You are on page 1of 1

313 SEKOLAH KEBANGSAAN RAPAT JAYA

KAMPUNG RAPAT JAYA TAMBAHAN


31350 , IPOH Telefon : 05 – 311 5996
PERAK DARUL RIDZUAN Fax : 05 – 312 5997

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Rujukan Kami : SKRJ/IP/15/02/09 ( )


Tarikh : 26 September 2017

Kepada:

AADK Negeri Perak,


Aras 2, Kompleks KDN,
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak
(U.P : Cawangan Pencegahan)

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH DAN MENGADAKAN PAMERAN ANTI DADAH


BAGI MURID-MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 SK RAPAT JAYA TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan ini, kami Jawatankuasa PPDa SK Rapat Jaya menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah dan mengadakan pameran anti dadah peringkat sekolah yang akan
berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 10 November 2017 (Jumaat)


Masa : 8.30 – 11.30 pagi
Tempat : Dewan SK Rapat Jaya

3. Semoga dengan kehadiran pihak tuan akan lebih memeriahkan lagi program tersebut. Segala
sokongan, keprihatinan dan komitmen dari pihak tuan ke arah merealisasikan program ini didahului
dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Pihak tuan boleh menghubungi penyelaras
PPDa, Raihan Bt Jalaludin (no telefon) untuk tindakan lanjut.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………
(NOR ASIAH BINTI AHMAD P.J.K)
Guru Besar
SK Rapat Jaya
Kg. Rapat Jaya Tambahan
Ipoh

“CINTAILAH BAHASA KITA”

You might also like