You are on page 1of 16

MAIN PATERI SEBAGAI MUZIK TERAPI

Mahadi Hussin
madyhussin@gmail.com
Unit Muzik, Jabatan Sains Sosial

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan peranan muzik dalam terapi Main Pateri . Main Pateri
merupakan kaedah rawatan tradisional bagi masyarakat Melayu Kelantan untuk memulihkan
semangat pesakit. Di samping penggunaan repertoire yang tertentu dalam rawatan, Main pateri
juga mempunyai ensemble muzik yang tersendiri. Muzik mempunyai kesan ke atas emosi, intelek
dan rohani manusia. Muzik mempunyai kekuatan untuk mengubati, meningkatkan, memulihkan
dan memelihara kesihatan fizikal, mental, emosi, spiritual dan spiritual manusia. Penggunaan
konsep-konsep muzik seperti melodi dalam repertoire memberikan kesan yang positif terhadap
pesakit.
Kata kunci: Muzik; Muzik Terapi; Main Pateri; Melodi; Ensembel Muzik

Latar Belakang

Dikenali dengan pelbagai nama seperti Main Teri dan Main Peteri, pengkaji lebih selesa
menggunakan sebutan Main Pateri dalam penulisan ini, ini kerana ‘pateri’ dari segi maksudnya
ialah membetulkan sesuatu yang rosak. Ianya merupakan satu bentuk satu terapi muzik dan
teater tradisional yang menggunakan dailog, tarian serta muzik masyarakat Melayu tradisional
Kelantan bagi merawat pesakit. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani
dan rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Kaedah pengubatannya mempunyai korelasi
dengan kepercayaan animisme yang telah begitu lama sebati dan menjadi amalan masyarakat
Melayu terutamanya di pendalaman.

Main Pateri merupakan seni muzik rakyat tradisi yang bukan sahaja berperanan untuk
memberikan hiburan, mengisi masa lapang atau mengisi keperluan yang lebih tinggi, malahan
ianya mempunyai pengertian yang lebih mendalam dan bermakna.(Wan Abdul Kadir.2008;7).
Masyarakat Melayu mempercayai ianya satu keperluan dalam keperluan bercorak ritual.
S.Othman Kelantan dalam Zahari (1997), menyatakan bahawa, Main Pateri mempunyai
kedudukan yang konstant dalam masyarakat Melayu, khususnya di desa-desa yang agak
terpencil. Faktor sistem perhubungan juga memberikan sumbangan kepada fenomena ini,

1
kedudukan pusat kesihatan dan juga hospital yang jauh dari tempat tinggal mereka merupakan
satu masalah besar untuk mendapatkan rawatan moden.

Kajian Berkaitan

Penggunaan ensemble muzik dalam budaya masyarakat adalah berkaitan dengan cara hidup
sesuatu masyarakat mengikut kepercayaan yang dianuti. Tan & Matusky (1997), dalam buku
yang bertajuk “Muzik Asia Tenggara” menyatakan dalam muzik merupakan sebahagian yang
mustahak bagi kesempurnaan sesuatu budaya. Istilah atau label yang digunakan untuk
menerangkan tentang kebudayaan bergantung kepada sifat-sifat dan struktur kebudayaan serta
faktor ekonomi dan politik. Setiap kaum di negara kita mewarisi kebudayaan yang diamalkan
oleh nenek moyang mereka. Pengaruh politik dan kebudayaan di kalangan masyarakat telah
menwujudkan entiti muzik. Pengaruh ketamadunan juga memberi kesan yang besar terhadap
penciptaan alat muzik, era ‘gangsa’ telah melihatkan penciptaan alat-alat idiopon seperti gong,
kesi, canang dan gamelan.

Menurut Ghouse (2003) dalam bukunya yang bertajuk “ Muzik Tradisional Malaysia”
menyatakan bahawa alat muzik yang dibawa masuk bersama imigran ke Tanah Melayu telah
menambahkan warna dalam kebudayaan Malaysia, , kepelbagaian alat muzik tradisional yang
pelbagai asal usulnya di Malaysia menggambarkan warisan muzik yang kaya. Walaupun alat-alat
ini mungkin berasal dari Timur tengah, China ataupun dalam kawasan Dunia Melayu lama,
namun mereka telah membentuk identiti tersendiri dalam sempadan budaya masing-masing.
Alat-alat ini menggambarkan ciri-ciri persamaan yang mengeratkan lagi jalinan hubungan
kebudayaan Dunia Melayu lama.

Penyakit yang dirawati dengan Main Pateri

Kesihatan yang berkualiti adalah bermaksud sihat dari segi jasmani dan rohani. Rasa resah, tiada
selera makan, tiada mood, letih, tidak bersemangat adalah berkaitan dengan rohani. Menurut
temuramah dengan Pak Mat seorang pengamal Main Pateri (11 Nov 2012), seseorang yang
mengalami kemurungan , kejiwaan, tidak normal, tidak bertenaga dan kebanyakkannya telah
jatuh semangatnya kerana angin yang tersekat (tidak sampai hajat). Temuramah bersama

2
Ahmad Sharifuddinbin Jusoh, seorang pemain Rebab yang juga berperanan sebagai Tok Teri
pada 13 Nov 2012 mengatakan penyakit stress, kejiwaan, kemurungan boleh diubati dengan
Main Pateri.

Menurut ( Azman 2011; 240), penyakit angin adalah sejenis yang terhalang atau disebut oleh
orang Kelantan sebagai ‘ sekat angin ‘. Sebagai contoh penyakit berpunca dari kemahuan
pesakit yang tidak dapat dipenuhi, misalnya gagal dalam percintaan, hasrat pesakit itu ingin
menyunting gadis idaman sebagai pasangan hidup tidak kesampaian, oleh itu keinginan tersebut
akan tersekat di dalam badan pesakit, sebagai kesannya pesakit itu tidak mempunyai selera
makan, tidak terurus dari segi rohani dan jasmani dan angin yang tersekat itu perlu dilepaskan
Main Pateri akan menyelami masalah yang dialami pesakit dan memberikan ucapan semangat
dan motivasi melalui lagu agar pesakit akan lebih kuat untuk menghadapi dan melupakan
masalah yang dialami , upacara ‘pelepas angin’pesakit bertujuan untuk menjadikan pesakit tadi
sebagai ‘ orang baru’ dan melupakan masalah yang dihadapi. . Menurut (Azlina dan Yusmilayati,
2011;239), penyakit-penyakit yang memerlukan perubatan Main Pateri adalah penyakit yang
tidak dapat dikesan dan diubati oleh perubatan moden seperti penyakit gila, terkena buatan
orang, penyakit angin dan gangguan makhluk halus.

Muzik dan sumbangannya terhadap manusia

Secara hakikatnya muzik adalah satu susunan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh proses alam
dan karya ciptaan manusia. Mengikut Kamus Dewan, muzik didefinisikan sebagai bunyi-bunyian
atau gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.

Muzik yang didengari mempunyai sifat keindahan dan menyenangkan. Nilai-nilai keindahan ini
dipanggil sebagai “ estetika”. Muzik mampu menyirami jiwa secara fizikal dan rohani. Menurut
Shahibul (2008:3), di atas hakikat (zat) dan sifat yang terdapat pada muzik, maka muzik sangat
diperlukan dalam kehidupan manusia di mana fitrah manusia selain amat menyukai muzik
kerana nilai estetikanya, tetapi muzik sebenarnya dapat menghidupkan dan mendorong manusia
menyatakan aspirasi hidup mereka kepada masyarakat.

Nilai keindahan yang terdapat pada sifat muzik secara langsung atau tidak langsung telah
menyisipkan aspirasi tersebut secara khusus dan universal sehingga ia dapat menimbulkan,

3
membentuk dan mengubah tingkahlaku manusia dan potensinya serta budaya yang tercerna
untuk kesejahteraan dan memurnikan kehidupan.

Hubungan Manusia dan Muzik

Manusia apabila dirujuk kepada sains, secara biologinya adalah makhluk ciptaan Allah SWT
yang dibekalkan dengan deria yang dikenali sebagi deria rasa, deria dengar, deria lihat, deria bau
dan deria sentuh. Menurut ( Shahibol 2008;3), manusia memiliki tiga unsur daya kecerdikan
iaitu I,Q, S.Q dan E.Q yang mana ketiga-tiga ini mampu melakar pelbagai rangsangan, kreativiti,
inovasi dan pembangunan hidup. Penyatuan di antara deria dengan daya kecerdikan akan
mencernakan kuasa yang luar biasa pada diri manusia. Deria umpama input yang meresapkan
sesuatu dari luar ke dalam diri manusia. manakal ‘ daya kecerdikan’ umpama saluran ‘ output ‘
yang akan mengeluarkan aspirasi untuk memanifestasikan segala kreativiti dan inovasi
manusia(1).

Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008, Jld 3 Bil.2), Muzik menunjukkan kewujudannya melalui
gelombang-gelombang tenaga dalam badan manusia dan persekitarannya. Setiap lagu yang
didengari akan memberikan perubahan secara tiba-tiba pada tahap emosi manusia. Adunan
muzik itu berserta liriknya pasti menjadi sesuatu yang nostalgia seolah-olah mempunyai kuasa
magnetik yang terjalin dengan ingatan manusia. Muzik juga dapat membawa manusia kembali
kepada suatu ketika dahulu, ia juga melahirkan satu perasaan sayu yang menggambarkan bahawa
kita telah kehilangan sesuatu yang pasti membuat kan kita menitiskan air mata.

Pihak komesial sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk menggunakan muzik dalam
mempromosikan barangan atau pun perkhidmatan yang ditawarkan. Wang ringgit yang
dilaburkan ini merupakan suatu kenyataan kepercayaan mereka terhadap pengaruh muzik kepada
manusia. (Minnie, 1996; ms 2).

Terapi Muzik Main Pateri

Muzik mempunyai pengaruh yang besar dan mempunyai tarikan yang amat luar biasa terhadap
manusia. Muzik bukan sahaja memberi ketengan dan inspirasi tetapi menjadi saluran untuk
manusia meluahkan perasan, meredakan tekanan dan sebagai bentuk mencapai kepuasan naluri.

4
Struktur terapi ini melibatkan ensemble muzik. Tokoh utama dalam permainan ini ialah Tok Teri
dan tokoh yang kedua penting ialah Tok Minduk. Peranan Tok Minduk dan Tok Teri amat
penting, ensemble muzik sebagai pembantu, menurut Evelyn (1975;221)

“ Two intermediaries are needed__the bomoh, who goes into the trance and is possed by a
series of spritis, and the mindok , or interrogator”

Peranan Tok Minduk dan Tok Teri amat penting, kedua-dua tokoh ini akan melakonkan watak-
watak penting untuk menyelami emosi pesakit dan memberikan semangat yang baru kepada
pesakit melalui dailog-dailog (Ucapan Tok Teri) , nyanyian Menurut Amber (2004;121), Al-
Farabi menulis dalam bukunya yang bertajuk Meaning Of Intelect membincangkan muzik dari
segi teraputik terhadap jiwa manusia. Dr. Yusuf Al-Qardhawi pernah mengaitkan muzik dengan
naluri, emosi individu sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadiannya.

Contoh ucapan Tok teri untuk menyelami emosi pesakit.

Ore lain sega mega


Jatoh ko nik kurus kering
Sakit tak segar deme tak kebah
Mandi tak basah selimut tak lindung
Make tak kenyang
Kalu sungguh nik nak tanggung
Saka ayah zuriat mak bonda
Nik baka baik
Nik tanggung biar baik
Maksud ucapan Tok Teri di atas bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pesakit bahawa
beliau tidak sepatutnya berada dalam keadaan yang sebegitu, beliau harus bangkit dari
kegagalan.
Muzik telah digunakan untuk pemulihan(healing), memelihara dan meningkatkan tahap
kesihatan fizikal dan mental. Penggunaan muzik dapat mengubah kondisi dari segi kognitif,
sosial dan emosi. Setiap manusia berupaya memberi respon kepada muzik. Tujuan muzik terapi
moden dan tradisional ada persamaan dan perbezaannya, pada dasarnya kedua-dua jenis ini
bertujuan untuk penyembuhan. Pengkaji mendapati terapi muzik moden merentasi pelbagai

5
domain seperti kebolehan kognitif (pendidikan), tingkahlaku(kanak-kanak austisme, OKU serta
hiper-active), perkembangan emosi, kemahiran motor, kemahiran sosial melalui pengalaman
muzikal dapat melibatkan mereka dengan aktiviti nyanyian, mencipta lagu, menghayati muzik
serta perbincangan ilmiah mengenai muzik.
Proses terapi Main Pateri melibatkan penggunaan pancaindera manusia sebagaimana prosedur
props yang disediakan semasa rawatan. Ini bertujuan untuk memberikan semangat yang baru
kepada pesakit.

Pancaindera Props
Lihat segala perhiasan yang berwarna-warni, lilin
yang bercahaya, bunga-bungaan dan
kostume.
Bau bauan yang wangi (setanggi, kemenyan,
bunga-bungaan)
Rasa lemak, manis (manisan, ayam panggang,
pulut)
Dengar Muzik, nasihat, motivasi

Howard Gardner (1999) mengenalpasti Kecerdasan Muzikal dalam teorinya 7 kecerdasan


pelbagai (7 Multiple Inteligent). Menurut beliau, kecerdasan muzikal melibatkan kepada nada,
rentak yang dapat bergerak balas terhadap elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di
pasaraya yang besar dan ekslusif sering memainkan muzik-muzik yang dianggap bermutu tinggi
seperti karya-karya dari era Rennaisance sehingga ke era Classical untuk memberikan
ketenangan kepada pelanggannya supaya selesa untuk membeli-belah, fenomena ini berbeza bila
dibandingkan dengan muzik yang dimainkan oleh pasaraya yang bersifat low cost products yang
memainkan karya-karya semasa yang terdiri dari pelbagai rentak. Ianya kelebih bersifat satu
fomaliti yang mana setiap penjualan produk perlu diiringi dengan muzik. Peranan ensemble
muzik dalam Main Pateri memberikan satu kekuatan dalam proses pengubatan kerana ianya
memberikan sokongan dari segi harmony kepada rebab dan nyanyian Tok Mindok. Begitu juga
jika kita sedang mendeklamasi puisi, dengan adanya iringan muzik yang tepat ianya memberikan
satu pembacaan yang penuh penghayatan. Begitu juga dipihak pendengar, mesej yang ingin
disampaikan melalui puisi itu akan lebih cepat menyerap kepada pendengar jika ianya dilatari

6
dengar muzik yang 1betul. Peranan pemimpin ensemble untuk memilih karya muzik yang betul
amat penting, dalam proses Main Pateri, permainan lagu yang sesuai hanya akan dapat
membangkitkan angin pesakit, dalam erti kata yang lagu sesuai akan lebih mempercepatkan
tindak balas kepada pesakit.

Ensemble Main Pateri

Peranan muzik dalam terapi ini amat penting kerana ia dapat memberikan roh(soul) kepada
proses rawatan ini sendiri. Warna tone setiap alat mempunyai kualiti yang tersendiri, rebab alat
muzik utama, tanpa fret dapat memainkan bunyi yang melibatkan micro-ton yang jarang terdapat
dalam skel muzik barat. Timbre yang mendayu-dayu seolah memanggil-manggil roh-roh. Aspek
nyanyian pula yang mempunyai melodinya yang conjuct dan disjunct , ciri-ciri yang suram,
gelap dan merayu-rayu amat menyeramkan. Sebutan liriknya seakan-akan menunjukkan
keresahan dan kensengsaraan yang begitu mendalam menyentuh jiwa halus manusia. Gabungan
antara bunyi muzik dan melodi nyanyian serta lirik dapat membangkitan semangat pesakit
sehingga ada yang telah terlantar beberapa lama mampu untuk bangun menari bersama Tok Teri.
Apakah keistimewaan yang terdapat dalam melody lagu-lagu dalam terapi ini, apakah gubahan
sebegini adalah gubahan yang spesifik untuk makhluk halus? .

“ Composers and performers of all cultures, theorist of diverse schools


And styles, aestheticians and critics of many different persuasions are are all
Agreed that music has meaning and is somehow communicated to both
Partcipants and listeners. This much, at least, we may take for granted.
But what contitutes musical meaning and by what process it is comunicated
Has been the subject of numerous and often heated debates” (meyer, 1956,pg 1)
Peralatan Ensemble Main Pateri
Ensemble yang mengiringi Main Pateri terdiri dari Rebab sebagai alat muzik utama, sepasang
gong, gedombak, sepasang canang dan sepasang kesi. Terdapat juga pemimjaman alat dari teater
tradisional Wayang Kulit seperti alat Serunai, Geduk dan Gedombak( bergantung kepada babak
dan lagu yang dimainkan).

i) Rebab
1
Muzik yang betul bermaksud, jika tema sajak itu menggambarkan perasaan yang kecewa, patah hati maka muzik
yang bernada minor adalah amat bersesuaian.

7
Sejenis alat Chordofon (‘lut’ yang digesek) bertali tiga, dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
pucuk rebung,batang dan muka. Memainkan intro, descant, counter-point kepada nyanyian Tok
Minduk dan Tok Teri. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segi tiga. bahagian mukanya
dibalut dengan kulit perut lembu. ( Matusky, 1997; 27) Di penjuru sebelah kiri atas bahagian
muka dilekatkan dengan kulit getah lebah yang di panggil susu untuk mengukuhkan getaran kulit
dan mengeluar bunyi yang merdu. Alat muzik Main Teri yang utama ialah Rebab, iaitu dari
keluarga alat muzik Chordofon, berbentuk seperti sebuah gitar bertali tiga, menurut
(Roger2007;), penciptaan alat muzik ini dikatakan telah dipengaruhi oleh alat muzik dari Asia
Barat. Kemasukan alat ini ke Asia Tenggara dipercayai dibawa oleh pedagang Arab. Fungsi alat
ini ialah sebagai intro kepada lagu, keynote kepada lagu, memainkan melodi bersama nyanyian,
bridge kepada verse.Mempunyai badan kayu berbentuk segitiga, mukanya ditutup dengan kulit
perut lembu. Bahagian belakang badab rebab diliputi dengan kain dan benang yang berwarna-
warni. Sebatang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher alat ini. Di hujung leher rebab
dilengkapi dengan ‘ kecopong’ yang diukir seperti pucuk rebung dan dicatkan. Tiga utas tali
yang diperbuat dari loga dipasangkan di bahagian bawah badan bentuk segitiga. Tiga pemulas
diletakkan di bawah kecopong untuk ‘tuning’. ketiga-tiga tali tadi ditiunkan dari register
terendah kepada register tertinggi. Rebab digesek menggunakan tali nylon yang ditegangkan
pada kayu.

ii) Sepasang Tetawak


Dikenali juga sebagai ‘gong’(knobbed gong) diklasifikasikan sebagai alat dari keluarga
‘idophone’. Ianya digantung kepada secara tegak. Dipalu dengan sebatang kayu yang yang
dibalut getah atau kain pada penghujungnya. Berfungsi sebagai penanda masa, gong yang besar
iaitu gong ibu (tawak ibu) mempunyai pic yang rendah, manakala gong yang kecil (tawak anak)
menghasilkan pic yang tinggi.

iii) Canang
Merupakan dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara mendatar di dalam kotak kayu.
Di pukul menggunakan dengan pemukul kayu yang dibalut dengan getah di hujungnya. Sama

8
juga seperti tetawak kedua-duanya mempunyai pic yang berbeza. Berperanan sebagai ‘beat
marker’ dalam lagu.

iv) Kesi
Alat simbal kecil yang diperbuat dari gangsa atau besi. Sepasang kesi di ikat dengan tali tebal
dan sepasang lagi dipasang pada sekeping papan. Pemain akan memukulkan kesi yang diikat
dengan tali dengan kesi yang dipasang pada papan. Ianya akan menghasilkan bunyi berdering,
nyaring dan bunyi yang meredam (damp sound). Berfungsi sebagai ‘ beat marker ‘.

v) Gendang

Merupakan alat dari kumpulan memranofon, dram dua muka kulit serta baluh berbentuk tong
panjang. Baluh berbentuk cembung diperbuat dari kayu nangka. Gendang terdiri dari dua jenis
iaitu gendang anak dan gendang ibu. Kulit yang digunakan adalah dari belulang kambing dan
lembu dan ditegangkan dengan tadi rotan. Timre dan sukukata bagi gendang adalah ‘ cak’ dan ‘
ting’bagi gendang anak. Timbre ‘ duh’ adalah untuk gendang ibu.

vi) Gedombak

Baluh gedumbak diperbuat dari kayu nangka yang berbentuk seperti piala dengan kaki yang
panjang. belulang kambing diletakkan pada permukaan kepala dan diikat dengan tali rotan.
Untuk alat ini timbre yang dikeluarkan adalah ‘ duh’, ‘cap’ dan ‘ting’. Timbre ‘dong’ dimainkan
apabila satu tapak tangan memukul bahagian tengah muka kulit dan baluh bahagian kaki
dibiarkan terbuka. Timbre ‘cap’ dihasilkan jika satu tapak tangan memukul bahagian tengah
muka dan bahagian kakinya ditutup. Timbre ‘ ting’ dihasilkan apa bahagian kaki ditutup dan
bahagian muka dipikul bahagian tepi dengan jari. Timbre ‘duh’ dihasilkan dengan satu tapak
tangan memukul bahagian tengah dan tanpa melepaskannya.(Matusky.2008;10)

Genre Repertoire Dalam Main Pateri

Penggunaan muzik dalam upacara pengubatan ini biasanya mengikut babak-babak tertentu.

Babak satu: Lagu Bertabuh sebagai lagu pembukaan

Babak Dua: lagu Bertabik (lagu bebas dan gembira), lagu pergendangan.

9
Babak Tiga: Sesi Rawatan ‘ Gerak Angin’ (menyelami masalah pensakit), lagu-lagu dinyanyi
semasa watak-watak melakonkan peranan bertujuan untuk mengesan masalah pesakit.

Babak Empat: Penutup Angin ( pujukan, nasihat diselang dengan muzik pergendangan)

Mood Lagu Nama Lagu Catatan


1. Sedih / “Belah” 1. Kisah Barat -kepelbagaian variasi
2. Mengambo -mengikut babak
3. Mengulit Lagu dari teater lain seperti
4. Hala wayang kulit, silat, mak
2. Gembira 1. Dewa Muda Yong
2. Kijang Mas
3. Joget
4. Sedayung Laju
5. Tari Ragam
3. Lagu Semangat 1. Pergendangan
2. Sedayung mak Yong

2. Konsep Muzikal

Melodi

Melodi merupakan satu garisan linear bunyi (pic) yang berturutan dan keadaan
senyap yang bergerak menerusi masa. Setiap melodi adalah kombinasi pic yang
unik, apabila digabungkan ianya akan menbentuk satu kontur. Susuanan melodi
boleh mengambarkan mood sesebuah lagu, misalnya lagu yang bertemakan
kegembiraan atau kesedihan. Melodi boleh bergerak secara menaik dan
menurun(conjuct) dan melompat (disjunct). Melodi akan berubah apabila pic dan
not diubah.

Contoh : Melodi Lenggang Kangkong

10
1.6.2 Pic

Pic adalah aras bunyi, samada bunyi tersebut adalah bunyi tinggi, bunyi rendah
atau bunyi pertengahan. Ianya berasaskan kepada bilangan getaran per saat.
Ukuran untuk pic ialah hertz. Rebab menghasilkan pic yang pelbagai.

Pic rendah Pic tinggi

Pic secara bertangga

Pic secara melompat

Pic secara mendatar

1.6.3 Irama

Irama adalah rangkuman faktor detik, tekanan, tempoh masa (duration) dan
tempo.

11
i. Detik

Merupakan unit denyutan dalam sesebuah lagu, ianya bergerak sepanjang lagu,
berterusan. Merupakan elemen fundalmental dan penting dalam sesebuah
karya.Jangkamasa dari satu detik ke detik yang lain diukur melalui nilai not. Detik
adalah tetap seperti denyutan nadi manusia. Canang atau kesi memainkan detik
dalam repertoire Main Pateri.

1.6.4 Tempo

Tempo adalah istilah untuk menyatakan kelajuan sesebuah lagu. lagu biasanya di
ciptakan dalam berbagai tempo, ada lagu rancak, perlahan dan sederhana.
Biasanya lagu yang berunsur ceria dalam bentuk rancak dan sederhana, sementara
lagu yang berbentuk sedih temponya lebih perlahan. Dalam repertoire Main pateri
mempunyai kepelbagaian tempo yang menujukkan dramatik dalam repertoire.

1.6.5 Tekanan (Accent)

Semasa memainkan alat muzik atau menyanyi sesuatu corak irama sering terdapat
detik yang dirasakan diberi lebih kuat atau diberi penegasan dari detik-detik yang
lain. menguatkan deti-detik yang tertentu dipanggil tekanan. Simbol yang
menandakan detik yang diberi tekanan ialah (< dan >).

12
1.6.6 Lirik

Lirik adalah barisan kata-kata yang disusun sebagai melodi dalam sesebuah karya.
Lirik adalah sebuah cerita yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Lirik
mempunyai format sama seperti sebuah karangan iaitu pendahuluan, klimak dan
juga penutup. Dalam kontek muzikal, lirik dibahagikan kepada rangkap, korus
dan rangkap penutup. Ianya ditulis mengikuut cerita yang ingin disampaikan,
misalnya cerita sedih, kecewa, gembira, semangat patriotik dan sebagainya.
Terdapat lirik yang ditulis maksudnya secara terus (tiada perlambangan) dan ada
yang berpuitis, kedua-dua cara ini mempunyai tujuan yang sama iaitu
menyampaikan cerita. Cara penyampaiannya pula bergantung kepada penyanyi,
jika penghayatannya yang sangat mendalam ( pemahaman kepada maksud lirik,
penggunaan register suara yang tepat) akan lebih cepat meresap kepada
pendengar.

1.6.8 Skel

Adalah satu ciri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda
tertentu dan menwujudkan kesan nada atau tonaliti. Skel yang biasa digunakan
ialah skel Major dan Minor.

Ciri-ciri Melodi dalam Lagu Main Pateri

Melodi dalam lagu-lagu Main Pateri dipersembahkan oleh Tok Mindok dan Tok Teri secara solo
atau duet. Tok Mindok akan menyanyi sambil menggesek rebab, rebab akan memainkan melodi
yang sama dengan lagu yang dinyanyikan menghasilkan tekstur heterophony atau memainkan
kaunter lagu. Variasi yang dinyanyikan atau yang dimainkan dalam melodi bergantung kepada
kebijaksanaan penyanyi atau pemain rebab.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada melodinya ialah dari segi pic, skel, jeda dan kontur lagu. Kontur
lagunya tidak mempunyai lompatan yang tinggi, banyak terdapat melodi yang bertangga (step-
wise) dan terdapat baris melodi yang mendatar. Menjadi satu kemestian corak irama melodinya

13
mempunyai unsur-unsur staccato, glissando dan vibrato. Semua skel memfokuskan kepada pic-
pic utama (key-note), dan juga melibatkan jeda semitone dan mikroton.

Keratan lagu Sedayung Makyung

Kontur Melodi Sedayung Makyung Dalam Main Pateri

D
C
B (Bb
)
A
G
F
Ae.......e.....e....... A-be________ke______lu_____ar

14
C
B
A
G
F
Yo lah be weh_____ka-lu___jan-ge nak la______ma

D
C
B
A
G
F
A lah ham-ba_________________a- be weh______________

Dari segi jeda ( intervals), melodi lagu ini mempunyai jarak major ke 2, major ke 3. Menurut
Matusky (1997;36), kerapkali keluasan jeda dua (augmented) diutamakan dalam skel serta pic-
pic terdekat ( neighbouring tone) yang terdiri daripada ton penuh atau semitone. Menurut
temuramah bersama Pak Dik, beliau seorang tok minduk, nyanyian(melodi) yang mendayu-dayu
boleh membuatkan pesakit menangis secara bersungguh-sungguh kerana ianya dapat menyentuh
ke lubuk jiwa. Pengkaji mendapati penggunaan sukukata yang melismetik banyak digunakan
dengan nilai not yang panjang.

Perbincangan

Muzik amat rapat dengan kehidupan manusia, sumbangannya kepada manusia amat luas.
Penggunaan muzik dalam perubatan jiwa manusia adalah satu pendekatan yang amat jelas untuk
menyentuh hati nurani. Muzik sebagai medium untuk meluahkan apa yang tersirat dan
tersurat.Terapi Main Pateri perlu dilihat sebagai satu kaedah perubatan yang setaraf dengan
bidang perubatan psikologi moden. Seni perubatan ini perlu diberi penghormatan kerana telah
berbakti kepada masyarakat melayu sejak dulu, walau pun perubatan barat telah mencipta terapi
muzik moden, hakikatnya masyarakat kita telah lama menggunakannya. Penghargaan diri adalah
satu keperluan yang amat tinggi bagi manusia, terapi ini membantu manusia untuk
mendapatkannya, repertoire yang dimainkan bagaikan memujuk dan memberikan semangat baru
kepada pesakit. Segala angin yang tersekat dihuraikan melalui terapi ini agar segala kesimbangan
psikologi yang diperlukan dapat dipenuhi. Setiap manusia akan lebih ceria jikalau keperluan
fizikal dan psikologi dapat dipenuhi.

15
Rujukan

Kementerian Pendidikan malaysia. (1998).Buku Sumber dan Aktiviti Pendidikan Muzik: Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Matusky & Tan.(1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik: The Asian Centre.
Penang dan Kuala Lumpur.
Meyer, L. B. (1956). Emotion and meaning in Music, Chicago: University of Chicago Press
Mohamed Ghouse Nasuruddin. (2003). Muzik tradisional melayu. DBP. Kuala Lumpur.
Sohibul Fadil Sabikin. (2008). Aspirasi Pembangunan masyarakat dan Buday Melalui Muzik.
Seminar Seni Muzik kebangsaan. kuala Lumpur.
Sharil-l Lai Sujak. (2008). Terapi Muzik. Majalah Pentas Jld.3 Bil 2 April-Jun 2008
Wan Abdul Kadir (2008). Perubahan dan identiti seni muzik kebangsaan. Seminar Seni Muzik.
Kuala Lumpur
Zahari bin Daud (1982).Main Puteri Satu cara Perubatan Tradisi”, Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan, Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan.

http://gardnerschool.org
.

16

You might also like