You are on page 1of 4

16250 WAKAF BHARU, KELANTAN.

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN
BAGI PROGRAM KECEMERLANGAN
AKADEMIK SPM 2021

ANJURAN
UNIT KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM
KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PROGRAM
KECEMERLANGAN AKADEMK SPM 2021

1.0 PENDAHULUAN

Program Kecemerlangan Akedemik SPM 2021 adalah satu pendekatan yang difikirkan
berkesan dalam menyampaikan input-input yang berkesan kepada pelajar SMK Kutan bagi
menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba. Program kecemerlangan ini merupakan program
sepanjang tahun yang diaturkan oleh pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik dari
segi kualiti dan kuantitinya.

Dengan situasi pandemik covic-19, pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi oleh Unit
Kecemerlangan Akademik bagi menjayakan program tersebut. Kekangan yang paling ketara ialah
dana kewangan kerana secara puratanya, 97% daripada pelajar SMK Kutan adalah daripada golongan
yang berpendapatan rendah iaitu daripada kelompok B40. Perjalanan program akan lebih lancar
sekiranya terdapat dana kewangan yang kukuh.
Peperiksaan SPM 2021 dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022. Program
kecemerlangan secara intensif akan diteruskan sebagai persediaan menduduki SPM apabila para
pelajar dibenarkan hadir ke sekolah dan belajar secara bersemuka.

2.0 RASIONAL

Program Kecemerlangan Akademik ini merupakan elemen yang sangat penting kepada semua pelajar
terutamanya kepada calon SPM 2021. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi keyakinan
kepada pelajar agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan nanti.

3.0 OBJEKTIF

1. Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, bertoleransi,


beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan berwawasan.
2. Membantu pelajar dalam kaedah dan teknik menjawab soalan SPM untuk semua mata
pelajaran.
3. Membina keyakinan diri kepada pelajar SPM 2021 bahawa mereka boleh mencapai kejayaan.
4. Menyuntik semangat baru pelajar SPM 2021 setelah mereka berhadapan dengan sesi
pembelajaran secara alam maya yang Panjang
5. Mencapai keputusan yang lebih baik dalam SPM 2021 bagi meningkatkan prestasi dan
penarafan sekolah khususnya dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4.0 SASARAN

57 orang calon SPM 2021 SMK Kutan


5.0 TARIKH DAN CADANGAN PROGRAM

BIL NAMA PROGRAM TARIKH PELAKSANAAN MASA PELAKSANAAN

1 Perkampungan Ilmu 2021 1 – 3 Novembar 2021 8.00 pg – 4.30 ptg

2 Bengkel Teknik Menjawab 7-10 November 2021 8.00 pg - 2.30 ptg

3 Kelas Tambahan Berfokus 22 Okt – 17 Feb 2022 2.00 ptg – 4.30 ptg

4 Sentuhan Akhir SPM 20 Feb 2022 - 28 Feb 2022 8.00 pg – 4.30 ptg

5 Motivasi Hala Tuju SPM 25 Jan 2022 8.00 pg- 12.00 t/hari
Cakna segar Mengikut jadual waktu Mengikut jadual waktu
6
semasa peperiksaan SPM peperiksaan peperiksaan

6.0 TEMPAT

Bilik Seminar SMK Kutan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BAYARAN MAKAN/MINUM ALAT TULIS /


BIL NAMA PROGRAM
PECERAMAH PESERTA FAIL / KERTAS
Rm4 x 57 x 3hari Rm5 x 57
1 Perkampungan Ilmu 2021 -
=684.00 =285.00
Bengkel Teknik Menjawab RM 200 x 8 MP RM4 x 57 x 4hari RM5 x 57
2
SPM =1600.00 =912 =285.00
Kelas Tambahan Berfokus RM4 x 57 x 87hari
3 - -
SPM =19,836.00
RM4 x 57 x 7hari
4 Sentuhan Akhir SPM - -
=1596.00
RM4 x 57 x 1hari RM2 x 57
5 Motivasi Hala Tuju SPM RM200
=228.00 =114.00
Cakna Segar RM4 x 57 x 8hari
6 - -
semasa peperiksaan SPM =1824.00
JUMLAH PERBELANJAAN 1800.00 25,080.00 684.00

Perbelanjaan Keseluruhan Program : Bayaran Penceramah - RM 1800.00

Makan / minum pelajar - RM 25,080.00

Alat tulis/ fail - RM 684.00

Jumlah - RM 27,564.00
8.0 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

a) AJK INDUK

PENGERUSI : Tn. Hj. Fathi B Muhamad - Pengetua


TIMB. PENGERUSI : Tn. Hj. Salleh B Che Hussin - PK Pentadbiran
NAIB PENGERUSI I : En. Rostam B Mohamed - PK HEM
NAIB PENGERUSI II : En. Wan Asmazlen bin Wan Muhammad - PK Ko
PENYELARAS : Pn. Hjh Normanita binti Halil Nor Rahman - GKSM
SETIAUSAHA : Pn. Norliza binti Ismail - SU UKA
AHLI JAWATANKUASA : Pn. Hasimah bt Abdul Mutalib - GKB
: Pn. Hjh. Ashasiah Bt Mohamed - GKSS
: Pn. Azirah Bt Abdullah - Kaunselor

b) AJK PELAKSANA

Semua guru mata pelajaran Tingkatan 5

PENUTUP
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha dan sokongan yang boleh diberikan bagi
memastikan calon SPM 2021 SMK Kutan dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kaedah dan
teknik menjawab yang betul dan melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya dengan cemerlang.
Diharapkan pencapaian SPM 2021 akan mencapai KPI yang telah ditetapkan dan seterusnya
mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah dan Negeri.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

(NORLIZA BT ISMAIL) (HJ. SALLEH B CHE HUSSIN) (HJ. FATHI B MUHAMMAD)


SU Kecemerlangan SPM Pen. Kanan Pentadbiran Pengetua
SMK Kutan SMK Kutan SMK Kutan

You might also like