You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nur Aina Haura Binti Romanus


akan berkongsi tentang isu semasa yang popular dalam bidang kerjaya saya iaitu
kejuruteraan petroleum. Antara isu yang popular dalam bidang kejuruteraan
petroleum adalah pertumpahan minyak di laut. Isu pertumpahan minyak di laut
merupakan satu isu yang membimbangkan kerana ia mampu memberi kesan kepada
hidupan marin dan kawasan daratan yang berdekatan dengannya. Tumpahan minyak
terbesar dalam sejarah ialah “ Deepwater Horizon oil spill” ataupun “ Gulf of
Mexico oil spill ”. Pertumpahan minyak ini berlaku akibat plantar minyak “Deepwater
Horizon” meletup pada 20 April 2020. Plantar ini terletak kira - kira 66 kilometer
daripada persisir Louisiana dan tenggelam sepenuhnya pada 22 April.

Isu pertumpahan minyak ini wajib dipandang serius kerana mendatangkan


banyak kesan buruk kepada hidupan marin. Hal ini dikatakan kerana, minyak mentah
mempunyai sifat kalis air dan penebat . Contohnya, apabila haiwan seperti burung
hinggap ke permukaan air yang dilitupi tuumpahan minyak, minyak tersebut akan
melekat pada bulu burung. Burung tersebut akan lemas kerana tidak dapat terbang
dan terdedah dengan hypothermia. Hypothermia berlaku apabila haba berlebihan
dalam burung tersebut kerana minyak mentah tersebut menghalang pengeluaran
haba daripada burung. Selain itu, pertumpahan minyak di laut juga menyebabkan
tumbuhan aquatic mati kerana tidak mendapat cahaya matahari secukupnya.
Perkara ini berlaku kerana tumpahan minyak di permukaan air menghalang cahaya
matahari untuk menembusi ke dalam laut. Apabila tumbuhan aquatic semakin
berkurangan, sudah itu haiwan aquatic yang makan tumbuhan akan berkurangan.
Jika haiwan aquatic semakin pupus, ia akan menjejaskan ekonomi kerana seperti
yang kita tahu sektor perikanan juga merupakan penyumbang besar kepada
ekonomi negara. Keruntuhan sektor pertanian akan menjejaskan sumber
pendapatan nelayan tempatan. Tambahan lagi, jika pertumpahan tidak dibendumg
dengan secepatnya ia akan memnjejaskan kawasan yang berdekatan dengannya.
Perkara ini juga akan menjejaskan sektor pelancongan kerana tumpahan minyak
telah sampai ke kawasan tarikan pelancong. Terdapat beberapa kaedah unutk
mengatasi tumpahan ini contohnya penggunaan agen penyebar. Agen penyebar ini
akan mengemulsikan minyak yang membantu memudahkan proses metabolisme
bakteria. Bukan itu sahaja, kaedah “skimming” digunakan bagi mengeluarkan minyak
daripada pemukaan laut sebelum ia sampai ke kawasan yang sensitif.

Kesimpulannya, sebagai seorang jurutera mestilah memikirkan dari aspek


keselamatan awam dan juga kelestarian ekosistem. Lebih spesifik lagi dalam bidang
kejuruteraan petroleum, keselamatan pekerja di pelantar minyak dan kelestarian
marin hendak menjadi satu keutamaan kerana melibatkan nyawa dan species
hidupan aquatic. Malaysia juga merupakan pengeluar munyak mentah, jadi amatlah
menjejaskan ekonomi negara apabila berlakunya pertumpahan minyak atau pelantar
minyak meletup kerana Malaysia akan menanggung kerugian berbilion ringgit. Akhir
sekali, sebagai seorang jurutera, hendaklah menjadi seorang yang berdedikasi dan
bertanggungjawab agar dapat berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan negara
maju yang lain.

You might also like