You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

TENPIN BOLING
1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang


berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh Persatuan Boling Tenpin Dunia
(WTBA) dan telah
diterima oleh Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) serta Peraturan Am Pesta MSKPPM.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

BIL STATUS/KATEGORI LELAKI WANITA JUMLAH

1 Pengurus 1 orang 1 orang

2 Jurulatih 1 orang 1 orang

3 VIP 3 orang 1 orang 4 orang

4 Pemain 5 orang 5 orang 10 orang

JUMLAH 16 orang

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Rasmi


yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.2 Jawatankuasa pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan


yang tidak lengkap.

4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

4.1 Terbuka - lelaki dan wanita di semua peringkat umur.

4.2 VIP - 4 orang peserta campuran sekurang kurangnya seorang peserta


wanita (mestilah berkhidmat sebagai pengurusan tertinggi di KPM / JPN sama ada Pengarah /
Timbalan Pengarah / KPPK / Ketua Kaunselor Negeri / KPPD.

4.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.


5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

5.1. Individu (TERBUKA)


5.1.1 Individu Lelaki
5.1.2 Individu Wanita

5.2. Beregu (TERBUKA)


5.2.1 Beregu Lelaki
5.2.2 Beregu Wanita

5.3 Trio (TERBUKA)


5.3.1 Trio Lelaki
5.3.2 Trio Wanita
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

5.4 Berpasukan (TERBUKA)


5.4.1 Berpasukan Lelaki
5.4.2 Berpasukan Wanita

5.5 Berpasukan VIP

6. FORMAT PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA

6.1 Acara Individu lelaki dan wanita


6.1.1 Semua pemain yang telah mendaftar layak untuk menyertai
acara individu lelaki dan wanita.
6.1.2 Setiap pemain akan bermain sebanyak 4 permainan / games.
6.1.3 Pemenang acara ini berdasarkan dengan jumlah jatuhan pin dalam 4
permainan / games yang dipertandingkan.
6.1.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.2 Acara Beregu Lelaki dan Wanita


6.2.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 Pasukan
6.2.2 Setiap pemain bagi setiap kategoriakan bermain sebanyak
4 permainan/ games
6.2.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperoleh oleh
setiap beregu akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.2.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan/
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.3 Acara Trio Lelaki dan Wanita


6.3.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar
1 pasukan bagi setiap kategori Trio lelaki/ wanita.
6.3.2 Setiap pemain bagi setiap kategoriakan bermain sebanyak 4
permainan/games.

6.3.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperolehi oleh setiap trio akan
diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan/
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.4 Acara Berpasukan Lelaki dan Wanita


6.4.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1 pasukan
yang terdiri daripada 5 orang pemain bagi setiap kategori berpasukan lelaki
/ wanita.
6.4.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 5 permainan / games secara
Baker Format.
6.4.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.5 Acara Berpasukan VIP


6.5.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk
menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain lelaki / wanita.
6.5.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 2 permainan / games.
6.5.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

6.6 Keseluruhan
6.6.1 Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam semua kategori yang
dipertandingkan akan dikira sebagai pemenang.

7. PAKAIAN

7.1 Setiap pemain mestilah memakai seluar slek panjang (slacks), T-shirt berkolar
dan berkasut.
7.2 Pemakaian seluar jeans, cargo pants, slek poket bertampal dan track bottom
adalah DILARANG.

8. BAYARAN PENYERTAAN
8.1 Setiap pasukan PSKPP Negeri yang ingin menyertai pertandingan ini
dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Enam
Ratus Ringgit Sahaja).
9. KIRAAN MATA DAN MENENTUKAN PEMENANG
9.1 Pemenang keseluruhan akan ditentukan mengikut jumlah pungutan mata
bagi pemenang setiap acara yang dipertandingkan:

KEDUDUKAN / PUNGUTAN MATA


BIL ACARA
EMAS PERAK GANGSA KE-4
1 INDIVIDU LELAKI 5 3 2 1
2 INDIVIDU WANITA 5 3 2 1
3 BEREGU LELAKI 5 3 2 1
4 BEREGU WANITA 5 3 2 1
5 TRIO LELAKI 5 3 2 1
6 TRIO WANITA 5 3 2 1
7 BERPASUKAN LELAKI 5 3 2 1
8 BERPASUKAN WANITA 5 3 2 1

9.2 Sekiranya berlaku keputusan seri dalam jumlah pengiraan mata, maka jumlah
turutan pingat emas, perak dan gangsa akan diambil kira bagi menentukan

10. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan 15 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

11. LEMBAGA JURI RAYUAN


Sila rujuk Peraturan 16 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


12.1. Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan
peraturan ini serta Peraturan Am Pesta MSKPPM akan dirujuk dan di
selesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang
berkuatkuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang
bersesuaian.

12.2. Sewaan kasut boling semasa pertandingan adalah ditanggung oleh perserta
sendiri pemenang.

You might also like