You are on page 1of 9

Nik Mie, [22.06.

16 19:25]
Dialog Antarabangsa Langkawi

Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog, (LDI) merupakan


mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan
pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini diadakan di pulau Langkawi .

Asal
Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr
Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara
Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan, dan masalah
negara yang pernah dijajah.

Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan


dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran
polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti
negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan.

Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui


Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan
Afrika dan kini CID di Carrebean.

Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam,
ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya
dan badan-badan bukan kerajaan .

Matlamat
LID diadakan dengan tujuan :

LID menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar. Jangan harapkan


Barat kerana mereka ada agenda tersembunyi. Jiran yang baik ialah jiran yang
membantu.
Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan negara
membangun.
Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika yang
nampaknya senada dalam isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar.
mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf
antarabangsa khususnya dari negara Afrika. Sejak Persidangan CHOGM diadakan di
pulau Langkawi pada 1998 dan banyak lagi persidangan antara pemimpin dunia
diadakan di pulau itu, matlamat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber
pendapatan semakin berjaya.

LID 2007
LID 2007 diadakan selama 3 hari mulai 6 Ogos - 8 Ogos 2007 . Lokasi utama ialah di
Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort . Kira-kira 500 peserta dari 40 buah negara.
Turut hadir ialah 10 ketua negara dan kerajaan dari Afrika. LID 2007 adalah edisi ke-
8.

Turut hadir
Dari Malaysia : Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Syed Hamid
Albar,Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Ketua kerajaan : Presiden Namibia Hifikepunye Pohambe
Menteri Perusahaan dan Perdagangan Zambia Felix Mutati
Raja Mswati III dari Swaziland
Presiden Zambia Levy Mwanawasa

Isu-isu
Kemiskinan global
Kemiskinan global dapat diatasi hanya melalui pembinaan infrastruktur pendidikan.
Setiap remaja tidak kira lelaki mahupun wanita hendaklah mendapat pendidikan
minimum 11 tahun sebagaimana di Malaysia. Anak perempuan tidak harus
dibezakan atau dibiarkan ketinggalan , menjadi suri rumah sahaja.
Pemikiran kreatif dan progresif hendaklah digalakkan . Budaya kerja yang positif
selaras dengan globalisasi hendaklah digalakkan . Jangan mudah terpengaruh
dengan 'perangkap' ekonomi barat yang akhirnya negara sedang membangun
berada dalam keadaan 'tergantung' secara berterusan. Modal insan yang
menyanjung intelektual dan pemikiran terbuka hendaklah diperhebatkan.
Ledakan ICT dapat memudahkan pemindahan idea dan pendidikan jarak jauh atau
tele sidang.

Rancangan Tanah
Tanah adalah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi menyelesaikan
masalah ekonomi. Tanah-tanah subur yang telah dimiliki oleh peladang Eropah
hendaklah dimiliknegara secara bijaksana. Rancangan pembangunan tanah
hendaklah sampai kepada golongan yang benar-benar miskin dan prosesnya
mestilah telus.
Sistem perladangan ala Felda telah menarik perhatian negara Colombia, Nigeria dan
Sierra Leone .Minyak kelapa sawit Felda kini 2 juta tan matrik setahun dan belum
mampu memenuhi permintaan negara luar.

Nik Mie, [22.06.16 19:25]


Masalah ekonomi
Kredit mikro kepada golongan miskin secara terancang dan dipantau dari semasa
ke semasa dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan dan tidak lagi rasa
rendah diri.
Pihak swasta bukanlah musuh. Sebaliknya swasta hendaklah dijemput sebagai
penasihat kewangan, rakan kongsi dan rakan untung bersama. Setiap institusi
kewangan, agensi kerajaan dan masyarakat awam hendaklah celik kewangan. Jika
tidak , akan berlaku ketirisan , penyelewengan dan salah urus tadbir.
Kurangkan karenah birokrasi dan cakap tidak serupa bikin. Sebaliknya lebihkan
tindakan daripada janji kerana rakyat semakin bijak menilai kerajaan yang telus dan
utuh.
Bank Negara Malaysia mencadangkan penubuhan panel Penasihat Kewangan (FIA)
di kalangan negara Afrika bagi mengurangkan kemiskinan di Afrika. Panel ini
mengandungi direktori ,maklumat konfrehensif dan pakar ekonomi mikro dan
ekonomi makro.
Sehingga kini, penyertaan kumpulan berpendapatan rendah dalam perancangan
ekonomi hanya 20 % di Afrika dan 30 % di Asia. Pengalaman kredit mikro di
Bangladesh, Indonesia dan India hendaklah dimanfaatkan. 22 juta dari 25 juta
penduduk Malaysia telah mempunyai akaun simpanan di bank. 16 juta telah
memperolehi pinjaman mikro dan makro.
Kejayaan Bank Grameen dari Bangladesh hingga di iktiraf oleh PBB hendaklah
dicerna dan diterapkan. Penduduk miskin tidak mampu meminjam kerana tidak ada
cagaran seperti tanah. Mereka yang miskin akan terus miskin jika dibiarkan
berdikari. Selama ini Perbankan konvensional gagal memberi kredit mikro sehingga
mereka terdedah kepada orang tengah yang lintah darat.
Ketika ini 1.1 bilion rakyat dalam kemiskinan tegar iaitu menerima pendapatan
kurang AS$2 sehari.

Masa depan LID


Sehingga 2007, LID telah diadakan sebanyak 8 kali dan merupakan acara tahunan
bagi Perkongsian Komanwel Bagi Pengurusan Teknologi (CPTM).
LID 2007 turut menjemput Laos, Kemboja dan Thailand.
Selepas LID, wujud pula Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID). Kemudian
Dialog Antarabangsa Perkongsian Pintar Carribean turut mengambil format yang
sama.
Pada masa depan diharap negara-negara bukan Komanwel British turut disertakan.
Bahasa menjadi halangan utama untuk dialog yang berkesan.
Kemiskinan di Afrika diganggu-gugat oleh ketidakstabilan politik. Mereka harus
belajar mengurangkan konflik dan politiking , demonstrasi dan lain-lain yang hanya
melambangkan 'tak stabil'.

Peranan Malaysia
Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6
bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak
firma tempatan melabur di negara membangun.
Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara
Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan
kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan
perdagangan.
Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di
seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan
permulaan yang dikecualikan cukai.
Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan
banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan
negara-negara berkenaan.

Isu Jenayah Antarabangsa

Definisi
Jenayah yang memberi kesan kepada keamanan atau keselamatan lebih daripada
satu negeri atau yang begitu tercela dalam alam semulajadi sebagai untuk
mewajarkan campur tangan agensi antarabangsa dalam penyiasatan dan
pendakwaan itu.

Ciri
a) Jenayah terhadap keamanan (crimes against peace)
b)Jenayah pencerobohan (crimes of aggression)
c)Jenayah peperangan (war crimes)
d)Jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity)
e) Genosid

Sebab/faktor
a) Tuntutan politik melalui keganasan
b) Sikap tamak manusia
c) Secara paksaan (contohnya,
keldai dadah)
d) Ketiadaan pegangan agama

Kesan
a) Imej dan reputasi negara yang terlibat akan dijejaskan.
b) Keselamatan dan keharmonian rakyat tidak terjamin.
d) Kedaulatan negara dicabarkan oleh tindakan penganas.
d) Sektor pelancongan terjejas.
e) Sektor ekonomi dijejaskan.
f) Proses pembangunan negara dijejaskan.

Cabaran
a) Kebesaran dan kerumitan model organisasi haram tersebut.
b) Kekurangan informasi tentang organisasi haram tersebut.
c) Kebolehan penjenayah untuk menggunakan teknologi canggih untuk
mengelakkan perhatian pihak berkuasa.
d) Penjenayah yang terdiri daripada individu yang berpendidikan tinggi.

Langkah
a) Mengadakan perjanjian antara agensi penguatkuasa negara lain dan
antarabangsa
b) Saling bertukar maklumat, pengalaman dan kepakaran dengan agensi negara
lain.
c) Menguatkuasakan undang-undang lebih ketat seperti Akta Anti Penyeludupan
Manusia.

Isu Senjata Pemusnah

Definisi

Sejenis senjata yang boleh membunuh manusia dalam jumlah yang ramai atau
menyebabkan kerosakkan teruk kepada struktur buatan manusia.

Ciri
-Agen biologi ini digunakan untuk membunuh manusia dalam tempoh yang singkat.

-Jenis-jenis Senjata Pemusnah:

Senjata Kimia -senjata yang memanfaatkan sifat-sifat racun pada senjata Kimia
untuk melukai, melumpuhkan maupun membunuh musuh.

Senjata Biologi
- senjata yang menggunakan Patogen sebagai alat untuk melukai, melumpuhkan
dan membunuh.

Senjata Nuklear
- senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear, yakni sebuah proses di mana
ada dua nuklear maupun partikel nuklear yang saling bertubrukan guna
memproduksi hasil yang berbeza dari produk awal.

Sebab?faktor
-Dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah negara yang memiliki
senjata pemusnah
-Melindungi negara dari serangan musuh

Kesan
-Selalu disalahgunakan
-Senjata ini menggunakan mikroorganisme penyebar penyakit kcpada manusia
yang sukar dikenal pasti.
- Punca wabak penyakit kepada khinzir dan manusia (Serangan Virus Nipah)
-Membawa ancaman keselamatan antarabangsa.
-Berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara Ncgara.
- Membawa kemusnahan dunia
termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan
manusia sendiri.

Cabaran
- Tidak dapat mengenal pasti pembunuh yang membawa senjata biologi ini kerana
mereka tidak membawa apa-apa objek.
-Malaysia memerlukan kepakaran perisikan untuk mengesan seseorang yang
membawa agen biologi untuk serangan anthrax/ racun saxiotoksin.
-Tidak ada undang-undang atau peraturan di Malaysia untuk mengawal dan
memantau penyelidikan dan aktiviti berkaitan agen biologi dan toksin berbahaya
bagi tujuan keganasan dan peperangan.

Langkah
-Pendedahan kepada kemahiran yang tinggi dari luar Negara.
-Mempelajari teori dan praktikal dari luar Negara.
-Mempunyai inisiatif untuk membangunkan Negara.
-Peranan kerajaan dalam mengadakan dasar-dasar untuk memajukan Negara.
-Menyeru Negara kuasa besar untuk mengadakan persidangan untuk
mengurangkan senjata pemusnah.
-Menyuarakan masalah dan bahaya senjata pemusnah di rantau Asia

Unit Pencegah Penyeludupan kini dikenali Agensi Keselamatan Sempadan

SAIFULIZAM MOHAMAD | 02 November 2015 4:12 PM

40 1 Google +0

PUTRAJAYA 2 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan (AKS) secara
pentadbiran dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan tahap keselamatan di
kawasan sempadan, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, penubuhan agensi itu merupakan penjenamaan semula serta proses
naik taraf Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang selama ini bertanggungjawab
mengawal kawasan sempadan negara. - UTUSAN ONLIN

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/unit-pencegah-


penyeludupan-kini-dikenali-agensi-keselamatan-sempadan-
1.153504#sthash.vGCSQmAI.Hn82SSU5.dpuf

CHECK LIST PA U3 BAHAGIAN C


1. Wilayah maritim Malaysia yang berkongsi dengan negara-negara jiran telah
mengalami pelbagai ancaman dan langkah-langkah perlu dilakukan bagi mengatasi
masalah ini.
Bincangkan
2. Masalah alam sekitar merupakan isu universal atau global yang perlu ditangani
oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia telah memainkan peranan yang aktif
diperingkat antarabangsa melindungi alam sekitar. Jelaskan
3. Dunia kini telah mengalami pelbagai bencana alam yang telah menyebabkan
pelbagai kemusnahan kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan
4. Malaysia sebuah negara yang kecil namum banyak menyumbang kepada
kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan dunia. Bincang
5. Kedudukan geografi yang strategik dengan negara-negara jiran menyebabkan
berlaku perselisihan faham antara mereka. Huraikan
6. Peningkatan suhu dunia merupakan isu global yang sering mendapat perhatian
dalam majlis antarabangsa. Fenomena pemanasan global ini telah menimbulkan
pelbagai implikasi kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Bincangkan
7. Buruh kanak-kanak dan langkah mengatasinya
8. Pulau Pinang semakin popular selepas UNESCO mengiktiraf Geogetown sebagai
Tapak Warisan Dunia. Jelaskan kepentingan pengikhtirafan ini dahn langkah-langkah
untuk mempopularkan tapak wariasan dunia yang terdapat di Malaysia
9. Kenaikan harga barang bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia dan negara-negara
jirannya malah fenomena global. Banyak situasi yang mempengaruhi fenomena ini.
Bincangkan.
10. Ancaman senjata pemusnah besar-besaran seperti senjata kimia, biologi,
radioaktif dan nuclear (CBRN) oleh pehak-pehak tertentu seperti kumpulan
pengganas telah membawa pelbagai implikasi ke atasi negara yang menjadi
sasaran. Bincangkan
11. Malaysia berkongsi kawasan marin yang luas dengan negara-negara jiran
namun masa hadapan di kawasan tersebut semakin terancam dabn menimbulkan
pelbagai kesan kepada rakyat Malaysia dan negara serantau, Bincangkan
12. Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang telah dilaksanakan
sepenuhnya pada tahun 2013 banyak mendatangkan kesan positif kepada negara
dan masyarakat. Bincangkan
13. Negara Malaysia seringkali berjaya mendapat sokongan dan undian untuk
mengetuai atau menganggotai sesuatu organisasi antarabangsa. Berasaskan
contoh yang jelas prihalkan perlantikan keanggotaan tersebut.
14. Serangan dan pencerobohan ke atas Iraq dan Afganistan merupakan contoh
tindakan unipolar Amerika Syarikat. Malaysia menentang keras pendekatan
ketenteraan ini kerana berpendapat bahawa bahawa terdapat cara lain yang boleh
digunakan untuk memerangi keganasan antarabangsa. Bincangkan
15. Kebelakangan ini pelaburan asing (FDI) semakin meningkat di Malaysia
terutamanya dari China dan Singapura. Perkembangan ini mendatangkan kesan
positif kepada negara. Bincangkan
16. ZOPFAN member manfaat kepada negara-negara anggota ASEAN. Namun begitu
ZOPFAN menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan
17. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar luar yang aktif.
Penentuan dasar luar ini ini tidak hanya bergantung kepada persekitaran geografi
yang strategi semata-mata. Bincangkan
18. Kewujudan Zon Ekonomi Ekslisif (ZEE) tidak dinafikan telah banyak membawa
manfaat kepada negara yang mempunyai sempadan laut. Namun timbul juga
masalah dalam menguatkuasakannya. Bincangkan
19. Keamanan dunia merupakan hasrat masyarakt dunia. Sumbangan Malaysia
kepada keharmonian dunia tidak dapat dipertikaikan lagi. Jelaskan
20. Jelaskan manfaat Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-
negara luar.
21. Penglibatan aktif Malaysia dalam ASEAN telah membolehkan Malaysia
mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang. Huraikan bentuk-bentuk kerjasama
tersebut.
22. Banyak faktor yang mewujudkan masalah penyeludupan dan masalah ini telah
mendatangkan kesan ke atas Malaysia dan negara jirannya
23. Kemelesetan ekonomi dunia turut dirasai oleh ekonomi Malaysia. Oleh itu
kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing. Bincangkan
24. Perang dunia kedua telah berakhir namun keamanan masih jauh.
Sememangnya peperiksaan tidak akan membantu mengatasi masalah sebaliknya
membawa kepada penderitaan hidup. Bincangkan
25. Selain pengisytiharan Deklarasi Langkawi 1989, banyak komitmen Malaysia
kepada masyarakat global dalam usaha melindungi alam sekitar. Bincangkan
26. Banyak kesan yang diperolehi negara apabila menjadi penganjur kejohanan
sukan antarabangsa. Jelaskan pernyataan di atas.
27. Kemelesetan ekonomi Negara kuasa ekonomi dunia atau serantau turut
memberi kesan ke atas perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Bincangkan
28. Malaysia berpegang kuat kepada usaha memakmurkan jiran atau mewujudkan
situasi menang menang dalam hubungan dengan Negara jiran. Jelaskan kesan
positif daripada hubungan berkenaan.
29. Perairan Selat Melaka dikongsi Malaysia dengan Negara jiran. Wujud pelbagai
ancaman ke atas selat ini. Jelaskan
30. Liberalisasi dalam bidang perdagangan antarabangsa telah mencetuskan
pelbagai impak kepada sesebuah negara membangun. Bincangkan

SOALAN STPM SEBENAR


2013
18. Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat
serantau dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan
kesejahteraan negara bincangkan
(Politik dan keselamatan)

19. Masalah yang dihadapi oleh sebuah negara berjiran ialah pergerakan rakyat
melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan
pelbagai kesan buruk kepada negara penerima. Bincangkan (Sosial dan budaya)

20. Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau, terdapat juga ancaman
lain yan boleh menggugat keselamatan Malaysia. Bincangkan (Politik dan
keselamatan)

2013 Ulang
18. Pertubuhan Negara-negara ASEAN ditubuhkan untuk mempercepatkan proses
pembangunan negara Anggota dalam pelbagai aspek serta menwujudkan
keamanan dan kestabilan politik dirantau ini. Bincangkan cabaran yang dihadapi
oleh ASEAN dalam usaha untuk mencapai hasrat tersebut.
(Politik dan keselamatan)
19. Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan
menentang ancaman kegiatan lanun dan antarabangsa. Huraikan (Politik dan
keselamatan)
20. Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh mengenepikan keburukan
yang datang bersamanya. Huraikan (Ekonomi)

2014
18. Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada
mangsa bencana alam diluar negara, Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi
oleh Malaysia untuk menjayakan misi tersebut. Jelaskan (Sosial dan budayal)
19. Kes wanita Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sendikit dadah
antarabangsa terus meningkat. Pemasalaahan ini jika tidak ditanggani dengan
segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bicangkan (Sosial dan budaya)
20.Penemuan dan penjanaan tenaga nuklear banyak memberikan faedah kepada
manusia. Namun begitu, pada masa yang sama tenaga ini juga banyak
mendatangkan risiko kepada kehidupan sejagat. Biincangkan (Sains dan Teknologi)

You might also like