You are on page 1of 5

Rujukan : SMIK600-4/1/18/4JLD22(1)

Tarikh : 9 November 2022

Kepada,
Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar Tingkatan 5
Sekolah Menengah Ibn Khaldun

Tuan/Puan,

Assalamualaikum w.b.t

BENGKEL PECUTAN AKHIR MURID ALIRAN SAINS IPS SPM 2022/23

Semoga Tuan/Puan sentiasa berada dalam nikmat kemanisan iman dan diberkati oleh Allah S.W.T hendaknya.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bersara (K3PB) dengan kerjasama Amanah
Pendidikan Induk (APEND) akan mengadakan Bengkel Pecutan Akhir SPM 2022/23 untuk mata pelajaran Kimia,
Biologi dan Fizik.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan subjek-subjek sains yang kritikal
kepada pelajar-pelajar. Objektif program ini pula adalah untuk :

1. Meningkatkan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan SPM


2. Meningkatkan penguasaan dalam subjek berkenaan secara lebih berkesan
3. Meningkatkan pencapaian dalam setiap subjek

4. Butiran ringkas program adalah seperti berikut :

Tarikh : 10- 12 Disember 2022 (Sabtu hingga Isnin)


Tempat : Kem Bumi Jati, Shah Alam
Peserta : 51 orang pelajar dan 13 orang guru dari sekolah – sekolah IPS HALUAN
Keperluan : Pelajar perlu membawa keperluan mencukupi untuk tujuan di atas (Rujuk lampiran )
5. Untuk makluman semua, perlaksanaan bengkel ini menelan belanja sebanyak RM 16 000 dan ditanggung
sepenuhnya oleh Kelab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bersara (K3PB). Walau bagaimanapun, pihak sekolah
sangat mengalu-alukan sekiranya ibu bapa penjaga ingin menyumbang ke tabung aktiviti peningkatan akademik
calon SPM. Sumbangan boleh disalurkan secara tunai atau ke akaun PIBG, Sekolah Men Ibn Khaldun seperti butiran
berikut :

Bank : CIMB (Contoh)


No Akaun : 8603787672 (Contoh)
Rujukan : Sumbangan Kecemerlangan Murid 2022 (SKM 2022) {Contoh}

Segala kerjasama yang diberikan daripada pihak Tuan/Puan untuk menjayakan program ini dan membenarkan anak
pihak Tuan/Puan menyertainya amatlah dihargai. Berikut disertakan tentatif awal program.

Sekian, jazakallah khairan kathira.

Yang benar,

(WAN HALIMAH BINTI ISMAIL)


Pengetua SM Ibn Khaldun.
Saya Ibu/Bapa/Penjaga* kepada pelajar yang
bernama dengan ini membenarkan/tidak membenarkan * anak di
bawah jagaan saya menyertai program Bengkel Pecutan Akhir

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini bukan kerana kelalaian pihak tuan, maka saya berjanji tidak akan
mendakwa atau membuat sebarang tuntutan kepada pihak sekolah.

*Dengan ini disertakan sumbangan ikhlas berjumlah RM (Jika ada).


* Secara tunai/online transfer ke akaun CIMB Bank (8603787672)

Sekian.

Yang Benar,

…………………………………………………….

Nama :
No. K/P :
No. Tel :

* Potong mana yang tidak berkenaan


* Borang ini perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada 14 November 2022 kepada guru pengiring Cikgu Zakiah
Binti Jamingan (017-2742749) / Cikgu Siti Aishah Binti Kamaludin (013-5209090)

TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Agenda


8.00 am Pendaftaran & Sarapan
8.45 am Taklimat program
9.00 am Bengkel 1 Kimia
11.00 am Rehat
11.15 am Bengkel 2 Kimia
1.00 pm Makan & Solat Zohor
10/12/2022 (Sabtu)
2.30 pm Bengkel 3 Kimia
5.00 pm Minum, Solat Asar, riadhah
6.30 pm Makan malam
7.00 pm Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
8.15 pm Solat Isyak
9.00 pm Bengkel 4 Kimia
11.00 pm Rehat, himpun tenaga
5.30 am Solat subuh
Almathurat
Kuliah subuh
7.30 am Sarapan & persiapan diri
9.00 am Bengkel 1 Fizik
11.00 am Rehat
11.15 am Bengkel 2 Fizik
1.00 pm Makan & Solat
11/12/2022(Ahad)
2.30 pm Bengkel 3 Fizik
5.00 pm Minum, Solat, riadhah
6.30 pm Makan malam
7.00 pm Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
8.15 pm Solat Isyak
9.00 pm Bengkel 4 Fizik
11.00 pm Rehat, himpun tenaga
5.30 am Solat subuh
Al-mathurat
Kuliah subuh
7.30 am Sarapan & persiapan diri
9.00 am Bengkel 1 Biologi
12/12/2022 (Isnin)
11.00 am Rehat
11.15 am Bengkel 2 Biologi
1.00 pm Makan & Solat
2.30 pm Bengkel 3 Biologi
5.00 pm Minum, Solat Asar & bersurai
Senarai Keperluan

NO KEPERLUAN
1 Pakaian bersesuaian ketika berbengkel
Putera : Seluar slack, Baju berkolar
Puteri : Baju kurung / Jubah , Tudung Labuh
2 Peralatan Solat termasuk sejadah
3 Peralatan mandi
4 Tuala
5 Cadar * pilihan
6 Pakaian riadah
7 Kasut untuk riadah
8 Alat tulis
9 Buku berkaitan subjek

You might also like