You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 5

AKTIVITI YANG TERHAD DAN TIDAK PELBAGAI SEWAKTU PDPR

1. Isu Yang Difokuskan

Pada minggu ini, isu yang difokuskan adalah berkenaan dengan aktiviti yang
disediakan oleh guru adalah terhad dan tidak pelbagai sewaktu melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan

Masalah ini timbul kemungkinan faktor utama yang yang menyebabkan


perkara ini berlaku adalah setiap aktiviti yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan
dengan penggunaan teknologi. Jadi untuk mengkaji dengan lebih mendalam setiap
aktiviti yang melibatkan teknologi memerlukan masa yang agak panjang. Guru juga
terbatas masanya dalam menyediakan setiap aktiviti yang ingin dilaksanakan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas)

Hal ini dapat dilihat dengan jelas sewaktu sekolah mula-mula ditutup
disebabkan wabak COVID19 yang melanda negara. Dengan bermulanya Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), maka bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran di
rumah dan dilaksanakan secara atas talian dan aktiviti yang dilaksanakan guru
adalah yang sama dan berulang.

4. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengenal pasti aktiviti yang menggunakan teknologi
dan menggunakannya didalam PdPc saya supaya dapat menarik minat murid ketika
peroses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya juga akan cuba membina satu
inisiatif yang boleh diadakan seperti menyediakan ganjaran kepada murid setelah
murid dapat melaksanakan aktiviti tersebut.
5. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Dalam tempoh masa 1 minggu, saya akan cuba membina satu kuiz atau aktiviti yang
berbentuk permainan kepada murid- murid didalam pengajaran dan pembelajaran
pada masa akan datang. Saya juga akan sentiasa mengingatkan murid walaupun
jika tidak melibatkan diri secara langsung ketika kelas diadakan, mereka boleh
melaksanakan tugasan secara tutorial iaitu mengulangkaji dengan sendiri dan boleh
menjawab kuiz atau aktiviti yang disedikan oleh saya pada bila-bila masa.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti yang boleh menarik dan menyeronokkan


murid walaupun pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian.
Langkah yang dicadangkan ini adalah bertujuan supaya murid mendapat input dan
ilmu pengetahuan melalui pelbagai kaedah yang disediakan oleh guru. Aktiviti yang
disedikan oleh guru adalah bagi memastikan setiap murid mendapat hasil
pembelajaran pada hari tersebut.

7. Kesimpulan / Refleksi dan Halangan (jika ada)

Langkah yang dicadangkan adalah perlu dilaksanakan sebaiknya supaya


murid dapat mengikuti kelas secara atas talian dengan proaktif. Perkara ini juga akan
memberi motivasi kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dengan lebih
berkesan.

You might also like