You are on page 1of 11

SEJAUH MANAKAH PERTENTANGAN KONSEP DAN NILAI TELAH MENYEBABKAN

BERLAKUNYA PERANG CANDU 1 PADA 1839-1842 DI CHINA? / JELASKAN FAKTOR


PERANG CANDU 1
PENGENALAN

Perang Candu Pertama yang berlangsung dari tahun 1839 sehingga tahun 1842 juga dikenali sebagai Peperangan
Inggeris-China Pertama. Punca perang ini tercetus akibat daripada pertembungan antara dua kebudayaan yang
bertentangan. Selain itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat untuk mula bertapak di China.
Dalam pada itu, peperangan ini juga merupakan salah satu penandaan dinasti Manchu telah mengalami
kemerosotan.

KONSEP/NILAI/ HURAIAN
FAKTOR

PERTENTANGAN - Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang
KONSEP bertentangan
PERDAGANGAN - Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan
mana-mana negara Barat kerana; China mampu untuk memenuhi keperluannya dan
sumber ekonomi utama negara china adalah berasaskan pertanian
- Tambahan pula, masyarakat China menganggap aktiviti perdagangan sebagai
kegiatan yang hina
- Sebaliknya, masyarakat Barat pula berpegang kepada dasar perdagangan bebas
- Dalam pada itu, negara-negara Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan pasaran
dan bahan mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian

PERTENTANGAN - Konsep undang-undang yang bertentangan juga merupakan faktor yang telah
KONSEP menyebabkan tercetusnya perang antara China dengan British
PERUNDANGAN - Mengikut konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah sehingga
dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah
- Manakala konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang itu
tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan
- Pertentangan dalam konsep undang-undang China dengan Barat telah menyebabkan
hubungan antara China dan Barat menjadi bertambah buruk
- Selain itu, orang Barat telah menganggap bahawa undang-undang China bersifat
tidak adil dan amat kejam
- Contohnya, pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hughes telah dicekik
sehingga mati tanpa sebarang perbicaraan selepas dia telah memyebabkan seorang
rakyat China terbunuh apabila dia melepaskan tembakan hormat setelah sampai di
Whampoa
- Oleh sebab itu, orang-orang menganggap bahawa sistem dan konsep undang-
undang di China adalah kejam kerana seseorang yang tertuduh tersebut akan tetap
dianggap bersalah sehingga individu tersebut dapat membuktikan bahawa dirinya
tidak bersalah
SEKATAN - Faktor seterusnya yang telah menyebabkan tercetusnya Perang Candu Pertama ialah
PERDAGANGAN sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China terhadap perdagangan asing
- Pada tahun 1757, Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan perintah bahawa
pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan untuk berdagang di pelabuhan Canton
- Tambahan pula, pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa anggota
keluarga mereka ke pelabuhan Canton
- Dalam pada itu, setelah selesai menjalankan urusan perniagaan di Canton, mereka
dikehendaki untuk kembali ke Macau
- Di samping itu, pedagang-pedagang asing juga hanya dibenarkan untuk
menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang dikenali
sebagai Co-hong

ISU KEMASUKAN - Perang Candu Pertama tercetus kerana orang Inggeris membawa masuk bekalan
CANDU candu ke China
- Mereka menjual candu bagi mengimbangkan perdagangan teh dengan China
- Antara tahun 1821 hingga 1839, jumlah candu yang diimport telah meningkat
daripada 4244 buah peti kepada 40 200 buah peti
- Hal ini telah mengakibatkan imbangan perdagangan tidak menguntungkan China
- Pengimportan candu telah menyebabkan pengaliran keluar wang perak yang telah
menjejaskan ekonomi kerajaan China
- Kerajaan China menentang pengimportan candu kerana ia dapat menjejaskan
kesihatan dan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk China

KESIMPULAN Sikap angkuh kerajaan China telah menyebabkan kuasa Barat untuk menggunakan
kekerasan bagi memaksa kerajaan China untuk membuka pintu kepada kuasa Barat.
Perkembangan ini telah menyebabkan British untuk mengisytiharkan peperangan terhadap
kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai Perang Candu Pertama. Oleh itu,
Perang Candu Pertama telah meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial negara China. Dalam pada itu, perang ini juga telah meletakkan
asas kepada Perang Candu Kedua.
JELASKAN KESAN-KESAN PERANG CANDU 1 DALAM TERHADAP NEGARA CHINA
DARI ASPEK POLITIK, EKONOMI & SOSIAL

PENGENALAN

Perang Candu Pertama yang berlangsung sekitar tahun 1839 sehingga tahun 1842 juga dikenali sebagai Peperangan
Inggeris-China kerana ekoran daripada tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam
pada itu, peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat untuk mula bertapak di China dan ia menandakan
dinasti Machu yang telah mengalami kemerosotan.

KESAN HURAIAN

POLITIK : - Perang Candu Pertama telah menjejaskan maruah dan kedaulatan China
KEDAULATAN - Oleh itu, China terpaksa menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa
CHINA TERJEJAS Barat
- Melalui perjanjian-perjanjian tersebut, kerajaan China terpaksa akur kepada tekanan
dan desakan kuasa-kuasa Barat

POLITIK: CHINA - Selain Perjanjian Nanking, kerajaan China juga terpaksa menandatangani perjanjian
DIPAKSA dengan kuasa-kuasa Barat yang lain
MEMBUAT - Antara perjanjian yang ditandatangani ialah, Perjanjian Tambahan Bogue,
PERJANJIAN Perjanjian Wanghia dan Perjanjian Whampoa
DGN BARAT - Selepas itu, negara Barat yang lain seperti Norway, Sweden dan Rusia juga telah
menandatangani perjanjian dengan kerajaan China

EKONOMI: - Kerajaan China bertindak memansuhkan monopoli perdagangan oleh Co-hong


MONOPOLI - Perkembangan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang asing untuk dapat
COHONG menjalankan perdagangan mereka dengan bebas
DIMANSUHKAN
EKONOMI CHINA - Syarat-syarat Perjanjian Nanking yang berat sebelah telah menyebabkan ekonomi
TERJEJAS China terjejas
- Pengaliran keluar wang perak yang banyak telah menyebabkan China mengalami
imbangan perdagangan yang negative
- Selain itu, sistem ekonomi China terjejas ekoran kemasukan barang-barang buatan
Barat secara berleluasa
- Dalam pada itu, penguasaan ekonomi oleh orang asing menyebabkan pengusaha-
pengusaha orang tempatan hilang sumber pendapatan

SOSIAL: - Masyarakat China terdedah kepada penyebaran agama Kristian


- Mubaligh-mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di pelabuhan-
PENYEBARAN
pelabuhan
AGAMA
- Perkembangan agama Kristian telah menyebabkan kebudayaan dan adat resam
KRISTIAN
masyarakat China terjejas
- Malah, masyarakat China juga terdedah kepada pemikiran dan pengaruh
kebudayaan Barat

KESIMPULAN Kesan daripada Perang Candu Pertama telah memberikan impak yang besar kepada aspek
perundangan, ekonomi, sosial dan perdagangan negara China pada tahun 1839 hingga tahun
1842.
JELASKAN FAKTOR BERLAKUNYA PERANG CANDU KEDUA [PERANG ARROW] PADA
1856-1860 DI CHINA/ RASA TIDAK PUAS HATI CHINA TERHDP PERJANJIAN NANKING
MYBBKAN PRG CANDU 2.

PENGENALAN

Perang Candu Kedua yang tercetus pada tahun 1856 sehingga tahun 1860 merupakan rentetan daripada Perang
Candu Pertama. Perang Candu Kedua berakhir apabila kerajaan China dan British bersetuju untuk menandatangani
Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Namun begitu, perjanjian ini gagal menyelesaikan masalah dan pertikaian
antara kuasa-kuasa Barat dan China. Hal ini disebabkan kerana, kerajaan China telah gagal untuk menghormati
syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui dengan kuasa-kuasa Barat. Sebaliknya, kerajaan China telah bertindak
dengan menyekar pengaruh kuasa-kuasa Barat di China. Selain itu, kerajaan China juga tidak mematuhi hubungan
diplomatik berdasarkan persamaan taraf dengan kuasa-kuasa Barat.

KONSEP/NILAI/ HURAIAN
FAKTOR

RASA TIDAK - Syarat-syarat Perjanjian Nanking telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
PUAS HATI kalangan kuasa-kuasa Barat terhadap kerajaan China
CHINA - Pembukaan lima buah pelabuhan kepada kuasa-kuasa Barat tidak memuaskan hati
TERHADAP pedagang-pedagang Barat
SYARAT - Kuasa-kuasa Barat telah mendesak agar lebih banyak pelabuhan untuk dibuka
PERJANJIAN kepada mereka untuk menjalakan perdagangan
NANKING - Selain itu, pihak British berasa tidak berpuas hati dengan hak istimewa yang
dijanjikam dalam Perjanjian Nanking
- Pihak British telah mendesak kerajaan China untuk memberikan lebih banyak
keistimewaan kepada mereka
- Kerajaan China pula berasa tidak puas hati dengan Perjanjian Nanking yang
langsung tidak menyentuh tentang pedagangan candu
- Hal tersebut telah menyebabkan hubungan antara kerajaan China dan kuasa-kuasa
Barat menjadi lebih buruk

SIKAP ANTI - Sikap antiorang asing yang menebal dalam kalangan orang asing telah
ORANG ASING menimbulkan perasaan tidak puas hati kuasa-kuasa Barat
- Pada tahun 1847, tentera British telah menyerang pelabuhan Canton ekoran sikap
penduduk Canton yang enggan membenarkan pedagang-pedagang British untuk
berdagang dengan bebas
- Contohnya, Hsu Kuang Ching dan Yeh Ming Chen yang merupakan pegawai hal
ehwal luar Canton telah menghasut orang Cina untuk menghalang kemasukan
pedagang ke pelabuhan Canton
- Perkembangan ini telah menyebabkan hubungan antara China dan kuasa-kuasa
Barat untuk menjadi semakin renggang
HUBUNGAN - Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh masyarakat China terhadap kuasa-kuasa
DIPLOMATIK YG asing telah menyebabkan hubungan semakin renggang
RENGGANG - Malah percubaan kuasa-kuasa Barat untuk menjalinkan hubungan diplomatik
dengan kerajaan China turut menemui jalan buntu
- Di samping itu, tindakan kerajaan China enggan menerima perwakilan asing telah
memburukkan lagi hubungan antara mereka
- Umpamanya, kerajaan China bertindak tidak menjawab surat yang dihantar oleh
Lord Palmerston, Setiausaha Luar British kepada Maharaj China pada tahun 1849

PERDAGANGAN - Salah satu faktor yang telah mencetuskan permusuhan antara kerajaan China
CANDU dengan kuasa-kuasa Barat ialah perdagangan candu
- Kerajaan China telah bertindak mengeluarkan perintah mengharamkan perdagangan
candu selepas berakhirnya Perang Candu Pertama
- Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa Barat terutamanya British masih meneruskan
perdagangan candu yang mendapat keuntungan yang lumayan
- Sikap kuasa-kuasa Barat yang mahu mengaut keuntungan melalui perdagangan
candu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kerajaan China

KESIMPULAN Perang Candu Kedua yang berlangsung pada tahun 1856 hingga tahun 1860 telah
dicetuskan oleh beberapa faktor yang utama. Oleh itu, bagi mengelakkan Perang Candu
untuk berlangsung sekali lagi kerajaan China telah melaksanakan Gerakan Menguatkan Diri
mulai tahun 1861 sehingga tahun 1895.
BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT TEMPATAN
BERTINDAK BALAS TERHADAP KEDATANGAN KUASA BARAT DI CHINA PADA ABAD
KE-19.

PENGENALAN

Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat ingin mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di China.
Perkembangan ini telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah
seperti Putera Kung, Tseng Kuo-fan, Li Hung-chang dan Tso Tsung-tang mengenai keperluan untuk memodenkan
China. Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali sebagai Gerakan
Menguatkan Diri. Namun begitu, pada pertengahan abad ke-19, imperialis Barat mula mendesak China untuk
mengasaskan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya telah dicerobohi oleh kuasa-kuasa Barat. Hal
demikian telah membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Walau bagaimanapun, kerajaan
China masih berbangga dan telah menganggap negara mereka sebagai ‘Middle Kingdom’ yang membawa maksud
mempunyai tamadun yang tinggi. Tetapi, kerajaan China berasa agak keberatan dalam menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara Barat kerana mereka masih menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang
gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing). Dalam pada itu, sistem pemerintahan China yang juga tidak mempunyai
pejabat hal ehwal luar. Oleh itu, timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan China sehingga membawa
peperangan kepada kedua belah pihak dan telah memberikan impak yang besar kepada sejarah perjalanan China.

FAKTOR HURAIAN

PERTENTANGAN - Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh orang Cina terhadap kuasa-kuasa asing
ASPEK POLITIK menyebabkan hubungan semakin renggang
- Malah percubaan kuasa-kuasa Barat untuk menjalinkan hubungan diplomatik
dengan kerajaan China telah menemui jalan buntu
- Di samping itu, tindakan kerajaan China enggan menerima perwakilan asing telah
memburukkan hubungan antara mereka
- Umpamanya, kerajaan China tidak menjawab surat yang dihantar oleh Lord
Palmerston, Setiausaha Luar British kepada Maharaja China pada tahun 1849

KONSEP - Ketegangan hubungan China – Barat dari segi perundangan berpunca daripada
PERUNDANGAN percanggahan prinsip negara masing-masing
- Prinsip keadilan China ialah merupakan seseorang yang dituduh melakukan jenayah
BERBEZA
dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan
- Prinsip keadilan Barat pula ialah seseorang yg dituduh melakukan kesalahan
dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas
- Sebagai contoh, falsafah undang-undang China mengatakan bahawa hukuman
adalah tanggungjawab berkumpulan
- Manakala, falsafah undang-undang Barat mengatakan bahawa hukuman adalah
tanggungjawab individu

PERBEZAAN - Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang
KONSEP bertentangan
EKONOMI - Selain itu, kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan
perdagangan dengan negara-negara Barat kerana China mampu memenuhi
keperluannya dan sumber ekonomi utamanya berasaskan pertanian
- Tambahan pula, masyarakat China menganggap aktiviti perdagangan sebagai
kegiatan yang hina
- Sebaliknya, masyarakat Barat pula berpegang kepada dasar perdagangan bebas
- Negara-negara Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan pasaran dan bahan
mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian

PERDAGANGAN - Pedagang British tidak berpuas hati kerana peraturan yang dikenakan
CANDU menguntungkan China, gagal menjadikan China sebagai pasaran barangan keluaran
kilang mereka, gagal untuk mendapatkan teh dan sutera China yang telah mendapat
permintaan tinggi di Eropah.
- Oleh itu, pedagang British telah mencari jalan untuk menembusi pasaran China
dengan membawa masuk candu
- Dengan itu, candu telah mendapat sambutan tinggi dalam masyarakat China
sehingga jumlah dagangannya melebihi jumlah dagangan teh dan sutera China
- Ekonomi China terjejas sehingga telah mendesak Maharaja Tao Kuang untuk
mengharamkan perniagaan candu.
- Dalam pada itu, Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi memastikan
candu tidak diniagakan
- Namun begitu, berlaku insiden tegang dengan Penguasa Perniagaan British di
Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga berakhir dengan Perang Candu Pertama

FAKTOR AGAMA - Masyarakat China berasa tidak berpuas hati dengan mubaligh Kristian yang berjaya
menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China
- Oleh itu, kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme
mulai terancam
- Sebagai contoh, China telah bertindak dengan membunuh paderi, rahib dan pegawai
Barat di Tientsin dan membakar gereja

KESIMPULAN Faktor-faktor yang telah mendorong kepada kerenggangan hubungan antara China dan
negara Barat telah mendorong kepada kemunculan idea untuk melaksanakan Gerakan
Menguatkan Diri pada tahun 1861 sehingga tahun 1895.
PERASAAN ANTI ORANG ASING TELAH MENYEBABKAN BERLAKUNYA
PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA 1899
PENGENALAN

Menjelang tahun 1899, pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China. Pemberontakn ini
bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Oleh sebab
itu, Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing
terhadap kerajaan China. Selain itu, anggota gerakan boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap
keruntuhan kerajaan Manchu. Tambahan pula, Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang
dikenali sebagai I Ho Chuan. Tetapi, pada tahun 1812, kerajaan telah mengeluarkan perintah untuk mengharamkan I
Ho Chuan kerana pertubuhan ini bersifat anti-Manchu. Orang Barat menamakan ahli-ahli kongsi gelap ini sebagai
‘Boxer’ kerana mereka mengamalkan sejenis tinju Cina yang disertai dengan ilmu sihir. Berdasarkan matlamat
perjuangan Gerakan Boxer dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama, Tahap Kedua dan Tahap
Ketiga. Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan
republik di China.

FAKTOR HURAIAN

PERASAAN ANTI - Sentimen antiorang asing dalam kalangan rakyat dan pihak istana merupakan faktor
ORANG ASING yang menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Boxer
- Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak Perang Candu Pertama
telah menimbulkan semangat antiorang asing dalam kalangan rakyat China
- Semangat antiorang asing juga menebal dalam kalangan sarjana dan pembesar
istana
- Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I telah
mengamalkan sikap antiorang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China
- Semangat antiorang asing telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana untuk
berganding bahu untuk menghalau orang asing dari China

ANTI CINA - Sikap dan kelakuan orang Cina yang memeluk agama Kristian telah menimbulkan
KRISTIAN permusuhan antara orang Cina yang bukan Kristian
- Antara punca hubungan renggang adalah kerana sikap orang Cina beragama
Kristian
- Contohnya, tidak menghormati adat resam yang diwarisi sejak turun-temurun,
meninggalkan agama dan kepercayaan asal mereka dan enggan menyertai upacara
keagamaan dan membiayai perayaan keagamaan
- Orang Cina yang beragama Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana
mereka diperalatkan oleh orang asing
ANTI MUBALIGH - Tindakan golongan mubaligh menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
KRISTIAN masyarakat China juga merupakan faktor tercetusnya Pemberontakan Boxer
- Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking membenarkan mubaligh Kristian
menjalankan aktiviti keagamaan di pelabuhan-pelabuhan dan kawasan pedalaman
- Penyebaran agama Kristian mencemaskan golongan konservatif yang menganggap
agama Kristian amat bertentangan dengan ajaran Confucianisme, Buddhanisme dan
Taoisme yang telah diamalkan sejak turun-temurun
- Di samping itu, mubaligh-mubaligh Kristian juga mencampur tangan dalam kes-kes
mahkamah yang melibatkan orang Cina yang bukan beragama Kristian
- Tindakan mubaligh-mubaligh Kristian campur tangan dalam hal ehwal tempatan
telah menimbulkan kemarahan orang Cina

SOKONGAN - Sokongan istana yang diberikan oleh kerajaan Manchu juga merupakan faktor yang
ISTANA mencetuskan pemberontakan ini
- Pada 20 Jun 1900, kerajaan Manchu secara rasminya telah memberikan sokongan
kepada pemberontak untuk mengusir keluar orang asing dari China
- Maharami Dowager Tzu His telah mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-
pegawai istana untuk memberikan bantuan senjata kepada pemberontak
- Sokongan daripada pihak istana telah mengalakkan ahli-ahli Boxer untuk
menyerang orang asing dan orang Cina yang beragama Kristian

KESIMPULAN Pemberontakan Boxer yang berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap
ekonomi dan telah mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian. Selain
itu, tindakan orang Barat telah menyebabkan masyarakat biasa dan golongan istana bangkit
untuk mempertahankan hak mereka dan menyelamatkan negara mereka daripada terus
dikuasai oleh pengaruh orang asing. Oleh itu, Pemberontakan Boxer merupakan salah satu
asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan republik di China

You might also like