You are on page 1of 11

LEMBARAN KERJA (PERTAHANAN DAN PEMBUKAAN WILAYAH)

Konsep Jihad - Jihad menggabungkan dua konsep, iaitu ketahanan dan pertahanan
- Kamus Dewan mentakrifkan ketahanan ialah keadaan tahan (kuat),
ketabahan (hati) dan kekuatan (hati)
- Perkataan ‘jihad’ berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan
al-Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk
mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci
- Dari segi bahasa, ‘jihad’ bermaksud penumpuan segala tenaga dan
usaha untuk mencapai suatu cita-cita, iaitu menegakkan syiar Islam
- Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad
- Menurut Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar
perjuangan tetapi ia merupakan satu perjuangan di jalan Allah SWT
dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam
- Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera
Islam pada zaman awal kebangkitan Islam
- Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke
dalam pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka yang
menolaknya
- Dalam pada itu, menurut Mazhab Shafie, jihad sebagai berperang di
jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk
memerangi orang kafir
- Sesuai dengan maksud Islam yang bererti kesejahteraan, Islam tidak
menggalakkan peperangan. Namun peperangan dibenarkan untuk
menyelamatkan manusia daripada jurang kekafiran
- Ketahanan dan pertahanan (jihad) dalam konteks Islam bukan
berbentuk penindasan dan penganiayaan
- Contohnya, setelah pihak musuh mengaku kalah, peperangan akan
diberhentikan
- Manakala kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang yang tidak
berkeupayaan (cacat) tidak akan diperangi
- Tawanan-tawanan perang tidak ditawan apa lagi diseksa
- Mereka diberi penghormatan seperti memeluk Islam, membayar
jizyah atau mengajar anak Islam ilmu pengetahuan
- Konsep pertahanan dalam Islam adalah untuk bertahan, bukan untuk
menyerang atau menceroboh
- Hal ini adalah untuk menjaga kesucian Islam serta menjamin
kesejahteraan, kebahagiaan dan keharmonian

Jenis-Jenis (a) Jihad nyawa dan tenaga


Jihad - Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan
jiwa dan raga untuk agama Islam
- Jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan mereka yang
terkorban dianggap mati syahid
- Contohnya,Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di Perang Uhud
(b) Jihad harta
- Pengorbanan harta dan wang juga termasuk dalam jihad fisabilillah
- Bagi golongan kaya, mereka boleh berjihad dengan menyumbang
dalam bentuk kewangan bagi menyokong golongan yang berada di
medan perang
- Sebagai contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan hartanya
dengan perjuangan menegakkan syiar Islam

(c) Jihad akal fikiran


- Sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas serta memberi
manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri
jihad di jalan Allah SWT
- Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang
beliau juga menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam
Perang Khandak

(d) Jihad menuntut ilmu


- Menuntut ilmu adalah suatu jihad dalam Islam. Selain berjihad di
medan perang,umat Islam jua disyariatkan berjuang dalam bidang
keilmuan
- Bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap
lapangan, umat Islam digalakkan untuk mempelajari segala ilmu
yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau
fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan
- Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,
bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang
Islam yang mempelajarinya

(e) Jihad menentang golongan munafik


- Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang
berselindung disebalik nama Islam
- Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan mengenai
golongan munafik ini

(f) Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan


kebenaran
- Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan
kezaliman dalam sesebuah pemerintahan
- Segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang
sama ada melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati
- Terdapat dalam dalil daripada al-Quran yang menggesa umat
manusia melakukan kebaikan,iaitu surah al-Baqarah ayat
112,”Tidak,barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya
kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di
sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka
tidak bersedih hati”

(g) Jihad melawan nafsu


- Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi dalam
darjatnya disisi Islam
- Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menurut jalan
(manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT
- Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah
fardu ain
- Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong
dalam jihad melawan nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk
beramal kepada ajaran Islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta
sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima.

(h) Jihad menentang syaitan


- Syaitan ialah musuh manusia yang sebenar-benarnya.Buktinya
banyak ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan di antara
syaitan dengan manusia.
- Misalnya,dendam Iblis kepada Nabi Adam a.s.
- Terdapat dalil dalam suah al-Fatir ayat 6 yang membuktikan syaitan
ialah musuh manusia ”Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu
maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai seteru”
- Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam
kategori fardu ain kerana setiap manusia Islam mestilah sentiasa
berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan
- Ini kerana, kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka
sendiri
Tujuan Jihad (a) Menjaga kesucian agama Islam
- Dapat dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera bagi
menggempur golongan al-Riddah yang merosakkan kesucian agama
Islam yang mengaku menjadi nabi,enggan membayar zakat dan
mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam(murtad)

(b) Menjaga keselamatan negara Islam


- Tentera Islam digerakkan atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaman.
- Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda sendiri terpaksa
membentuk tentera tatkala menghadapi ancaman Quraisy yang
mencetuskan Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Ahzab
- Hal yang sama dilakukan apabila Rom mengancam di sempadan
Ghassan, tentera Islam digerakkan sehingga mencetuskan Perang
Mu’tah dan Perang Tabuk

(c) Menjaga maruah umat Islam


- Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,apabila maruah seorang wanita
Islam dihina oleh Yahudi Bani Qainuqa’, tentera Islam dihantar dan
bertindak mengepung perkampungan mereka seterusnya
menyebabkan Yahudi berkenaan diusir dari bumi Madinah

(d) Menghapuskan kezaliman


- Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk
Mesir (kaum Qibti) memohon bantuan agar tentera Islam
membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, lalu Khalifah Umar
menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru bin al-As yang
membawa kepada pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir

Konsep - Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak


Peperangan dapat dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri diancam
Islam oleh musuh
- Hal ini bersesuaian dengan sifat agama islam yang mementingkan
kesejahteraan dan keamanan
- Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang,
tentera Islam dikehendaki mematuhi etika peperangan yang
ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas
peperangan
Peperangan - Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan kedamaian
Dalam Islam kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud aman (salam) dan
kedamaian
- Oleh itu, Islam tak menganjurkan peperangan dan melarang
sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa
alasan dan sebab yang munasabah
- Peperangan yang diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan
Allah atau Fi Sabillah, iaitu sebagai tanda pengabdian individu
Muslim hanya kepada Allah SWT

(a) Mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan


- Bagi mempertahankan diri dari sebarang serangan atau ancaman
musuh, maka orang Islam dan Nabi Muhammad sendiri terpaksa
mengangkat senjata bagi mempertahankan diri
- Sebagai contoh, pencabulan orang Yahudi seperti Bani Qunaiqa’,
Bani Nadir, dan Bani Quraizah terhadap perlembagaan Madinah
- Mereka sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah
- Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin
Makkah juga telah mencetuskan perang Azhab pada tahun ke-5
Hijrah
- Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan sebagai akibat,
semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir dihukum bunuh bagi tujuan
memberi pengajaran kepada orang Yahudi

(b) Mempertahankan agama


- Peperangan berlaku dalam Islam adalah untuk menegakkan agama
Allah (Islam) dan memelihara kehormatan dan keutuhan agama
Islam, masyarakat dan negara Islam
- Sebagai contoh, peperangan Badar yang berlaku pada tahun ke-2
Hijrah disebabkan oleh orang Quraisy Makkah ingin menghapuskan
Islam di Madinah
- Musyrikin Makkah juga ingin melemahkan penguasaan orang Islam
di Madinah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi setiap orang
Islam mempertahankan Syiar dan agama Islam supaya terus
berkembang

(c) Mempertahankan kedaulatan negara


- Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan
setelah orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri seperti di
Madinah
- Dengan mempertahankan negara, maka kedaulatan Islam akan dapat
dipertahankan
- Imam Al- Ghazali menyatakan “Agama adalah asas, pemerintahan
(negara) adalah pengawal. Sesuatu yang tiada asas akan hancur,
sememtara sesuatu yang tiada pengawal akan lenyap.”

(d) Mencari keamanan, keadilan dan melindungi hak asasi


kehidupan
- Tujuan peperangan dalam Islam adalah untuk menyebarkan
keamanan dalam kehidupan manusia
- Justeru, Islam hanya akan memerangi golongan yang melakukan
kezaliman dan enggan berdamai dengan umat Islam
- Dengan menghapuskan golongan ini, kehidupan akan kembali
aman, keadilan akan tertegak dan hak asasi kehidupan seperti harta
benda, maruah dan nyawa akan terpelihara
- Islam mewajibkan umat Islam agar berkelakuan baik dan adil
dengan golongan yang tidak melakukan sebarang kezaliman atau
mencetuskan permusuhan dengan umat Islam

(e) Melindungi rumah ibadat


- Islam amat menitikberatkan pegangan agama dalam kehidupan
manusia
- Secara prinsipnya, Islam amat menghormati agama lain dan tidak
mengenakan paksaan terhadap penganut agama lain untuk memeluk
Islam
- Peperangan dalam Islam, antara lain ialah bertujuan untuk menjaga
kepentingan Islam dan kebebasan beragama seluruh manusia

Etika (a) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih


Sebelum dahulu
- Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya
Peperangan mereka diperangi terlebih dahulu
- Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu,
tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh,
barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.

(b) Membayar cukai jizyah


- Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di
bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah
- Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan
nyawa mereka
Etika Semasa (a) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Peperangan - Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan
berlaku
- Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan
impak yang positif
- Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam
perang Uhud pada tahun 3H akibat daripada tentera Islam tidak akur
dengan arahan (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan posisi
yang ditetapkan)

(b) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki


kekuatan dan daya upaya
- Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak,
kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh
diperangi
- Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan
jizyah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak
mengancam keselamatan negara Islam

(c) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau


membakar rumah kecuali darurat
- Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta
kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya
- Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta’if,
harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik

Etika Selepas (a) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Peperangan - Setiap individu muslim yang terlibat dalam peperangan sama ada
secara langsung atau tidak langsung
- Contoh yang paling ketara adalah kesetiaan umat Islam terhadap
gencatan senjanta yang diputuskan dalam perjanjian hudaibiyah

(b) Tawanan perang akan dilayan dengan baik


- Ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi
Muhammad s.a.w kecuali bagi musuh yang benar-benar berbahaya

(9) Strategi (a) Menguasai tempat strategik


Peperangan - Perang badar yang berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan
Pada Zaman Quraisy Makkah
Nabi - Meskipun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang,
Muhammad namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang
S.A.W. berjumlah 1000 orang
- Faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas
dengan menguasai tempat yang stategik, iaitu menguasai kawasan
punca air
- Dengan demikian, pihak musuh keputusan bekalan air sehingga
memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya
mencetuskan peperangan

(b) Kaedah bertahan/membuat benteng pertahanan dengan


menggali parit
- Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat
iaitu Salman al-Farisi bagi bagi melindungi kota Madinah daripada
serangan musuh Islam
- Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian
rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara.
Ribut taufan yang di turunkan Allah SWT telah memecahbelahkan
tentera musuh

(c) Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit


- Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka
strategi perang
- Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-
pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud
- Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun,
disebabkan oleh kecuaian para pemanah, Benteng pertahanan
tentera Islam menjadi lemah
- Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta
musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meninggalkan
posisi masing-masing

(d) Kaedah penyamaran


- Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu’aim bin Mas’ud telah
diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan
tentera Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku
pertelagahan sesama mereka
- Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya
memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin
kelihatan sebagaimana tentera biasa

(e) Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh


- Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad
s.a.w kerana menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah, baginda
tetap menerima syarat perjanjian tersebut kerana menjangkakan
bahwa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak
- Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah
telah mencabuli perjanjian tersebut. Akibat syarat perjanjian
dicabuli oleh Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad s.a.w dan
tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan
berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah

Strategi (a) Menguasai Tempat Strategik


Peperangan - Perang Badar berlaku pada 2H melibatkan umat Islam dengan
Pada Zaman Quraisy Makkah
Khulafa Al- - Meskipun bilangan tentera berjumlah 313 orang, namun mereka
Rasyidin berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000 orang
- Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak
pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai
kawasan punca air
- Dengan demikian, pihak musuh keputusan bekalan air sehingga
memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya
mencetuskan peperangan

(b) Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan


Menggali Parit
- Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat
iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah Daripada
serangan musuh Islam
- Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian
rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara.
Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan
musuh

(c) Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit


- Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka
strategi perang
- Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-
pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud
- Ternyata keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun
disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera
Islam menjadi lemah
- Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta
musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meniggalkan
posisi masing-masing

(d) Kaedah Penyamaran


- Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah
diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan
Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku
pertelagahan sesama mereka
- Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya
memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin
kelihatan sebagaimana tentera biasa

(e) Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh


- Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad
s.a.w kerana menerima syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah, baginda
tetap menerima syarat perjanjian tesebut kerana menjangkakan
bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak
- Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah
telah mencabuli perjanjian tersebut
- Akibat syarat perjanjian dicabuli berikutan pihak Quraisy Makkah,
maka Nabi Muhammad s.a.w dan para tentera Islam yang berjumlah
10, 000 orang telah bertindak balas dan berjaya membuka kota
Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah

(f) Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka


- Tindakan Nabi Yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang
lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan
salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam
- Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap
dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah
meragut ramai syuhada seperti Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi
Talib dan Abdullah bin Rawahah

You might also like