You are on page 1of 6

76

METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Bahagian ini akan membincangkan mengenai kaedah kajian. Aspek-aspek yang


dijelaskan termasuklah rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian,
tatacara pemerolehan data, tatacara penganalisaan data, pengiraan pekali persetujuan
mengikut Cohen (1960) dan rumusan.

Rekabentuk kajian

RAJAH : 1.4:
Rekabentuk Kajian

Pendekatan Kualitatif

Kaedah rekabentuk

(Kajian kes)
Temuduga
Individu

Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kuantitatif.


Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah kajian kes ini digunakan bagi
mendapatkan maklumat mengenai permasalahan kajian secara mendalam. Ini selaras
dengan pandangan Feagin, Orum dan Sjoberg dalam Tellis (2000) yang menyatakan
77

kaedah kajian kes adalah satu metodologi yang ideal apabila penyelidikan yang
mendalam dan menyeluruh diperlukan.

Yin (1984) menyifatkan kaedah kajian kes merupakan satu persoalan


imperikal bagi menyiasat sesuatu fenomena dalam konteks sebenar dengan
penggunaan pelbagai cara untuk memperolehi data. Antara cara untuk memperolehi
data ialah dokumentasi, rekod-rekod arkib, temuduga, pemerhatian secara langsung,
penyertaan pemerhatian dan artifak fizikal. Namun bagi tujuan kajian ini, pengkaji
tidak menggunakan keseluruhan cara yang dicadangkan oleh Yin (1984). Pengkaji
hanya menggunakan cara temubual untuk mendapatkan maklumat mengenai
permasalahan kajian.

Populasi dan sampel kajian

Sampel kajian terdiri daripada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan


Reko, Kajang. Seramai 4 orang guru telah dipilih untuk ditemubual. Peserta pertama
merupakan seorang guru disiplin yang berpengalaman menjadi guru hampir 9 tahun,
manakala peserta kedua merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman di sekolah
hampir 12 tahun. Peserta ketiga juga merupakan kaunselor sepenuh masa yang
berpengalaman 5 tahun dan peserta terakhir adalah merupakan penyelia petang.

Alat kajian

Oleh kerana kajian ini berbentuk kuantitatif, alat kajian yang digunakan adalah
berbentuk protokol soalan-soalan. Pembinaan protokol ini adalah berdasarkan kepada
tujuan kajian, persoalan kajian dan kerangka konsep pengkaji. Soalan-soalan dalam
temubual ini berbentuk terbuka dan tertutup, menggunakan laras bahasa yang sesuai,
tepat dan jelas. Protokol soalan-soalan temubual telah disemak oleh dan diuji
kesahannya oleh oleh beberapa pakar dalam bidang kajian menggunakan pendekatan
kualitatif. Sebanyak 11 soalan terbuka dan tertutup yang merangkumi persoalan kajian
telah dibina.
78

Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:

Soalan Pembuka
Tuan / puan dikehendaki memperkenalkan diri (meliputi nama, jawatan di sekolah,
tempoh masa menjadi guru)

Soalan Pengenalan - Perkenalkan tajuk perbincangan kepada peserta


1. Apakah yang tuan / puan faham mengenai tingkahlaku agresif?
2. Pernahkah tuan / puan mengendalikan kes pelajar yang bertingkahlaku agresif?
Berikan contoh.

Soalan Transisi - Skop tajuk perbincangan. Penyambung logikal antara soalan


pengenalan dengan soalan kunci
1. Pada pandangan tuan / puan, apakah faktor yang mendorong pelajar
bertingkahlaku agresif?

Soalan Kunci
1. Apakah ciri-ciri yang sering ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan
agresif?
2. Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan agresif dalam
aspek hubungan guru-murid?
3. Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan agresif dalam
aspek amalan keagamaan.
4. Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan agresif dalam
aspek akademik (pengajaran dan pembelajaran)?
5. Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh pelajar yang berkelakuan agresif dalam
aspek disiplin sekolah?
6. Apakah strategi yang diambil oleh anda atau sekolah terhadap pelajar yang
berkelakuan agresif?

Soalan Penutup - Refleksi


1. Secara umumnya, apakah pandangan anda tentang ciri-ciri/karekteristik pelajar
agresif.
79

Prosedur menjalankan kajian

Sebelum kajian di jalankan, prosedur biasa yang dijalankan ialah memohon kebenaran
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan kajian di sekolah.
Setelah mendapat surat kebenaran tersebut, pengkaji memohon surat kebenaran
daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Setelah itu pengkaji berjumpa
Pengetua sekolah untuk mendapatkan kebenaran. Setelah mendapat kebenaran,
pengkaji meminta persetujuan daripada peserta kajian iaitu guru-guru untuk
ditemubual. Setelah itu ditetapkan tarikh, masa dan tempat untuk ditemubual.
Sebelum sesi temuduga dijalankan, pengkaji terlebih dahulu meminta peserta kajian
mengisi Borang Kebenaran Responden (consent letter) untuk ditandatangani. Peserta
juga dimaklumkan bahawa sesi itu akan dirakam secara audio. Perkara ini perlu
kerana pengkaji haruslah mendapat keizinan secara bertulis dan ia adalah perlu
sebagai memenuhi etika kajian.

Tatacara Penganalisaan data

Dalam kaedah kualitatif, terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk
mengumpul data, antaranya ialah proses transkripsi, reduksi, koding dan paparan data.
Dalam proses transkripsi data yang dikumpulkan melalui temubual akan disalin
semula mengikut ayat demi ayat. Bagi setiap baris trankripsi tersebut, nombor-nombor
dimasukkan mengikut turutan. Proses ini adalah bagi memudahkan pengkaji
mengenalpasti baris-baris yang diperlukan dalam data kajian. Proses reduksi /
pengecilan dilakukan dengan memotong mana-mana data yang dirasai tidak
memberikan sebarang makna kepada kajian atau data yang dirasakan tidak memberi
sumbangan kepada soalan.

Data-data yang telah direduksikan dibaca semula oleh pengkaji bagi


mengenalpasti pola, tema perbezaan dan persamaan yang ingin diperhatikan iaitu yang
mempunyai kaitan dengan tiga tema soalan iaitu: (1) faktor yang mendorong pelajar
bertingkahlaku agresif (2) ciri-ciri pelajar yang bertingkahlaku agresif dan (3)
tindakan yang diambil. Kod-kod kemudian dibina bagi menggambarkan tema dan sub
80

tema yang timbul. Kod-kod juga dibentuk bagi memudahkan pengkaji mengenalpasti
tema, pola, persamaan dan perbezaan yang timbul dalam transkripsi kedua dan
seterusnya.

Data kemudian sedia untuk dipaparkan dan akhirnya kesimpulan dan


pengesahan dilakukan bagi setiap data yang dikumpul. Kesimpulan dilakukan untuk
tujuan pengesahan data yang dikutip. Untuk melakukan ini, data yang diproses dilihat
kekurangan dan kelebihannya dan data seterusnya dikumpul dengan mengambil kira
faktor-faktor tersebut.

Untuk menguji kebolehpercayaan data yang dikumpulkan dan proses koding


yang telah dibuat, pengkaji telah menggunakan pekali persetujuan Cohen Kappa
(1960). Ianya diperoleh dengan cara berikut:
i. Mengenalpasti unit-unit dalam transkripsi yang menerangkan kod-kod
yang dibina dan mendefinisikannya
ii. Mendapatkan sekurang-kurangnya 20 unit untuk mengukur paras
kebolehpercayaan data dari transkripsi.
iii. Mendapatkan persetujuan daripada sekurang-kurangnya 2 orang pakar
yang mahir dengan metodologi penyelidikan kualitatif untuk nilai pekali
persetujuan, dan
iv. Mendapatkan indeks pekali di antara 0.4 sehingga 1.0

JADUAL : 1.1 Interpretasi Nilai Cohen Kappa mengikut Landis dan Koch (1997)
____________________________________________________
Nilai Interpretasi
____________________________________________________
Kurang 0.00 Rendah
0.00 – 0.20 Tidak memuaskan
0.21 – 0.40 Kurang memeaskan
0.41 – 0.60 Sederhana
0.61 – 0.80 Baik
0.81 – 1.00 Cemerlang
____________________________________________________
81

Manakala Formula untuk mendapatkan pekali persetujuan Cohen Kappa adalah


seperti berikut:

K = fa – fc
N - fc
K = Nilai pekali
fa = Unit persetujuan
fc = Unit kemungkinan yang ditetapkan pada aras 50%
daripada N
N = Item / unit transkripsi

Di dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen diuji dengan menggunakan


Pekali Persetujuan Cohen Kappa iaitu menguji kebolehpercayaan setiap komponen
ciri-ciri pelajar bertingkah laku agresif. Untuk menguji kesahan muka protokol soalan,
pengkaji telah menggunakan khidmat enam orang penyemak yang terdiri daripada 4
orang pelajar Sarjana dan 2 orang pelajar Doktor Falsafah. Nilai pekali
kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.75.

Kesimpulannya, hasil daripada kaedah kualitatif ini, maklumat yang diperolehi


oleh pengkaji adalah lebih terperinci. Data yang diperolehi oleh pengkaji akan dapat
memberi penjelasan kepada kajian pengkaji untuk melihat ciri-ciri pelajar yang
bertingkahlaku agresif serta faktor-faktor yang mendorong pelajar bertingkahlaku
sedemikian.

You might also like