. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
vi
Norman Daniel, 1975, 263. The Arabs And Mediaeval Europe. London: Longman Group
Limited and Librairie du Liban ( Beirut ).
vii
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, op.cit., 153. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
viii
Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800
buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.
Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
ix
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, op.cit., 153. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
x
A. C. Crombie, 1952, 34. Augustine To Galilieo. The History Of Science A.D 400-1650.
London: William Heinemann Ltd.
xi
L.W.H.Hull, 1959, 116. History And Philopsophy Of Science: An Introduction. London:
Longmans, Green And Co
xii
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, op.cit., 156. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
xiii
Howard R. Turner, 1997, 47 Howard R. Turner, 1997, 47. Science In Medieval Islam, An
Ilustrated Introduction. Austin: University Of Texas Press.
xiv
Seyyed Hossein Nasr, 1968, 45. Science And Civilization In Islam. Cambridge, Massachusetts:
Harvard University Press.
xv
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, 43. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik. Terj. Amin
Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

8
xvi
Charles Homer Haskins, 1957, 311. The Renaissance Of The 12th Century. Ohio: The World
Publishing Company.
xvii
Donald R. Hill, 1993, 222. Islamic Science And Engineering. Edinburgh: Edinburgh
University Press Ltd.
xviii
Mehdi Khan Nakosteen, 1964, 190. History Of Islamic Origins Of Western Education A.D
800-1350. Colorado: University Of Colorado Press.
xix
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam
cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The
Elements] hasil karya Euclid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu
‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu
yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula
dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri
Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke 6SM. Seterusnya sarjana Islam
telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke 9M.
xx
Haidar Bammate, 1981, op.cit., 23. Muslim Contribution To Civilization. Lahore: Kazi
Publications.
xxi
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, op.cit., 79. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik. Terj.
Amin Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
xxii
Mehdi Khan Nakosteen, 1964, op.cit.,190. History Of Islamic Origins Of Western Education
A.D 800-1350. Colorado: University Of Colorado Press.
xxiii
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, op.cit., 26. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik. Terj.
Amin Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
xxiv
Howard R. Turner, 1997, op.cit., 48. Science In Medieval Islam, An Ilustrated Introduction.
Austin: University Of Texas Press.
xxv
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, op.cit.,62. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik. Terj.
Amin Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
xxvi
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, ibid, 62. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik. Terj.
Amin Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
xxvii
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, ibid, 63. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik. Terj.
Amin Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
xxviii
Donald R. Hill, 1993, op.cit., 223. Islamic Science And Engineering. Edinburgh: Edinburgh
University Press Ltd.
xxix
Mehdi Khan Nakosteen, 1964, op.cit.,191. History Of Islamic Origins Of Western Education
A.D 800-1350. Colorado: University Of Colorado Press.

9
xxx
Wan Fuad Wan Hassan, 1996, op.cit.,165. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
xxxi
Shaharir Mohamad Zain, 2000, op.cit.,115. Pengenalan Sejarah Dan Falsafah Sains. Bangi:
Penerbit UKM.
xxxii
Watt. W. Montgomery, 1972, 64. Watt, W. Montgomery and Cachia .P. (1965). A History Of
Islamic Spain. Edinburgh: Edinburgh University Press.
xxxiii
Ali Abdullah Al-Daffa’, 1988, op.cit., 30-32. Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik.
Terj. Amin Senin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
xxxiv
Mehdi Khan Nakosteen, 1964, op.cit., 190. History Of Islamic Origins Of Western Education
A.D 800-1350. Colorado: University Of Colorado Press.
xxxv
Mehdi Khan Nakosteen, 1964, ibid, 190. History Of Islamic Origins Of Western Education
A.D 800-1350. Colorado: University Of Colorado Press.
xxxvi xxxvi
Mehdi Khan Nakosteen, 1964, ibid, 190. History Of Islamic Origins Of Western
Education A.D 800-1350. Colorado: University Of Colorado Press.

10
11

View publication stats

You might also like